,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 27 May 2012

MENYELUSURI NEGARA CHAMPA RAJA ISLAMELAYU YANG KEHILANGAN NEGARA



Negeri-negeri Melayu Champa tertegak antara abad ke-3 hingga abad ke-15 Masihi dengan kekuatan dan pengaruh yang meluas. Sepertimana keseluruhan Nusantara Melayu, fahaman Hindu-Buddha mencorak pemerintahan beraja dengan unsur-unsur ketuhanan yang menjadi sumber pujaan rakyat. 

Kawasan negeri-negeri Champa terletak di pertengahan dan selatan Vietnam masa kini. Bahan-bahan artifak dan monumen sejarah yang menakjubkan masih lagi wujud. Peninggalan ini serta penulisan yang ada memberi gambaran keupayaan Bangsa Cham mengolah pemikiran abstrak serta idea-idea falsafah yang tinggi. Ini mencernakan budaya Cham yang tersendiri yang berbeza dengan kuasa-kuasa besar sezaman dengannya iaitu Vietnam, Khmer di Kemboja, Siam dan China. 

Abad ke-12 menyaksikan permulaan pertembungan besar antara kerajaan Champa, Khmer, Siam dan Vietnam. Champa pula bukanlah satu persekutuan negeri-negeri yang kuat. Bahkan ia dikuasai oleh golongan-golongan berdarah raja yangs sering bertelingkah sesama sendiri. Dalam keadaan tertentu, raja yang kuat dapat menggarap kekuatan untuk menyerang kuasa besar yang lain. Ini berlaku pada tahun 1371 apabila armada laut Cham menyerang pusat pemerintahan Raja Vietnam. 

Satu ratus tahun kemudian, armada perang Vietnam menyerang Vijaya, ibu negeri Cham. Raja Cham dibunuh bersama dengan rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Dari situ, bermulalah penghijrahan bangsa Cham ke Kemboja dan ke seluruh nusantara Melayu. Negeri-negeri Cham kemudiannya dijajah secara berperingkat dengan daerah Cham yang terakhir dijajah secara rasmi pada tahun 1834-35 oleh Vietnam. 

Dua batu bersurat berbahasa Arab dengan jelas menzahirkan kewujudan kelompok Islam di Champa pada tahun 1000 Masihi. Namun tiada catatan sejarah yang menunjukkan Raja Cham memeluk agama Islam sehingga tahun 1676. Mereka lebih terikat dengan fahaman Hindu-Buddha. Bagaimanapun, catatan sejarah juga menyatakan hampir keseluruhan rakyat Champa telahpun Islam pada tahun 1675. 

Perbezaan fahaman agama antara golongan istana dan rakyat jelata masih boleh dikesan hingga ke hari ini. Perkampungan Or Ressei, lebih kurang 50 km daripada Phnom Penh, merupakan kelompok keturunan istana Raja Champa. Amalan Islam mereka banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur batiniah serta upacara-upacara mistik kehinduan. Ini berbeza sekali dengan rakyat Cham yang lain, yang rata-rata ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi'e, yang tiada bezanya dengan amalan Islam di Malaysia. 
Proses Islamisasi bangsa Cham meningkat dengan mendadak apabila Putera Raja Khmer, Ponhea Chan menaiki takhta Kemboja dengan bantuan golongan Islam pada tahun 1642. Beliau memeluk agama Islam dengan mengambil nama Ibrahim. Musuh raja Ibrahim tidak berpeluk tubuh. Beliau telah digulingkan dengan bantuan Raja Vietnam dan dipenjarakan dan mati di Hue, Vietnam pada tahun 1650. 

Pada tahun 1691-97 Vietnam mengambil-alih pelabuhan-pelabuhan Cham dan penghijrahan meningkat dan sampai ke kemuncaknya pada tahun 1790-an apabila Raja Cham, Po Ca Ci beri membawa pengikut-pengikutnya masuk ke Kemboja. Mereka membina masjid besar Noor Alihsan di Chrang Chamraes di pinggir kota Phnom Penh. 

Kemboja : Sejarah Sepintas Lalu 

Enam puluh tahun pertama abad ke 19, Kemboja menjadi medan pergelutan dua kuasa besar serantau-Siam dan Vietnam. Percaturan politik istana Raja Kemboja merupakan dinamika untuk memelihara, menyekat ataupun mengembangkan pengaruh salah satu kuasa besar ini. Maharaja Vietnam menegaskan dengan sinis “ Kemboja merupakan satu negara yang berdaulat dan hamba kepada dua (iaitu Vietnam dan Siam) “. 

Dengan kuasa pentadbiran dan pemindahan penduduk daerah utara-barat Kemboja diserap ke dalam pemerintahan Siam manakala daerah Kampuchea Krom di selatan Kemboja pula diserap ke dalam pemerintahan Vietnam. 

