,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 6 May 2012

SEDAPNYA NASI BERAS HUMA........

Kuku Belang - Padi huma

15 Jamadilakhir 1433 AHAD - OLAK LEMPIT, Gerimis sejak semalam, selepas subuh Aki kembali kerumah. Anak perempuan Aki Najwa ikut sama di belakang....di tengah rumah Mattin putra kedua Aki masih berselimut tidur bersama isterinya dan Isteri Aki....."ayang....dah 6 setengah....subuh dah nak habis ni...." ... Seperti biasa Aki akan memanggil-manggil nama cucu sulung Aki Iman.....

Gerimis masih terus membasahi halaman umah Aki. Titis-titis air jernih yang jatuh berurai di gigi atap umah mengingatkan Aki dangau ayah di huma Cherok Sembok....Ehhhh...........rasa macam nak menulis novel pula.

Terbayang wajah Almarhum Ibu yang mengejutkan Aki untuk membantu Ayah menebang kawasan hutan di Cherok Sembuk.....ramai sungguh orang-orang Kampung Chepor menyusuri batas sawah melewati rumah Tok Yakob untuk ke huma.....Pak Tok Muad, Pek Anjang, Abang Wahab, Cik Idak, Yang, Pak Ngah Meri, TokKecik, Pak Ngah Usop dan Cu Selmah. Tok Goleng dan membahagi-bahgikan kawasan hutan yang hendak ditebang....dengan sebilah kapak yang besar, Ayah memulakan menebang pokok-pokok tapu dan pokok mengkirai. Sebatang demi sebatang di tumbangkan ayah. Aki hanya memilih pokok-pokok yang kecil, sesuai dengan kapak kecil Aki.

Tebang bertindan amatlah menjadi kesukaan Aki. Pokok pertama hinggalah ke pokok ke empat Aki hanya menakok sahaja. Pokok kelima barulah Aki tebang bagi tumbang....dia akan menimpa pokok yang di takok tadi....perrr.....lima batang sekali tumpang....cerah hutan....ayah hanya tersenyum. Hampir sebulan Aki dan Al-marhum Ayah berulang-alik ke hutan ini. Pokok-pokok yang di tebang dah mula kering....aki merintis dan melonggokan kayu-kayu ini setempat dan di bakar.....batang-batang yang lurus di himpun ayah untuk di buat peranggan dan dangau.
Hujan turun....maka bersedialah tanah untuk di tanam padi huma.

Semasa memerun ini....ayah siapkan dangau....besar juga dangau kami. Tiangnya batang mengkirai dan batang tapu. Lantainya di buat dari batang pinang yang di belah dan di buang pulurnya, dindingnya ayah buat dari buluh yang di cincang sama dengan lantai batang pinang. Lantai dapor ayah buat dari buluh bulat. Dapor kayu Mak pun dah siap. Suka Aki melompat-lompat di atas lantai ini....macam papan anjal ....ayah sedang siapkan tanggga.....paha tangga di buat dari buluh aur dan anak tangga pula di buat dari dahan mengkirai...paha tangga kiri dan kanan di tebuk sebelah dalamnya. Dahan mengkirai yang lurus itu di masikkan kedalam lobang buluh tadi dan di ikat dengan rotan.....siap tangga dangau kami. Pandai ayah.

Mak telah siapkan kayu-kayu yang di bakar tadi di atur di jadikan petak-petak seluas padang bola. kata mak disini kita nak tanam padi "Jemah" dan disini kita tanam padi pulut. Padi jemah adalah jenis jenis padi yang nasinya dimakan setiap hari sementara padi pulut terbahagi kepada 2 jenis...pulut hitam dan pulut biasa.

Di dapor malam makin larut Mak masih lagi dengan persiapan untuk "menajuk" besuk. Benih padi telah siap didalam bakul. Mak masukkan biji jagung, biji timun batang, timun betik, bayam dan di gaul didalm padi benih. Batang ASAK(kayu sebesar lengan yg tajam hujungnya) Mak sandarkan di tepi tangga, TAJUK(buluh sebesar lengan budak untuk di bubuh padi)  Mak letakan didalam bakul.

