Menangani masalah Melayu Pattani
SELEPAS BUMI DI PIJAK MENJADI MILIK ORANG
TRAGEDI berdarah yang berlaku di Kerisik (28 April) dan Tak Bai (25 Oktober) di selatan Siam baru-baru ini amat mengharu dan membimbangkan kita. Haru kerana sedih dan marah apabila melihat saudara seagama telah ditindas dan dibunuh seperti binatang. Perbuatan tidak berperikemanusiaan ini dibimbangi akan mendorong orang Melayu kembali menyokong gerakan bersenjata untuk mempertahankan maruah dan keselamatan mereka. Dan kiranya keadaan ini berlaku, sudah pasti keselamatan dan kestabilan perbatasan Malaysia-Siam akan turut terjejas dan segala program pembangunan terpaksa ditangguhkan. Oleh kerana itu, kerajaan Siam harus mengambil langkah positif untuk menyelesaikan masalah orang Melayu Pattani demi keamanan dan kesejahteraan Thailand dan rantau Asia Tenggara. Dalam usaha untuk mencari penyelesaian itu, kita perlu kembali kepada sejarah.
Sesungguhnya Pattani dan penduduknya adalah mangsa penjajahan dan konspirasi kuasa-kuasa besar. Sebelum abad ke-19, pernah wujud di selatan Siam sebuah kerajaan Melayu yang dikenali sebagai `Kerajaan Melayu Pattani'. Kerajaan ini wujud lebih awal daripada kerajaan Melayu Melaka. Pada zaman Pattani di bawah pemerintahan kerajaan Melayu, ia terkenal sebagai pusat perdagangan dan pengajian Islam hingga diberi jolokan `Serambi Mekah'. Keagungan dan kehebatan kerajaan Melayu Pattani telah tercatat dalam Hikayat Pattani dan hikayat-hikayat Melayu lain. Keagungannya telah dicemburui oleh Siam, jiran terdekatnya.
Kerajaan Siam telah beberapa kali berusaha untuk menakluk Pattani, tetapi gagal. Hanya pada 1785, Pattani berjaya ditakluk oleh Siam. Penjajahan Siam ke atas Pattani bagaimanapun tidak efektif. Siam terpaksa bergantung kepada British untuk mempertahankan penaklukannya.
Pada 1786 British telah pun bertapak di Pulau Pinang oleh Sultan Abdullah, Sultan Kedah, kepada Kompeni Hindia Timur Inggeris mempunyai kaitan, Sultan Abdullah telah menyerahkan Pulau Pinang kepada kompeni sebagai ganjaran bagi mempertahankan Kedah daripada serangan Siam. Tetapi apabila Siam menyerang Kedah pada 1821, kompeni tidak membantu sebaliknya memihak kepada Siam. Di bawah Perjanjian Burney pada 1826, kompeni berikrar akan membantu Siam untuk menghancurkan gerakan anti-Siam di Kedah. Pernah pada 1830-an, Siam tewas di tangan pejuang Melayu dan dua negeri Melayu - Kedah dan Pattani - telah dapat dibebaskan, Siam hanya dapat kembali berkuasa di Pattani dan Kedah apabila kompeni campur tangan dengan mengenakan sekatan di Kuala Kedah. Peristiwa sekatan di Kuala Kedah ini telah diriwayatkan dengan panjang lebar oleh Sherard Osborn dalam bukunya bertajuk The Blockade of Kedah in 1838 (1857).
Sokongan kompeni kepada Siam bagaimanapun tidak mematikan semangat jihad orang Melayu untuk bangkit menentang Siam. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Pattani, dikatakan turut berjuang menentang Siam, yang dianggap olehnya sebagai `kafir harbi'. Fatwa jihad Sheikh Daud telah menyemarakkan perjuangan Melayu menentang kafir harbi itu. Kebangkitan Melayu tanpa erti tewas itu telah memaksa British mengkaji semula sikapnya terhadap Siam. Kebangkitan yang berlarutan di Kedah dan Pattani telah mengganggu perdagangan kompeni di Selat Melaka. Selepas berlakunya kebangkitan anti-Siam pada 1838, Gabenor Negeri-Negeri Selat, Bonham, telah menasihatkan Rama III supaya menyerahkan kembali kuasa memerintah kepada raja Melayu kerana kompeni tidak lagi bersedia untuk membantunya. Tanpa sokongan kompeni sudah tentu Siam tidak akan dapat menguasai Kedah dan Pattani. Atas nasihat itu pada 1842 Rama III memutus untuk mengembalikan kuasa kepada raja-raja Melayu. Setelah itu Kedah dan Pattani kembali aman.