Dengan tiadanya pemerintahan pusat yang kuat, muncullah pemerintah-pemerintah setempat yang mempunyai wewenangnya yang tersendiri untuk terus berkuasa. Rakyat jelata hanya dilihat sebagai sumber hasil percukaian yang mesti sentiasa diperah. 

Pemerintahan Perancis bermula pada tahun 1863 apabila Raja Kemboja Norodom menandatangani perjanjian keselamatan dengan pegawai-pegawai Perancis melalui konsensi balak dan logam galian. Untuk terus berkuasa, Raja Norodom pada tahun 1884 mementerai perjanjian yang mengandungi klausa berikut : 

‘ D.yang.M.M Raja Kemboja menerima segala perubahan pentadbiran, perundangan, kewangan dan perniagaan mengikut budi bicara kerajaan Peranchis pada masa-masa akan datang yang dianggap berguna oleh kerajaan Peranchis untuk menjayakan tanggung-jawabnya melindungi keselamatan Kemboja'. 

Penjajahan Perancis berterusan sehingga kemerdekaan Kemboja tercapai pada tahun 1953. Corak pemerintahan di Kemboja selepas ini banyak diwarnai oleh personaliti Raja Sihanouk. 

Indo-Cina pada masa itu sedang terus bergolak dengan penglibatan langsung kuasa-kuasa besar dunia-Amerika, Russia dan Cina. Keamanan serta kemakmuran Kemboja tertakluk kepada arus-arus pergolakan politik yang sedang bergelora. Perang saudara meletus pada tahun 1970 apabila General Lon Nol merampas kuasa dengan sokongan Amerika dan Sihanouk mendapat sokongan daripada Cina dan Pol Pot. Bermulalah malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja termasuk umat Islam Melayu-Champa. 

Perjanjian damai di Peranchis pada tahun 1991 membuka era baru bagi Kemboja. Pemerintahan Liberal-Demokrasi dengan Raja Berpelembagaan menyaksikan kemunculan 3 parti politik yang besar di Kemboja – Cambodian Peoples' Party di bawah pimpinan HunSen, FUNCIPEC di bawah pimpinan Putera Ranarridh dan Sam Rainsy Party. 

Genosid dan Penghapusan Etnik Melayu-Champa di Kemboja 1975-79 

Konvensyen Antarabangsa Genosid tahun 1948 menakrifkan genosid (genocide) sebagai pelbagai tindakan seperti “membunuh manusia daripada sesuatu kelompok yang mempunyai identiti nasional, etnik, ras atau agama yang tertentu, dengan tujuan untuk menghapuskan sebahagian atau keseluruhannya sesuatu kelompok itu”. 

Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi ‘alim ulama' Islam sudah mula dibunuh. Apabila Pnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid. 

Polisi penghapusan etnik ini terlaksana dengan beberapa pendekatan: 

Pendekatan pertama ialah penghinaan jiwa dan maruah bangsa Cham. Lelaki bangsa Cham yang konon berdegil untuk terus bersongkok, berkopiah atau berserban akan dibunuh. Begitu juga orang perempuan yang ingin terus berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurung. Semua dipaksa berpakaian hitam. Bahasa Melayu-Champa diharamkan langsung. 


Pendekatan kedua ialah pengharaman amalan-amalan beragama. Sembahyang, berpuasa, membaca Al-Qur'an merupakan amalan–amalan yang ditegah. Masjid atau surau dirobohkan atau dijadikan stor makanan atau barang. Memakan daging bab* dijadikan petanda untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan seseorang Cham itu kepada perjuangan komunis. Dua kampung kecil orang Islam di Kahpol dan di Svey Kliang telah bangun melancarkan jihad. Mereka rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan komunis. 

Pendekatan ketiga ialah pemindahan-paksa. Masyarakat Cham dari sesuatu kampung dipecah-pecahkan dan dihantar ke tempat-tempat yang jauh di antara satu sama lain. 

Ketiga-tiga pendekatan ini mengorbankan banyak nyawa. 

Faham komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor buat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979. 


Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975

Sumber: Korban Aqiqah



Bahasa Islamelayu Champa 



Kamus Cham pelindung bahasa kami - Mufti Kemboja

Oleh Mohd Ali Bakri

KUALA LUMPUR: Kamus Cam-Melayu yang julung-julung kali diterbitkan ini, diharapkan akan menjadi pelindung bahasa Cam yang kini sedang berdepan dengan cabaran semasa, kata Mufti Kerajaan Kemboja Sohibus Samahah Okhna Haji Kamarudin Yusof.

"Dengan kemunculan kamus bahasa ini, maka peristiwa ini boleh dirakamkan sebagai hari bersejarah di mana bahasa-bahasa kita selama ini boleh kita ingatkan selalu selepas kita lupa sejak zaman berzaman," kata beliau dalam majlis pelancaran kamus itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) di sini, hari ini.

Menyentuh sejarah perkembangan jatuh bangun negara Champa, beliau berkata, proses Islamisasi bangsa Cam bermula sejak abad ke-10 Masehi lagi, dan hal ini secara tidak langsung telah menjadikan bahasa Cam sebagai salah satu bahasa Islam di dunia.

