,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Wednesday 11 April 2012

SATU-SATUNYA manusia yang tidak di lahirkan berbangsa di dunia ini adalah AHLI-AHLI PAS...jangan marah Aki ini anda yang berkehendakan demikian.

Adat-Istiadat mengucup keris dianggap kolot oleh  PAS!


Daulat Tuanku, Allahuakbar..
Gambar yang dirakamkan semasa adat istiadat pertabalan Sultan Abdul Halim yang ditabalkan menjadi Seri Paduka Baginda YDP Agong, Malaysia pagi tadi.
Tahniah diucapkan dan semoga menjadi payung kepada negara Malaysia yang berdaulat ini.
Ini sebagai tanda rasmi Baginda adalah Ketua Negara dan Ketua Agama di negara Malaysia ini.
dan ia adalah suatu perkara yang jelas dan perlu diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

http://pastambun.blogspot.com/2010/03/mazhab-yang-suka-cium-keris.html

Tajuk diatas bukan aku yang kata, tapi ia datang dari blog PAS kawasan tambun seperti printscreen diatas.. Ramai lagi juak pakatan/blog yang juga mempunyai persepsi yang sama untuk pengetahuan korang









Kesemua individu-individu yang mencium keris diatas dianggap melayu yang kolot dan difitnah seolah ada mazhab pula!
Sehinggakan DS Hishamudin suatu masa dahulu pernah dikritik begitu keras terutamanya dari puak ultra kiasu DAP dan dijadikan modal politik murahan untuk menakut-nakutkan orang cina.

Sedih juga melihatkan dimana begitulah juga persepsi PAS terhadap orang Melayu yang menjunjung adat warisan nenek moyang sendiri.Apa nak kata, manusia dah lupa asal usul beginilah pemikiran mereka.

Puak DAP jangan kata lah, kalau sekarang ni mana-mana pemimpin besar UMNO cuba buat perkara diatas, pasti dijadikan modal politik dan bahan kempen terbesar dalam PRU13 nanti. kalau tak percaya, DS Najib try buatlah!

Cuma aku nak tanya  PAS dan PR amnya, adakah istiadat Pertabalan Agung seperti gambar diatas sekali juga dianggap kolot?? Kalau kita lihat persamaanya ada diatas!!
Kalau berani hangpa cakap lah!!!!

amukanmelayu - kalau semuanya KOLOT.....adakah kita mengikut sepenuhnya SUNNAT RASULLULLAH. Tanya diri sendiri dan jawab sendiri dengan IKHLAS. Berapa orang yang berkata kolot ni menyimpan parang yang tajam di rumah anda? Ini pesan Rasullullah.