Khamis, 22 Julai 2010
TEKNOLOGI MELAYU MEREMPUH BADAI
Replika kapal Borobodur.
Sejak Abdullah Munsyi seorang kerani
Melayu keturunan mamak dan Arab menulis mengenai bangsa ini, besar
sungguh inferiority complex yang dialami mereka. Bangsa ini dicemuh
sebagai sebuah bangsa yang pemalas dan tak kenal dek untung. Sehingga
kini kita tidak mengetahui apakah niat sebenar Abdullah Munsyi membuka
pekung didada yang mungkin tidak wujud atau hanya wujud dalam sebahagian
kecil masyarakat Melayu sahaja. Ada pihak berpendapat mereka
melontarkan tohmahan dan cabaran bertujuan sebagai kritikan membina,
namun pada pendapat saya ianya langsung tidak dapat membina keperibadian
bagi masyarakat Melayu kemudiannya malah melemahkannya sehingga ke
tahap- yang paling dasar. Mungkin Abdullah merasa lebih superior kerana
mendapat tempat didalam masyarakat penjajah kolonial dan menjadi orang
kepercayaan mereka. Mungkin juga kerana beliau tidak pernah mengaggap
diri beliau sebagai Melayu sebabnya dia bukan keturunan Melayu tulin dan
hanya menjadi Melayu kerana tinggal dikawasan orang Melayu dan
mengamalkan adat istiadat Melayu.
Pendapat yang mengatakan bahawa
ianya hanyalah kritikan atau motivasi yang membangun, bagi saya adalah
sesuatu yang kurang berasas. Jika bangsa-bangsa lain sebagai contohnya
bangsa cina, mereka tidak akan sesekali merendah-rendahkan martabat dan
cara hidup bangsa mereka di hadapan bangsa lain apatah lagi bangsa barat
yang dianggap mereka sebagai orang gasar yang kurang bertamadun tidak
seperti orang-orang timur. Begitu juga dengan bangsa India, Jepun dan
Korea. Mereka seboleh-bolehnya mahu menonjolkan semua unsur-unsur
positif sahaja mengenai bangsa mereka kepada bangsa lain dan menutup
segala kelemahan walaupun ianya ternyata wujud. Semangat patriotism
seperti inilah yang telah membangkitkan alter bagi bangsa-bangsa mereka
sehinggakan bangsa mereka boleh menjadi salah satu bangsa yang disegani
dunia sehingga sekarang.
Ada juga pihak yang menuduh
bangsa yang satu ini adalah bangsa yang penakut dan tidak sukakan
cabaran! Apa?...PENAKUT? oh tidak, tidak sama sekali! Bangsa Melayu ini
sejak ribuan tahun adalah diantara bangsa yang sangat pemberani
sifatnya. Sifat kebenarian orang Melayu boleh dilihat sepanjang lembaran
sejarahnya. Sejak kemasukan Islam ke Nusantara orang Melayu telah
diperkenalkan dengan konsep kehidupan akhirat yang kekal abadi dan mati
shahid, maka sifat berani untuk mati itu menjadi semakin tebal dalam
masyarakat Melayu. Orang Melayu berani mati namun bukan mati sia-sia
atau mati katak sebaliknya mati dalam keadilan dan mati yang bermanfaat.
Hal ini dapat dilihat dengan memerhatikan adat orang dulu-dulu yang
suka menghantar anak-anak mereka belajar silat. Apabila anak itu
diserahkan kepada guru silat akan disertakan sekali dengan kain putih
sehelai yang melambangkan kain kafannya, sintok dan limau nipis untuk
memandikan jasadnya dan ayam putih untk kenduri arwahnya. Orang tua
dahulu tahu risikonya amat besar apabila menyerahkan anak untuk belajar
silat pada zaman dahulu kerana dahulu silat tidak diajar secara
olok-olok dan senjatanya juga adalah senjata tajam yang betul.
Semangat keberanian orang
Melayu jugalah yang telah menyebabkan mereka bisa menyebar keseluruh
kepulauan Nusantara dan membina tamadun yang gah suatu ketika dahulu.
