,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 31 May 2012

KUASA ISLAMELAYU SUDAH HILANG BILA "PENDATANG" MULA DURHAKA PADA TUANKU........



ISLAMELAYU YANG TELAH HILANG MARUAHNYA
Mengaku orang Islam tetapi meminta maaf melalui perantaraan maya...
Meminta maaf melalui mesej maya bukan cara orang Malaysia.

Kita juga tidak diajar meminta maaf melalui perantaraan kerana meminta maaf hendaklah dibuat dengan turut kata yang ikhlas dan bersopan.

Dengan mengatakan: “Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf,“ ini lagi ‘kurang ajar.

Cara bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membuat penjelasan ringkas berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ), kelmarin melalui laman Twitternya bukan cara orang Islam meminta maaf, apa lagi kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Jika di NILAI dari gambar ini......rasanya kita sudah faham yang Mantan MB ni tak perlu di layan

Malah Nizar bermain kata-kata dengan menyebut apa yang dinyatakan itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.


Nizar cuba menegakkan benang basah selepas didesak banyak pihak supaya meminta maaf kepada Baginda Sultan sebaliknya mengatakan : “Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian. Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tegas beliau ketika dihubungi Sinar Harian semalam.




SELEPAS NIZAR,GOBI PULA TUMPANG DURHAKA


Sungguh gampang mentaliti pemimpin PKR nie nak glamour pun janganlah sampai menghina Kaum TMJ Johor.Gobi nie dah tahu Nizar Jamban akan dikenakan tindakan menghasut dan serta menghina kerabat di Raja dan sengaja mencari Publisiti murahan untuk menaikan namanya,,,,Sanggap tahap gampang dah gobi nie.


Dalam twitter yang terakhir si pelaq ni cukup biadap..siapa dia untuk menasihat Sultan Johor..kenapa Si Pelaq ni tak fikirkan walau pun berjuta Sultan Johor membeli no plat WWW 1,tetapi pulangan duit itu adalah kepada Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) maka duit hasil penjualan no plat berkenaan akan di pergunakan Kerajaan Malaysia yang banyak memberi Kebajikan pada rakyat Malaysia.
Dasar kurang ajar ni nampaknya akan terus menular dalam masyarakat Malaysia kerana ianya di RETUI oleh ISLAMELAYU seperti Nizar dan beberapa orang lagi Pemimpin Islamelayu yang telah HILANG MELAYUnya. Mereka ini samalah dengan anak-anak kita yang telah tidak bertutur dengan Bahasa Melayu dan tiada Baju Kurung lagi disimpan didalam almari. Tapi sikap kurang ajar Nizar semuanya orang sudah tahu walau pun dia telah banyak "menunjukan sifat BAIKnya" kepada pengundi di Perak

Masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja. Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat. 

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya. Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keptusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi. 

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga. Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai. 

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar? Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya? 

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan. Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

amukanmelayu - mereka terlupa membasuh kaki semasa naik kerumah Islamelayu.