Konspirasi UMNO Mahu Jatuhkan Azmin?
 Jejaka Malaya sewaktu remajanya
PENULIS tidaklah membeli, tapi 
penulis ternampak deretan akhbar arus perdana di kedai yang hampir 
kesemuanya memilih gambar-gambar yang diekstrak dari video yang 
dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.
Soal penyiaran gambar-gambar ini 
sebenarnya penulis telah sedari sejak dari Ahad lagi.  Siasatan lanjut 
penulis, menemui satu laman web Sex Scandal Azmin Ali yang penulis rasa diwujudkan semata-mata untuk tujuan penyiaran gambar-gambar (tidak mustahil video juga) tersebut.
Begitu juga penulis sedar dengan penafian penuh Azmin yang disiarkan semalam disini.
Maaf cakaplah, bukan penulis tidak 
percayakan Azmin, tapi setakat yang penulis lihat pada gambar-gambar 
tersebut, memang sah itu Azmin.  Kalau mukanya pelanduk dua 
serupa, bentuk kepala dan beberapa kriteria lain pada imej tersebut 
memang menunjukkan itu adalah Azmin.
Penulis rasa amat bodoh kalau kita masih
 mahu menafikan hakikat tersebut kerana penulis sudah memerhatikan Azmin
 lebih dari 12 tahun.  Ia seumpama memerhatikan anak sendiri membesar di
 depan mata.
Kes Azmin ini berbeza dengan video seks 
fitnah yang pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar pada satu ketika 
dahulu.  Paling ketara, video tersebut dalam keadaan hitam putih, 
sedangkan gambar dari video yang dikaitkan dengan Azmin ini dalam 
keadaan warna, terang dan cukup jelas untuk dinafikan begitu sahaja.
Malah pelbagai ‘angle’ juga.
Seseorang yang rapat dengan Timbalan 
Presiden PKR tersebut juga memaklumkan kepada penulis bahawa keadaan 
dalam rumah itu hampir menyerupai salah sebuah ‘kondo hinggap’ 
(dikunjungi sekali sekala) yang dimiliki oleh Azmin.  Setakat mana 
benarnya penulis kurang pasti kerana penulis tidak pernah datang ke 
kondo tersebut.
Justeru, semua maklumat tersebut 
menjadikan’penafian air liur’ semata-mata tidak cukup.  Azmin perlu 
membuat laporan polis agar satu siasatan penuh dapat dijalankan ke atas 
gambar dari rakaman video tersebut dan siapa yang terlibat di 
belakangnya.
Dari satu sudut yang lain pula, 
kelihatannya Azmin diperangkap oleh seseorang yang rapat dengannya, 
rapat sehingga boleh keluar masuk dalam kondo milik beliau dan memasang 
semua CCTV tersebut.
Persoalannya siapa?
Penulis tahu, Azmin punya musuh dalaman 
PKR yang ramai.  Statusnya sebagai penyokong setia Anwar sejak sekian 
lama, sanggup bersama waktu senang dan susah, menjadikannya sebagai 
individu yang paling rapat dengan pemimpin agung Pakatan Rakyat 
tersebut, seterusnya dicemburui rakan dan lawan.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa 
Azmin pernah dikaitkan dengan satu gerakan rahsia dalam PKR untuk 
menumbangkan pemimpin PKR yang lebih tinggi.
Dengan semua keadaan di atas, kalau Azmin mendakwa diperangkap pun penulis tidak terkejut.
Soal Azmin nak membuat hubungan dengan 
siapa pun, itu penulis tidak kisah kerana sebagai lelaki, beliau 
mempunyai hak untuk mempunyai pasangan lebih dari satu.  Lagipun penulis
 berpegang kepada kenyataan Anwar, tidak ada siapa (waima kerajaan) pun 
yang boleh masuk campur dalam hal yang berlaku dalam bilik orang lain, 
asal saja mendapat persetujuan bersama.
Yang penulis kisahkan ialah, perkara ini
 akan mengeruhkan lagi sokongan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat 
kerana bukan semua yang boleh menerima perlakuan seumpama ini, walaupun 
dilakukan dalam ruang tertutup.  Malah di negara negara barat pun, 
skandal suami orang dengan perempuan lain adalah suatu perkara taboo untuk dilakukan oleh orang biasa apatah lagi ahli politik.
Ringkasnya, Azmin perlu melakukan 2 
perkara ini dengan segera, buat laporan polis dan siasat siapa orang 
dalam PKR yang cuba menjatuhkannya - Di Petik dari Suara Pakatan Rakyat
amukan melayu - terkenang zaman susah dahulu....kasih menjadi panjang.
 

 
