Pelawok...pelawok...pelawok..
Konsep dan tujuan “muzakarah” yang 
dikatakan oleh Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, di antara partinya 
dengan mana-mana pihak, sama ada UMNO atau Majlis Fatwa Kebangsaan, 
sebelum ini terjawab apabila penjelasan mengenainya dibuat semalam.
Dalam kenyataan terbaru Nik Aziz semalam,
 dia menjelaskan bahawa “muzakarah” tersebut adalah untuk menjelaskan 
tentang kewajaran PAS menggunakan perkataan “Islam” pada nama partinya, 
dan BUKAN SEKALI-KALI UNTUK BEKERJASAMA UNTUK MENYATUKAN UMAT ISLAM DI 
NEGARA INI
.
Pada Nik Aziz, dia menyatakan bahawa 
tiada akan timbul lagi sebarang muzakarah untuk melakukan kerjasama 
dengan UMNO meskipun tindakan itu dilihat mampu menyatukan kembali umat 
Islam yang terpisah di negara ini hanya kerana POLITIK. Mungkin Tok Guru amat risau dengan "Pengguguran Perkataan Islam" dari PAS (Parti .......Se Malaysia). Jika di buang ISLAM dari PAS ini berti tinggal PAS = Parti Se Malaysia(PSM) ini amat rumit dengan perjuanmgan PAS. Kerana selepas Lambang Bulan Bintang di buang dari PAS, ia menghadapi saat-saat yang getir untuk meyakinkan Perjuangan PAS berLambangkan Bulan (Bola Pimpong) sama juga dengan Lambang Bulan Bintang.
Logo PAS Dulu
Mungkin dengan PEMBUANGAN perkataan Islam dari PAS, peristiwa menukar LOGO ini akan kembali berulang. Atau ianya mungkin strategi PAS supaya mempercepatkan KDN mengarahkan pembuangan perkataan ISLAM ini. Ini kerana semuanya apa juga yang di buat oleh Kerajaan kepada PR akan di lihat sebagai satu kekejaman dan tidak Demokratik. 
Astaghfirullahil’azim....penulis mengeluh 
panjang memikirkan semua ini, kerana tiada yang elok lagi antara PAS dan UMNO ini. Namun selepas berfikir panjang, penulis berpendapat bahawa mungkin
 ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. 
Malah, apa yang lebih penulis kesali ialah 
beberapa kenyataan dari para pemimpin PAS seperti Mustapha Ali yang 
menyindir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 
menerima baik sekiranya PAS mahu bermuzakarah dengan UMNO.
Mustapha Ali kata Muhyiddin salah faham 
atau berpura-pura tidak faham. Dan lebih sadis, dia menyatakan bahawa 
sebarang usaha untuk menyatukan PAS dan UMNO di bawah satu bumbung sudah
 “mati”.
Maknanya, para pemimpin PAS menjatuhkan 
hukum tidak mungkin ada tali persaudaraan yang akan menyatukan umat 
Islam di negara ini lagi.
Penulis tertanya-tanya, apakah perkataan 
“Islam” pada nama PAS itu lebih penting, lebih afdhal dan lebih mendapat
 keredhaan Allah SWT berbanding perpaduan umat Islam di Malaysia yang 
sudah dipisahkan PAS lebih 50 tahun itu?
Penting sangatkan nama itu sehingga menafikan tali silaturrahim sesama saudara seagama sendiri?
Susah dan haramkah hukumnya duduk semeja 
berbincang dan bermuzakarah bersama saudara seagama demi memikirkan 
tentang perpaduan umat Islam yang bernaung di bawah PAS bersama UMNO?
Lebih pelik lagi ialah pendirian PAS tidak perlu pun bermuzakarah pun untuk bersatu 
dengan DAP yang menjadi musuh ketat yang pernah digelar “SETAN” oleh PAS sebelum mereka bersekutu dahulu.
Hanya hiasan
 Meskipun PAS menganggap DAP sebagai parti
 “kafir harbi” yang perlu ditentang suatu masa dahulu, mereka lebih suka
 berpeluk dengan parti yang menolak Islam secara total itu berbanding 
bersama UMNO. 
Tak mengapalah. Mungkin ada hikmah di 
sebalik insiden “gimik”  ini. Namun penulis pasti 
bahawa Allah SWT lebih arif untuk membalas “Pemimpin PAS Pelawok” yang 
mempermainkan tali silaturrahim di kalangan umat Islam di negara ini.
Apapun, insyaAllah, yang BENAR akan terus gagah
 menjamin dan mengotakan segala kemampuannya sebagai tunjang kuasa untuk
 mentadbir negara ini dengan baik, adil dan berpaksikan Islam secara 
wasatiah di dalam mencari keredhaan Allah, mungkin Allah akan berikan 
hidayahNya untuk PAS dan UMNO berubah untuk kembali bersatu seperti kita menuntut dan menghalau Inggeris keluar dari Tanah Melayu ini suatu waktu dulu…?
amukanmelayu - tiada maksud di hati penulis untuk mempersalahkan sesiapa tau memihak kepada sesiapa.....tapi sebagai PEMIMPIN.....berfikirlah untuk kebaikan semua. Kerana kita masih SeUgama. Semua kita akan didakwa di akhirat kelak..... 
 


 