Ditipu
Pada akhir abad ke-19 keadaan kembali tegang apabila Chulalongkorn, bertekad untuk menghapuskan pemerintahan raja Melayu dan menggantikannya dengan sistem `Thesaphiban'. Raja-raja Melayu membantah tindakan Siam malah telah merayu kepada pihak berkuasa British di Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu supaya campur tangan dan menghalang kerajaan Siam mencampuri urusan negeri-negeri Melayu jikalau tidak mereka akan bangkit memberontak dengan bantuan kuasa-kuasa Eropah lain. Gabenor Frank Swettenham merayu kepada raja-raja Melayu supaya tidak memberontak dan berjanji akan berunding dengan Chulalongkorn bagi menyelesaikan masalah itu.
Chulalongkorn enggan berunding dengan raja-raja Melayu sebaliknya mereka telah ditangkap atas tuduhan menderhaka dan bersubahat dengan kuasa asing. Sejak 1902 Pattani dan beberapa negeri di sekitarnya telah ditadbir oleh gabenor berbangsa Siam. Sekali lagi raja-raja Melayu telah ditipu. British mengiktiraf Pattani, Narathiwat, Yala, Setul, Kedah, Perlis Kelantan dan Terengganu sebagai The Siamese Malay States walaupun disedari bahawa orang Melayu menentangnya.
Walau bagaimanapun British sedar bahawa Siam tidak mampu untuk menundukkan orang Melayu yang bersemangat jihad itu. Bimbang dengan kemungkinan orang Melayu memberontak dengan sokongan kuasa-kuasa asing, British mendesak Siam supaya menyerahkan kesemua negeri Melayu itu kepada British. Kerajaan Siam bagaimanapun hanya bersetuju untuk menyerahkan Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah kepada British. Pattani, Yala Narathiwat dan Setul kekal sebagai tanah jajahannya.
Perjanjian penyerahan telah dimeteraikan di Bangkok pada 10 Mac 1909. Sungai Golok telah dijadikan sempadan baru antara Siam dengan Tanah Melayu. Tak Bai, asalnya sebahagian daripada jajahan Kelantan, telah menjadi milik Siam secara automatik akibat perubahan sempadan. Dengan itu, Pattani telah terputus dengan negeri-negeri Melayu lain. Orang Melayu Pattani menafi rakyat Siam secara paksaan dan bukan atas pilihan mereka berasaskan prinsip hak menentu nasib atau pungutan suara. Pada ketika itu penaklukan diterima oleh undang-undang antarabangsa sebagai kaedah untuk memiliki sesebuah jajahan. Malang sungguh nasib orang Melayu Pattani yang telah menjadi mangsa undang-undang antarabangsa yang tidak adil.
Orang Melayu terus ditimpa malang. Sudahlah dipanggil `al Khek'... mereka dipaksa pula menjadi `orang Siam'. Usaha pengsiaman ini mencapai kemuncak pada zaman pemerintahan Field Marshall Pibul Songgram, seorang diktator tentera dan nasionalis pelampau. Orang Melayu telah dipaksa menukar nama, bercakap bahasa Thai dan mengamal kebudayaan Thai. Lebih malang lagi mereka dipaksa menghormati patung Buddha yang bercanggah dengan amalan agama Islam yang mereka anuti. Orang Melayu yang ingkar mematuhi arahan tersebut telah dikenakan hukuman berat. Selalunya yang menjadi mangsa kekejaman ialah para ulama kerana mereka adalah benteng utama jati diri orang Melayu Pattani. Ringkasnya, Pattani telah ditadbir sebagai koloni dan bukan sebagai sebahagian daripada negara Siam.
Oleh kerana penjajahan itu satu penghinaan dan menyalahi ajaran Islam, orang Melayu Pattani wajib membebaskan diri daripada cengkaman pemerintahan Siam-Buddha yang menyeleweng itu. Peluang untuk pembebasan terserlah apabila Siam memihak kepada Jepun dalam Perang Asia Timur Raya yang dianggap oleh British menyalahi Perjanjian Tidak Menceroboh (1940) dan Perjanjian Bangkok (1909). Siam bukan sahaja bersubahat dengan Jepun menyerang Tanah Melayu dan Burma, tetapi juga telah merampas semula negeri-negeri Melayu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah pada tahun 1943. Orang Melayu Pattani percaya selepas perang nanti Siam pasti akan dihukum oleh British dan salah satu hukumannya ialah membebaskan Pattani daripada cengkaman Siam.
Selepas perang tamat dan bersesuaian dengan Pengisytiharan San Francisco (1944) yang menjunjung prinsip hak menentu nasib, pemimpin Melayu Pattani merayu kepada Britain supaya membebaskan mereka daripada Siam dan dicantumkan dengan Tanah Melayu.
