,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 19 April 2012

RINDU SERINDU-RINDUNYA.......al-Fatihah buat Ibuku tersayang dan Ayah yang aku rindui.

RINDU - Ampunkan Man, Mak...Ayah.

Mengenang zaman silam bukanlah perkara yang baik. Tapi kalau tak di kenang....kita semakin hanyut dengan kekayaan hari ini. Diasaat-saat kita mengecapi kemewahan....Ibu telah pergi buat selamanya. Deraian airmata tidak pernah kering dan suara sering tersangkut di kerongkong menahan sebak didada. Masa-masa indah bersama ibu sering bermain di sudut kenangan. Walau pun yang di kenang itu banyak yang duka dari gembiranya. Ibu sering berkorban diri kerana anaknya. Kasihnya Ibu membawa ke syorga dan kasihnya ayah di kenang sepanjang masa.....

IBU Aki sama dengan Ibu kamu......kenapa Ibu harus bohongi kami. Ampunkan Aki Mak.

Menyediakan makan malam adalah sesuatu yang menyibukkan. Ini kerana masa terlalu pendek. Lauk tengahari selalunya tidak bersisa untuk di bawa kemalam. Selepas mandikan adek-adek, Mak selalu mengajak Aki mencari itek yang tidak pulang.....Aki selalu marahkan Mak...kerana selalu sangat mencari itek yang tidak pulang itu. Bila kita jumpa, Aki dan Mak menghalau itek pulang ke reban. Suka Aki tengok itek yang terkedek-kedek dan tak potong gueue tu....yang kat belakang selalunya menjadi mangsa sepakan Aki. Kata Mak....kalau tak cari itek ni nanti dia tak masuk kat reban dan takut akan di makan musang nanti kita tak dak lauk telur itek goreng.....Aki hanya terdiam.

Sampai dirumah ...Mak terlalu sebuk....Mak solat secepatnya. Selesai solat, Mak akan kedapor....yang sebenarnya adalah sambungan dari rumah ibu yang di buat dari buluh. Disinilah terletaknya dapor kayu Mak. Sebelum mencari itek tadi....Mak telah masak sesuatu dan dia perpesan kepada adek Aki supaya menjaga api di dapor.Sepiring kangkung goreng di campur ikan bilis dan beberapa "KEDERA" goreng adalah rezeki kami malam ni. Eh...Mak? kenape nasi ni di campur jagung? Mak hanya tersenyum....."makanlah...nasi di campur jagung yang bergaram sedap" kata Mak. "Mak tak makan?"...Mak kata makanlah dulu...nanti Mak makan dengan ayah.

Mak bersimpuh dekat dengan ayah....ayah menyuapkan nasi bercampur jagung itu sesuap demi sesuap...isi kedera masin dan kangkung goreng amat menyelerakan ayah. "haa....makanlah sekali" kata ayah....Mak jawab "tadi dah makan dengan bebudak". Aki kehairanan....selesai ayah makan....adek Aki Nasriah dan Fauziah mengemaskan pinggan mangkuk....Aki ke dapor untuk mengambil air....Aki nampak Mak makan ubi rebus pagi tadi....dan periuk telah di basuh menandakan nasi telah habis....tapi Mak senyum saja makan ubi rebus pagi tadi.

IBU Aki sama dengan Ibu kamu......kenapa Ibu harus bohongi kami. Ampunkan Aki Mak.

Semalam pagi Mak terpijak duri lidi pelepah rumbia....Aki terdengar jeritan Mak yang kesakitan. Aki datang kepada Mak....nampak darah keluar banyak di tumit kaki tempat tusukan lidi rumbia itu.Mak minta Aki mencabut lidi yang terpacak itu. Aki menyentapnya. Mak menutup mulut menahan kesakitan. Darah merah terpancut keluar. Dalam juga tusukan lidi rumbia ini rupanya. Mak koyakkan kain yang selalu Mak gunakan di atas kepala sebagai pelapik apabila Mak menjunjung sesuatu. Mak masih mampu tersenyum tengok Aki. Rumpun rumbia Pek Wak tidaklah jauh dari rumah Aki. Kain yang di koyak selebar 3 jari Mak berikan pada Aki. Aki membalut kaki Mak. Darah masih keluar. Daun rumbia yang telah di rinteh ak kumpul dan ikatkan. Mak menggumpalkan kain basahan yang di koyak tadi di letakkan di atas kepala Aki. Mak mengangkat ikatan daun rumbia dan diletakkan diatas kepala Aki.

