,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 17 May 2012

DELIMA ISLAMELAYU - KRISIS POLITIK DAN IDENTITI

Sejak bermulanya pembukaan Melaka oleh Parameswara....kerajaan Melayu berkembang baik. Lembut budi bahasanya, sopan tutur katanya. Pedas sindiranya tapi sopan cara luahanya, tinggi nilai budinya, dalam maksud kiasanya, tertib adatnya di sampaikan dalam bidalan. Luhur budipekertinya setia tinggi nilainya. Pujanggan berkias segala biar mati anak jangan jangan mati adat....pantang di sebut kurang ajar....menunjuk pun tidak dengan telunjuk di bimbangi telunjuk menjolok mata.
Hidup di Negeri Beraja....adat dan sopan diajar sejak mula. Raja dan Raayat berpisah tiada, Raja penaung raayat jelata. Berat sama di pikul dan ringan sama di jinjing. Walau ilmu penuh didada....di ajar resminya padi...makin tunduk makin berisi. Bertimpuh bersembah di hadapan Raja bukan kerana mememuliakan lebih dari Yang Maha Esa....tapi pengisian orang beriman dapat membeza. Jika di hadapa Raja kita tunduk berbicara kata....bagaimana pula di hadapan yang Maha Esa. Barulah iman dapat di terima.

Hidup ISLAMELAYU hidup beradat....adat bersendikan KITABULLAH. Kenali diri baru bersuara. Supaya tidak datang bencana. Kerana mulut badan binasa. Ukurlah baju di badan sendiri. Jangan sering menuding jari....kerana Islamelayu tidak begitu. Berani kerana Benar dan takut kerana salah.
Adat berguru memang begitu. Menyucikan diri terlebih dahulu. Datang melutut di hadapan Guru. Biar sepatah ayat di ajar.....hutangnya hingga kemati. Jasa guru tiada nilainya. Bertemu lutut kita belajar, seperguruan kita bersaudara. Berguru di seberang...merantaulah namanya itu. Di bawanya resmi padi...makin tunduk makin berisi. MERAWI kitab siapa pengarangnya...sehingga kemana sudahnya. Jika berakhir pada Iman yang empat....benarlah segalanya. Dari imam yang empat akan berakhir pada SAHABAT, dari sahabat berakhirlah pada RASUl Junjungan. Seperti mana pergi, begitu jugalah semasa pulangnya. Yang berubah adalah WARAKnya. Berbaih dengan guru,  sehingga jodoh pun di tentukan GURUnya.


Tak pernah kita menolaknya. Beselendang labuh, berbaju kurung atau kebaya. Elok bagi Tok Guru, maka eloklah bagi kita. Jodohnya di bawa sampai kemati. Belum pun bersunat dah di hantar mengaji. Anak jantan bukan dirumah tempatnya. Bermain senjata, bersilat, berenang, berburu, mendayung perahu, bertukang, bersawah dan berhuma....pacat dan lintah semua itu perlu di rasa. Menjaga kampung dan maruah keluarga di serah begitu sahaja. Semangat Jebat dan Tuah mendidih sentiasa. Keris dihunus bila bicara menjadi sia-sia. Patah sayap, paruh jadi tongkatnya...namun menyerah tidak sekali. Biar puteh tulang jangan puteh mata. Banyak Pahlawan gugur di medan. Terpahat namanya dalam sejarah, kerana Ugamabangsanya. Menjadi kebanggaan keluarga dan Bangsa sehingga berkurun lamanya. Menyekat penyuluh dan pengaruh asing sudah menjadi sebahagian dari tanggung jawab bersama. Selain dari budaya kita....rosaklah akhlak namanya. 


Ramailah yang nak menumpang di bumi bertuah ini. Yang mata sepet dan yang berkulit hitamnya. Berjanji taat dan setia pada Duli Tuanku. Akan memahami budaya kita. Bertutur bahasa kita walau lidahnya tergeliat jika bercerita. tapi itulah gambaran awalnya. Lidah mereka tak akan betul walau pun di asah dengan emas tujuh karat. Bagaiman tutrkatanya yang tak pernah betul....begitulah hatinya. Diajarnya pula kepada kita. yang KURANG IMANnya....akan terikutlah dengan tariannya. Apabila tarian menjadi canggung maka di katalah lantai yang tinggi rendah.

