Untuk faedah raayat adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan dan Pemerintah menyediakan kemudahan kepada raayat. Berdoalah kita semoga KERAJAAN KELANTAN berjaya melaksanakan LEBUHRAYA RAKYAT ini. Sekiranya mereka gagal....demi kemudahan raayat terbanyak, KERAJAAN PERSEKUTUAN perlu menggalas sama tanggung jawab ini dengan slogan "RAKYAT DI DAHULUKAN DAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN" dan kepada KERAJAAN KELANTAN dan PAS khususnya....JANGANLAH BERJANJI jika sekiranya kita tahu ianya tidak mampu kita laksanakan.
Perlu di fahamkan disini, Kerajaan Persekutuan adalah Ibu/bapa kepada Kerajaan Negeri walau pun berlainan idealogi politiknya. Sebagai bapa yang mempunyai seramai 14 orang anak dan 5 darinya terlalu nakal. Apakah yang nakal ini kita tidak perlu diberi makan? Percayalah, Persekutuan tidak sekejam itu. Tapi janganlah kita menanam musuh dengan saudara sendiri dan kita hampir tidak menghormati langsung dan berterima kasih dengan tangan yang menghulur. Ke egoan inilah yang memerangkap PAS dengan janji-janji bulan dan bintang hanya kerana mahukan kuasa dan terus berkuasa........
Berikut adalah antara senarai janji-janji Kerajaan Kelantan yang dinyatakan sendiri oleh pemimpin Pas Kelantan.
- Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
- Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
- Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
- Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
- Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
- Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
- Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
- Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
- Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion
Rakyat Kelantan lebih tahu dan lebih arif adakah projek-projek tersebut wujud pada hari ini ?
Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan umum untuk membangunkan pekan Pengkalan Kubor yang terletak bersempadan dengan Thailand sebagai sebuah bandar baru. Penduduk setempat sungguh gembira dan teruja dengan pengumuman tersebut.
Tahun 1996 juga satu MOU telah ditandatangan antara Kerajaan Pas Kelantan dengan syarikat yang diberi tanggungjawab untuk membangunkan kawasan tersebut. Antara janji kerajaan Pas untuk projek berkenaan adalah membina sebuah Pusat Dagangan Islam Antarabangsa, 4000 unit rumah, kawasan perindustrian , pasar borong, masjid dan institusi pengajian tinggi.
Borang tawaran membeli rumah yang akan dibina dikawasan tersebut diedarkan merata tempat dan berebut-rebut penduduk membelinya dengan harga RM 1.
Kenapa berjanji sekiranya tidak dapat di tepati. Kenapa sanggup memberi harapan yang menggunung kepada orang/raayat, sedangkan kita tiada kemampuan untuk meaksanakannya.
Inilah batu asas projek jambatan Pas yang diletakkan 16 tahun dulu |
Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan umum akan bina sebuah jambatan merentasi Sungai Kelantan yang menghubungkan Palekbang yang terletak dalam daerah Tumpat ke Kampung Cina di Kota Bharu. KDYMM Sultan Kelantan telah
mencemar duli untuk turun padang bagi meletak batu asas tersebut. Kini 16 tahun telah berlalu batu asas masih terdapat di sana seperti gambar di atas, tapi jambatan masih juga tidak di bena. Adakah ini janji se Orang Pemerintah Muslim yang hidupnya hanyalah untuk Allah atau janji PEMERINTAH Muslim yang "GILAKAN KUASA" yang menggunakan UGAMA sebagai sandaran untuk terus BERKUASA? Bukankah berbohong itu kerja-kerja orang munafik seperti yang di ingatkan RAsullullah S.A.W dan kita semua tahu dengan hadith di bawah ini.
Untuk mengenali ciri-ciri munafik ke atas seseorang ialah di mana bila bercakap ia berbohong. Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Aas bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
"Empat perkara yang menjadikannya seseorang itu munafik dan jika terdapat satu daripadanya maka ianya mempunyai ciri nifaq sehingga ditinggalkan iaitu apabila diberi kepercayaan dia khianati, bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir, bila berkelahi dia kejam." (Riwayat Mutafaq 'alaih)
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAW bersabda, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara ia berbohong, jika berjanji ia mengingkari, dan jika diberi amanah ia berkhianat" (Hadits Shahih Bukhari )
Dengan nama Allah adalah di harapkan dengan do'a semoga LEBUHRAYA RAKYAT ini menjadi kenyataan. Sudah semestinya ramai yang ingin bersedekah dan mewakafkan segala yang ada untuk menyumbang kepada KERAJAAN KELANTAN di atas projek mega ini. Satu lagi TABUNG (Baldah Toyibah-Prasarana) telah di tubuhkan, tapi bagaimana dengan Tabung Pilihanraya, Tabung Memali dan bagaimana dengan DUIT PELABOR KOHILAL? Adakah TABUNG LEBUHRAYA RAKYAT ini juga senasib dengan lain-lain tabung sebelum ini?
Apa yang amukanmelayu nampak sekarang ini adalah, menjadi PENCERAMAH POLITIK adalah sumber pendapatan yang lumayan.
Ke mana duit derma itu dibelanjakan?
Satu untuk kau, satu untuk Aku
1] Bayar jamuan makan kepada tuan rumah. Tuan rumah akan sediakan makanan untuk menjamu penceramah jemputan.
2] Bayar penceramah. Pernah di maklumkan bayaran penceramah masa ekonomi meleset dibayar sekitar untuk satu ceramah ialah RM200-RM400. Bergantung kepada kutipan derma jihad ceramah pada malam tu. Ada juga yang Penceramah meminta bayaran sehingga 40% dari kutipan.....wallahhuaklam. Kerana ianya menjadi RAHSIA PENCERAMAH dan PAS
Penceramah
3] Bayar penginapan penceramah. Biasanya hotel.
4] Bayar perjalanan pergi balik kalau penceramah naik kapal terbang(biasanya yang tinggal diluar kawasan atau Negeri lain).
Ini adalah perbelanjaan yang di ketahui. Bagaimana dan kemana duit lebihan itu di simpan dan di belanjakan?
Sebab itulah semua tabung PAS akan selalu di ungkapkan dengan TABUNG JIHAD. Oleh itu marilah kita berdoa semuga Projek Lebuhraya Rakyat ini menjadi kenyataan dan kita sama-sama boleh berbangga kerana iannya adalah LEBUHRAYA untuk menggantikan JAMBATAN EMAS dari MELAKA ke Gunung Ledang.
amukanmelayu - hanya mampu berdo'a semoga Opah Senah tidak di tipu lagi.....