Surat Terbuka Pada Dato' Lim Kit Siang
Salam Dato’ Lim Kit
Siang,
Saya bukan menghina
Dato’ walaupun Dato’ tidak pernah menerima anugerah dari mana-mana Sultan yang
membawa apa-apa gelaran, samada ia polisi DAP ataupun keengganan Sultan tidak
penting kerana secara peribadi saya berpendapat jasa dan sumbangan Dato’ kepada
Malaysia khususnya kaum Cina adalah lebih besar dari sebahagian besar Dato’
yang sahih. Ikhlas dari dalam hati saya, saya bersumpah atas nama ibu dan bapa
saya, saya menghormati anda sebagai “check & balance” 5 Perdana Menteri
Malaysia atau bahasa kasarnya pembangkang yang hebat.
Kehebatan anda
senantiasa menekan kerajaan sedia ada untuk terus berusaha memperbaiki
kelemahan dan mengatasi masalah dengan baik. Malaysia tidak akan mencapai
status dan mengecapi pelbagai kejayaan, Tun Mahathirr tidak akan sehebat mana
jika tidak ada pembangkan yang hebat seperti anda.
Tujuan surat ini ditulis
adalah kerana mahu mencerahkan air yang keruh di dalam mana-mana minda yang
teracun dek “Melayu”. Terlebih dahulu izinkan saya kenalkan diri saya, Mustaqim
Abdul Rahman anak kepada seorang perempuan Cina yang datang dari sebuah
keluarga komunis yang ada antaranya masih taat disisi Chin Peng hingga kini.
Namun, pengajaran dan bimbingan Mak pada anak-anak adalah teramat hebat dan mulia,
ringkasnya kerana dia adalah seorang Cina. Saya mengaguminya. Dato’ dan
pengikut boleh mengecam dan memanggil betapa malangnya ibu saya mendapat anak
seperti saya sebagaimana Ridhuan Tee diperlakukan, kerana walaupun saya
menyimpan hasrat sebesar gunung untuk membahagiakan Mak di dunia ini, tetapi
kami lebih mendambakan syurga untuk Mak kami.
Saya mempunyai satu
soalan pada Dato’, kenapakah Dato’ amat membenci Melayu? Sudah lama saya dapati
DAP pimpinan Dato’ memperjuangkan Malaysian Malaysia atau lebih tepatnya satu
Bangsa satu Negara. Dalam katanya lainnya, nama Melayu, Cina, India dan
lain-lain perlu dilupuskan dan dikenali sebagai Malaysian atau bangsa Malaysia.
Namun, dalam masa yang sama Parti Dato’ memperjuangkan sistem pendidikan Cina
yang jelas adalah penghalang menukar identiti Cina kepada Bangsa Malaysia.
Secara mudahnya, saya mendapati Malaysian Malaysia jelas adalah propaganda
untuk menghilangkan identity Melayu kerana Cina tidak pernah mungkin akan
melepaskan sekolah Cina, akan melepaskan bahasa Cina waima akan menukar warna
merah sekalipun.
Dibawah adalah Visi dan
Misi DAP dimana saya biarkan dalam Bahasa asal agar maksudnya tetap sama;
The vision of the party is to establish a peaceful and
prosperous social democracy that can unite its disparate races and diverse
religions and cultures based on;
i.
A Malaysian Malaysia concept by forging
Malaysian race with universal moral values,
ii.
offering equal access and opportunity
iii.
democratic governance and rule of law
iv.
creating wealth and equitably and
v.
fighting against corruption
The Mission of the DAP
Our mission is to make a
difference in the lives of Malaysians by bringing about positive changes. To do
that leaders and members must be united, have a vision focus on our ideals and
principles, congregate talented people who are- economically competent; and
with the ability to deliver efficient management of the civil administration.
Jelas konsep Malaysian
Malaysia menengahkan konsep kesaksamaan ekonomi, kesamarataan kaum dan
agama serta agihan kekayaan yang adil termasuk membuat beberapa perubahan dasar
khususnya sector awam yang di monopoli Melayu seramai 90%.
Dato’ seharusnya juga
jelas akan fakta sejarah bahawa orang Melayu bersifat mulia menerima pendatang
yang dibawa British malahan bersifat suci dengan bersetuju memberikan berjuta
mereka kerakyatan tanpa syarat. Untuk rekod, Datuk dan Nenek saya adalah antara
penerima kerakyatan Malaysia tanpa syarat yang kemudian memiliki pelbagai
hartanah di Kuala Lumpur.
Dato’ juga lebih dari
maklum Melayu tidak mempunyai tanah asal sepertimana China, dan India. Kaum
Melayu hanya mempunyai Malaysia sahaja.
