,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 16 April 2013

BIADAB - TAMBAK JOHOR PERLU DI PUTUSKAN


KEBIADABAN SINGAPORE Telah Melepasi Tambak Johor


BIADAB - Siapakah mereka ini?
Kereta ini nombor pendaftaran Singapore, walaupun pemiliknya rakyat Malaysia tetapi perbuatannya seolah-olah mencabar kedaulatan negara kita, Ia menggambarkan betapa lemahnya Malaysia kerana gagal bertindak apa-apa terhadap kereta tersebut.

Cuba try test, bila tiba masanya Singapore mengadakan pilihan raya, kita bawa kereta nombor pendaftaran negara kita ke sana, lihat apa jadi. Silap hari bulan kereta hancur kena flying taico di sana.

Satu ketika apabila nilai dolar mula meningkat di Sg, Orang Johor mula membeli belah di dalam negara, dan apabila perniagaan mereka merosot dan kurang maju mereka mula bertindak kasar kepada pengunjung dari Malaysia Ramai yang lebam mata, dahi kena balun dengan taico sana sebab tak beli barang, bila pegang mesti beli, tak  beli penumbuk naik muka.

Perkara yang sama juga pernah berlaku di Petaling St K.Lumpur tetapi berjaya di bendung.  Harap JPJ dan Kementerian Pengangkutan dapat berbuat sesuatu terhadap kereta ini kereta ia mencabar kedaulatan negara.

DEMOKRASI - Suara ramai akan menjadi PEMIMPIN walau pun kita tak suka.....mau ke kita BER PMkan KAFIRUN?


JOHOR BAHRU - Warganegara Singapura diingatkan supaya tidak mencampuri urusan politik di negara ini lebih-lebih lagi bagi membantu mana-mana parti berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat, tindakan orang asing mencampuri urusan pilihan raya sesebuah negara adalah tidak patut kerana ia tidak baik untuk hubungan dua negara.
"Berkempen di negara yang mana rakyat Malaysia sedang bekerja dan mempengaruhi mereka untuk mengundi parti yang mempunyai kepentingan mereka adalah tidak betul," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mohamed Khaled mengulas kebanjiran kenderaan dari Singapura di bandar raya ini yang dilihat turut berkempen membantu pakatan pembangkang dalam mengajak rakyat negara ini pulang mengundi.
Bagaimana pun, tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kenderaan berkenaan terdiri daripada warga negara jiran atau rakyat Malaysia yang mempunyai taraf penduduk tetap di republik itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berpendapat, perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan polisi mana-mana negara pun.
"Mereka sepatutnya tidak masuk campur, urusan politik kita biarlah kita sesama kita," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk mahu pemerintah Singapura menyiasat penduduk negara itu yang menyalah gunakan kenderaan dari republik tersebut untuk berkempen di Malaysia.
"Pemerintah Singapura harus melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia," tegasnya. woit org spore tu p betulkn politik kat spore dlu la oiii...kt sana pun autokratik x demokrasi langsung...pmbangkang x ble kutuk o bgkang sikit2 kena saman...pirahhh ...ni org kata mak ketam nk ajo ank ketam jln lurus tp dia sndri x betul..#Tumbang PR#

PRU13 : PAP Bagi dana Untuk DAP Tawan Malaysia...?



Pendedahan mengenai parti politik negara jiran, iaitu People’s Action Party (PAP), Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru.   Oleh itu, apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi. 

Namun, bantuan PAP terhadap PR, khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei, Ahad.  Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia. Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Senarai Syarikat DAP/PAP Yang Beri Cuti Kepada Kakitangan Malaysia Yang Nak Mengundi PR :-

Jangan perkecil bila orang bisnes di Singapura mula bertindak untuk membantu rakyat Malaysia balik mengundi. PR sangat gembira bila DAP menyerahkan senarai syarikat yang dikatakan akan membantu memberi cuti kepada kakitangan Malaysia. PKR HQ setakat ini merasakan apa yang dilakukan PAP ini sangat membantu PR untuk PRU13.

