SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU LAGI
Sebagaimana yang dijanjikan ucapan ketiga dari trilogi ucapan dalam buku kecil bertajuk "SEMOGA BANGSA MELAYU TIDAK TERTIPU LAGI' saya persembahkan di sini. Dari tajuk ucapan inilah nama buku kecil telah diberi.
SEMOGA KITA TIDAK TERTIPU LAGI
UCAPAN PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO TAHUN 1999
Assalaamu’alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh.
Yang Berbahagia Tan Sri Pengerusi Majlis
Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden
Yang Berhormat Naib-Naib Presiden
Ahli Ahli Majlis Tertinggi
Para Perwakilan dan pemerhati yang dihormati sekelian,
Kita menghadiri Perhimpunan Agong selama 3 hari ini di waktu kerabat diRaja Melayu di Singapura dihambat
keluar untuk duduk di rumah pangsa.
Dunia Melayu sekarang ini berada di dalam keadaan kucar kacir. Musuh
Melayu menjadi berani.
Kita terbaca seruan surat khabar Singapura menyuruh supaya UMNO
mencampak jauh pemimpin parti dan pemimpin negara iatu YAB
Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad.
Tua-tuan dan puan-puan sekelian,
Apabila suatu bangsa itu cinta kepada agama maka agamalah yang akan dijadikan asa perjuangan menuju kejayaan dalam
bidang-bidang lain juga selain agama.
Agama jugalah yang akan digunakan oleh musuh-musuh bangsa dan negara untuk
menjahanamkan ummah.
Saya akan ketengahkan empat kejadian di dunia Melayu yang melibatkan
agama.
REFORMASI KECUNDANG
Pertama di Indonesia.
Tidak lama dahulu kita dengar betapa hebat usaha untuk mengadakan
Reformasi di sana.
Reformasi yang bertujuan untuk mengurangkan pengaruh tentera.
Reformasi yang bertujuan mendakwa dan menjatuhkan bekas Presiden.
Reformasi untuk membuat bagai-bagi perubahan.
Reformasi untuk demokrasi tulen.
Ada tokoh yang terlibat untuk mencetuskan Reformasi di Indonesia yang turut membatu
dalam usaha menggulingkan Presiden UMNO di Malaysia.
Pada hari ini mereka yang menggembar-gamburkan Reformasi di Indonesia
sudah kelihatan akan kecundang dan yang menang adalah yang bukan dari kelompok
Reformasi.
PURA-PURA ISLAM
Penipuan kedua.
Bangsa Melayu di Nusantara pernah tertipu apabila Snouck Hergronje,
tidak berapa lama dahulu, telah menipu Tengku Sheikh
Marhaban yang menjadi Imam Besar di Masjid Raya Banda Aceh.
Snouck telah berpura-pura memeluk agama Islam. Beliau
telah diIslamkan oleh keluarga Tengku Sheikh Marhaban.
Kemudiannya seluruh umat Islam tertipu apabila Snouck dibenarkan
memimpin sembahnyang berjemaah di Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah.
Snouck sebenarnya tidak menganuti agama Islam. Beliau menipu.
Beliau mati sebagai orang Kristian setelah beliau mempengaruhi umat
Islam melalui penipuannya.
ACEH BERSIMBAH DARAH
Penipuan yang ketiga.
Apabila Soekarno menangis, dan dengan air matanya menipu Tengku Mohd.
Daoed Beureueh, Gabenor Aceh dan Tengku Hasballah Inderapuri, Mufti Aceh di
waktu itu, yang meminta Aceh menolak kemerdekaan yang ditawarkan oleh Belanda kepada Aceh
setelah Perang Dunia Kedua.
Aceh dipelawa untuk turut menjadi sebagian daripada Indonesia. Jika
Aceh tidak bersama dengan Indonesia maka Soekarno dan Hatta tiada rasional
untuk merdeka kerana rata-rata terbukti rakyat Indonesia mengalu-alukan kembalinya
Belanda, kecuali di Aceh.