Pada ketika ini tambahnya, perubahan bentuk tulisan bahasa Cam berlaku daripada bentuk tulisan Sanskrit kepada tulisan Jawi dan ia berlaku sejajar dengan perkembangan Islam dalam kalangan masyarakat Cam.

"Kalau kita nak cakap mengenai bahasa Cam, kita kena ingat semula negara Champa sebab bahasa terlibat secara langsung dengan negara. Dalam sejarah, negara Champa ini sudah lama ditulis.

"Ketika itu, sudah ada orang Champa, tapi masa itu belum ada negara Champa. Sumber dari tamadun China menamakan kita sebagai Lingyi," kata Haji Kamaruddin lagi.

Tambah beliau, menurut sumber yang sama, China menyebutkan bahawa kaum ini sudah pun wujud pada abad sebelum Masehi

"Akhirnya, barulah negara itu ditadbir secara tersusun pada 179 Masehi. Pada masa yang sama, bahasa ini berubah-ubah dari masa ke suatu masa.

"Pada abad ke-5 sampai ke-11, ini tempoh masa yang menyaksikan Champa sedang maju dan bertamadun. Selepas itu, negara Champa mula jatuh satu demi satu. Kita pun diserang oleh orang Yuan atau orang Annang," tambah beliau lagi.

Mengulas sejarah lama, Haji Kamaruddin berkata, kejatuhan itu bermula pada 1069, yang menyaksikan kejatuhan salah sebuah negeri yang berada di bawah naungan kerajaan Champa dan akhirnya pada 1832, negara agung itu telah jatuh secara keseluruhannya.

"Ia jatuh sampai habis. Jadi, ia mengambil masa selama 800 tahun. Tulisan Champa sebelum kedatangan Islam, ia hadir dalam tulisan Sanskrit yang dikenali sebagai thak khak.

"Roh Islam masuk ke Champa pada 878 Masehi oleh sebab peperangan di China. Orang-orang Islam di China tak kuat menahan serangan itu, lalu orang-orang Islam di China ini turun ke Champa," jelas beliau lagi.

Keadaan itu, tambah beliau, telah menyebabkan raja Champa mula memeluk agama Islam dan hal itu belum menunjukkan bahawa agama itu adalah agama rasmi Champa

"Namun, ketika itu pun, agama Islam belum lagi menjadi agama rasmi di sana. Lama-kelamaan, muncul Jawi Cham dan berlaku perubahan sedikit dengan jalan bahasa kita.

"Kini, tulisan Thak Khak (Sanskrit) lain sedikit dan kita bimbang kebudayaan Champa semakin hilang. Kebudayaan Champa itu ada di Acheh, di Pulau Jawa, tapi pusatnya masih di Vietnam dan Kemboja," tambahnya yang menyifatkan bahasa itu boleh hilang dengan sebab derasnya arus kemodenan

Oleh itu, tambah beliau, bahasa yang kita gunakan hari ini bukan seratus peratus sama dengan zaman dahulu.

"Maka, antara arah tujuan penyusunan bahasa Cam melalui penyusunan kamus ini adalah bertujuan memelihara semula bahasa kita.

"Inilah kamus pertama kita. Dan, kalau kami di Kemboja nak buat kamus ini, rasanya tak akan selesai. Jadi, ini adalah usaha untuk menjadikan bahasa Cam ini lebih rapat dengan kita," tambah beliau lagi.

Dalam ucapan alu-aluan itu, beliau turut menyentuh persamaan sebutan antara Cam dan Melayu.

"Le'a adalah liar, teblek itu terbalik, pega itu pagar, jadi kalau tiada kamus Cam - Melayu, tentu sukar untuk kita saling mengenal sesama kita," tambah Haji Yusof.



Sejarah Melayu-Campa

Kerajaan Campa dari zaman ke zaman

Campa, menurut literatur Cina bernama Lin Yi, yang muncul pada tahun 192 Masehi, terletak di bahagian tengah negeri Vietnam sekarang, antara Gate of Annam (Hoanh Son) di utara dan Sungai Donnai di selatan. Penduduk Lin Yi bertutur dalam bahasa Cam dari rumpun Austronesia. Sejak awal Lin Yi merupakan negeri yang takluk pada Cina dan membayar upeti kepadanya. Nama “Campa” disebut (dan dipakai) pertama kali dalam dua buah inskripsi bahasa Sanskerta, satunya bertarikh 658 yang ditemui di bagian tengah Vietnam dan satu lagi ditemui pada tahun 668 di Kampuchea. Pada abad kelapan, merupakan kemuncak kerajaan Campa, yang ditandai dengan keluasan wilayahnya dan kemajuan peradabannya. Pada masa ini Campa merupakan sebuah kerajaan persekutuan yang terdiri dari lima kerajaan negeri : Indrapura, Amarawati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga, yang masing-masing kerajaan negeri itu mempunyai pentadbiran masing-masing yang otonom, dengan ibu negara Indrapura (Quang Nam sekarang).