Aki nampak Mak tersenyum bila Aki menjunjung daun rumbia untuk di buat atap itu. Mak suruh Aki balek dulu....Mak singgah di belakang rumah Pek Wak mengambil beberapa batang bemban yang telah sedia terikat. Aki nampak Mak terhinjut-hinjut berjalan menahan kesakitan sambil memikul batang-batang bemban tu. Kesian Mak.

Sampai dirumah....dari tingkap dapur adek perempuan Aki memberi tahu Mak beras dah habis....Mak tersenyum dan Mak berkata....."beras masih ada". Berjalan dengan terhinjut-hinjut menahan kesihatan, Mak mengambil kain batek di ampaian dan di buat tudung kepada. Mak kata jangan pergi mana-mana Mak nak ke rumah Kak Zah sekejab. Mak hilang dari pandangan di sebalik hutan rumbia Pek Wak yang memisahkan dengan rumah Kak Zah.

Matahari telah tinggi, tapi Mak masih belum balik. Adek-adek menangis. Aki berlari kerumah Kak Zah. Dalam kepenatan....Aki nampak Mak di bawah rumah Wa Hamah. Lesung kaki di pijak perlahan-lahan... rupanya Mak menumbuk padi dengan Kak Zah. Selesai nanti....Kak Zah selalunya akan sedekahkan beras pada Mak.  Aki nampak Mak menahan kesakitan. Aki nampak kain batek pembalut luka tumit Mak telah basah dengan darah, tapi Mak masih tersenyum bila melihat Aki. Mak sakit ka?....Mak jawab... dak eh.... kenapa Mak masih nak berbohong pada Aki.  Sampai dirumah Mak terus memasak nasi. Adek-adek ketawa kegirangan. Mak merenung Aki. Banyaknya rahsia penderitaan Mak yang di kongsi dengan Aki.

IBU Aki sama dengan Ibu kamu......kenapa Ibu harus bohongi kami. Ampunkan Aki Mak.

Sambil berlunjur...Mak minta Aki bukakan pintu. Dari jauh berbalam-balam cahaya pelita minyak dari rumah Chu Hashim. Aki melayan Mak sambil makan pinang kaki Mak dah baik. Ayah telah keluar bersama Rotan Semambu mengawal kampung. Semalam ada orang terserempak dengan Komunis di hulu kampung. Aki jarang mengambil tahu hal orang tua-tua. Selalunya Ayah akan balik di awal pagi. Mereka jadikan madrasah Kg. Hulu sebagai markas. Aki nampak Mak menguap dah beberapa. Aki tahu Mak dah engantuk....Aki pun mengantuk macam Mak.

Aki tidur di anjung rumah bersama Abang. Pelita selalu Aki letakkan di tengah-tengah antara Aki dan Abang. Aki jarang berselimut. Tapi bila pagi selalunya ada selimut membaluti tubuh Aki. Pelita selalu berubah ke tempat yang lebih selamat. Tak pernah Aki fikirkan siapa yang menyelimut Aki....tak pernah Aki fikirkan siapa yang mengubah pelita. Kerana semuanya ini adalah kerja Mak. Mak tidak tidur selagi kami tidak tidur....terima kasih Mak...Aki sayang Mak.

IBU Aki sama dengan Ibu kamu......kenapa Ibu harus bohongi kami. Ampunkan Aki Mak.

Kesawah bersama Mak adalah menjemukan. Pagi-pagi lagi dah berderet kami di hadapan Mak ke pinggir kampung, sawah kami jauh dari kampung. Hampir 2 km. Banyak yang nak di buat. Aki kene menggendung adek Aki yang kembar Fadzila namanya. Seorang Aki gendung dan seorang lagi nama Fadzil, Abang Aki yang gendung. Mak mendukung adek bungsu Aki...Ridzuan sambil itu Mak juga menjunjung raga di atas kepala. Tujuh beradik kami berderet merentas hutan getah untuk kesawah. Aki memang benci sangat kesawah. Kaki semua berkudis.