Soekarno dan Hatta telah berjanji untuk mewujudkan negara Indonesia,
di mana:
• Islam menjadi agama negara
• Sistem negara persekutuan diwujudkan dan bukan negara republik
• Otonomi
dalam bidang ekonomi
Jika Aceh menyertai Indonesia sehingga penentangan terhadap Belanda
mencapai kejayaan syarat-syarat di atas akan dijayakan.
Begitulah janji Soekarno dan Hatta kepada Tengku Daoed Beureueh dan
Tengku Hasballah Inderapuri, dan seluruh ahli PUSA (Persatuan
Ulama Seluruh Aceh).
Indonesia telah merdeka.
Budi Aceh kepada Indonesia berakhir dengan Aceh kini bersimbah darah.
INSAN MUNAFIK
Penipuan keempat.
Penipuan bekas pemimpin kedua UMNO.
Penipuan ini berlaku ke atas diri saya sendiri mulai tahun 1961
apabila saya di tingkatan Lima Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Pada tahun itulah saya diperkenalkan dengan seorang pelajar tingkatan
bawah untuk menyelamatkan beliau dan murid-murid yang lebih tua yang agak rakus
dan kurang bermoral.
Saya selaku Setiausaha Badan Agama, yang saya tukar namanya kepada
Badan Revolusi Agama, telah diminta oleh guru agama kami, Allahyarham Ustaz
Ghazali, untuk menjaganya.
Saya serahkan kepimpinan Badan
Revolusi Ugama (BRU) kepada seorang rakan lain, Ungku Hashim (adik bekas ahli
Parlimen Ungku Mohsein) dengan nasihat untuk menyerahkan kepimpinan BRU kepada Anwar apabila beliau sudah lebih dewasa.
Kemudiannya saya, selaku Eksekutif Bank, membantu kegiatan beliau di
Universiti selaku penasihat kewangan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar
Islam Malaysia. Membantu dari segi kewangan untuk menjayakan sekolah dan percetakan
milik beliau dan Daud Seman.
Melibatkannya dalam membangun koperasi.
IKHLAS MEMBANTU
Kemudian dengan bantuan pertumbuhan belia yang saya pimpin dan kawan-kawan yang lain, beliau
dinaikkan tahap dalam pertubuhan belia nasional.
Saya dan kawan-kawan saya dalam pertumbuhan belia dan pergerakan
Pemuda UMNO, turut membantu beliau untuk menjadi Ketua Pemuda.
Menegur, menasihati dan mengkritik beliau apabila terkesan
penyelewengan.
Beliau tidak suka ditegur.
Beliau menjadi tamak dan lalai kerana kekayaan.
Beliau menjadi sombong kerana berpengaruh.
Beliau menjadi bernafsu, rakus dan kejam kerana berkuasa.
Beliau mengelak kawan-kawan yang berani menegurnya seperti Sdr.
Ibrahim Ali dari Pasir Mas dan Ustaz Osman Bakar dari Kampong Gajah.
Beliau lupa kepada yang berbudi padanya.
Beliau khianati agama yang menjadi pakaiannya.
Beliau mendurhakai bangsa yang mengangkatnya.
Wajah, gaya dan kekayaan menjadi modal untuk melayan nafsunya.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
INSAN MUNAFIK
Beliau adalah insan munafik terulung di alaf kedua yang tidak
seharusnya menjadi idola generasi muda.
UMNO mempunyai lebih 2.0 juta ahli. Tidak mungkin kita kalah di waktu mana jua di dalam pilihanraya kecuali kita gagal berkempen di kalangan
keluarga kita sendiri.
Apa yang jelas dari jurucakap-jurucakap dalam Perhimpunan Agong kali
ini ialah mewujudkan kebebasan dan keberanian bersuara. Tidak lagi di dalam UMNO kita
bersuara untuk menawan hati sesiapa. Tidak lagi berbicara dalam UMNO dengan
rasa takut menyinggung sesiapa.