Maka berbanggalah kita dengan BUDAYA mereka. Walau pun tidak menyebut, tapi dalam makrifat, "MALU DI JADIKAN ISLAMELAYU"....marah bila di kata kafir....merekalah pejuang sejati, mengikut SUNNAH.....perjuangan mereka berteraskan ISLAM.

Cerca, maki dan nista menjadi perkara biasa. Tidak terasapun akan dosanya. Di lembukan begitu sahaja, di perbudakkan oleh mereka yang berselindung di sebalik KEBEBASAN BERSUARA. Bertempik bersorak keranya....sedangkan tahu RASULLULLAH tidak pernah mengajar umatnya BERKURANG AJAR. Apa lagi umpat dan nista. Memuji melambung kerana sepatah kata pujian dari KAFIR durjana. Sayang....anak muda kita menjadi alat mereka.


Wong Kow Kong, 58, dilaporkan menghantar sebakul bunga kepada Unit Amal PAS sebagai tanda “terima kasih” kerana menjaga keamanan peserta BERSIH tempohari dan menafikan Unit Amal PAS itu bertindak ganas ketika himpunan itu berlangsung. Maka riuhlah segenap kampung dan desa....sedangkan itu semua gula-gula dari mereka yang tahu mengambil kesempatan yang ada.


Tersenyum gembira semasa pelajar yang di suruh belajar berkhemah di tengah bandar... dapat pula bergambar dengan PADERI....teringat pesan GURU....jika ada "YAHUDI, NASRANI atau MAJUSI" yang lalu di laman rumah kamu, maka hendaklah "MENCANGKUL" kesan tapak kakinya dan di buang jauh dari rumah kamu. Sesungguhnya mereka ini amatlah jahat...di bimbangi kamu akan mengikut mereka. 

Begitu hebatnya pengaruh mereka dan telah dipesan oleh mereka yang terdahulu supaya berhati-hati dengan kaum KFIRUN ini. Tapi mereka tetap datang juga. Mereka di taja dan di bawa kesini.....kerana kita bukan Islamelayu lagi. Malu rasanya berbaju kurung nak ke KL....malu rasanya naik  kapaterbang hendak  ke London berbaju kebaya.....Mat Salleh CELUP sukakan budaya BARAT.


Penulis pon tak faham kenapa kita perlu agungkan barat? tak ok ke budaya kita?
 atau budaya kita ni dah lapuk. tak sesuai untuk zaman moden kini. Kalau orang
 kita sendiri duk gila dengan Barat. Sape lagi nak pertahankan budaya kita.

malu ke kalau kita berbaju kurung?
atau rasa rimas dan panas berbaju melayu?
 David Archuletta - "Orang" sebuk nak jadimelayu.

Penulis memang tak faham kenapa orang kita suka pakai sendat-sendat, ketat-ketat,
 nampak pusat, nampak itu nampak ini dan mungkin diorang rasa cool....trendy.

 Kenapa Mak lahirkan saya "MELAYU"

kalau dah macam ni dah tak boleh nak identify Islamelayu ke mat saleh ni. Ditambah
 pulak dengan spesies yang cakap melayu versi mat saleh......"Shaya tak shuke shakap
 melayu..tak grand..lebih shuka chakap orang piuteh.baru modernn"Mesti adanya
 melayu celup macam ni........ yang action mat saleh. geli penulis mendengarnya.

Semakin tinggi belajar semakin KURANG AJAR. Tiada berperasaan dan berterima 
kasih kepada mereka yang berusaha untuk kita sampai ke peringkat ini. Jika tidak
 mahu berterimakasih pun tidak mengapa, budaya Islamelayu yang di ajar oleh Para 
Rasul tidak di benarkan sama sekali menyakiti sesama saudara .......pernahkah 
terdetik didalam hari....bagaiman rasanya jika perkara seumpama ini di lakukan 
kepada kedua orang tua kita.




Seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul sedangkan kita telah mengajar pelajar-pelajar berbuat tidak baik.  Apa yang di cari didalam hidup ini. Senangnya mencari kemewahan sendiri dengan memperalatkan anak-anak supaya berbuat tidak baik dan kita mendapat upahnya. Jika kita sudah laridari teras asas pendidikan.....semuanya perkara yang HARAM akan menjadi HALAL. Undang-undang tidak di patuhi....buruk akibatnya nanti.

Hasad dan dengki silih berganti. Menjadi seorang pejuang adalah ,eninggalkan pengorbanannya di guna pakai oleh orang lain. Kalau yang menghasud supaya berbuat tidak baik dan menentang Undang-Undang....itu mengundang bala namanya. Apabila irihati, dengki, dan sakit hati.....fikiran tentunya tidak waras lagi. Yang menentang kemungkaran di katakan jahat....sesungguhnya penulis amat tidak mengerti.
Mangsa "Makhluk Perosak"



Orang yang menghalang jangan di inaya keatas insan yang lain....di pukul dan di cederakan. Jika mati seseorang itu......bersediakah mereka yang melaungkan keadilan dan mahukan HUKUMAN HUDUD di laksanakan setuju dengan HUKUM QISAS ketas mereka?

Sengaja penulis menurunkan bentuk hukum Qisas di sini untuk mereka yang melaungkan Islam di jadikan MODAL POLITIK untuk berkuasa. Ingatlah....Allah sentiasa memerhatikan kita. Lagi tinggi ILMU kamu maka tinggilah dugaannya. Tidakkah terfikir di hari mereka yang menjadi pemimpin Islamelayu ini, yang kamu sekarang sedang diuji keimanan kamu. .....


Hukum Qisas: Bentuk kebijaksanaan dalam Undang-undang Islam

Qisas yang selama ini kita ketahui kadang-kadang masih dianggap sebagai sesuatu yang sangat seram, menakutkan, dan tidak manusiawi, sehingga timbul sikap yang dinamakan 'Islamophobia'. Padahal, Allah Subhanahu wa Ta’ala mensifatkan qisas dalam firman-Nya,

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَاْ أُولِيْ الأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah: 179).

Imam asy-Syaukani menjelaskan ayat ini dengan menyatakan, “Maknanya, kalian memiliki jaminan kelangsungan hidup dalam hukum yang Allah Subhanahu wa Ta’ala syariatkan ini, kerana bila seseorang tahu akan dibunuh secara Qisas apabila dia membunuh orang lain, tentulah dia tidak akan membunuh dan menahan diri dari mempermudah dan terjerumus padanya.

Dengan demikian, hal itu seperti kedudukan jaminan kelangsungan hidup bagi jiwa manusia. Ini adalah satu bentuk sastera (balaghah) yang tinggi dan kefasihan yang sempurna. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan qisas yang sebenarnya adalah kematian sebagai jaminan kelangsungan hidup, ditinjau dari akibat yang ditimbulkannya, berupa tercegahnya manusia saling bunuh di antara mereka. Hal ini dalam rangka menjaga keberadaan jiwa mereka dan keberlangsungan kehidupan mereka.

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga menyampaikan ayat ini untuk ulil albab (orang yang berakal), kerana merekalah orang yang memandang jauh ke depan dan berlindung dari bahaya yang munculnya menyusul nanti. Adapun orang yang pandir, dia berfikiran pendek dan mudah emosi, ketika amarah dan emosinya bergejolak dia tidak memandang akibat yang muncul nantinya dan dia pun tidak memikirkan masa depannya.”

Kerana bersikap terburu-buru dan tidak mengerti hakikat syariat yang Allah Subhanahu wa Ta’ala tetapkan, ramai orang bahkan kaum muslimin yang belum mahu menerima atau simpati atas penegakan qisas ini. Padahal, pensyariatan qisas akan membawa kemaslahatan bagi manusia.

Syaikh Prof. Dr. Shalih bin Fauzan menyatakan, “Pensyariatan qisas berisi rahmat bagi manusia dan penjagaan atas darah mereka, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ

‘Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu.‘ (Surah al-Baqarah : Ayat 179).

