Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan 
sokongan terhadap objektif perhimpunan BERSIH 3.0 di Malaysia dan 
kononnya sebagai keperihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi 
memastikan keadilan dan ketulusan di dalam pilihanraya tidak terhenti di
 Malaysia sahaja.
Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku 
sebagai aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah ini terdiri 
daripada pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti bidang pengajian agama 
tajaan Kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan 
umrah.
Pelancaran BERSIH 3.0 di Mekah
Tarikh : Khamis, 26 April 2012
Lokasi: Di hadapan premis Restoran D’Saji, Hotel Al Safwa, Mekah
Masa : 9.30pagi – 10.30 pagi
Pelancaran telah disempurnakan oleh 
Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dan turut 
ditemani oleh timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sekitar jam 10.00 
pagi.
Kehadiran sekitar 20 rakyat Malaysia yang
 majoritinya memakai baju kuning yang mempunyai logo Bersih 3.0. Antara 
yang menyertai majlis tersebut adalah beberapa pelajar-pelajar Malaysia 
tajaan Kerajaan Saudi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti 
Ummul Qura, Mekah termasuk barisan Exco Persatuan Pelajar Malaysia 
Mekah.
Terdapat juga penglibatan golongan 
professional dalam pelancaran tersebut, dan yang ketara adalah Dr. Mohd 
Taib Wahid, seorang pensyarah dari Universiti King Abdul Aziz , Jeddah.
Hj. Azzam Mustapa dari Nokia Mekah.
Hj. Khairani, bekas kakitangan Tabung Haji Travel and Tours (THTS) yang kini menguruskan agensi pelancongannya sendiri.
Sebelum pelancaran disempurnakan semua 
peserta yang terlibat duduk di meja hadapan Restoran D’Saji untuk 
bersarapan pagi dan seterusnya memakai baju kuning dangan logo BERSIH 
3.0 yang dibawa oleh Nasrudin Tantawi dan mendengar ucapan Nasrudin .
Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya
 adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan 
bagi semua rakyat Malaysia menyokong BERSIH 3.0 serta berjihad secara 
demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang 
sebenarnya.
Selepas itu bersih 3.0 dilancarkan dengan
 mereka memegang kain rentang BERSIH 3.0 dan mengambil gambar secara 
beramai-ramai berlatar belakangkan Restoran D’Saji.
Pelancaran BERSIH 3.0 di Madinah
Tarikh : Khamis, 26 April 2012
Lokasi: Di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah
Masa : 9.30 pagi – 10.00 pagi
Majlis pelancaran di Madinah telah diatur
 oleh Hj. Khuzaini, Nokia ,Madinah dan majlis pelancaran itu telah 
disempurnakan oleh Mokhtar Senik selaku AJK Dewan Ulamak PAS Pusat yang 
juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang sekitar jam 9.40 pagi.
Kehadiran sekitar 30 rakyat Malaysia yang
 sedang berada di sana telah berkumpul dengan memakai baju BERSIH 3.0. 
Antara yang hadir adalah pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Arab 
Saudi yang menuntut di Universiti Islam Madinah termasuk barisan Exco 
dari Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Madinah atau PERSADA. Turut 
menyertai mereka beberapa jemaah umrah Malaysia yang kebetulan berada di
 sana.
Di Madinah mereka yang berkumpul tidak 
dapat mengadakan majlis dalam masa yang lama kerana bimbangkan polis 
yang mengawal Masjid Nabawi mengetahui kegiatan mereka. Hanya dengan 
memakai baju BERSIH dan seterusnya memegang kain rentang BERSIH 3.0 
serta mengambil gambar.
Namun begitu polis Masjid Nabawi berjaya 
juga mengesan aktiviti mereka melalui CCTV dan satu laporan telah 
dihantar kepada pihak atasan.
Pihak berkuasa tempatan melalui agensi 
Istikhbarat Al-Fedaraliyah iaitu special branch telah melakukan siasatan
 tentang Bersih dan dikatakan risikan mereka telah mendapat info 
penglibatan beberapa NGO antarabangsa yang berkiblatkan yahudi bersama 
dengan Bersih.
Segala bukti- bukti kukuh dari segi 
gambar-gambar yang dirakam dari CCTV sekitar Restoran D’Saji, Masjid 
Nabawi dan yang disebarkan melalui internet kini telah berada di tangan 
pihak berkuasa Arab Saudi.
Mengikut maklumat yang diterima pada 
mulanya pihak berkuasa tempatan tidak menyedari pelancaran Bersih 3.0 di
 Mekah. Mereka hanya dapat mengesan selepas penyiasatan dilakukan 
berhubung pelancaran di dalam perkarangan Masjid Nabawi Madinah.
Bagi perhimpunan di Mekah, pihak 
pengurusan D’Saji telahpun diminta untuk memberi perjelasan dan membuat 
surat akaun menafikan mereka terlibat dalam majlis tersebut.
Difahamkan pihak kedutaan Malaysia juga 
telah dipanggil oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut. 
Sehingga tulisan ini disiarkan belum ada maklumat lagi samada pihak 
kedutaan telah bertemu dengan pihak berkuasa Arab Saudi atau pun belum.
Selain itu pihak berkuasa juga sedang 
mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (sponsor) para 
pelajar dan profesional terbabit bagi tujuan siasatan.
Berdasarkan perkembangan di atas, 
berkemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan 
dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya , 
dan bagi yang bukan pelajar tajaan pula mereka mungkin akan dikenakan 
tindakan lain termasuk kemungkinan diusir keluar dari Arab Saudi.
Kes ini juga berkemungkinan akan 
menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ianya 
boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan 
rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan 
ketat - 
 


 
