,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 2 April 2012

KATA DEPA...............apa kata kita?



ISNIN 11 Jamadil Awal 1433 - OLAK LEMPIT, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini mengatakan bahawa Pas tetap dengan pendirian meneruskan kempen menegakkan syiar Islam dengan menekankan aspek syurga apabila seseorang itu menyokong parti tersebut ketika pilihan raya.

KATA Datuk Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri, masuk syurga hanya dijanjikan oleh ALLAH swt kepada manusia yang beriman dan bertakwa dan tidak pernah dijanjikan kepada manusia yang menyokong parti politik tertentu. "Syurga ini bukan milik manusia tetapi milik ALLAH," kata beliau kepada pemberita selepas majlis Ceramah Politik Semasa di Kampung Selengkoh di sini malam tadi.


Dato' Dr. Hassan Ali menegaskan bahawa issu murtad merupakan soal Akidah yang tidak boleh ditolak ansur. Isu ini dijadikan masalah utama dalam membangunkan sesebuah Negara Islam.

KATA Dr. Rani PAS Selangor tidak akan melayan pelawaan Hasan Ali untuk hadir menonton video berkaitan bukti isu tersebut kerana menganggap ianya tidak releven dibangkitkan bekas Exco Selangor itu. “Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakapnya. Banyak lagi benda besar yang hendak di berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting." katanya kepada wartawan Sinar Harian berkenaan hal tersebut.

 Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa pelaksanaan hukum hudud akan membawa kepada kemusnahan ekonomi negara dan binasa diri. Pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan “binasa diri”dan selain itu beliau turut meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan. jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia dalam satu forum di Wisma MCA baru-baru ini.

KATA Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah "Jangan bermain dengan api wahai penzina. Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam. Apakah kita boleh menerima kenyataan seperti pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

"Persoalan saya, apakah Malaysia akan menjadi daya tarikan pelabur-pelabur dengan lambakan pelacur-pelacur yang datang daripada Cina dan Vietnam yang datang ‘memberi khidmat’? "Apa matlamat sebenar membawa masuk mereka ini? Apakah mungkin beliau turut melanggan kerana memang menjadi kesukaannya menyimpan mistres?" soalnya lagi.

Mazlan Aliman sebelum ini menuduh bahawa ‘durian runtuh’ yang mahu diberikan kepada peneroka adalah hasil jualan saham KPF kepada Felda Holdings. Dan dia kemudian menyekat penjualan kepentingan KPF kepada Felda Holdings melalui injunksi mahkamah.

KATA  Najib, para peneroka dijangka akan “tersandar” dan “rebah dalam kejutan” mendengar jumlah “durian runtuh” untuk mereka pada Mei ini. “Durian Runtuh” ini akan membuktikan bahawa Felda tidak langsung muflis. Malah boleh beri “bonus besar” pada para peneroka. Penyenaraian FGVH ini juga tidak langsung melibatkan tanah peneroka. FGVH hanya akan gunakan tanah milik Felda Plantation sahaja. Itu pun FGVH sewa dari Felda dan bukannya percuma. FGVH bayar pada Felda. Hakikatnya kini FGVH hanya SEWA tanah Felda Plantation. Saya ulang, SEWA dan BUKAN GADAI. PM menjelaskan bahawa tanah peneroka tidak terlibat walau seinci itu merupakan satu bukti fitnah dan cubaan jahat Mazlan Aliman menghasut para peneroka.

tangisanmelayu - betul kata Tuan Guru Dato' Sri Haji Hadi awang "tanyalah kepada pakar".