Gempa Bumi Di Utara Sumatera
Yan, Kedah – Pada jam 4.38 petang waktu Malaysia, saya yang sedang berehat sambil menonton televisyen, tiba-tiba saya berasakan sesuatu bergoyang. Saya teringat semasa pada tahun 2004 saya pernah mengalami kejadian yang sama di waktu tengah malam (selepas kejadian tsunami). Lantas saya mengarahkan semua ahli keluarga keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri. kejadian itu berlaku hampir 5 minit dan saya dapat melihat kereta, motorsikal serta barangan lain bergoyang-goyang. pada jam 6.45 petang satu lagi gegaran yang kuat turut dirasai saya dan jiran-jiran serta penduduk kampung setempat.
Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) telah mengeluarkan kenyataan berlaku gempa bumi berukuran 8.9 dan 8.5 magnitud, kedalaman pusat gempa 22.9 kilometer dari perut bumi (bawah laut). Jesteru itu, amaran tsunami telah dikeluarkan serta-merta oleh USGS serta negara-negara lain terutama Indonesia, India dan juga Thailand serta negara kita. sehingga semalam jam 11 malam 11 April 2012, amaran tsunami telah di tarik balik di kesemua negara termasuk Indonesia serta negara kita.
Apa yang bermain di fikiran penulis ialah, kerajaan gagal melaksanakan tindakan pantas dan berkesan dalam menangani kejadian ini. Jika diimbas kembali apa yang berlaku pada tahun 2004 menjelang tengah hari, pada masa itu beberapa negeri pantai barat semenanjung Malaysia telah dilanda ombak tsunami, antaranya sekitar batu Feringgi Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Daerah Yan dan Kuala Muda merupakan kawasan yang menerima musibah tsunami antara yang terburuk.
Berdasarkan kepada kejadian yang berlaku semalam, 2 gegaran yang merekodkan bacaan tinggi melebihi 8 magnitud, kerajaan perlu sedar dan pantas perlu mengambil langkah yang lebih drastik dalam usaha menyelamatkan nyawa penduduk yang tinggal di kawasan persisiran pantai khususnya. Apa yang diumumkan melalui media, hanya menghantar pasukan keselamatan membuat rondaan ke kawasan yang berpotensi menerima ombak tsunami serta menasihati penduduk agar menjauhi kawasan persisiran pantai. Ini tidak cukup! Sepatutnya pihak kerajaan melalui pasukan keselamatan tangkas tampil kehadapan melalui kenyataan secara langsung, sama ada Perdana Menteri mahupun Ketua Polis Negara tampil kehadapan dengan membuat pengunguman pindahkan semua penduduk di kawasan yang berhampiran persisiran pantai ke lokasi yang lebih selamat dengan membuka pusat-pusat penempatan sementara.
Wakil-wakil rakyat juga bersama NGO’s perlu bersama-sama menggerakkan masyarakat setiap kawasan yang terlibat berpindah serta-merta dengan lancar tanpa mewujudkan perasaan trauma ataupun situasi yang kucar-kacir. seharusnya Malaysia harus mencontohi negera Thailand yang telah mengeluarkan arahan kepada 6 wilayahnya agar penduduk di persiriran pantai pindah terus dari situ walaupun tsunami mungkin ataupun tidak akan melanda kawasan mereka, tambahan pula kejadian yang terjadi di waktu petang kemungkinan tsunami akan tercetus di waktu malam. Ini akan lebih menimbulkan kebimbangan dikalangan penduduk.
Dari pandangan saya sebagai penulis, pihak kerajaan perlu melaksanakan arahan yang tegas dengan membawa keluar panduduk yang terlibat serta menutup semua laluan masuk ke kawasan berisiko tinggi menghadapi tsunami, sekolah-sekolah yang terlibat juga perlu ditutup sekurang-kurangnya 1 hari sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya tsunami betul-betul melanda. Inilah sebenarnya langkah-langkah yang seharusnya kerajaan pusat ambil demi menjaga kepentingan dan mendahulukan rakyat agar mereka (rakyat) dapat menghargai kesungguhan dan keperihatinan pihak kerajaan yang sememangnya sayangkan rakyatnya. Bayangkan sekiranya tsunami betul-betul berlaku dan di waktu malam pula!?
Saya sebagai penulis berasa amat kecewa dengan apa yang diumumkan oleh media-media serta perjalanana pemantauan pihak berkuasa dengan hanya mengambil langkah ‘menasihati penduduk’ agar jauh dari persisiran pantai. Perkara ini amat mendukacitakan bagi diri saya.
Seharusnya pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif dalam mengurangkan jumlah kesengsaraan dan kemusnahan yang berlaku seandainya tsunami tercetus. Jangan tunggu berlaku barulah bangkit nak arah itu ini, laksanakan itu ini di saat semuanya telah pergi buat selama-lamanya. Ingatlah bahawa rakyat ini sayangkan kepimpinan kerajaan dan kerajaan perlu lebih peka dengan situasi sebegini.
* sumber gambar – Googles Image
di petik dari - suaragenerasibaru.com
amukanmelayu - "beruntung Pak.....di Malisia ngak berlaku semua ini. syukur kehadrat Ilahi....keluarga saya di sana semua selamat".....