,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday 10 May 2012

TAFSIRLAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA BERSANDARKAN KEPADA BUDAYA SETEMPAT KERANA IANYA ADALAH UNTUK RAAYAT TANAH MELAYU DAN MEREKA YANG DATANG KE TANAH MELAYU, BUKANNYA UNTUK NEGARA DI BAWAH BAYU....



Homoseksualiti bukan satu kesalahan-Majlis Peguam


Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee menggesa masyarakat menilai semula undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini yang dianggap bersifat hipokrit.


Menurutnya, perbincangan perlu dibuat untuk melihat sama ada Seksyen 377A dan 377B Kanun Keseksaan masih boleh diterima berdasarkan definisi sekarang.


Chee Wee berkata, Seksyen 377A Kanun Keseksaan menyebut seseorang itu dianggap mengadakan seks di luar tabii jika dia memasukkan zakar ke dalam dubur atau mulut individu lain.


“Secara ringkasnya, sesiapa yang melakukan perbuatan seperti disebut dalam undang-undang ini, dianggap telah melakukan kesalahan yang boleh disabit di bawah seksyen ini.


“Jika kita lihat, undang-undang ini secara jelas melarang perbuatan seks oral dan seks luar tabii tanpa membezakan antara pasangan homoseksual dan heteroseksual.


“Persoalannya, berapa ramai pasangan heteroseksual (seperti suami isteri) yang mengadakan hubungan seks sebegini atas kerelaan dan kebenaran masing-masing? Jadi, jika kita ambil kira persoalan ini, kita dapat lihat undang-undang ini sendiri sudah lapuk,” katanya.


Selain itu, Chee Wee berkata, mengikut undang-undang sivil, homoseksualiti bukan satu kesalahan kerana ia adalah jenis orientasi seksual, dan bukannya perbuatan seks itu sendiri.


“Pendirian utama Majlis Peguam adalah, tiada sesiapa boleh didiskriminasi atau diperlekehkan hanya kerana identiti mereka, dan golongan ini juga berhak menyuarakan pandangan bagi membincangkan masalah ini.-sumber

Ambiga kesayangan PAS,Anwar pun cakap undang undang ni dah lapok.

Soalan Wartawan BBC : “Sejauh mana anda mahu menyampaikan mesej kebebasan itu, kerana kes anda (liwat) yang digugurkan terhadap anda telah memberikan tenaga baru kepada pergerakan perjuangan hak kumpulan homoseksual di negara anda…ramai yang muncul bertaruh walaupun anda telah dibebaskan…apakah anda bersedia untuk mempertahankan sikap anti diskriminasi termasuk hak asasi kumpulan-kumpulan gay?”
Rujuk minit 0:11 -0:34
Jawapan Anwar : “Kita perlu mengkaji semula sesetengah daripada undang-undang kuno dan lapuk itu…kami orang Muslim dan bukan Muslim, secara amnya percaya dan komited menyokong institusi perkahwinan di antara laki-laki dan wanita, tapi kita tidak boleh dilihat sebagai bersikap zalim dan menghukum.“Kita juga tidak boleh menganggap undang-undang kuno itu sebagai relevan…kita perlu mengkajinya semula…
“kita tidak mempromosikan homoseksualiti khalayak awam atau khalayak ramai…saya rasa tidak perlu bagi kami meminta maaf tentang perkara itu…tetapi untuk menggunakan undang-undang itu bagi menghukum atau menganiayai mereka yang tidak bersalah tidak boleh dipertahankan“.
Rujuk minit 0:36 -1:17
-AIDC
amukanmelayu - jujur pemimpin ISLAMELAYU tidak bertempat. Akibatnya kaum minority di layan berlebihan...kaum majority di tinggalkan tanpa pembelaan. DEMOKRASI alaf baru..........