Sejarah telah mencatatkan bahawa kegiatan perdagangan yang ulung di
rantau ini telah bermula sejak 200 tahun sebelum masihi lagi iaitu
dimasa kegemilangan empayar Rom di Barat dan Dinasti Han di China. Pada
peringkat awalnya kapal-kapal dagang cina dan India tidak mampu menempuh
badai lautan yang begitu hebat bagi mereka. Mereka hanya mengemudi
kapal-kapal mereka di pesisran pantai mengelilingi benua-benua sehingga
sampai ke destinasi. Mereka juga tidak berani menempuh laut cina selatan
yang sentiasa bergelora dan juga takut untuk merentasi Temasik dan
selat Melaka. Sesetengah ahli sejarah berpendapat mereka pada awalnya
amat takut untuk melepasi selat Melaka untuk terus ke India kerana
kuatir diserang lanun-lanun Melayu yang amat banyak ketika itu. Jadi
mereka hanya membataskan jalan perdagangan mereka di Vietnam, Thailand
dan segenting kra sahaja. Namun alasan yang lebih munasabah ialah mereka
takut untuk menempuhi geloran di musim-musim monsoon dan tambahan lagi
mereka pada ketika itu masih tidak mempunyai teknologi perkapalan yang
dapat mengatasi masalah tersebut.
Kedudukan ini mula berubah
apabila para pedagang Melayu mula memasuki era perdagangan antarabangsa
pada zaman kegemilangan empayar Funan sekitar abad ke 4 masihi. Para
pedagang Melayu ini mempunyai sejenis kapal layar yang dipanggil Jong
dan membawa muatan rempah ratus yang belum pernah dimiliki oleh
bangsa-bangsa lain di dunia. Rempah tersebut adalah seperti buah pelaga,
cengkih, bunga lawang dan buah pala. Selain itu orang Melayu juga
memperkenalkan kapur barus dan kayu gaharu yang sangat tinggi nilainya.
Disinilah teknologi maritim orang Melayu telah membawa kemakmuran
terhadap bangsanya sehingga terdirinya empayar Srivijaya dan seterusnya
empayar Melaka.
Pelayar-pelayar Melayu disebut
oleh ahli-ahli sejarah sebagai skilled navigators yang mampu merentas
lautan tanpa menggunakan kompas dan peta. Mereka hanya menggunakan angin
dan bintang sebagai panduan. Mereka membaca cuaca dengan meneliti
bentuk awan dan warna langit, air dan alun serta riak ombak. Melalui
pemerhatian terhadap burung dan alun laut mereka dikatakan dapat
mengetahui kedudukan sesebuah daratan dari jarak 30 batu dari laut!
Jong-jong Melayu pula diperbuat daripada kayu keras dan tidak
menggunakan paku. Papan dan kayu diikat menggunakan penyambung kayu dan
jika perlu rotan dan akar yang tahan akan digunakan. Jong-jong ini
dilengkapi dengan empat layar dan dua kemudi. Setiap jong juga boleh
memuatkan barangan seberat 500 hingga 1000 tan melebihi keupayaan
mana-mana kapal layar pada masa itu. Menurut Tome Pires dari segi
efisiensi jong Melayu adalah lebih baik daripada mana-mana kapal yang
wujud pada abad ke 15. Keunikan jong Melayu yang membezakannya dengan
kapal-kapal lain ialah semenjak beberapa abad sebelum masihi sehingga 4
masihi adalah kebolehannya meredah angin dan justeru itu meneroka lautan
yang luas dan dalam.
Setelah melihat kehebatan
jong-jong Melayu ini selama berabad-abad berniaga, bangsa-bangsa
pedagang lain seperti India, china, Arab sehingga sepanyol dan portugis
mula meniru teknologi yang dipakai oleh orang Melayu. Teknologi unik
yang membolehkan orang Melayu meredah badai ini adalah layar yang
berbentuk empat segi yang dipasang satu didepan dan satu di buritan
jong. Layar ini dicondongkan ke bawah dan boleh pula dipusing-pusingkan
ke kiri atau ke kanan. Layar istimewa ini membolehkan jong Melayu
meredah dan menentang badai dengan mudah dengan cara menghadapkannya di
bahagian hadapan kepada tiupan angin secara menyerang. Layar empat segi
di belakang dipusingkan untuk memerangkap angin tadi supaya ianya
bertiup secara terlencong ke hadapan menolak layar-layar di tengah
melawan badai. Justeru jong dapat bergerak kehadapan secara menyerong.
Dengan memanipulasikan layar empat segi secara menggilirkan pusingannya
maka jong dapat berlayar terus menerkam menentang tupan angina dan badai
mengikut laluan zig-zag. Dengan menggunakan layar ini para pelayar
Melayu mempunyai banyak competitive advantage untuk berdepan dengan
pedagang lain. Mereka boleh ke China, India, yaman, malahan mungkin
Madagaskar dan Mesir pada bila-bila masa mereka suka tanpa menunggu
tiupan angin yang sesuai.