Bagaimanapun British tidak memihak kepada Melayu Pattani. Tuntutan Melayu Pattani ditolak atas alasan bahawa mereka bukan rakyat British. Kepentingan strategik dan keselamatan tanah jajahan British menjadi pertimbangan utama British. Dalam era perang dingin British, Siam penting sebagai negara penampang. British juga memerlukan bekalan beras dari Siam untuk tanah jajahannya. Keperluan kerjasama Siam kepada British semakin penting apabila berlakunya pemberontakan komunis di Tanah Melayu pada 1948. Parti Komunis Malaya (PKM) telah menjadikan wilayah selatan sebagai pangkalannya. Tanpa kerjasama Siam, British akan menghadapi kesukaran untuk mengalahkan komunis.
Mengganas
Sekali lagi orang Melayu Pattani ditimpa malang. Mereka menjadi mangsa konspirasi politik antarabangsa.
Kerajaan Siam telah mengambil kesempatan daripada keadaan darurat untuk menekan, menindas dan membunuh pemimpin-pemimpin Melayu. Guru Haji Sulung, seorang ulama Pattani yang terkenal, telah ditangkap dan kemudiannya dibunuh tanpa diketahui kuburnya. Kesalahan beliau ialah kerana menyaran kerajaan Siam memberi status autonomi kepada Pattani. Tengku Mahmud Mahyideen, yang memperjuangkan percantuman Pattani dengan Tanah Melayu, telah mati akibat termakan racun.
Askar Siam juga telah mengganas dan membunuh penduduk kampung yang tidak berdosa seperti yang berlaku di Kampung Belukar Samak dan Dusun Nyior. Masyarakat dunia tidak mengambil peduli nasib mereka. Rayuan demi rayuan telah dikemukakan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Liga Arab dan negara-negara Islam seperti Pakistan, Mesir dan lain-lain, tetapi gagal mendapat pertimbangan dan simpati. Sebaliknya mereka dinasihat supaya berhijrah ke Tanah Melayu sekiranya mereka tidak tahan hidup di bawah pemerintahan Siam.
Orang Melayu Pattani menghadapi ujian itu dengan sabar dan takwa. Perjuangan menuntut keadilan diteruskan melalui saluran perlembagaan dan politik. Tuntutan orang Melayu tidak dilayan sebaliknya mereka dituduh sebagai pengganas. Dalam menghadapi ketidakadilan itu, ada segolongan orang Melayu memilih untuk mengangkat senjata. Sejak 1960-an, pelbagai pertubuhan pembebasan telah ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan Pattani, seperti Barisan Revolusi Nasional, Barisan Nasional Pembebasan Pattani, Pattani United Liberation Organisation dan sebagainya. Pada 2002 risalah Berjihad di Pattani telah dikeluarkan oleh seorang guru memperingat generasi muda Melayu Pattani tentang tanggungjawab mereka terhadap agama, bangsa dan tanah air. Pergerakan jihad ini telah dapat dikesan oleh pihak Siam. Beberapa orang guru dan pelajar pondok telah ditangkap atas tuduhan sebagai militan yang berakhir dengan tragedi berdarah di masjid tua di Kerisik dan pekan Tak Bai.
Dalam menghadapi krisis tersebut, kerajaan Siam hanya mempunyai dua pilihan, iaitu memberikan status autonomi ataupun memberi kemerdekaan kepada Pattani. Pengekalan status quo yang sedia ada akan memburukkan lagi keadaan. Ini kerana orang Melayu Pattani telah kehilangan keyakinan terhadap kerajaan Siam yang dianggap menyeleweng itu.
Kemerdekaan tidak mungkin menjadi pilihan kerajaan Siam. Jadi apakah pilihannya? Pilihan terbaik bagi Siam ialah mewujudkan pemerintahan autonomi untuk Pattani. Sejarah telah membuktikan bahawa hanya dengan mengembalikan hak memerintah sendiri sahaja Pattani akan kembali aman dan stabil. Demi keamanan dan kesejahteraan dan keselamatan negara Thailand, pemimpin-pemimpin Siam harus berani untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan sebuah wilayah autonomi atau pemerintahan sendiri diwujudkan di Pattani. Jikalau tidak wilayah tersebut akan terus bergelora atau on fire seperti diisytiharkan oleh The Nation.
* Nik Anuar Nik Mahmud, Pensyarah Sejarah dan Pengerusi Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga penulis buku Sejarah Perjuangan Melayu Pattani 1785-1954 terbitan UKM.
