,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 30 April 2012

UMNO JAHAT....MENGHANTAR AHLINYA MENGGANGGU SIDANG AKBAR BAPAK PRESIDENT.



azmin-anwar513  

Isnin, 30 April 2012 15:23 - Seingat saya yang kerap ditugaskan buat liputan sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim, belum pernah wartawan tempatan, pro pembangkang dan agensi berita luar negara ‘sepakat’ mengasak Ketua Pembangkang itu.
Namun, ini berlaku kerana kami semua mahu Anwar berterus terang mengenai siapa mengarahkan peserta Bersih 3.0 merempuh halangan polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
Ianya juga kerana sebilangan besar wartawan hadir sidang media Anwar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya pagi Isnin adalah mereka yang turut berada di Dataran Merdeka malah tahu jawapan ding dong Anwar serta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berhubung perkara itu.   
Anwar, Azmin dan Naib presiden PKR Tian Chua masih mahu main silap mata seolah-olah mereka saja bercakap betul  dengan menafikan memberi isyarat supaya peserta merempuh halangan polis dalam insiden kira-kira jam 2.55 petang itu.
Malah, Anwar dan Azmin seperti biasa menganggap wartawan yang bertanya soalan adalah suruhan UMNO dan Barisan Nasional (BN)
be-rempuhwww600xxx
Mereka akan bertanya dahulu, wartawan yang menyoal daripada agensi berita mana.
Ketika Agendadaily bertanya soalan mengenai ucapan provokasi Anwar dan Azmin supaya peserta Bersih ‘menawan; Dataran Merdeka, Anwar mencelah “ Ini soalan UMNO...Ini soalan UMNO”.
Kenapa Anwar takut dan mahu temberang kerana sudah ramai tengok video dan nampak jelas beliau beri isyarat pada Azmin supaya merempuh masuk Dataran Merdeka.
Anwar berdolak dalih mendakwa beliau beri isyarat minta laluan, isyarat mahu peserta masuk ke kanan – arah Jalan Tunku Abdul Rahman, bukan ke kiri – arah ke Dataran Merdeka.
Beliau juga kata beri isyarat kepada Azmin supaya berunding dengan pegawai polis yang kononnya ada di situ untuk minta kebenaran berkumpul secara aman.      
 Azmin dalam sidang media sama turut mengesahkan kata-kata Anwar dan menambah beliau memberitahu Anwar "Saya sudahpun berunding dengan polis,"

anwarbersalah513
Namun timbul persoalan jika benar Anwar dan Azmin bagi signal untuk berunding, kenapa Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India yang dirakam mula-mula sekali membuka pagar keselamatan yang dipasang polis itu.
Dalam video tersebut jelas rempuhan itu berlaku hanya beberapa minit selepas Anwar memberikan signal dan Azmin berbisik sesuatu ke arah lelaki India memakai baju kuning tersebut.
Kenapa Azmin tidak menghalang lelaki tersebut dari membuka pagar keselamatan itu?
Malah beliau juga bercakap seolah-olah tidak kenal siapa lelaki India dimaksudkan menyebabkan ada wartawan semakin angin kerana tahu Azmin rapat dan mengenali lelaki india yang dikatakan pemimpin PKR dari Negeri Sembilan itu.
 Azmin akhirnya terperanjat apabila seorang wartawan bangun dan mengakui mendengar Azmin berkata, “Dataran Merdeka...boleh masuk...boleh masuk,” .
“Bohong’, jerit Azmin menafikan pendedahan wartawan tersebut.
Namun Azmin kantoi bila wartawan terbabit berkata dia berada hampir dan dengar apa dkatakan ahli parlimen Gombak itu.
 Wartawa TV Al-Hijrah yang di belasah Pendemo BERSIH

Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak  memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut.
Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300,000 peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.
Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang.
Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.
Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.
“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi...mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya.   
Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.
benjilimSelain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina (gambar kiri sekali baju putih) mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut.
Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu  saja,
Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis.
Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.
Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang.
Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.
Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis.
Azmin dan Tian Chua pun sama.  Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati  kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.
Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.
Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmkin.
Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar namk tumpang glamour juga hadir sidang media itu sebagai ‘duduk dan dengar’ saja.
Selepas sidang media hampir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu.
Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa.
Kepada Anwar, jika beliau anggap 28 April hari Merdeka Rakyat, beliau juga kena ingat 30 April – hari ramai wartawan angin dengan diing dong lakonan beliau yang memang sanggup buat dan cakap apa saja asalkan cita-cita jadi Perdana Menteri tercapai..30/4/2012  OLEH ROSLAN BIAN 

Di petik dari Agenda Daily.

amukanmelayu - raayat boleh terima siapa saja menjadi PM asalkan baik dan bertanggung jawab.