,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 21 April 2013

MOPING UP NAJIB TELAH MEMBUAHKAN HASIL




OLAK LEMPIT - 21hb. April 2013, PRU ke 13 pada 5 may ini, memperlihatkan pada kita begitu ramainya pemimpin Barisan Nasional BERPALING TADAH dan berlawan sesama sendiri, ini menunjukkan bahawa kerja-kerja pembersihan yang di lakukan kepimpinan Najib Razak sangat berkesan dan yang mementingkan diri sendiri dan menjadi duri dalam daging ramai yang bertindak keluar parti sebelum di pecat, seterusnya menjadi calon BEBAS.

Bagi Pakatan Rakyat pula, hanya 6 kerusi saja menjadi rebutan bagi parti pembangkang
itu sesama sendiri, tetapi tidak bertindak keluar dari Pakatan.

Barisan Nasional menyaksikan iaitu 61 ahli UMNO, 2 dari GERAKAN dan 1 dari 
MCA, yang mana jumlah keseluruhannya adalah 64 orang calon bekas Parti Kompenan BN bertanding BEBAS


 

Setakat ini hanya 6 orang sahaja dari Pakatan Rakyat yang bertanding BEBAS.

Lembaga Displin Pecat 61 Ahli UMNO Tanding Bebas

KUALA LUMPUR, 22 April – Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin (LD) UMNO memecat seramai 61 orang ahli UMNO yang telah bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen berkata tindakan ini dibuat selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

“Surat-surat pemecatan keahlian yang telah ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin telah dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelasnya, Jawatankuasa Khas LD UMNO juga akan memanggil 3 orang lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lepas.

“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

“LD UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini.”

Ujarnya lagi, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci.

“Saya juga menyeru kepada semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisan Nasional.

Berikut adalah senarai nama anggota parti yang dipecat dari UMNO:

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13

BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN
1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)
2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)
3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
4. HANAPIAH BIN MOHAMAD
5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)
6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)
8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA
12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD
13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)
15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM
16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)
17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI
18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD
19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM
20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR
21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER
22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR
23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN
24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN
25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR
27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD
29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB
30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM
31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM
32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR
33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA
34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE
35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI
36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS
37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG
38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL
39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI
40. HUSSEIN BIN MUMAKIL
41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN
42. MAMAT BIN BALHANA
43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP
44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS
45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG
46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR
47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH
48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH
49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR
50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI
51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT
52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK
53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD
54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA
55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL
56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN
57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF
58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA
59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN
60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON
61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

 
ROSMAH - Kekerapan kemunculan 1 Lady ini di TV menguntungkan atau merugikan UMNO?