Kerajaan Campa mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan jiran dan tetangganya. Dengan Cina dan Vietnam di utara, Kampuchea di barat dan Nusantara di selatan. Campa secara teratur mengirim utusan-utusan, dan delegasi serta mengadakan hubungan ekonomi dan keagamaan dengan Cina. Ajaran agama yang dianut masyarakat Campa pada abad kelapan dan sembilan adalah Budha Mahayana yang sampai ke Campa melalui sami yang datang dari Cina. Hubungan dengan Nusantara bermula ketika terjadi rompakan besar-besaran oleh orang Jawa pada penghujung abad kelapan. Dan hubungan itu menjadi lebih baik dalam bentuk hubungan perdagangan dan persahabatan


Pada abad ke sembilan terjadi peralihan orientasi Campa dari Cina ke India. Mulai zaman ini tamadun Campa termasuk sistem sosial, keagamaan dan lain sebagainya, dipengaruhi oleh Budaya India yang beragama Hindu dan Budha. Pada 939 muncul kekuatan baru di wilayah ini yakni Dai Viet (kemudian menjadi Vietnam), dan mulai sejak itu terjadi peperangan yang berkepanjangan antara Vietnam dan Campa, dan pada 982 Vietnam berhasil menghancurkan ibu kerajaan Indrapura, dan raja Campa memindahkannya jauh ke selatan yakni ke Vijaya (Binh Dinh sekarang), bahkan pada 1044 Dai Viet (Vietnam) berhasil menduduki kota Vijaya dan membunuh rajanya. Berbagai usaha pernah dilakukan raja-raja Campa untuk membalas dendam dan menyerang Vietnam, tapi kenyataannya pada setiap penyerangan, justru Vietnam semakin dapat memperbesar wilayahnya dan mencaplok Campa. Pernah kerajaan Campa kembali pada kejayaannya dalam waktu singkat, ketika diperintah oleh Che Bong Nga (1360-1390), karena dia berusaha mengembalikan wilayah yang dirampas Vietnam, dan dia memerintah dengan cukup adil dan berjaya memerangi lanun.

Pada 1471 raja Vietnam Le Thanh Tong menyerang Campa secara besar-besaran, dan menghancurkan Vijaya, membunuh lebih 40.000 penduduk, mengusir lebih dari 30.000 lainnya dari bumi Campa, dan bahkan menghancurkan apa saja sisa-sisa kebudayaan Campa yang dipengaruhi Hindu/Budha, dan kemudian menggantikannya dengan kebudayaan Cina/Vietnam. Dengan kemenangan Le Thanh Tong pada 1471 itu, maka tamatlah riwayat Kerajaan Campa belahan utara, khususnya Indrapura, Amarawati dan Vijaya.

Selanjutnya yang bertahan adalah sisa-sisa kerajaan Campa belahan selatan Kauthara dan Panduranga yang diperintahi oleh Bo Tri Tri dan pengganti-penggantinya. Kerajaan Campa mulai menerima kebudayaan Melayu serta Islam yang masuk melalui pelabuhan Panduranga dan Kauthara, dan meningkatkan hubungan dengan tanah Melayu dan Nusantara, dikabarkan raja Campa bernama Po Klau Halu (1579-1603) sudah memeluk Islam, bahkan telah menghantar tentaranya untuk membantu Sultan Johor di Semnenanjung Tanah Melayu untuk menentang Portugis di Melaka tahun 1511.

Namun sayang sekali lagi raja Nguyen dari Vietnam menaklukan Kauthara (1659) dan Panduranga (1697). Raja Panduranga terakhir Po Cei Brei terpaksa mengungsi meninggalkan negerinya bersama ribuan pengikutnya menuju Rong Damrei di Kampuchea. Pada 1832, Penguasa Vietnam Minh Menh melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap sisa-sisa terakhir penduduk Campa Panduranga, merampas seluruh sawah ladang mereka, dan memasukkan wilayah Panduranga menjadi bagian Vietnam. Dan hal itu menandai lenyapnya Sisa Kerajaan Campa terakhir dari peta bumi untuk selamanya, walaupun kebudayaan dan etnik Campa tetap berlanjut tapi sudah berada di pengungsian yakni Kampuchea.

Kehadiran Orang Campa dan Melayu di Kampuchea

Seperti telah diuraikan sebelumnya, ramai orang Campa yang meninggalkan tanah airnya karena desakan Nam tien atau pergerakan orang-orang Vietnam ke selatan. Untuk menyelamatkan diri mereka hijrah ke Kampuchea. Di Kampuchea mereka bertemu dengan kelompok Melayu yang datang dari Nusantara. Terjadilah akulturasi budaya karena persamaan agama, dan rumpun bahasa Austronesia, ke dalam masyarakat baru yang disebut Melayu-Campa atau Jva-Cam.