BERITA Sedih Tragedy TA TAK BAI
Tak Bai Tragedy 25 Oct 2004
Bodies killed by gun found on the ground: 6
personsKilled in the evening during the transportation to the military camp in Pattani: 78
personsDied in the hospital: 1
personPushed into the river and killed: c:a 35
personsBodies found in the river 29 oct 2004: 18
personsUnder Thai military custody: 1,298
personsInjured: 730
personsMissing: 255 persons
_________________________________________________________
Terbongkar lah segala pembohongan Thaksin
Ternyata kini bukan sebab dahaga dan lapar dadah sebagaimana yang katakan oleh ketua pembunuh Siam Thaksin akibat ratusan anak muda Melayu di Tabal mati, bahkan dari pengakuan para doktor dan sanak saudara yang mengambil mayat-mayat ternyata kebanyakannya ada kesan tembakan, setengahnya tengkok patah, dan setengahnya darah yang mengalir dari kulit mangsa akibat disuntik dengan sisa-sisa racun.
Agaknya Thaksin sudah tak dapat menusup lagi, sekeliling dunia mahu tahu sebab apa dia bertindak brutal dan barbari keatas maknusia-maknusia yang tak berdosa itu. Betapa besarnya dendam Thaksin dengan orang Melayu sehingga batas kemaknusiaannya hilang?
Kalaupun itu strateji penjajah Siam untuk membunuh sebanyak munkin maknusia bergelar Melayu, sebagai mengambil ruang memerangi kegaganasan yang menjadi isu global sekarang ini. Thaksin rupa-rupanya tersalah strategi dengan membunuh maknusia-maknusia yang berhimpun secara aman dan dengan sengaja mengadakan provokasi untuk mencetuskan keadaan huru hara dan jadikan keadaan tidak terkawal untuk membenarkan hajatnya untuk membunuh orang-orang Melayu.
Strateji mengambil ruang ini agaknya termakan diri sendiri. Akibatnya, hari ini dunia mahu penjelasan dari Thaksin dan sudah pastinya dia sudah tak bisa lagi memberi jawapan dan berbohong lagi kerana sudah tak laku. Isu ini menjadi tajuk utama dunia, dunia sedang menanti satu keterangan dari Thaksin. Umat islam seluruh dunia dah mula membantah, dan melahir rasa marah mereka kepada rejim yang menindas saudara seugama mereka, tunjuk-tunjuk perasaan sudah diadakan di Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Eropah, bantahan dan tunjuk perasaan akan diadakan di Malaysia.
Isu penderitaan umat Melayu Patani sudah mula mendapat perhatian dan simpati dunia, dunia sudah mula tahu tentang kerakusan dan cara amalan yang tak berperikemaknusiaan yang Siam lakukan keatas orang-orang Patani sejak dari hari penaklukannya 1902. Simpati dari masyarakat antara bangsa ini adalah merupakan sokongan moral yang amat berharga buat pertama kalinya masyarakat Patani terima dari dunia antara bangsa, kerana selama ini Siam berjaya membohongi dunia maka hak kita sebagai satu bangsa yag dijajah dan tertindas tidak mendapat perhatian di dunia antara bangsa.
Apa yang Thaksin akan buat dihari ini ialah cuba sekali lagi untuk membeli keluarga mangsa, sebagaimana biasalah dengan menabur duitnya 2-3 kub, dan saki bakinya akan bertaburan di pelusuk bandar dan kampung menjaja sebidang tikar untuk masjid dan musalla, itu cara nya dan itu amalan Siam dari dulu sampai sekarang.
Bertubuhan Pembebasan Patani BersatuPatani United Liberation Organisation PULOEstablished 22 January 1968
________________________________________________________
Ribuan di KL dan Jakarta adakan tunjuk perasaan
KL.& SEMARANG - 30 Okt.- Beribu-ribu rakyat Malaysia dan Indonesia mengadakan tunjuk perasaan Jumaat 29/10 sebagai membantah kematian 88 penduduk Melayu Islam semasa demonstrasi dan dalam perjalan ke kem tentera.
Untuk itu, pengunjuk perasaan di Semarang itu mengutuk keras aksi keganasan yang dilakukan tentera Thailand terhadap orang Melayu muslim Tabal. Mereka menuntut pertanggungjawaban Pemerintah Thailand atas tragedi kemanusiaan dan represifitas militer Thailand.
"Kami meminta agar dilakukan upaya investigasi atas keganasan tersebut. Kami juga menuntut agar PM Thailand Thaksin Shinawatra," katanya.
Pengunjuk perasaan juga meminta lembaga amnesti internasional, PBB, human right watch, serta LSM internasional yang menangani HAM untuk mengusut tuntas pelanggaran HAM itu.
