JIKA ULAMAK YANG BERBUAT "SALAH", ULAMAK JUGALAH YANG AKAN MEMBETULKANNYA
Ketepatan
masa didalam berkongsi Hadis 'berkait' oleh Mantan Mufti Perlis Datuk
Dr Asri Zainal Abidin ketika mana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz
Nik Mat sedang menggila dengan fatwa "Orang Umno solat tak dapat
pahala" dilihat satu sindiran 'muflis' yang cukup tajam kepada Nik Aziz.
Sebelum ini Nik Aziz dalam satu kenyataan
menyebut "Umno tolak Islam, Umno kena reti kerja buat dia tak dapat
pahala, dia (orang Umno) solat tak dapat pahala".
Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah Nik Aziz
mempunyai atau memiliki pahala yang cukup banyak sehingga mampu
menentukan soal dosa pahala orang lain,
Bagaimanapun, ibarat menarik rambut didalam
tepung, rambut tak putus tepung tak berterabur, Dr Asri memainkan
peranannya sebagai seorang pendakwah dengan berkongsi sepotong hadis
yang berkait dengan 'Orang solat tak dapat pahala" selain dimasukkan
kedalam neraka, mereka itu disebut sebagai golongan yang muflis, yaitu
golongan orang yang memaki seseorang,
menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan
memukul seseorang.
Nabi s.a.w bersabda: “Tahukah kamu siapakah
orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami
ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.
Sabda baginda: “Orang
yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat
nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang,
menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan
memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya.
Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya,
maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan
dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).
Jelas didalam Hadis berkenaan yang tak pernah
disampaikan oleh Nik Aziz itu langsung tidak menyebut 'orang Umno',
bahkan golongan tersebut adalah sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz sendiri
'JIKA' memaki hamun orang lain atau menuduh orang lain seperti tuduhan
Nik Aziz terhadap orang Umno yaitu 'orang Umno solat tak dapat pahala' atau sebaliknya.
Jadi Nik Aziz kena reti, kerja menentukan dosa
pahala orang lain ni bukan kerja Nik Aziz, dan pahala itu juga Allah
Taala tidak khususkan kepada orang-orang Pas sahaja, Al-Quran itu
diturunkan untuk sekalian umat diseluruh dunia. Jangan nak sempitkan
pemikiran rakyat didalam guni derma Pas semata-mata.
Nik Aziz juga jangan berasa yakin dia akan
masuk syurga lalu membuatkan dia angkuh, dari mana Nik Aziz tahu dia akan
masuk syurga secara mutlak sehingga berani menafikan syurga orang lain,
dengan serban dan jubah serta amalnya itu belum cukup untuk memasukkan
dia kedalam syurga tanpa rahmat Allah Taala.
MAJLIS FATWA - Mana semua ni.....ini penyelewangan UGAMA yang jelas.
Bermuhasabahlah kita semua semoga akan beroleh
rahmat dari Allah Taala, dan yakinlah dengan hati bahawa mengundi Pas
atau menampal poster PAS atau UMNO tidak akan mendapat pahala, sebaliknya untuk
mendapatkan pahala ikhlas kerana Allah Taala utamakanlah amalan yang
jelas dinyatakan didalam Al-Quran dan juga Hadis.
Adalah juga di ingatkan, PAS dan UMNO bukan Agama, itu adalah PARTI yang bertunjangkan DEMOKRASI yang di PELUPURI YAHUDI.....apabila kita menerinya sebagai wadah perjuangan, maka gunakanlah PARTI sebagai alat untuk penyatuan UMMAT dan memperkembangkan Agama, jika kita menggunakannya Agama sebagai ALAT untuk kepentingan PARTI, maka inilah sebenarnya mengundang PERPECAHAN kepada UMAT ISLAM dan kesempatan ini di gunakan KAFIRUN untuk menangguk di air yang keruh.
PERINGATAN - Jangan sampai jadi macam ni........
Nik Aziz sorang je kata UMNO kafir, tapi beratus ulama pondok kata Nik Aziz sesat!
GURUN, 8 April (Bernama) - Pondok Minda, gabungan 25 pondok pengajian agama di Kelantan, mengulangi PAS adalah parti ajaran sesat dan semua fatwa dikeluarkan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat wajib ditolak.
Penasihat Pondok Minda yang juga pengasas Pondok Geting, Tumpat, Kelantan, Tok Guru Abdullah Sa'amah berkata PAS sebuah parti yang dibentuk oleh manusia untuk menegakkan Islam tetapi telah menyeleweng dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam.
Sambil menyifatkan Nik Abdul Aziz sombong, takbur dan angkuh dengan fatwa-fatwanya yang didakwa syirik dan menyesatkan, beliau berkata: “Saya kata PAS ”Parti Ajaran Sesat” kerana Nik Aziz dakwa PAS itulah Islam sedangkan Islam diturunkan oleh Allah SWT yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW.
ASTARAFIRULLAHHUALZIM - Biar betul ni.....ini dah jadi kes berat...
"Ini bukan fatwa kami tetapi keputusan hasil rumusan setelah merujuk kitab-kitab muktabar, tafsir al-Quran, hadis dan hukum-hakam,” kata Abdullah pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas Persidangan Ulama-Ulama bersama Kepimpinan Pondok, Sekolah Agama Rakyat/Tahfiz Al-Quran 2013 peringkat kebangsaan di sini yang dihadiri 150 orang, bermula Sabtu lepas.
Katanya perbuatan Nik Aziz mengkafirkan Umno dan penentang PAS, membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan menyokong pluralisme merupakan kesalahan cukup besar beliau.
"Kita faham Nik Aziz....apa sahaja berkaitan dengan Umno adalah haram bagi dia. Sikap, fahaman dan fikiran dia sudah keliru...Umno tolak PAS ertinya tidak ada Islam pada Umno bagi dia...inilah kekeliruan yang dibawa PAS,” katanya. - Bernama Online
Wallahhuaklam.
AMUKANMELAYU - jangan peralatkan AGAMA untuk kepentingan PARTI.....kelak nanti di MURKAI ALLAH.