,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 23 April 2013

SILAPMATA - RM 222 KUTIPAN ANWAR MENYAMAI 222 KERUSI PARLIMENT


MUSLIHAT ANWAR

 
 
Pada hari Sabtu 20 April 2013 jam 12:25 tengahari beberapa orang telah menerima emel dari info@anwaribrahim.com yang meminta derma berjumlah RM222.

Pada hari yang sama jam 10:26 malam, satu lagi emel dari sumber yang sama menyatakan bahawa “Projek 222” telah berjaya. Jika diandaikan Anwar Ibrahim telah meminta derma RM222 dari seribu orang, bermakna tidak sampai sehari beliau telah berjaya mengumpul sejumlah RM222,000.

Walaupun meminta derma dari warga internet bukan satu kesalahan, namun Anwar harus menjelaskan kepada setiap orang yang menerima emel tersebut.

Akaun siapakah yang digunakan untuk mengutip derma tersebut dan berapa ramai pula yang telah menderma?

Anwar harus menyenaraikan kesemua penderma dan berapa jumlah yang dikumpul untuk menunjukkan ketelusan.

Selain dari emel yang dibalas, adakah Anwar akan mengeluarkan kenyataan umum tentang jumlah derma yang dikumpulkan?

Paling penting sekali, untuk tujuan apakah derma ini dikumpulkan?Anwar Ibrahim harus menjawab kesemua persoalan ini.
 
 
AMUKANMELAYU - jangan biarkan "Orang Tua" tinggal bersendirian......nanti banyak iblis yang merasuknya.