Pebggunaan teknologi ini
bertahan ditangan orang Melayu sehingga abad ke 1 sebelum masihi dimana
para pelayar Arab yang berdagang sekitar lautan Hindi mula menirunya.
Pada abad ketiga selepas masihi pelayar Arab mula menggunakannya di
lautan meditranien. Iainya kemudian ditiru oleh pelayar portugis pada
abad ke 15 masihi. Dengan menggunakan teknologi inilah kapal-kapal
portugis dapat berlayar merentas badai sehingga ke Melaka dan kemudian
menemui New World di Amerika. Satu lagi teknologi ciptaan Melayu ialah
outrigger yang menjadi pengimbang untuk menstabilkan perahu induk.
Dengan perahu yang menggunakan outrigger ini orang Melayu berhijrah 3000
batu ke barat menduduki pulau madagaskar dan berbelas batu ke selatan
menduduki pulau-pulau pasifik semenjak millenium sebelum masihi. Pendek
kata sifat berani orang Melayu telah wujud sejak 5000 tahun sebelum
masihi lagi!
Menurut catatan fa xian iaitu
seorang sami buddha dari China yang berjalan ke India menggunakan jalan
daratan gunung dan balik semula ke China menggunakan jalan laut dengan
mengguanakan kapal Melayu. Beliau menyatakan bahawa orang-orang yang
boleh menerkam badai adalah lebih hebat daripada org yang mendaki puncak
gunung. Pada tahun 399 masihi fa xian yang berumur 65 tahun berangkat
dari Changan menuju ke utara India untuk bertapa dan menuntut ilmu.
Beliau memilih jalan darat yang membawanya merempuh padang pasir,
memanjat gunung karakoram, meniti lerengan setinggi 8000 kaki dimana
udaranya kurang oksigen dan menyusahkan usaha menngangkat kaki. Selepas
bertapa dan berguru di India selama 15 tahun akhirnya beliau kembali ke
China pada tahun 415 masihi. Beliau tidak lagi berani mengambil laluan
yang sama dijalaninya kerana pengalamannya yang terlalu ngeri.
Dari utara India beliau tururn
ke Sri Lanka menaiki kapal pedagang Melayu bersama 200 penumpang lain
menuju kepulauuan Melayu. Apa yang dialaminya adalah lebih mengerikan
daripada masa perjalanannya ke India melalui daratan dahulu. Kapal ini
menurutnya tidak menyusuri pantai seperti kapal-kapal lain tetapi ia
merentas lautan Hindi menuju ke Aceh dan seterusnya ke selat Melaka. Dua
hari berlayar fa xian menceritakan ribut besar telah melanda lautan.
Ribut ini berterusan selama 13 hari menyebabkan berlakunya kerosakan
besar kepada kapal. Anak-anak kapal membaikinya di sebuah pulau dan
mereka meneruskan perjalanan ke selat Melaka. Pengalaman fa xian di
lautan Hindi selama 13 hari ini diikuti pula dengan dilanda taufan dari
laut china selatan.
Lebih dasyat lagi bahana taufan
ini sehingga kapalnya sesat selama 70 hari di laut sebelum beliau sampai
balik ke kampong halamannya. Riwayat fa xian ini membuktikan bahawa
sejak zaman Srivijaya lagi pera pelaut Melayu telah menemukan jalan
pintas yang merbahaya kepada kapal-kapal bangsa lain. Jalan-jalan ini
adalah jalan kurus yang merentas lautan dalam. Hanya keberanian mereka
sahaja yang membolehkan mereka menerokainya. Penggunaan jalan pintas ini
membolehkan jong-jong mereka menjimatkan masa perjalanan dalam
perdangangan antarabangsa diantara timur dengan barat. Justeru itu
sebelum kewujudan Melaka lagi Srivijaya telah menjadi pusat entreport
yang terulung selama enam abad.
Rumusannya keberanian bangsa
Melayu menghadapi badai inilah maka terhasilnya teknologi pelayaran yang
membolehkan mereka berlayar jauh dan menerkam badai. Mereka melihat
badai sebagai sebuah halangan yang mengancam cita-cita mereka dan harus
ditempuhi. Sekian. Wallah hu a’lam.
Bibliografi;
Dato’ Dr Afifudin Hj Omar, dalam ‘Pendekar’.