Semangat UMNO sudah kembali kepada asalnya.
MESTI BERANI
Jika ahli dan pemimpin Umno di semua peringkat berani belaka, tetapi kurang
maklumat, maka ada tempat yang boleh memberi maklumat kepada mereka.
Jika pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai banyak maklumat tetapi kurang
keberanian untuk mendedah dan berhujah dengan musuh bangsa, maka tidak ada
sekolah yang boleh mengajar kita sehingga yang penakut boleh jadi berani.
Untuk berani kita perlu ada sebab.
Kita perlu marah untuk berani.
Oleh kerana kita tertipu maka kita marah. Apabila kita marah maka kita
mempunyai sebab untuk berani.
Tetapi, jika kita tidak merasa tertipu, kerana yang ditipu itu sesuatu
yang kita tidak sayang; maka penipuan itu tidak akan menimbul kemarahan.
YANG KITA SAYANG TERANCAM
Oleh itu perlu ada yang kita sayang yang terancam
oleh penipuan itu.
Kita semua sayang kepada Bangsa, Agama dan Tanahair.
Sebenarnya yang kita sayang itu sekarang ini sedang terancam.
Di dalam Majlis Tertinggi saya telah mengulangi apa yang pernah saya
ucapkan bahawa di dalam Parlimen pada tahun 1988, saya katakan bahawa bangsa
kita dari masa ke semasa diancam oleh agen-agen luar untuk memecahkan kita.
TEORI 18 TAHUN
Pada tahun 1897, Weng, Narathiwat, Pattani dan Yala telah diserah
kepada Siam.
Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu masuk ke dalam Malaya.
Saya difahamkan oleh masyarakat di Pattani bahawa jumlah umat Islam di
Selatan Siam kini ialah 10 juta orang bermakna setengah daripada jumlah rakyat
Malaysia atau hampir sama ramai dengan Islam di Malaysia.
Jika mereka berada bersama kita bermaknalah dari segi demografiknya
jumlah umat Islam ialah 2/3 daripada jumlah rakyat keseluruhannya.
Perancangan dari pihak penjajah menyebabkan rakyat sebangsa dan
seagama berpecah-belah.
Dari tahun 1897 kita diperkenalkan kepada British Adviser. British
Adviser yang terakhir dilantik pada tahun 1914 untuk kerajaan Johor.
British Adviser inilah mengajar kita menyanyi lagu negeri masing-masing, tabik
hormat kepada bendera masing-masing dan kita menggelar diri kita sebagai orang
Perlis, orang Kedah, orang Johor, orang Terengganu dan lain-lain.
1897+18 = 1915
Kita mula tak sebut lagi
kita orang Melayu sejak tahun 1897.
Lapan belas tahun kemudian, dari tahun 1897, iaitu pada tahun 1915
semangat kenegerian sudah mulai bernyala
dalam diri orang-orang Melayu.
Sejak tahun 1915 datanglah orang-orang Cina dan orang-orang India ke
negeri ini dengan ramainya. Tetapi ada orang Cina yang datang pada waktu itu
berkerja pada pengusaha Melayu di dalam lombong. Mereka tidak semestinya
menjadi taukeh sementara Melayu menjadi kuli.
Dari tahun 1929 ke 1932 orang-orang Cina dan India telah balik ke
negeri masing-masing kerana harga getah dan bijih timah turun waktu itu.
1915+18= 1933
Pada tahun 1933 pihak British merancang dan membawa balik orang-orang Cina dan
India tetapi memisahkan mereka mengikut fungsi ekonomi. Cina dalam perniagaan,
Melayu di bendang dan di sektor pertanian sementara orang-orang India
bekerja di ladang-ladang.