Sehingga, betapa buruk orang yang menyatakan bahawa qisas itu sesuatu yang tidak berperikemanusiaan (biadab) dan keras. Mereka tidak melihat kepada kebiadaban pelaku pembunuhan ketika membunuh orang tak berdosa, ketika menyebarkan rasa takut di daerah tersebut, dan ketika menjadikan para wanita janda, anak-anak menjadi yatim, serta hancurnya rumah tangga.

Mereka ini hanya merahmati pelaku kejahatan dan tidak merahmati korban yang tak berdosa. Sungguh buruk akal dan kedangkalan mereka. Allah berfirman,

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْماً لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ

"Apakah hukum jahiliyah yang mereka kehendaki? Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?" (Surah al-Ma`idah: 50)” 

Untuk itu, penjelasan tentang qisas ini sangat diperlukan, agar kaum muslimin boleh mengerti keindahan dan rahmat yang ada dalam qisas.


Definisi Qisas

Kata “qisas” (قصاص) berasal dari bahasa Arab yang bererti “mencari jejak”, seperti “al-qasas“. Sedangkan dalam istilah hukum Islam, maknanya adalah pelaku kejahatan dibalas seperti perbuatannya, apabila dia membunuh maka dibunuh dan bila dia memotong anggota tubuh maka anggota tubuhnya juga dipotong. 

Dapat disimpulkan bahawa qisas adalah mengambil pembalasan yang sama atau serupa, mirip dengan istilah “hutang nyawa dibayar dengan nyawa”.


Dasar Pensyariatan Qisas

Qisas disyariatkan dalam al-Quran dan as-sunnah, serta ijma‘. Di antara dalil dari al-Quran adalah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Wahai orang-orang yang beriman, qisas diwajibkan atasmu berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh. Orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita, maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula),  yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Rabbmu dan suatu rahmat,  barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih.  Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.”(Surah al-Baqarah : 178-179).

Sedangkan dalil dari as-Sunnah di antaranya adalah hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, iaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ قُتِلَ لَهُ قَتِيلٌ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يُفْدَى وَإِمَّا أَنْ يُقْتَل

“Barangsiapa yang menjadi keluarga korban terbunuh maka dia memilih dua pilihan, boleh memilih diyat dan boleh juga dibunuh (qisas).” (Hadis Riwayat al-Jama’ah).

Sedangkan dalam riwayat at-Tirmidzi adalah dengan lafal,

مَنْ قُتِلَ لَهُ قَتِيلٌ فَهُوَ بِخَيْرِ النَّظَرَيْنِ إِمَّا أَنْ يَعْفُوَ وَإِمَّا أَنْ يَقْتُلَ

“Barangsiapa yang menjadi keluarga korban terbunuh maka dia memilih dua pilihan, boleh memilih memaafkannya dan boleh membunuhnya.” 

Ayat dan hadits di atas menunjukkan bahawa wali (keluarga) korban pembunuhan dengan sengaja memiliki pilihan untuk membunuh pelaku tersebut (qisas) bila menghendakinya, bila tidak boleh memilih diyat dan pengampunan. Pada asalnya, pengampunan lebih utama, selama tidak menghantar kepada mafsadat (kerosakan) atau ada kemashlahatan lainnya. 

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah me-rajih-kan, bahawa pengampunan tidak boleh diberikan pada qatlu al-ghilah (pembunuhan dengan memperdaya korban). 

Sedangkan Ibnu al-Qayyim rahimahullah, ketika menyampaikan kisah al-’Urayinin, menyatakan, “Qatlu al-ghilah mengharuskan pembunuhan pelaku dilakukan secara had (hukuman), sehingga hukuman baginya tidak gugur dengan adanya pengampunan dan tidak dilihat kembali kesetaraan (mukafah). Inilah mazhab ahli Madinah dan salah satu dari dua pendapat dalam Mazhab Ahmad, serta yang dirajihkan asy-Syeikh (Ibnu Taimiyah, pen) dan beliau rahimahullah berfatwa dengan pendapat ini.” 