Sebagai anak campur,
saya berani mengatakan kualiti duniawi antara Melayu dan Cina adalah seperti
langit dan bumi. Ia tidak memalukan memandangkan terdapat kajian mengesahkan
Melayu adalah kaum paling muda didunia kurang lebih berusia 1000 tahun
berbanding Cina yang sudah berusia berpuluh ribu tahun dimana tulang manusia
paling tua ditemui di China berusia 67 ribu tahun. Ketamadunan, prinsip,
kesatuan, kesungguhan, kelangsungan, amat mustahil untuk ditandingi Melayu.
Justeru saya tidak faham
kenapa dan mengapa Melayu boleh menjadi ancaman kepada kaum Cina sehingga perlu
diwujudkan Malaysian Malaysia. Jika kerana ekonomi, saya pasti senarai 1000
ribu orang terkaya di Malaysia menjelaskan 970 adalah Cina. Jika kerana
politik, saya fikir belum pernah ada PilihanRaya tiada calon kaum Cina, malah
ramai calon Cina mengalahkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu dan ramai
diberi jawatan Menteri. Jika kerana agama Islam, saya fikir Dato’ lebih
mengenali diri dan tidak adil untuk saya menuduh secara liar.
Namun saya akui Melayu
agak menjengkelkan bila berbicara soal mutu khidmat sektor awam, karenah MC dan
cuti sektor swasta selain tidak kompeten dan profesional dalam sektor Tenaga
kerja.
Bagaimanapun, sebagai
penyumbang terbesar dalam sumber tenaga kerja, fakta menjelaskan Melayu sudah
banyak berubah berbanding 50 tahun dahulu dimana mereka cepat belajar dari kaum
Cina malah ramai professional dan ahli perniagaan Melayu tanpa segan silu
menjadikan orang Cina sebagai mentor dan idola mereka.
Kerajaan Tanah Besar
China bangkit dari jajahan Genghis Khan dengan mengenepikan perbezaan klan dan
mencapai persamaan berjaya mewujudkan Kerajaan Maharaja Shih Huang Ti.
Sejak itu beratus Dinasti yang semuanya hanya kekal relevan bila wujud
keseimbangan antara pemerintah dan rakyat dan antara rakyat dengan rakyat.
Keseimbangan ini penting
untuk mana-mana Kerajaan termasuk Malaysia. Konsep yang diguna pakai oleh
Barisan Nasional jelas lebih “workable” dimana semua kaum mengekalkan
identitinya, bahasanya, adatnya, agamanya malah sekolahnya, dan bila-bila masa
ada percanggahan dan perkelahian, meja rundingan digunapakai oleh ketua-ketua
kaum untuk berunding dan bertolak ansur dalam memastikan keseimbangan ini dapat
dikekalkan tanpa dirasai oleh rakyat jelata. Berbeza dengan konsep DAP dan
sekutunya, yang mengheret setiap rakyat dalam semua masalah termasuk yang
kecil, sehingga wujud perasaan tidak selesa dan syak wasangka yang tinggi
antara kita.
Akhir sekali, saya pohon
agar Dato’ dapat menjelaskan maksud Malaysian Malaysia, satu Negara satu bangsa
dimana Negara satu bangsa seperti Indonesia, Thailand, Singapura, dan Eropah
hanya boleh digapai dengan satu bahasa dan satu sekolah sahaja. Adakah DAP berpendirian
Sistem Satu Sekolah dan Satu Bahasa akan diwujudkan bagi menghapuskan identiti
untuk memberi laluan kepada Bangsa Malaysia seterusnya menjunjung prinsip
kesamarataan kaum dan keadilan ekonomi? Jika Sekolah Cina terus kekal, maka
saya memohon kepada Dato’ dan rakan-rakan serta saudara berbangsa cina agar
menghormati kontrak sosial yang dipersetujui oleh Ketua-ketua kaum sejak
sebelum merdeka lagi.
Jika tidak, jelaslah DAP
dan Dato’ adalah rasis dan membenci Melayu dengan berniat untuk menghapuskan Melayu
terus dari sejarah Malaysia sepertimana yang terjadi di Singapura.
Sebagai anak Malaysia
sebenar(merujuk komposisi kaum Melayu 70% dan Cina 20%) saya berharapan, agar
keseimbangan ini dikekalkan dan Dato terus menggunapakai dasar BN jika
ditakdirkan Tuhan PR memenangi PRU 13. Dan saya pinta, janganlah membenci
Melayu, kerana Melayu sudah banyak bertolak ansur dan saya rayu bimbinglah,
bantulah, sokonglah serta beri tunjuk ajar kepada Melayu agar kita sama-sama
menggapai bintang bersama.-
AMUKANMELAYU - Batu belah batu bertangkup.....makanlah aku telanlah aku.....aku kempunan KE PUTRAJAYA.................