,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 10 May 2012

MEMINDA PERLEMBAGAAN - ADAKAH INI MENUNJUKAN MALAYSIA MENUJU KERAH NEGARA BERPRESIDENTS....?




Wasiat Raja-raja Melayu


Gambar atas : Raja-raja Melayu bergambar bersama Wakil Ratu Britain.
Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-duli Yang Maha Mulia sembilan orang Raja-raja Melayu sebagai raja pemerintah dari empat buah “Negeri Melayu Bersekutu” dan lima buah “Negeri Melayu Tidak Bersekutu” memberikan perkenan menurunkan tandatangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat tujuh wasiat Raja-raja Melayu yang berbunyi :

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera. Tujuh perkara itu ialah :


1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama Pesekutuan

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain

Sila baca dan fahami wasiat di atas tanpa prejudis perkauman dan politik sempit, khususnya kepada segelintir chauvinist yang masih lagi wujud di negara kita selepas hampir setengah abad merdeka.


DAULAT TUANKU!!!......DAULAT TUANKU!!!......DAULAT TUANKU!!!.....

amukanmelayu - tidak salah jika Tuanku kembali berkuasa MUTLAK., ini kerana rukun yang 7 ini semuanya telah di langgar dan ucapan seorang Pemimpin Melayu di US mengatakan sistem Khalifah adalah tidak sesuai dan KEJAM....apa tujuan dia berkata demikian. Adakah Malaysia menuju kearah negara BERPRESIDENT?