Hikmah Pensyariatan Qisas

Allah al-Hakim menetapkan satu ketetapan syariat dengan hikmah yang agung. Hikmah-hikmah tersebut ada yang diketahui manusia dan ada yang hanya menjadi rahsia Allah Subhanahu wa Ta’ala. Demikian juga, dalam qisas terdapat banyak hikmah, di antaranya:

pantai bari kecil - beach wallpaper

1. Menjaga masyarakat dari kejahatan dan menahan setiap orang yang akan menumpahkan darah orang lain. Yang demikian itu disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam firman-Nya,

“Dan dalam qishas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah : 179).

2. Mewujudkan keadilan dan menolong orang yang dizalimi, dengan memberikan kemudahan bagi wali korban untuk membalas kepada pelaku seperti yang dilakukan kepada korban. Kerana itulah, Allah berfirman,

“Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh,  sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.” (Surah al-Isra`: 33).

3. Menjadi sarana taubat dan penyucian dari dosa yang telah dilanggarnya, kerana qisas menjadi kafarah (penghapus dosa) bagi pelakunya. Hal ini dijelaskan Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam dalam sabdanya,

تُبَايِعُونِي عَلَى أَنْ لَا تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا وَلَا تَسْرِقُوا وَلَا تَزْنُوا قَرَأَ عَلَيْهِمْ الْآيَةَ فَمَنْ وَفَّى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ عَلَيْهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَهُ وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَسَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَهُوَ إِلَى اللَّهِ إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ

“‘Berbai’atlah kepadaku untuk tidak berbuat syirik, tidak mencuri, dan tidak berzina.’ Beliau membacakan kepada mereka ayat, (lalu bersabda), ‘Barangsiapa di antara kalian yang menunaikannya maka pahalanya ada pada Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan barangsiapa yang melanggar sebahagiannya lalu di hukum maka hukuman itu sebagai penghapus dosa baginya. (Adapun) barangsiapa yang melanggarnya lalu Allah tutupi maka urusannya diserahkan kepada Allah, bila Dia kehendaki maka Dia mengazabnya dan bila Dia menghendaki maka Dia mengampuninya.” (Muttafaqun ‘alaihi).


Syarat Kewajiban Qisas

Secara umum, wali (keluarga) korban berhak menuntut qisas, apabila telah syarat-syarat berikut ini telah dipenuhi:

1. Jenayah (kejahatan)-nya termasuk yang disengajakan. Ini merupakan ijma’ para ulama, sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Qudamah rahimahullah, “Para ulama ber-ijma’ bahawa qisas tidak wajib, kecuali pada pembunuhan yang disengajakan, dan kami tidak mengetahui adanya silang pendapat di antara mereka dalam kewajibannya (sebagai hukuman pada) pembunuhan dengan sengaja, apabila dipenuhi syarat-syaratnya.” 

2. Korban termasuk orang yang dilindungi darahnya (‘ishmat al-maqtul) dan bukan orang yang dihalalkan darahnya, seperti orang kafir harbi dan penzina yang telah menikah. Hal ini kerana qisas disyariatkan untuk menjaga dan melindungi jiwa.

3. Pembunuh atau pelaku kejahatan adalah seseorang yang mukallaf, iaitu berakal dan baligh. Ibnu Qudamah rahimahullah menyatakan, “Tidak ada silang pendapat di antara para ulama bahawa tidak ada qisas terhadap anak kecil dan orang gila. Demikian juga orang yang hilang akal dengan sebab uzur, seperti tidur dan pengsan.” 

4. At-takafu’ (kesetaraan) antara korban dan pembunuhnya ketika terjadi tindak kejahatan dalam sisi agama, merdeka, dan hamba. Sehingga, seorang muslim tidak di-qisas dengan sebab membunuh orang kafir, dengan dasar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

لاَ يُقْتَلُ مُسْلِمٌ بِكَافِرٍ

“Tidaklah seorang muslim dibunuh (di-qisas) dengan sebab membunuh orang kafir.” 

5. Tidak ada hubungan keturunan (melahirkan), dengan ketentuan korban yang dibunuh adalah anak pembunuh atau cucunya, dengan dasar sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

لاَ يُقْتَلُ الوَالِدُ بِوَلَدِهِ

“Orangtua tidak di-qisas dengan sebab (membunuh) anaknya.” 

