,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday 22 April 2012

TUANKU KENA CAH KETING.....jahat sungguh UMNO ni....


Pinda Enakmen Negeri - Tunku Laksamana Kedah Buat Laporan Polis.

E-mail Print
 
Kuasa Sultan pun depa nak ambil!!!

 
ALOR SETAR 22 April -  Tunku Laksamana Kedah, Tunku Mansor Tunku Kassim hari ini membuat laporan polis berhubung langkah Dewan Undangan Negeri Kedah yang meminda satu enakmen untuk memberi kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa.
 
"Saya buat laporan kerana rasa bimbang dengan kerajaan negeri yang meluluskan Seksyen 22A dalam yang mana seolah-olah merendahkan kewibawaan, kedaulatan dan kuasa Sultan Kedah sebagai Ketua Agama Islam Negeri," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Alor Setar di sini pada 9.30 pagi ini.
 
Dewan Undangan Negeri baru-baru ini meminda Seksyen 22A Enakmen Mufti dan Fatwa Negeri Kedah 2008 untuk memberikan kuasa penuh kepada mufti dan jawatankuasa fatwa berhubung agama dan orang Islam di negeri ini.
 
Berikutan pindaan itu, semua keputusan yang dibuat mufti dan jawatankuasa fatwa tidak perlu diwartakan dan tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah, sama ada syariah atau sivil.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Badan Selamatkan Madrasah Salihiah Kanchut, Mansor Ahmad menyangkal kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak baru-baru ini bahawa jawatankuasa itu telah menarik balik injunksi yang difailkan untuk menghalang madrasah yang dibina pada 1909 itu daripada dirobohkan.
 
"Kami tidak pernah menarik balik pemohonan seperti yang Azizan katakan tetapi kami ingin nyatakan bahawa ini hanya baru permulaan di mana kami menarik permohonan lama dan akan menggantikannya dengan permohonan baru," katanya.
 
Katanya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memberi masa kepada mereka untuk memfailkan semula permohonan itu dan jawatan kuasa juga telah melantik Peguam.

amukanmelayu - MB nak ambil Kuasa Raja, Bapak Presidents nak ambil Kuasa Agung...durhaka kepada Sultan...buruk padahnya.