Semangat perkauman bermula pada tahun 1933 iatu 18 tahun daripada
tahun 1915.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Pada tahun 1945 bila British sudah menang dalam Perang Dunia Kedua, mereka jadi angkuh. Bila mereka datang ke sini
mereka lihat berbilang kaum sudah berpecah belah, dan bangsa Melayu juga sudah
berpecah kerana semangat berkenegerian.
HIDUP MELAYU
Pada tahun 1946 Brtish merancang untuk mewujudkan Malayan Union
Pada waktu itulah UMNO ditubuhkan dan slogan yang dipilih untuk UMNO ialah “Hidup
Melayu”.
Slogan “Hidup Melayu” ini dipilih kerana pada tahun 1946 Melayu sebagai satu bangsa
sudah mati.
1933+18= 1951
Pada tahun 1951 iaitu 18 tahun daripada tahun 1933, Ahmad
Fuad lawan Tengku Abdul Rahman untuk jawatan Yang Di Pertua UMNO.
Pada waktu itu Ahmad Fuad kalah dengan 46 undi. Ahmad Fuad, walau pun menjadi pengerusi penaja parti
PAS, tidak menjadi anggota PAS setelah PAS didaftarkan, dan yang mempengerusikan majlis
mesyuarat penubuhan PAS ialah Ahmad Bustamam.
Ahmad Bustamam ialah pengasas PKMM (Pertumbuhan
Kebangsaan Melayu Malaya).
Belaiu juga tidak pernah menjadi ahli PAS.
Yang menjadi pemimpin PAS ialah Dr. Burhanuddin, juga seorang
ahli PKMM.
Kenapa orang yang menaja dan mempengerusikan mesyuarat penubuhan PAS
tidak menjadi ahli PAS?
Ahmad Fuad telah dihadiahkan oleh British untuk menjadi Ahli Dewan
Perbandaran George Town, Pulau Pinang.
Mungkinkah ini merupakan hadiah kerana Haji Ahmad Fuad berjaya memecah-belahkan
Melayu pada tahun 1951.
PAS tidak akan berbangga pada parti mereka kerana parti mereka ialah
ciptaan ahli UMNO yang kecewa, PKMM pula tidak mahu Malaya merdeka sebaliknya
mahu Malaya bergabung dengan Indonesia.
UMNO TAJA KEMERDEKAAN
Pada tahun 1957 kerana kebijaksanaan pemimpin UMNO, kita telah berjaya
bersama dengan MCA dan MIC mendapat kemerdekaan.
Pada tahun 1957 Malaya yang merdeka itu telah menyetujui perjanjian
keselamatan dengan British iaitu kalau dalam masa 10 tahun, dari
tarikh merdeka, berlaku perkelahian antara kaum maka Britiah akan balik untuk
menjajah.
Nasib baik kita tidak berkelahi sampai tumpah darah sebelum tahun
1967.
Kita berbunuh sesama pada tahun 1969 lambat 2 tahun.
1951+18 = 1969
Tahun 1969 ialah 18 tahun daripada tahun 1951.
Apakah tidak proses yang membawa kepada pertumpahan darah ini bermula
dengan pengkafiran UMNO oleh PAS pada tahun 1962?
Apabila Dewan Ulama PAS bermusyuarat di rumah Ishak lutfi, di waktu
itu antara ahli-ahli Dewan Ulama, ialah Tok Guru Haji Mat Noor Teliar, Tok Guru
Haji Mat Noor Selinsing, Tok Guru Haji Omar Daud.
Mereka telah mengatakan kepada pemimpin PAS tak salah UMNO kerjasama
dengan Cina dan India kalau untuk keamanan dan kalau tidak rugi orang
Islam dengan kerjasama itu.
Oleh kerana jawapan pemimpin PAS, UMNO nak jual bangsa dan nak jual
agama, maka Dewan Ulama PAS telah menfatwa UMNO kafir.
Tetapi apabila berlaku peristiwa 13 Mei, Tok Guru Haji Mat Noor
Teliar, Tok Guru Haji Mat Noor Selinsing, Tok Guru Haji Omar Daud sendiri telah
berjumpa denga Tun Razak di Sri Taman.