Syeikh as-Sa’di rahimahullah ketika menjelaskan syarat diwajibkannya qisas menyatakan, “Pembunuh bukan orang tua korban, kerana orang tua tidak dibunuh dengan sebab membunuh anaknya.” 

Sedangkan bila anak membunuh orangtuanya, maka si anak tetap terkena keumuman kewajiban qisas.


Syarat Pelaksanaan Qisas

Apabila syarat-syarat kewajiban qisas dipenuhi seluruhnya, maka syarat-syarat pelaksanaannya masih perlu dipenuhi. Syarat-syarat tersebut adalah:

1. Semua wali (keluarga) korban yang berhak menuntut qisas adalah mukallaf. Apabila yang berhak menuntut qisas atau sebahagiannya adalah anak kecil atau gila, maka hak penuntutan qisas tidak boleh diwakilkan oleh walinya, sebab pada qisas terdapat tujuan memuaskan (keluarga korban) dan pembalasan. Dengan demikian, pelaksanaan qisas wajib ditangguhkan, dengan memenjarakan pelaku pembunuhan hingga anak kecil tersebut menjadi baligh atau orang gila tersebut sedar.

Hal ini dilakukan Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang memenjarakan Hudbah bin Khasyram dalam qisas, hingga anak korban menjadi baligh. Hal in dilakukan di zaman para sahabat dan tidak ada yang mengingkarinya, sehingga seakan-akan menjadi ijma’ di masa beliau.

Apabila anak kecil atau orang gila memerlukan nafkah dari para walinya, maka wali orang gila saja yang boleh memberi pengampunan qisas dengan meminta diyaat, kerana orang gila tidak jelas bila sembuhnya, berbeza dengan anak kecil. 

2. Kesepakatan para wali korban terbunuh dan yang terlibat dalam qisas dalam pelaksanaannya. Apabila sebahagian mereka -walaupun hanya seorang- memaafkan si pembunuh dari qisas, maka gugurlah qisas tersebut. 

3. Aman dalam pelaksanaannya dari melampaui batas kepada selain pelaku pembunuhan, dengan dasar firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan barangsiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh, sesungguhnya dia adalah orang yang mendapat pertolongan.” (Surah al-Isra`: 33).

Apabila qisas menyebabkan sikap melampaui batas, maka hal tersebut dilarang, sebagaimana dijelaskan dalam ayat di atas. Dengan demikian, apabila wanita hamil akan di-qisas, maka dia tidaklah di-qisas hingga dia melahirkan anaknya, kerana membunuh wanita tersebut dalam keadaan hamil akan menyebabkan kematian janinnya. Padahal janin tersebut belum berdosa. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Dan seseorang tidak akan memikul dosa orang lain.” (Surah al-An’am: 164).


Siapakah Yang Berhak Melakukan Qisas?

Yang berhak melakukannya adalah yang memiliki hak, iaitu para wali korban, dengan syarat mampu melakukan qisas dengan baik sesuai syariat. Apabila tidak mampu, maka diserahkan kepada pemerintah atau wakilnya. Hal ini tentunya dengan pengawasan dan naungan pemerintah atau wakilnya, agar dapat mencegah sikap melampaui batas dalam pelaksanaannya, serta untuk memaksa pelaksana menunaikannya sesuai dengan syariat. 

Demikianlah beberapa hukum sekitar qisas. Mudah-mudahan dapat memberikan pencerahan akan keindahan dan pentingnya menerapkan qisas di dalam masyarakat kita.



Semuanya ini adalah KEGILAAN kuasa. Tragedi 13 may 1969 adalah bermula dengan Cina yang memaki hamun Islamelayu dan membunuh "Pelakon" film Melayu Mak Minah dan Pak Kasim di Pulau Pinang. ini hanya kerana DAP Cina menag hanya 13 kerusi sahaja. Mereka menghalau kita dari Tanah Melayu ini. Perkataan "MALAY Si"(Mampus Melayu) dim ulangkan berkali-kali di seluruh pekan denga mereka berarak secara simbolik membawa penyapu besar......ini adalah sejarah. Memang benar kata Tun M...."MELAYU MUDAH LUPA"

Sifat kurang ajar ini di bawa kemana-mana oleh Cina yang asalnya menumpang sahaja di negara ini. Mereka membuat kecoh semasa PM Melayu sedang berucap di London. Ramai yang di tanah Melayu ini bertepuk tangan....sedangkan yang di malukan itu adalah sebangsa dan seugama dengan mereka. Seperti meludah kelangit......begitulah Islamelayu telah di jajah pemikirannya sehingga lebih teruk dari Kafirun.