Kehadiran masyarakat Melayu di Kampuchea bermula sejak beberapa abad sebelumnya. Sumber-sumber Khmer menyebutkan bahwa dalam abad ke 7, kaum Jva telah menghuni beberapa wilayah Khmer yang datang sebagai pedagang, pelaut dan tentara laut.

Semasa abad ke 15 hubungan dunia Melayu dan Kampuchea meningkat dari segi ekonomi dan agama. Ramai pedagang dan penyebar agama tiba di Kampuchea. Menurut sumber-sumber Melayu di Kampuchea, kebanyakan orang Melayu berasal dari Borneo, Jawa, Sumatera, Singapura, Trenggano dan Patani. Bahkan untuk waktu-waktu tertentu ketua-ketua Melayu telah menjalin kerjasama dan saling membantu dengan Raja-raja Khmer.

Gelombang migrasi masyarakat Campa di Kampuchea adalah selepas 1471 ketika Vietnam menduduki Vijaya, gelombang berikutnya selepas 1697 ketika Vietnam menduduki Panduranga, dan terakhir karena mengalami siksaan luar biasa pada 1832. Migrasi Campa berlaku karena melarikan diri dari penghancuran Vietnanm, sedang migrasi Melayu dari Nusantara terjadi karena perdagangan dan penyebaran agama Islam. Dan kedua etnik berbeda asal usul ini bersatu dalam satu agama yakni Islam di negeri asing bernama Kampuchea. Kedua suku ini karena persamaan nasib, dan persamaan agama, akhirnya bekerjasama dan bercampur sehingga melahirkan etnik baru yang disebut Melayu-Campa. Oleh penguasa Khmer masyarakat Melayu-Campa ini dipersilahkan untuk berdiam di wilayah Oudong (ibu nregara Khmer waktu itu), wilayah Thbaung Khmum, Stung Trang dan daerah-daerah Kompot, Battambang dan Kampung Luong sekarang ini.

Masyarakat Melayu-Campa membentuk satu komuniti khusus yang dikenali sebagai ”Cam-Jva”. Perkataan ”jva” berasal dari perkataan ”Jawa” yang ditafsirkan masyarakat Kampuchea sebagai semua masyarakat Melayu dari manapun asalnya. Mungkin mereka berasal dari Pulau Jawa, Sumatera atau mana-mana negeri di Semenanjung Tanah Melayu dan Patani. Istilah ”cam” merujuk kepada penduduk yang berasal dari kerajaan Campa yang pada zaman dahulu terletak di tengah Vietnam sekarang. Karena kedua-dua masyarakat Melayu dan Cam menganut agama Islam dan tergolong di dalam kelompok linguistik Austronesia, maka masyarakat Khmer menggolongkan mereka kepada kelompok ”Cam-Jva” atau ”Melayu-Campa”.

Pada tahun 1874 penduduk Melayu-Cam berjumlah 25.599 orang. Sepuluh persen penduduk Phnom Penh adalah Melayu-Cam. Di daerah-daerah pemukiman Melayu-Campa ini banyak kita temui Masjid dan surau, serta tempat pendidikan agama. Kebanyakan Melayu-Campa bekerja sebagai peladang, nelayan, peternak lembu dan peniaga yang handal, sebahagian lainnya berkhidmat selaku kaki tangan kerajaan, mulai dari pegawai peringakat kampung chumtup, mekhum, mesrok dan chaway srok, bahkan juga ada yang berkhidmat sebagai tentara dan memegang jabatan politik.

Keseluruhan membuktikan bahwa masyarakat Melayu-Cam telah benar-benar merasa Kampuchea sebagai negara bangsanya sendiri tanpa terkecuali, dan telah memberikan kesetiaannya kepada Kampuchea, termasuk ketika penjajahan Perancis. Sebaliknya pemerintah Khmer tidak menganggap Melayu-Cam sebagai pendatang dan orang asing, tapi warga negara bukan pribumi, sebagaimana banyak warga semacam itu lainnya.

Kampuchea merdeka dari jajahan Perancis tanggal 9 Nopember 1953, di bawah kepala Negara Norodom Sihanouk. Namun sayangnya masyarakat Melayu-Cam tidak disebutkan dari sudut etniknya, yakni etnik Melayu-Cam, tapi disebut Khmer Islam, sebutan yang dipopulerkan hingga ke hari ini.

Belakangan kelompok-kelompok minoriti yang dilindungi di kawasan Pays Montagards du Sud (PMS) yang merangkumi Kontum, Pleiku, Ban Methuot, Djing dan Dalat yang terdapat di Vietnam Selatan, dihapuskan dan seluruhnya dianggap masyarakat Vietnam. Hal yang sama juga dialami oleh sisa-sisa minoriti Cam di Vietnam dan Khmer Krom (masyarakat Khmer yang berdiam di Vietnam Selatan). Oleh sebab itu, masyarakat Melayu-Cam di Kampuchea berusaha berjuang bersama masyarakat PMS di Vietnam dan orang-orang Khmer Krom, membentuk perikatan yang disebut FULRO (Front Unifie de Lutte des Races Oprimees atau Barisan Pembebasan Ras-ras Tertindas). FULRO merangkumi gabungan Front de Liberation du Champa (Barisan Pembebasan Campa), Front de Liberation du Kampuchea Krom (Barisan Pembebasan Kampuchea Krom) dan Front de Liberation du Kampuchea Nord (Barisan Pembebasan Kampuchea Utara).