Mengasak untuk Menajuk

Unggas hutan dan suara siamang sayup-sayup bersahutan memecah kesunyian malam.....tapi Aki tak takut. Ayah kata Anak Melayu mesti berani seperti Hang Tuah membelah dunia....

Di pagi hari mak telah siapkan ubi rebus.....ubi yg di bawa dari kampung. Mak memegang kelapa tapi kukurnya tidak dibawa....tertinggal dirumah di kampung. Ayah nampak sedang berfikr sesuatu. Ayag pergi ke belakang dangau mengambil bulug sisa di buat lantai dapor. Ayah ranjungkan hujung buluh. Lepastu ayah biatkan gigi macam awan larat macam yang aki lukiskan di sekolah. Ayag santarkan di bendul dapor. Ini menjadikan buluh bergigi ini sedikit tercongkit. Ayah ambilkan kelapa dari tangan Mak....Ayah mengukur kelapa itu dengan kukur sementara yang di buat dari buluh.....ayah memang pandai.

Awwww..........bestnya berkudap dengan ubi kayu dengan kelapa parut. Mak suruh membawa tajuk, batang asak dan keri(sabit kecil)...Aki membawanya sementara Mak menjunjung bakul benih padi dan mendukung adek Fauzi(Al-Marhum) menyeberang suak(anak sungai) yang airnya separas buku lali. Oushhhhh dinginnya. Anak-anak ikan berlumba-lumba mencari perlindungan.

Tanah yang tidak berumput dan kehitaman itu sedang sedia menunggu benih padi di tanamkan. Aki mengsak lubang demi lubang dan mak turut dari belakang memasukkan benih pada yang bercampur jagung, timun dan segala macam lagi benih-benih lain.


Sambil itu Aki mencalitkan arang yang terdapat di batang-batang kayu perenggan yang mak buat itu. Kemudian Aki calitkan kat muka adek Fauzi.....macam Red Indian... hahahahahaha....suka Aki nyakat budak kecik ni. Mak tak marah...sebab nanti nak mandikan adek selepas selesai menajuk ni. Kalu Mak marah nanti Aki lari balek kedangau dan takdak sapa nak tolong Mak.....itu yang Mak senyum saja apa pun Aki buat.

Berselang 3 bulan semuanya telah besar...padi separas pinggang orang dewasa, jaguh telah berisi, timun telah berbunga, bayam dah boleh makan, cili dah mereh buatnya, labu telah menjalar panjang. Mak ambilkan sonak jagung...untuk di buat rebus dan dicicih dengan air asam...makan tengahari. tandan jagung belumboleh diambil....mak kata baru bergigi ruan(haruan) sebulan lagi semuanya boleh di ambil.

Semasa padi mengeluarkan bunga.....belalang kunyi sangat banyak. Aki suka menangkap belalang togel(belum bersayap)...di buat goreng dengan kacang panjang sangat sedap. Kacang di belakang dangau ruyup berbuah....semasa padi kuning....timun huma dah tua. Labu pun dah masak. Jagung sudah habis musimnya. Timun betik harum dicelah-celah deretan padi. Aki suka main sembunyi-sembunyi dengan adek-adek di dalamnya.

Ini cerita Aki.....berstnya kalau dapat balek kezaman itu.
Mengetam Padi huma

Semasa musim menuai....ayah buatkan "ketaman"...banyak ayah buat. Ada kecil dan ada yang besar....Aki selalu terluka dengan ketaman ini....tapi Mak dan Ayah lagi banyak lukanya. Maaf....Aki tak sanggup lagi untuk mengenang semua itu. Aki sayang Mak dan Ayah....semuga mereka aman disana menunggu kita seperti kita menunggu anak balek dari Pejabat.....