Mereka juga menggesa agar Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, meletakkan jawatan.Hancur Thaksin,hukum Thaksin...," laungan ini bergema di hadapan Kedutaan Thailand, Jalan Ampang selepas solat Jumaat petang tadi.Walaupun hujan renyai-renyai turun membasahi ribuan umat Islam yang sedang berkumpul, mereka sedikitpun tidak berganjak mendengar ucapan dan kecaman pimpinan Barisan Alternatif terhadap Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Keseluruhan penunjuk perasaan yang hadir mahu Thaksin dihukum kerana kekejaman yang dilakukan ke atas ratusan rakyat Islam Selatan Thailand.
Tunjuk perasaan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat di hadapan kedutaan Thailand sebentar tadi mendapat sambutan dari pelbagai golongan masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tindakan tunjuk perasan itu dibuat berikutan tragedi berdarah yang sedang berlaku di Kampung Tak Bai, Narathiwat. Turut hadir dalam tunjuk perasaan itu ialah, Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pemuda PAS, Mazlan Aliman, Timbalan presiden KeADILan, Syed Husin Ali, Ketua Peneragan Pemuda KeADILan, Badrul Hisham Shaharim, Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Sivarasa Rasiah, Tian Chua, Ir Sahari Bahri, Ketua Pemuda PAs Selangor, Salahen Mukhyi, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Riduan Mohd Nor.
Selain itu beberapa pimpinan NGO lain turut hadir.Mereka termasuklah, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Maamor Osman, Koordinator Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Arutchelvan, Elizabeth Wong dan beberapa yang lain.
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob yang mengemudi tunjuk perasaan itu dengan nada keras mengecam pemimpin Thailand yang disifatkan sebagai pemimpin proksi Amerika Syarikat di Asean.
Salahuddin berkata, tindakan menggunakan kekerasan tentera itu adalah tindakan yang terang-terang melanggar hak asasi manusia selain memperkosa nilai kemanusiaan.
"Tindakan kejam rejim Thaksin itu wajib dikutuk sekeras-keras oleh seluruh dunia," kata Salahuddin.
"Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan, kita mengutuk Thaksin, Thaksin mesti membayar balik darah umat Islam di Kerisek, di Tabal.
"Jangan Thaksin ingat kami umat Islam di dunia ini akan berdiam jika umat Islam ditindas, kami mahu menebus kembali setiap nyawa umat Islam yang terkorban akibat keganasan kerajaan Thaksin Laknatullah itu," tegas Salahuddin.
Kata Salahuddin lagi, tragedi tersebut adalah perbuatan kali kedua Perdana Menteri Thailand yang akhirnya akan mengundang Amerika untuk campur tangan dalam urusan Asean.
Justeru katanya, Dewan pemuda PAS dan KeADILan mahu Malaysia sebagai Pengerusi OIC segera menggerakkan negara Islam menentang pencabulan hak asasi itu selain menggesa badan dunia menghukum perbuatan jahat Thaksin.
Selain itu Salahuddin turut menggesa Thaksin menarik semula kenyataannya yang biadap,tidak berasas dan bernada provokatif yang mana Thaksin menyatakan bahawa 78 orang yang meninggal dunia itu disebabkan berpuasa.
Dalam pada itu, semasa delegasi pemuda mahu menyerahkan memorandum kepada Konsulat Thailand, mereka dihalang untuk bertemu walaupun dengan wakilnya.
Bagaimanapun, setelah pelbagai tekanan dilakukan oleh penunjuk perasaan, akhirnya delegasi yang dikepalai Salahuddin Ayob itu dibenarkan masuk hanya di perkarangan kedutaan.
Mengulas mengenai perkara itu Salahuddin mengecam tindakan angkuh kedutaan Thailand yang enggan memberi kerjasama dengan wakil-wakil NGO dan Parti Politik negara ini.
Sementara itu, Ketua Angkatan muda Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Ezam Mohd Nor turut mengecam tindakan jahat kerajaan Thailand ke atas umat Islam di Tak Bai.
Katanya lagi, seluruh rakyat berkumpul semata-mata untuk menunjukkan pendirian jelas bahawa tidak bertolak ansur dengan segala bentuk keganasan yang dilakukan Thailand di bawah pimpinan Thaksin.
"Ini merupakan amaran awal kita, jika kerajaan Thailand berkeras kita akan lawan, kami tidak takut apa-apa ugutan," ujar Ezam.
Tunjuk perasaan itu dihadiri kira-kira 2000 peserta yang terdiri dari penyokong PAS, KeADILan, NGO dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tunjuk perasaan itu berakhir pada pukul 2.50 petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Idris Ahmad tanpa gangguan dari pihak berkuasa Polis mahupun Pasukan Gerakan Am (PGA).
source : Utusan Pattani
Ilham's comments
I still have not overcome my feeling of dismay with the Tak Bai tragedy and to witness such a barbaric treatment given by the Thai military( read`militants) to the protesters was hard to swallow...lest us remind oourselves that this massacre happened just across the river during the month of Ramadan.......