Mereka tidak percaya lagi kepada pemimpin-pemimpin PAS untuk
mendapat fatwa yang membolehkan PAS masuk dalam Barisan Nasional.
Apabila mereka tanya Tun Razak, “Buat ghapo UMNO
berkerjasama dengan kafir?”
Tun Razak menjawab bahawa jikalau tak kerjasama dengan kafir maka negara akan
huru-hara. Kerjasama diperlukan untuk aman, seterusnya kita untung dengan
kerjasama itu.
“Demo bayar cukai kita ambil duit beri biasiswa”, kata Tun.
Maka pada waktu itulah Tok Guru Haji Mat Noor Teliar, Tok Guru Haji
Mat Noor Selinsing, Tok Guru Haji Omar Daud telah mengatakan bahawa mereka
sebagai wakil Dewan Ulama PAS menyetujui PAS masuk Barisan Nasional tetapi
mereka keluar daripada PAS untuk menyertai UMNO.
Haji Omar Daud meninggal dunia.
Beliau memegang jawatan sebagi guru agama KEMAS waktu saya menjadi Menteri
Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
SEORANG ANAK MUDA
Kita telah berpecah-belah sehingga mandi darah pada tahun 1969, kerana
ekonomi tidak seimbang. Kerana itu wujudlah Dasar Ekonomi Baru.
Sejak itu kita tidak henti-henti bercakap mengenai ekonomi.
Di musim kita bercakap mengenai ekonomi, waktu itulah masuk ke dalam
UMNO seorang anak muda yang ingin melupakan sejarah UMNO.
Mulai tahun 1982 Pemuda UMNO telah dipisahkan daripada
pemimpin-pemimpin tua.
Kita dengar tadi Dato’ Omar, wakil Pulau Pinang, mengatakan
selama 14 tahun beliau tidak bercakap dalam Perhimpunan Agung kerana dihalang.
PEMIMPIN LAMA
Semua ini telah menyebabkan pemimpin lama dipisahkan daripada yang
muda.
Kita masih toleren dengan keadaan ini kerana kita sangka wadah agama itu masih
menebal.
Tetapi dengan ancaman kebendaan, wadah agama yang
dipersembahkan makin lama makin pupus.
Kita dilanda dengan hasutan syaitan.
Semangat kebendaan menular.
1969+18=1987
Pada tahun 1987, 18 tahun dari tahun 1969 kita berpecah.
UMNO menjadi haram.
Yang mendalangi pembawaan UMNO ke mahkamah bukan Tengku Razaleigh,
tetapi seorang wanita.
Wanita itu kini mendalangi parti keADILan sehingga beliau menjadi salah
seorang daripada pemimpinnya.
2005 – TAHUN DURJANA
Pada tahun 1988 dalam ucapan di Perlimen saya telah meramalkan tahun 2005, iatu 18
tahun dari tahun 1987, mungkin menjadi tahun durjana.
Sekarang ini kita dapati keadaan sudah menuntut kita melihat semula
kepada ramalan ini.
Apabila kita melihat pada ramalan ini kita perlu lihat dahulu tahun
1962. 1962 campur 2 jadi 1964; tahun 1964 ada pilihanraya dan kita menang.
Tahun 1998, apabila bala menimpa kita, dicampur 2 tahun, jadi tahun
2000.
Insya Allah pada tahun 2000 atau sedikit sebelumnya kita akan menang
pilihanraya.
Tahun 1964 kalau dicampur 5 tahun, jadi 1969 - tahun durjana.
Tahun 2000 kalau dicampur 5 tahun, jadi 2005 - mungkinkah tahun
durjana.
Saudara-saudari para perwakilan sekalian,
Keturunan Raja Melayu Singapura sudah mula tinggal di flat.
Presiden kita mahu dijatuhkan.