Ahli jabatan kuasa FULRO terdiri dari Presiden Chau Dara dan dua orang naib presiden: Y. Bham Enoul (seorang Rade dari Ban Methuot) dan Po Nagar (seorang tentara Kapuchea yang berasal dari Kompong Cam, yang di kalangan Islam dikenali dengan Les Kosem). Les Kosem seorang tentara payung terjun Kapuchea, yang pada tahun 1970 dilantik menjadi general, dia merupakan pimpinan Mulayu-Cam yang berpengaruh dalam angkatan tentara dan politik Khmer. Pada masa pemerintahan Lon Nol, nasib Melayu-Cam agak lebih baik, karena kepercayaan dan berbagai posisi diberikan pada Melayu-Cam dan FULRO. Les Kosem ditunjuk menjadi mediator dalam menyelesaiukan berbagai konflik intern Muslim dan perwakilan Kapuchea ke berbagai negara Muslim. Tapi setelah kejatuhan Kampuchea ketangan Khmer Rouge, Les Kosem melarikan diri ke Malaysia dan meninggal di Kuala Lumpur tahun 1976.

Semasa rezim Pol Pot dari Khmer Rouge (1975-1979), beribu-ribu orang Kampuchea telah diseksa dan dibunuh karena diyakini bekerjasama dengan rezim Lon Nol dan karena alasan agama yang dianutnya. Seperti diketahui bahwa Khmer Rouge adalah penganut ajaran Komunisme radikal, dan menghalang kebebasan beragama. Melayu-Cam yang beragama Islam merasakan penderitaan yang amat sangat berat. Masyarakat Melayu-Cam dan Khmer Islam dipaksa meninggalkan tradisi keagamaan mereka, nama yang memiliki konotasi Islam, dihapuskan, Masjid dan madrasah tidak difungsikan atau dikurangi jumlahnya, kebiasaan-kebiasaan agama lainnya dihapuskan. Al-Qur’an dan bacaan-bacaan keagamaan lainnya dimusnahkan. Budaya dalam bentuk aktifiti-aktifiti, pakaian, makanan dan asesoris Islam lainnya dilenyapkan, termasuk nama dan gelaran keagamaan.

Pada tanggal 17 April 1975, pasukan khusus Khmer Rouge yang disebut Angkar, telah melakukan pencarian dan penyisiran diikuti penyiksaan terhadap siapa saja yang mereka curigai mengikut Lon Nol. Pada 20 Mei 1975, Pol Pot telah melakukan diskriminasi sosial berdasarkan pilihan politik dan agamanya, sehingga yang ada hanya dua pilihan: ”ikut Pol Pot atau menolak Pol Pot”. Mereka yang dianggap menolak Pol Pot mengalami nasib yang tidak pernah terjadi dalam sejarah umat manusia, yakni pembantaian besar-besaran.

Diperkirakan antara satu sampai tiga juta rakyat telah dibunuh atau mati karena kekurangan makanan, satu juta diantaranya adalah Melayu-Campa. Dan lebih kurang enam juta lainnya mengalami trauma berat karena ketakutan yang sangat berat. Umat Islam karena alasan ideologi dan keagamaan serta merupakan ”kaum pendatang” merupakan umat paling menderita, mereka dipaksa berpisah dengan kaum sesama umat Islam, atau diusir ke hutan dan gunung atau bagi yang mampu ada yang melarikan diri ke Luar Negeri, yang paling banyak lari ke Kelantan (Malaysia), Vietnam dan Thailand serta negara-negara barat.

Walaupun Kher Rouge hanya memerintah selama empat tahun, tapi akibatnya dari aspek budaya, banyak rakyat Khmer Islam dan Melayu-Camp yang sudah tidak kenal agamanya, tidak pandai tulis baca Arab dan Campa. Pol Pot berhasil mengikis habis identitas keislaman dan Ke-Campa orang-orang Melayu Campa.