.....many may not agree with me but the shooting of the malay muslim during the Tak Bai tragedy was more of ethnic cleansing ala Serbian on the Bosnian instead of military blunders as Thai's politician trying to claim...
....hate to think that Tak Bai may not be the last of this ethnic cleansing exercise but that should not stop us , muslims all over the world, to pray hard to Allah to protect our brave brothers and sisters of Pattani Darulsalam...Allah Hu Akhbar...

Wednesday, October 27, 2004
Ya Allah , lindungi lah hamba mu ini...
Thai horror deaths
78 protesters die in military trucks
Pattani: Seventy-eight protesters died of suffocation or convulsions......
source : the STAR 27 October 2004
_______________________________________________
Thaksin rasa bangga dapat membunuh orang IslamPATANI-DARUSSALAM:
27 Okt. - Rejim Thailand Thaksin rasa cukub bangga apabila tenteranya dapat membunuh pemuda yang berumor diantara 15, 25 tahun yang mengadakan tunjuk perasaan di sini kemarin yang diakui 84 orang korban tetapi masyarakat Melayu memberitahu lebih 100 orang dalam tragedi tersebut.
Masyarakat Melayu di tiga buah kampung yang menyaksikan peristiwa berdarah itu percaya ia meragut lebih 100 nyawa, jauh lebih tinggi berbanding yang diumumkan oleh pihak penceroboh Thailand.
source : Utusan Pattani 27October 2004
...I was still reeling to yesterday event when I was against shaken by another massacre in Pattani Darulsalam...somehow, I could not swallow the facts given that the 78 died of suffocation or convulsions....aku punya take ialah these 78 victims were muslims arrested over the period of the Siamese government crackdown on Muslims warriors since April and tortured to their death and dumped with the rest of yesterday's protesters to cover their horrible injustice or treatment of these detained brothers and sisters....those I saw arrested yesterday were fit and young muslims that able to overcome suffocation unless thet were the brink of death.....
adakah ini gambar yang menyakinkan mengapa ada sumber yang menyatakan mayat muslims Pattani dijumpai dicampak dalam sungai??..
source pix: PULO
......aduh makin lama makin dekat panggilan jihad itu pada muslim di Malaysia, dulu kita dengar nun jauh di Bosnia, kemudian Palestine dan Iraq, bertambah dekat ke Afhan dan lalu ke Ambon dan kini diseberang Sungai Golok....apa yang kita buat atau boleh buat? dalam kita rasa marah dan naik semangat jihad, perut kita cukup kenyang dan tidur kita cukup, duniawi masih tebal dalam hati dan rasa takut pada mati menebal..akhirnya kita rasa cukup bangga sebab kita derma pada tabung tabung bantuan kemanusian dan puas kita mengaminkan imam mendoakan muhajideen Islam di merata dunia...alhamdullilah, kita di Malaysia ini senang sangat dalam pengertian survival hidup hingga kita seakan taking for granted apa yang kita ada ini....
tembakan dilapurkan berterusan selama 10 minit tak berhenti henti yang menyakinkan malay muslim Pattani bahawa lebih 100 orang mati pada hari kejadian sahaja...
source pixs: PULO website
..so orang malay muslims di Malaysia, jangan lupa sejarah bahasa penjajah awal protugis, inggeris dan belanda nyaris berjaya melenyapkan islam di bumi Malay ini dan walaupun depa gagal dalam missi mubaligh mereka tetapi depa berjaya men'secular'kan permikiran orang malay hingga lebih secular dari yang mengajar mereka....jangan juga lupa bagaimana penjajahan Jepun menyebabkan terbantut development of pendidikan Islam kerna muslim malays lapar berkepanjangan, kemudian jangan lupa 2 weeks of hell dengan Bintang 3 yang nyaris melenyapkan malays dari bumi malay dan bayangkan kalau communist berjaya menawan Malaya maka masjid masjid menjadi stor simpanan peluru depa.....alhamdullilah kita masih gagah menegakkan agama Islam dan kerna masih ramai yang berjuang untuk menegakkan Islam yang menyebabkan kita masih kekal dalam iman....
...lihat bagaimana presidential election di USA telah menyebabkan ramai orang Islam mati di bunuh di Iraq ....memang betul , keganasan yang berlaku adalah angkara John Kerry dan Bush yang masing masing ingin membuktikan keganasan itu adalah disebabkan policy yang betul dan policy yang salah....bagi Bush keganasan itu adalah justification mengapa USA menceroboh Iraq dan selagi keganasan ada selagi nyawa rakyat US terancam dan bagi Kerry beliau meneruskan keganasan di Iraq untuk membuktikan policy menyerang Iraq tu salah kerna setelah sekian lama masih lagi USA tidak diterima oleh rakyat Iraq and the more GI's death the better that will be for Kerry's presidential campaign...ini juga berlaku semasa presidential campaign di awal 70's masa Nixon dulu dan demi to be elected , perang antara Vietnam Selatan dan Vietnam Utara dibiar berterusan untuk politcal milaege kedua dua presidential candidates....sedar lah orang Islam, as for as the kafir is concerned, muslims are just numbers or statistics to be used whenever needed....