Jika kita cinta kepada Bangsa, Agama dan Tanahair maka kita kenalah
bergerak daripada sekarang.
Kita perlu menahan ramalan dari berlaku.
CINTA
Cinta kita kepada UMNO hendaklah ditingkatkan.
Cinta kita kepada Agama, Bangsa dan Tanahair hendaklah ditingkatkan.
Semoga marah kita kerana tertipu, dicampur rasa cinta pada yang
ditipu, menyebabkan kita berani di dalam gelanggang perjuangan.
Cinta yang manakah yang saya maksudkan?
Cinta kita kepada bangsa, agama dan tanahair harus laksana pantun, kalau tak
salah, dalam buku Siti Nurbaya karangan Marah Rosli.
“Bang dulu, maka kamat
Takbir baru orang sembahnyang
Bercerai Allah dengan Muhammad
Baru bercerai kasih sayang kita.”
Oleh kerana tadi ramai yang bersyarah dalam bahasa Siam, bahasa Jepun,
maka saya pun nak bercakap lain daripada bahasa Siam dan Jepun. Ada satu pantun dalam bahasa
German yang saya belajar lama dulu.
Moga-moga saya masih ingat.
Bunyinya begini.
Du bis mein,
Ich bin dein,
Da sollst du immer sein;
Du bis verschlossen,
In meinem hertzen,
Verlasst ist das schliisellein,
Und da sollst du immer sein.
Jangan gelak dulu, saya nak fikir terjemahan ke
dalam Bahasa Inggerisnya.
You are mine,
I am yours,
That way shall it always be;
You are locked,
In my heart,
And loss is the little key;
Abd there shall you always be.
Ataupun dalam Bahasa Melayu,
Engkau kepunyaan ku
Aku kepunyaan mu
Begitulah hendaknya selalu
Engkau terkunci dalam hati kecil ku
Hilang sudah kunci kecil itu
Maka kekallah kamu di situ.
Tapi bangsa yang kita cintai ini sedang menjadi sasaran.
PALSU-PALSU FITNAH
Saya berharap saudara akan turun ke Kedah beramai-ramai untuk
menambah majoriti kami yang memang InsyaAllah akan menang dengan baiknya.
Di Kedah kita lihat sekarang ini ada agen-agen negara asing yang datang
ke Kedah untuk meninjau kemungkinan kami kecundang. Kerana di situ datangnya Dato’ Seri Dr.
Mahathir, di situ juga datangnya Tun Daim Zainuddin dan di situ datangnya hamba kerdil
Sanusi Junid penyokong setia mereka.
PALSU TANDA-TANGAN
Di Kedah macam-macam berlaku.
Ada orang yang memalsukan tanda tangan saya dengan
pengakuan kelulusan ratusan juta ringgit nilai projek, dan kutip pula ratusan
ribu ringgit dari usahawan-usahawan sehingga tercemar nama
kerajaan negeri.
InsyaAllah yang
kurang ajar demikian akan di ajar dalam masa yang singkat. Pihak polis sedang
menanganinya.
Kita harus berwaspada, kerana di merata-rata tempat ada
orang yang akan cuba melagakan kita di dalam kawasan pilihanraya. Akan dicari
orang untuk melagakan kita di peringkat kepimpinan negeri; dan akan cuba
melagakan kita di peringkat kepimpinan pusat.
Agen asing dan alat-alatnya akan menabur fitnah kerana dengan fitnah
pudarlah budi.
KEBANGGAAN KITA
Kita sekarang bangga.
Kita mendirikan bangunan tertinggi di dunia
sebelum berakhir abad keduapuluh.
Kuala Lumpur International Airport yang
tercanggih dan terbesar di dunia.
Kita menegakkan Menara Telekom yang ke-4
tertinggi di dunia.
Kita ada Taman Teknologi Tinggi Kulim seperti di Tsukuba, di Silicon Valley dan Massachusetts Route 128.