Samseng DAP yang membakar semangat "Kepahlawanan Pemuda Islamelayu"



Siapakah yang di pukul ini. banggakah kamu bila dapat memukul saudara Islamelayu yang darahnya mengalir ROH seperti kaumu. Kiblatnya sama dengan kamu dan syuhadanya tiada langsung yang berlain dari kamu....melainkan kamu telah tidak Berasulkan lagi kepada Muhammad S.A.W.


Banggakah kamu dapat merosakan harta kerajaan ini.....herokah kamu, masuk syurgakah kamu, syahidkah kamu......dimanakah nama kamu di pahatkan kerana memusnahkan harta kerajaan ini?


Cantik menutup aurat dan bersopan dengan yang lebih tua....tapi di sebalik jilbab ini ada lagi yang perlu di pelihara.  Perhatikanlah apa yang penulis turunkan disini....bukannya untuk kita bertelagah...tapi kembali kepada yang berhak.....bagaimana Rasul meninggalkan beberapa peristiwa dan sejarah Islam untuk menjadi penunjuk jalan dan pedoman hidup kita....berkata yang benar itu adalah pahit...

“Bahawa Rasulullah SAW keluar pada waktu perang Uhud, tiba-tiba baginda terihat sebuah skuadron yang (tersusun) baik atau (kata periwayat) yang kasar, lalu Nabi SAW bertanya, ‘Siapa mereka?’. Para sahabat menjawab, ‘Mereka Yahudi (bani) itu dan ini’. Nabi lalu bersabda, ‘Kita tidak mencari (meminta) pertolongan daripada orang-orang kafir” [HR Thabrani]. 

Al-Hafiz Abu Abdillah menceritakan, beliau menyandarkan sanad hadis pada Abu Hamid As-Sa’idiy, beliau berkata, 

“Rasulullah SAW keluar, setelah baginda meninggalkan lembah Wada’, beliau bertemu dengan salah satu skuadron, baginda lalu bertanya, ‘Siapa mereka?’. Sahabat menjawab, ‘Mereka adalah Bani Qainuqa’ iaitu kabilahnya Abdullah Bin Salam’. Nabi bertanya lagi, ‘Apakah mereka telah masuk Islam?’. Sahabat menjawab, ‘Mereka masih tetap pada agama mereka’. Nabi bersabda, ‘Katakan kepada mereka untuk pulang, kita tidak meminta bantuan daripada orang-orang musyrik”. 

Berdasarkan hadis-hadis tersebut, jelas bahawa adalah haram hukumnya bagi kaum Muslimin, khususnya para pemimpin dan tentera, mengadakan al-ahlaf al-askariyyah bersama golongan/negara kuffar. Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda, 

“Aku berlepas diri dari orang Islam yang berperang bersama orang kafir”
 ertinya jika orang Islam berada di bawah panji mereka.
Bagaimana Kenyataan Petikan dari Harakah ini?

Semasa perang Uhud, Quzman keluar bersama para sahabat Rasulullah SAW dan dia berjaya membunuh tiga orang Bani Abdud Dar, para pembawa panji orang-orang musyrik. Melihat kepada kejayaan Quzman, Rasul SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah menguatkan agama ini dengan lelaki fajir (pendosa)” [HR Thabrani]. Kabilah Khuza’ah juga keluar bersama Nabi SAW pada tahun Fathul Makkah untuk memerangi orang-orang Quraisy. Khuza’ah saat itu masih musyrik, sehingga Rasulullah SAW berkata kepada mereka, “Wahai orang-orang Khuza’ah, angkatlah tangan kalian dari membunuh seseorang. Pembunuhan telah banyak terjadi. Kalian telah membunuh seseorang, sungguh aku yang membayar diyatnya”. Berdasarkan nas-nas ini, boleh (harus) meminta bantuan orang-orang kafir dalam kapasiti mereka sebagai individu, dengan syarat mereka berada di bawah panji Islam, tanpa memandang lagi apakah mereka dzimmi atau bukan. Sedangkan meminta bantuan orang kafir sebagai sebuah kelompok atau negara tertentu yang memiliki entiti yang independen dari Daulah Islam, maka sama sekali tidak dibenarkan (haram) di dalam Islam. 