...so apa yang berlaku di Pattani, Iraq, Palestine , Afghan dan perhaps Myanmar adalah petunjuk bahawa kita melalui zaman kegelapan dalam menyebar syiar Islam.....namun, Allah yang menetukan segalanya dan apa yang berlaku adalah dijanjikan dan bersebab....
..tapi aku jugak sedih dengan orang Islam yang pernah kita bantu seperti Aceh yang mana sekarang ini mereka pulak yang membawa porak peranda di negara kita dengan menjadi penyamun dan sebagainya ..inilah kadang kadang orang bukan Islam hairan melihat kita ini..cepat lupa pada diri dan sejarah yang dilalui....
...di bulan yang mulia ini aku menyeru pembaca blog ini jangan lupa untuk mendoakan bahawa kebangkitan Islam yang kita mahu ( Bok D this is for u), berlaku dalam zaman kita...ya sememangnya aku merindukan dan bermimpikan martabat Islam itu diletak ditempat asalnya di Tanah Malay ini....

Muslims di Pattani dibunuh lagi!!!!
Selatan Thai berdarah lagi -- 6 terbunuh, ramai cedera pertempuran umat Islam dengan pasukan keselamatanBANGKOK 25 Okt. -
Selatan Thai bergolak lagi apabila sekurang-kurangnya enam penduduk Islam terbunuh manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran sengit pasukan keselamatan dengan penduduk ketika tunjuk perasaan besar-besaran di Tak Bai, Narathiwat hari ini.
Utusan online ; 26/10/04
....innalilahwainnalilahirajiun.....moga pemergian muslim malay selatan Thai ini dirahmati Allah roh mereka...... sedih dan marah aku pada Tragedi April 2004 tak habis lagi dikejutkan pula kejadian semalam ini pulak...

BANGSAKU - sudah menjadi mayat pun masih di hina.....
source all pixs dari website PULO....
...dalam keghiarahan kita menjalankan ibadah Ramdan dan dah mula jugak bersedia untuk Raya syawal, jiran sebangsa dan seagama kita di utara negara ditindas dan dizalimi...muslims malays di sana diperlakukan sewenang wenangnya sehinggakan tunjuk perasaan di bulan Ramadan telah menyebabkan 6 hingga 10 ( number varies from one news source to another).....28 April lalu 100 lebih muslims malays dibunuh di ketiga tiga southern province of Thailand yang menyebabkan lebih 100 orang terbunuh dan 34 di masjid Kerisik di Pattani dan infact satu pasukan bolasepak kampong/daerah lebih kurang 18 orang yang dibunuh pada hari tersebut....
.....memang sejarah perjuangan kerajaan Malay Pattani Darulsallam ini adalah kisah sejarah Malay lama yang terbantut ( ada yang berkata dikhianati penjajah)berakhir dengan perjanjian pembahagian sempadan yang menyebabkan Narathiwat, Yala dan Pattani pergi ke Siam dan Kelantan , Perlis dan Kedah remain di Tanah Malay...dari situ bermulalah sejarah kesempitan hidup muslims malays di sana, diibaratkan sebagai anak tiri dalam negeri sendiri, bahasa mereka asing dari bahasa Siam, agama berbeda tetapi mempunyai natural resources yang tinggi....walaupun bumi selatan Thai ini kaya dan penyumbang besar kepada ekonomi Thailand namun rakyat malay muslims diselatan Thai menderita dan ditindas...
..persoalannya mengapa dan bila semangat pembebasan muslims malay di selatan Thai ini bengkit semula??.....dari segi ekonominya ialah penemuan baru hasil petrolium dan gas di lautan selatan Thai memberi mereka peluang untuk menjadikan mereka financially strong untuk create negera mereka sendiri tetapi ini telah ditentang oleh kerajaan pusat Thai yang mahukan seluruh hasil minyak ini dipunyai oleh kerajaan pusat....oleh itu malay muslims ini tahu mereka harus berjuang untuk menentukan hak mereka tidak digadai lagi....