Minggu sudah Mak ada mengikat beberapa pelepah batang "lekunang" dan di tambat di dalam sungai. Selesai mak menanam padi di petak besar...kami semua kesungai. Mak ada menyimpan cebisan kelambu lama se depa lebarnya. Mak kata jangan bising, jangan mandi di tempat dalam. Mak mangajak Aki menangguk ikan. Kelambu selebar sedepa itu di pegang bersama Mak. Kami menangguk di bawah pelepah lekunang yang terendam selama seminggu itu. Allah Mak......Oiiiiii banyak sungguh anak-anak ikan seluang terperangkap di dalam penangguk kami.....kami gembira sungguh. Mak memang pandai. Anak-anak seluang itu di siang dan itulah rezeki lauk kami di tengahari ini. Sedap sungguh lauk hari ini. Mak kata, makanlah dulu...nanti Mak makan sat lagi...lagi pun Mak kata dia suka makan pucuk paku....dicicah air asam.

Selesai kami makan....Aki tengok Mak mengutip sisa-sisa ikan seluang pais yang masih terlekat di daun pisang pembalutnya. Sisa ekor ikan yang terlekat di daun pisang yang bercampur arang itu Mak ambil perlahan-lahan dan Mak suapkan kemulut. Ayah merenung Mak sedalam-dalamnya. Aki nampak Mak tunduk merendah diri. Ayah pun sama.... anak seluang yang sebesar jari telunjuk tu masih bersisa beberapa ekor. Mak kata pada Ayah...ni untuk anak-anak malam nanti. Ayah faham tanpa di ucap. Pucuk paku rebus sepiring itu tidak bersisa lagi di makan Ayah dan Mak. Mengapa Mak buat begini. Kita boleh kongsi ikan tu Mak....maafkan Aki Mak.

IBU Aki sama dengan Ibu kamu......kenapa Ibu harus bohongi kami. Ampunkan Aki Mak.

 Tahun tujuh puluh tiga Abang Aki, Mahaiddin ambil pereksa LCE. Abang beri tahu Mak...Cikgu minta duit yuran pereksa. Mak tanya abang...berapa ringgit. Abang kata 15 ringgit. Mak terdiam. Abang kata kalau tak ada duit tak apalah Mak...tap payahlah ambil pereksa. Nanti kene sekolah lagi. Mak marahkan Abang dan dalam senyum Mak kata....duit ada. Dua tiga hari lagi Mak beri....Abang pula terdiam. Kami kehairanan. Mana Mak dapat duit.

Petang itu Mak ajak Aki ke rumah Yak di seberang. Suka sangat Aki bila merandai air sungai separas lutut untuk kerumah Yak....ibu saudara Aki. Ibu dengan Yak bersalaman. Mak merenung Yak....Aki nampak air mata Mak bergenang dan  berjurai di pipi, belum sempat air mata menitis ke bumi, Mak sapukan dengan hujung selendang. Aki pun ikut menangis walau pun Aki tak tahu apa sebabnya.

Apahal ni Timah....Yak bertanya pada Mak. Hang begaduh dengan Mahamud ka? Yak menambah lagi. Mak hanya terdiam....beberapa waktu kemudian Mak berkata kepada Yak....Aku nak pinjam duit 15 ringgit, nak bayar duit yuran pereksa Awang.... semua terdiam. Selepas sekian lama berbual dengan hal keluarga. Yak bangun menuju ke almari kain. Aki nampak Yak mengeluarkan duit dari simpanan di bawah laci. Nah ni 20 ringgit....ini bukan duit aku....ni duit Pak Toknya(suami Yak). Mak mengambil duit dari tangan Yak dan di ikat dihujung selendang. Mak menarek nafas lega dan tersenyum memandang ke arah Aki di sebelahnya.

Mak....kenape Mak buat macam ni. Mak terlalu banyak bekorban....mengapa Mak kata ada duit. Mak berbohong lagi  pada kami.

IBU Aki sama dengan Ibu kamu......kenapa Ibu harus bohongi kami. Ampunkan Aki Mak.

Kini semuanya telah berlalu....Mak dah tak menangis lagi. Mak tak bekorban lagi. Mak tak menumbuk padi lagi....Mak tak menangguk ikan lagi, Mak tak selimutkan Aki lagi. Mak.... Aki rindu dengan Mak. Al-Fatihah buat ibu ku tersayang dan Ayah yang Aki rindui......

amukanmelayu.
Olak Lempit : 13:04
Khamis 28 Rabiulawal 1433