Barulah setelah kejatuhan rezim Pol Pot dan diperintah oleh Hun Sen dan Raja Sihanouk, masyarakat Melayu-Cam/Khmer Islam kembali merasakan sedikit kemerdekaan beragama. Masjid sudah mulai difungsikan kembali demikian juga madrasah-madrasah. Masyarakat Islam diletakkan di bawah majlis yang terdiri dari enam orang yang dilantik oleh raja. Majlis Agama Islam Kampuchea (MAIK) dipimpin oleh seorang Changvang (mufti), sekarang dijabat oleh Uztadz Kamaruddin Yusof, dibantu oleh dua orang Pembantu Mufti (sekarang Uztadz Yusof Kadir dan Uztadz Arsyad), dilengkapi dengan tiga orang Penasehat (sekarang YB Math Ly, YB Tol Loh dan YB Ismail Osman). Di setiap kampung terdapat seorang pemimpin spritual bergelar Hakim. Di daerah Trea (Kompong Cham) ditubuhkan sekolah Madrasa Hafiz al-Qur’an, kemudian diikuti Sekolah Dubai di KM 9 Pnomh Penh, Darul Aitam di Pochentong, Serkolah Ummul Kura di Chrouy Metrei. Madrasa Hajjah Rohimah Tambichik di Nohor Ban dan Ma’had al-Muhammady di Beng Pruol. Sebenarnya sebelum rezim Kher Rouge memerintah Kampuchea, banyak pelajar Kampuchea melanjutkan pelajarannya ke Malaysia, Thailand Selatan, Egypt, Arab Saudi dan Kuwait.

Saat ini solidaritas dari badan-badan Islam Internasional, dan umat Islam antara bangsa telah muncul, karena nasib umat Islam di Kampuchea yang begitu menyedihkan. Rabithah Alam Islami di Mekah, Konferensi Negara-Negara Islam (OIC) dan lain sebagainya telah menya
lurkan berbagai bantuan, mulai dari pengiriman mushaf Al-Qur’an sampai bantuan rehabilitasi Masjid dan melakukan advokasi (pembelaan) nasib umat Islam tersebut. Lembaga-lembaga keagamaan, seperti Jema’ah Tabligh dan Darul Arqam serta Regional Islamic Da’wah Council of South East Asia And Pacific (RISEAP) dari Malaysia mendatangkan guru dan pendakwah/ulama serta melakukan berbagai kunjungan silaturrahmi. Saat ini sudah dikukuhkan 320 buah kampung orang Islam, 110 diantaranya terdapat di propinsi Kompong Cham, juga sudah dipulihkan fungsinya dan direhabilitasi bangunannya sebanyak 270 masjid dan surau, dan dikikuhkan 600 orang Tuan dan Hakim. Propinsi lainnya yang juga kuat umat Islamnya adalah Propinsi Battambang dan Kampot.

Di Kampuchea terdapat empat persatuan Umat Islam: yakni Samakum Islam Kampuchea (Persatuan Islam Kampuchea) di bawah kepimpinan YB Math Ly. Samakum Khmer Islam Kampuchea (Persatuan Khmer Islam Kampuchea) dipimpin oleh YB Wan Math. Samakun Islam Preah Reach Anachakr Kampuchea (Persatuan Islam Kerajaan Kampouchea) di bawah pimpinan YB Ahmad Yahya, Dan Samakum Cham Islam Kampuchea (Persatuan Cam Islam Kampuchea) diketuai guru bernama Guru Zain yang tinggal di Prek Pra. Kedua-dua istilah: Khmer Islam dan Cam sama-sama diterima dan dipakai secara resmi. Selanjutnya juga ada Yayasan seperti Cambodian Muslim Development Foundation dan Combodian Islamic Development Community. Dan tentu saja tidak boleh dilupakan adalah organisasi intelektual Muslim Kampuchea Cambodian Muslim Intelectual Alliance (CMIA) yang menyelenggarakan acara kita saat ini.

Adapun tokoh-tokoh Islam Kampuchea yang terkenal karena posisinya yang dekat dengan pantadbiran antara lain: YB Math Ly (ahli parlemen, timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Pendidikan). Onkha Othman Hassan (ahli parlemen, penasehat Perdana Menteri), YB Ahmad Yahya (Ahli parlemen), HE Ismail Yusoff (ahli parlemen), YB Ismail Osman (Ahli parlemen dan timbalan menteri di kementrian Hal Ehwal Kepercayaan dan Agama). YB Zakariyya Adam Osman (timbalan Menteri di Kementrian Hal Ehwal Kepercayaan dan Agama).


Hubungan Budaya Melayu Campa dan Asia Tenggara

Seperti sudah disebutkan, terdapat dua etnik yang menyatu di Kampuchea, yakni Melayu-Cam. Orang Kampuchea menyebut mereka dengan ”Cam-Jva”. Istilah ”jva”, yang berasal dari perkataan Jawa. Walaupun di Kampuchea istilah ”Jva” tidak di maksudkan hanya untuk orang Jawa, tapi seluruh orang Melayu atau Nusantara, termasuk Semenanjung Tanah Melayu dan Patani. Sedang ”Cam”, atau Cham berasal dari etnik atau (kerajaan lama) Campa.