...kedua , kebelakangan ini walaupun malay muslims bebas menjalankan kewajipan sebagai seorang Islam namun telah berlaku systematic planned action to impose values of buddism ke dalam orang Islam...ini mungkin berkaitan dengan sistem pendidikan dan budaya harian....perkara ini tidak disenangi oleh orang selatan thai yang kuat pegangan dan amalan mereka......perkembangan ekonomi di Asia Tenggara ini juga melihatkan penghijrahan malay muslims ini untuk berniaga dan diakhir 80an tekah bermula kemasukan peniaga peniaga muslim malay thai ini ke Malaysia sebagai traders dan ramai sebagai pengusaha restoran makan ala Thai.....
...so, dari sini, berlaku currency exchange yg menguntungkan Thailand dan juga peningkatan ekonomi orang muslim Thai ini secara mendadak.....kalu duduk export manpower dari selatan Thai adalah lebih kepada petani dan tenaga kerja yang dihantar ke perlis untuk ladang tebu dan kedah dan kelantan untuk sawah ladang....tapi aku berpendapat semasa itu penhijrahan itu adalah lebih kepada survival hidup dan tidak banyak financial support they could contribute back home tetapi dengan terlahirnya usahwan usahawan malay muslim ini telah menyebabkan berlaku kesedaran betapa perlu adanya pembebasan mutlak atau secar autonomi untuk tanah jajahan mereka .....( aku tak sempat nak refer kisah Kesultanan kerajaan pattani before writing this article tetapi mengkaji serba sedikit semangat perjuangan Malay muslim di Pattani amat memberi kekuatan kepada diri aku tentang survival bangsa)...Allah Hu Akhbar
....apa yang aku ingin tekankan di sini ialah orang malay kan negara ini mengambil iktibar dari nasib dan apa yang berlaku pada saudara sebangsa dan seagama kita di selatan Thai ...tak mudah nak menjadi muslim di negara yang diperintah oleh agama lain.....tindasan dan penghinaan itu boleh menguatkan tetapi juga meruntuhkan semangat orang Islam itu sendiri....mengambilkira circumstances yang mereka lalui, mereka adalah muslim yang lebih kuat dari kita.....jangan orang kita lupa bahawa kemerdekaan dan kekuatan agama Islam di bumi Malaysia ini boleh hilang kalau kita tidak terus mendaulatkan agama kita dan institusi beraja orang malay.....w'pun institusi diraja sekarang ini nampak tidak berfungsi atau lebih kepada adat, tetapi keutuhan institusi tersebut mesti dijaga dan dijamin untuk survival orang Malay untuk generasi akan datang.....
.....maka di bulan ramadan yang mulia ini, aku menyeru semua orang malay muslim di malaysia ini bersyukur dengan kejayaan kita hari ini tetapi yang lebih penting lagi mula berfikir kemana arah survival orang malay ...adakah nasionalisme atau penerapan Islam ??...jangan menanti jawapan, tetapi fikir, kaji dan jawab soalan ini dengan ikhlas.....adakah mahu anak cicit kita nanti disembelih kafir macam di Bosnia, Palestin, maluku, Pattani , Iraq dan Afghamnistan atau kita mesti mencari satu semangat malay yang baru tanpa mengira ideology politik, rumpun bangsa dan dialect bahasa untuk menjadi satu bangsa yang nampak survival bangsa itu sendiri.....
..jangan dikatakan bahawa mustahil orang malayu akan hilang ketuanannya kerna itu juga yang berlaku pada British yang kehilangan empire mereka yang teramat luas merentasi benua.....
.......bila melihatkan kekejaman keatas orang Islam yang sebangsa dengan kita terasa amat sukar menerima hakikat ini...aku merayu kepada pembaca blog aku nei bila nampak peniaga muslim malay Thai nei jangan di pandang serong mcam pandang pada nepalese or vietnamese kerna depa nei adalah dari rumpun darah yang sama dan berjuang untuk kemerdekaan negara mereka demi untuk mempertahankan bangsa Malay dan agama Islam....Ya Allah, buka kan lah jalan yang lurus dalam Perjuangan Muslim Malay di Pattani...amin3x...
ps; kita tahu Cina Singapore dan Cina malaysia memang ada hubungan istimewa dan kita juga tahu PAP dan DAP itu adalah ibarat abang dan adik dan kita tahu Tamil Tigers mendapat tempat dihati kaum sebangsa mereka di sini , maka why not we do the same for those sebangsa dan agama dengan kita dari negara yang berjiran dengan kita....tak luak yer bahagia kita kalau memberi senyuman selamat datang kepada mereka atau memberi sedikit wang bantuan kepada mereka yang memerlukan diantara saudara se islam dan sebangsa kita....waulahhuaqlam....
amukanmelayu - kalau nak berpolitik biar kemenangannya menjadi milik kita, kalau nak berperang, pastikan kita SYAHID kerana ISLAM.