Komplek Sukan Bukit Jalil yang serba lengkap dan menganjurkan acara sukan yang paling Berjaya
sepanjang zaman setanding dengan Olimpik di Atlanta, Seoul dan Barcelona.
Mewujudkan Kota Cyberjaya dengan Koridor Raya
Multimedia.
Ada Ibu Negara Putrajaya yang tiada bandingnya
indah dan lengkapnya di dunia. Lebih indah dari Wanshinton DC, di Amerika
Syarikat dan Canberra di Australia.
Kita ada Langkawi, rumpun pulau terindah di dunia.
Kita mempunyai watak yang berani mengelilingi
dunia melalui lima samudra dan lautan dalam, belayar seorang diri.
Kita bangsa sebagai nasionalis Melayu
Kita Malu
Tetapi kita malu kerana Malaysia juga mengeluarkan Insan Munafik yang terulang di alaf kedua.
Kita malu kerana ada orang yang sanggup
berkerjasama dengan syaitan.
Sedangkan UMNO minta dibantu oleh
malaikat-malaikat dan berdo’a kepada Allah SWT.
Kita malu kerana mengikut Jwatankuasa Kampung Buku Sedunia, yang saya salah seorang ahlinya, buku yang
dikeluarkan di negara kita tahun ini ada yang di katakan “the dirtiest piece of
writing in any language since Homer wrote The Iliad and The Odyssey thousands
of years ago”
Bermakna:
Sebuah karangan dalam apa jua bahasa, yang
paling jijik, yang pernah ditulis dalam apa jua bahasa sejak Homer mengarang
The Iliad dan Odyssey, beribu tahun dahulu.
Kita malu.
Kita malu apabila Quran yang turut dihormati
oleh orang-orang bukan Islam, yang dikatakan mengandungi ajaran yang baik-baik,
secara tiba-tiba, kerana politik, dikatakan mengandungi isi mencarut.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Kita harus jadikan bangsa kita sebagai bangsa yang berbudi.
TIADA LAGI TEMPAT BERTEDUH
Ada kisah seorang anak Melayu yang sambil berteduh di bawah pokok yang
rendang sambil mengasah parang.
Setelah lama mengasah parang, dia mula nak uji parangnya tajamkah atau tidak.
Dia letak perdu pokok.
Akhirnya daun menguning.
Pokok mati.
Tumbang.
Anak Melayu tadi tidak ada tempat berteduh lagi.
TIADA LAGI SUSU LEMBU
Ada kisah seorang India yang tidak kuat agama Hindunya.
Hari-hari dia minum susu lembu.
Badannya membesar dan bertambah kuat.
Nafsu meningkat.
Dia ketagih nak makan daging lembu.
Dia ambil parang dan dia sembelih lembu itu.
Dia hairan kenapa susu lembu tiada lagi.
BIOLA TAK BERBUNYI LAGI
Ada seorang Cina yang suka main biola.
Kerana pandai main biola ramai gadis minat padanya.
Sanggup berzina dengannya.
Sanggup melayan semua kehendak nafsunya.
Akhirnya apabila dipinang oleh seorang wanita tercantik yang mahu
berkahwin dengannya, semua lelaki yang berhasrat kepada wanita ini jadi cemburu
padanya.
Kerana hebat dikritik, dia pukul yang mengkritiknya.
Salahnya dia pukul menggunakan biolanya.
Mati yang dipukul.
Bioala pecah.
Wanita tunangnya lari meninggalkan dia.
Kerana bioal tak berbunyi lagi.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Percayalah sampai timbul rasa marah.
Dengan adanya perasaan marah, kerana tertipu, kita tidak akan tertipu
lagi.
Dengan adanya perasan kasih dan cinta kepada Agama, Bangsa dan Tanahair
maka perasaan marah akan menjadi kita berani.
Keluarlah untuk menyelamatkan bangsa.
Percayalah bahawa analisa ini mempunyai makna yang perlukan tinjauan
dan penghayatan berterusan.
