,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 24 May 2012

SULTAN YANG KEHILANGAN NEGERI samalah dengan Melayu yang kehilangan Islam



Raja Terakhir Kerajaan Riau - Lingga

Surat Keterangan Dan Pengiktirafan Daripada Ketua Penghormatan Lembaga Adat Melayu Riau (Penyusun Salasilah Raja Raja Melayu), Raja Abdul Rahim Bin Raja Mansor


KERAJAAN Riau-Lingga telah lama pupus ditelan sejarah tetapi darah keturunan raja masih pekat dalam jiwa Tengku Abdul Rahman Tengku Mohamed Yusoff.

Namun, pesara tentera berpangkat staf sarjan dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu tidak pernah menggembar-gemburkan.

Bukan saja sahabat handai, malah ramai jiran tetangganya di estet perumahan Jurong West, tidak menyedari Tengku Abdul Rahman, 76 tahun, sepatutnya ditabalkan sebagai raja jika kesultanan Riau-Lingga masih wujud.

Cop Mohor Raja Haji Muhammad Tahir - Hakim Riau-Lingga dan ulama falakiah


Sultan Abd. Rahman Muazam Shah. Sultan Riau Lingga

Ini kerana berdasarkan salasilah, beliau adalah raja terakhir kerajaan yang telah lama tinggal nama dan digulung dalam lipatan sejarah.

Kerajaan Riau-Lingga merupakan serpihan kerajaan Melayu Melaka yang berpindah-randah ke Johor dan akhirnya ke Kepulauan Riau selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis dalam 1511.

Kerajaan tersebut merangkumi Johor, Singapura dan Pahang sekitar abad ke-16 hingga ke-19.

Namun, percaturan politik antara dua kuasa penjajah - Inggeris dan Belanda - berakhir dengan satu perjanjian yang ditandatangani di London dalam 1824.


Perjanjian itu menetapkan kawasan selatan laluan Selat Melaka diserahkan kepada Belanda dan bahagian utaranya termasuk Singapura dikuasai Inggeris.

Perjanjian itu disifatkan seperti pedang yang memutuskan kekuasaan orang Melayu. Riau menjadi daerah kekuasaan Belanda. Singapura dan Semenanjung Tanah Melayu dikuasai Inggeris.

Di sebalik darah raja yang mengalir dalam tubuh dan jiwanya, Tengku Abdul Rahman kelihatan seperti warga emas yang lain dan meniti kehidupan seperti orang biasa.

Flat HDB empat bilik yang didiami di Blok 425 Jurong West Avenue 1 juga sama seperti flat-flat warga biasa.

'Tiada apa yang nak saya banggakan. Arwah ayah saya pernah menyatakan bahawa kalau kerajaan Riau-Lingga masih wujud, ikut urutannya saya yang berhak memegang takhtanya.

'Tetapi, kesultanan keturunan saya telah luput dan hanya tinggal sejarah. Saya sendiri pun tak simpan dokumen turun-temurun kesultanan dan tidak tahu mana nak cari. Saya tak kisah sangat dan tak ada apa yang nak dibanggakan. Tetapi, dari segi salasilah, nama saya tetap ada dalam urutan kesultanan,' tambah ayah tujuh anak, 13 cucu dan tiga cicit itu.

Beliau adalah cicit Yang Dipertuan Muda ke-10 Riau- Lingga, Raja Mohamed Yusoff Ibni Raja Ali. Kesultanan Riau- Lingga adalah kerajaan Islam yang berpusat di Kepulauan Lingga yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor.

Kesultanan itu dibentuk berdasarkan perjanjian antara kerajaan Britain dengan Belanda pada 1824 dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Syah sebagai sultan pertamanya.

Namun, Kesultanan tersebut dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.

Dalam zaman kegemilangannya, Kesultanan tersebut memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa Melayu.

Tokoh besar di balik perkembangan pesat bahasa Melayu ketika itu ialah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan sejarawan keturunan Melayu- Bugis.

Tengku Abdul Rahman berkata beliau hanya ada sekeping pinggan yang pernah digunakan di Istana sebagai kenangan.

'Saya dah tak ada apa-apa harta dan simpan sebarang peninggalan sejarah. Datuk saya dan ramai keluarga lari dari Pulau Penyengat tanpa membawa apa-apa apabila Belanda mengambil alih kuasa,' katanya.

Bagi beliau, rentetan sejarah itu kini hanya tinggal dalam kenangan dan zaman kegemilangan kerajaan itu tidak mungkin kembali lagi. 
                                                                                 

Rujukan: Berita Harian Singapura - Sabtu 10 Disember 2011oleh Saini Salleh  amukanmelayu - mungkin semua ini tidak menarik perhatian pembaca....tapi jika hendak mengenali diri....kenallah sejarah bangsanya dulu......supaya tidak hilang jati dirinya.