Kenapa Kita tidak boleh bersama macam ini?

Selain hadis-hadis di atas, terdapat hadis lain riwayat Aisyah ra di mana dia berkata, “Nabi SAW keluar sebelum perang Badar. Ketika baginda tiba di Harratul Wabrah, baginda berjumpa dengan seorang lelaki yang terkenal dengan keberanian dan kegemarannya  menolong orang. Para sahabat gembira tatkala melihat lelaki tersebut. Ketika lelaki itu menemui Rasulullah dia berkata, ‘Aku datang untuk menyertaimu dan memperolehi ghanimah bersamamu.’ Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya, ‘Adakah kamu beriman kepada Allah dan RasulNya?’ Dia berkata, ‘Tidak’. Baginda bersabda, ‘Pulanglah, kerana aku tidak akan meminta bantuan seorang musyrik.’ Lalu dia pergi. Ketika kami tiba di sebuah pohon, lelaki tersebut menemui baginda lagi, lalu dia berkata sebagaimana yang dia katakan pada pertama kalinya. Maka Nabi SAW bersabda kepadanya sebagaimana yang baginda ucapkan pada pertama kalinya, sabda baginda, ‘Pulanglah kerana aku tidak akan meminta bantuan seorang musyrik.’ Lalu lelaki tersebut berjalan pulang. Kemudian dia menjumpai baginda lagi di Baida’ dan bertanya hal yang sama. Baginda bersabda kepadanya sebagaimana yang baginda katakan pertama kalinya, “Adakah kamu beriman kepada Allah dan RasulNya?” Dia menjawab, ‘Ya’. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya, ‘Maka berangkatlah kamu” [HR Muslim].


Sekali imbas, hadis ini kelihatan bertentangan dengan hadis awalnya di mana Rasulullah mengizinkan Quzman untuk berperang walaupun dia seorang kafir. Sebenarnya kedua hadis ini tidak bertentangan, kerana dalam hadis ini lelaki tersebut mensyaratkan untuk berperang dan mengambil ghanimah walhal ghanimah tidak boleh diberikan kecuali kepada kaum Muslimin. Dari sini, kita boleh memahami keengganan Nabi SAW untuk menerima bantuannya adalah kerana syarat yang tidak Islami yang diletakkannya. Selain itu, terdapat sebuah lagi redaksi hadis yang kelihatan berlawanan sebagaimana yang diriwayatkan dari Khubaib bin Abdurrahman dari ayahnya dari datuknya, dia berkata, “Aku mendatangi Rasulullah SAW sedang baginda hendak pergi berperang. Aku bersama seorang lelaki dari kaumku dan kami belum masuk Islam. Kami berkata, ‘Sesungguhnya kami malu, kaum kami memasuki sebuah peperangan yang kami tidak menghadirinya bersama mereka.’ Baginda bertanya, ‘Apakah kalian berdua telah masuk Islam?’ Kami menjawab, ‘Tidak’. Baginda bersabda, ‘Kami tidak meminta bantuan orang-orang musyrik untuk melawan orang-orang musyrik.’ Lalu kami pun masuk Islam dan menghadiri peperangan tersebut bersama baginda”.

Bersediakah Untuk Kita jadi seperti ini....hanya selepas Kita KEHILANGAN NEGERI?

amukanmelayu -  Seringkali kita akan kehilangan apa yg kita sayangi di saat kita benar2 tidak menyangka & bersedia.. ‎‎..namun, itu lebih baik dari terlewat menyedari bahawa kita sesungguhnya menyayanginya tatkala kita sudah benar2 kehilangannya..