TIDAK BOHONG
Orang yang sudah lama di pentas seperti Presiden kita kita, bersama dengan yang tidak
begitu lama, seperti saya, yang seringkali diziarahi, dari musim ke musim, oleh
penyakit yang boleh membawa maut, secara mengejut, sudah pasti tidak akan
berbohong di dunia.
KITA BERDOSA
Saya berdosa kerana turut terlibat dalam membantu si dia.
Tun Daim juga berdosa kerana menyokongnya untuk dinaikkan pangkat
menjaga kewangan negara.
Dato’ Seri Dr. Mahatir juga turut berdosa.
Kita berdosa.
Kami berdosa kerana kita tertipu.
Ahli- ahli UMNO juga tertipu sepanjang 16 tahun.
Kita semua, kerana tertipu, turut membantu dalam
kerja penipuannya.
TERTIPU SEHINGGA MARAH
Kerana kita tertipu maka kita marah.
Oleh kerana orang yang menipu juga tidak mengenang budi, maka kita
sedih dan dukacita dan menjadi bertambah marah.
Kerana kita cinta kepada Agama, Bangsa dan Tanahairlah maka kita
menjadi sungguh marah.
SEMANGAT MENYALA
Berjalanlah tuan-tuan dan puan-puan sekelian ke seluruh negara. Tiupkanlah
ke dalam sudut-sudut yang terluang yang hati setiap anak bangsa perasaan cinta
kepada agama, bangsa dan tanahair. Keluarlah perasaan hasad dengki, dendam
kesumat, tamak haloba dari sudut-sudut hati anak bangsa.
Apabila anak-anak bangsa mempunyai sifat tamak haloba, hasad dengki
dan dendam kesumat, maka anak-anak bangsa tadi, kerana terisi
dalam sudut-sudut hatinya dengan bahan-bahan negatif itu, boleh
diibaratkan sebagai puntung-puntung guris api yang
basi basah yang tidak boleh dipakai.
Tetapi, jika isi sudut-sudut yang terluang itu
diganti dengan rasa cinta kepada Agama, Bangsa dan Tanahair maka anak bangsa
yang tadinya laksana puntung-puntung yang basi basah akan membara semula,
dan apabila disatukan, dan dihembus, ianya akan bernyala-nyala; di situlah letaknya harapan bangsa.
Inilah ide yang ingin diketengahkan.
Setelah ide ini diketengahkan maka ide ini hendaklah dipopulerkan.
IDE YANG MASANYA SUDAH TIBA
Segala yang diamatkan oleh
Presiden di majlis perasmian, dan yang dinasihatkan oleh pemangku Kerja
Timbalan Presiden waktu pembukaan Perhimpunan Wanita dan Pemuda, dan yang
disampaikan oleh semua jurucakap dalam perhimpunan, dan semua yang akan
bercakap selepas saya nanti hendaklah diterima baik oleh ahli-ahli UMNO.
Terimalah ide-ide ini.
Popularlah ide-ide ini.
Kerana seperti kata Victor Hugo:
“No army on earth,
however big,
Can stop the advance of an idea,
whose time has come.”
Dalam Bahasa Melayu
Tidak ada satu bala tentara di dunia,
Walau betapa besar sekalipun,
Yang mampu menahan kemaraan satu-satu ide,
Yang masanya sudah tiba.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Ide yang masanya sudah tiba hendaklah seperti panah yang tak mungkin
patah di dalam pantun Wordsworth
Longfellow.
I shot an arrow in the air;
If fell to earth I knew not where.
Long-long afterwards in an oak,
I found the arrow still unbroken.
Dalam bahasa Melayu
Ku tembak panah ke angkasa,
Jatuh ke bumi entah ke mana.
Nun jauh di sana di kebun
getah,
Ku temu panah masih tak patah.
Sekian.
Wabillahittaufik
Assalamualaikum AMUKANMELAYU - bangunlah wahai anakku.......................