Kalau orang Melayu merantau dari Tanah Melayu atau Nusantara, maka orang Cam mengungsi secara besar-besaran dari tanah asal mereka di bagian tengah Vietnam sekarang, dan keduanya yang kebetulan berasal dari rumpun bahasa yang sama yakni Austronesia, dan belakangan mempunyai agama yang sama, yakni Islam, maka kedua etnik tersebut dengan cepat menyatu dan melahirkan etnik Jva-cam atau Melayu–Campa.

Walaupun orang Kampuchea tidak dapat membezakan orang Melayu, tapi dari kalangan Melayu sendiri, membagi Melayu menjadi tiga kategori: (1) Orang Jva Krabi (dalam bentuk tulisan Chhvea Krabei) menunjukkan orang Melayu yang berasal dari Pulau Sumatera, khususnya Minangkabau. Krapi dalam bahasa Kampuchea berarti “Kerbau”, diperkirakan menggunakan istilah Jva Krabi, karena konon kabarnya dahulu kala kerbau orang Minangkabau menang melawan kerbau yang dibawa dari Jawa. (2) Orang Jva Ijava (Chhvea iava), maksudnya orang Melayu yang berasal dari Pulau Jawa. (3) Orang Jva Malayu (chhvea Malayou), menunjukkan orang Melayu yang datang dari negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan Patani.

Hijrahnya orang Melayu dari Nusantara, dalam rangka berdagang atau karena mereka anak maritim yang senang mngembara dilautan lepas, diperkirakan setelah masuknya Islam di Nusantara, sehingga mereka ikut membawa Islam ke Kampuchea. Proses imigrasi itu diperkirakan berlangsungabad ke 13 dan 14. Orang Melayu telah memainkan perannya yang besar dalam mengajarkan Islam di Kampuchea. Raja Khmer sering memberi gelaran kepada tokoh-tokoh Islam, seperti ”Onkha To Koley”, berasal dari Ukana To’ Kali. Koley berasal dari kata Kalih (bahasa Melayu) atau Kadi (bahasa Arab yang berarti Hakim). Gelaran ”Onkha Reachea Mu Sti”, berasal dari Ukana Raja Mufti. Mufti (bahasa Arab berarti pemberi fatwa), sedang ”Onkha Reachea Peanich”, berasal dari Ukana Raja Sampatti, senopati (bahasa Jawa yang berarti perwira) yang bertanggug jawab dalam bidang perniagaan dan ekonomi.

Pada akhir abad ke 16, sumber-sumber Khmer menyebutkan terdapat dua tokoh Melayu-Cam, bernama Po Rat atau Cancona (berasal dari Cam) dan Laksmana (dari Melayu), yang berbakti pada Raja Ram I (Ram dari Joen Brai (1594-1596), kedua mereka ini dikenal sebagai pemimpin tentara yang sangat kuat dan handal, dan dipercaya memadamkan berbagai pemberontakan dan diantar memimpin ekspedisi ke berbagai wilayah. Sebagai balas jasa, Raja Khmer menghadiahkan wilayah Thbaung Khum untuk mereka jadikan sebagai tempat tinggal keturunan dan masyarakat Islam lainnya.


Menjelang abad ke 17, orang Melayu berhasil mengislamkan raja Khmer Ramadhipati I (Cau Bana Cand) (1642-1658), diperkirakan masuk Islamnya Raja Ramadhipati I ini karena kuatnya lobbi dan pengaruh Islam di istana, sehingga hanya dengan ikut Islam, kekuasaan raja tersebut akan dapat bertahan. Raja Ramadhipati I merupakan satu-satunya raja Khmer yang masuk Islam sampai masa belakangan.

Untuk zaman akhir ini, Malaysia merupakan negara Melayu yang sangat giat melaksanakan pengakajian masalah Campa dan kaitannya dengan Dunia Melayu, pengkajian itu dilakukan bersama Ecole Francaise d’Extreme Orient, sehingga sejarah Kerajaan Campa dan kaitannya dengan Melayu, dapat dibuka tabir rahasianya yang terbenam bersama lenyapnya Kerajaan Campa itu. Dan khusus bagi Indonesia, sebenarnya Campa merupakan wilayah budaya yang mempunyai tempat istimewa – khususnya pada masa klasik, zaman Majapahit dan Sriwijaya, di mana wilayah pergaulan budayanya sampai ke daerah Campa – perdagangan dan pertukarangan budaya berjalan sangat intensif. Bahkan dalam ceita lama, dikatakan bahwa seorang puteri Cantik Campa bernama Gayatri telah dipersunting oleh raja muda Singosari, menunjukakan bagaimana hubungan itu telah terjalin sejak lama.

Untuk masa hadapan, perlu diperkuatkan lagi kerjasama akademik antara Indonesia dan Malaysia bagi menubuhkan penggalian khazanah lama, pengkajian Hubungan Melayu-Campa dan Dunia Melayu, dalam kerangka persepahaman dunia, dalam kerangka kerjasama umat Islam sedunia.


amukanmelayu - menunggu kelahiran pemimpin ISLAMELAYU yang HEBAT yang akan kembalikan kegemilangan ISLAMELAYU NUSANTARA.