AUTOMOBILE IMPORTER & EXPORTER ASSOCIATION (SINGAPORE)
988 INTERNET BROADCASTING PTE LTD AVOCENT ASIA PACIFIC PTE LTD
BIZ CONSULT BOLD ENTERPRISE PTE LTD
CG ALLIANCE DART HOLDINGS PTE LTD
EILUMINA RESOURCES PTE LTD
ENERCON SYSTEMS INTERNATIONAL, LLC HEATEC JIETONG PTE LTD
J. HANG INVESTMENT PTE LTD
KORDAMENTHA FORENSIC PTE LTD
MAZ ENERGY PTE LTD
MICROLOGIC SOLUTIONS LLP
PRICE CUT PTE LTD
S P SETIA INTERNATIONAL (S) PTE LTD
SOLAR SHIPPING SINGAPORE PTE LTD
TEIAN CONSULTING INTERNATIONAL PTE LTD
TMF SINGAPORE H PTE LTD
WARTSILA SINGAPORE PTE LTD YANMAR ASIA (SINGAPORE) CORPORATION PTE LTDSINGAPORE CANVAS, CHAIRS & TABLES HIRE SERVICE ASSOCIATION BBQ BOX PTE LTDBONVO TRAVEL (SINGAPORE) PTE LTD C S PARTNERS PTE LTD
CAPITAL GROWTH PTE LTD
CHUN CHENG FISHERY ENTERPRISE PTE LTD
DISENO ADVERTISING PTE LTD
DRILLING FLUIDS AUSTRALIA (SINGAPORE) PTE LTD
ENLIGHTEN FURNITURE DECORATION CO PTE LTD
FAR EAST GROUP LIMITED
GIANA TRADE
GOOGLE ASIA PACIFIC PTE LTD
HY BUILDING & MAINTENANCE SERVICES PTE LTD
JAY-TECH MARINE & PROJECTS PTE LTD
JONES LANG LASALLE RESIDENTIAL PTE LTD
KENG HUP HIN CO (PTE) LTD
KEYSER TECHNOLOGIES PTE LTD
KOONG YEE RENOVATION WORKS PTE LTD
LIFE IN SINGAPORE PTE LTD
LIFESKILLS ENRICHMENT PTE LTD
LTS ENGINEERING & MARINE SERVICES PTE LTD
MEGAXPRESS INTERNATIONAL PTE LTD
MESO RESOURCES INTERNATIONAL PTE LTD
ONESTOP CREATIVE ASSOCIATE PTE LTD
SENBA FOODS (SINGAPORE) PTE LTD
SKYTIME HUPKEE FOODSTUFF PTE LTD
SOLIDHEAT INDUSTRIES PTE LTD
SQUIREGROUP PTE LTD
UNIQULUS FURNISHING DESIGN PTE LTD
YUDO WANCO PTE LTD

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP, masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kita Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja.  PAP terbentuk dari semangat kiasu, rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu.  Jika dikaji sejarah Singapura, kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam!

Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya  diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP.   Tidak cukup dengan itu, 7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang. 

Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk ‘mendekatkan’ Malaysia kepada Singapura. 

Sebelum ini pun, PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas.   Pendek kata, negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka. 

Cita-cita Lee Kwan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu.  Walaupun pada zahirnya, Malaysia seolah-olah alpa, tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya. 

Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia, namun sebagai jiran yang matang, bijak dan berfikir panjang, Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka.  Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan, kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan, tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini. 

Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura, iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat.  Mentaliti ‘dijajah’ mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi ‘agen’ barat di rantau ini. 

Lebih dari itu, sikap iri hati, tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai ‘bodoh’ kerana diterajui oleh bangsa Melayu.    Selain dendam peribadi Lee Kwan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu, Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan.  Dan seperti juga bangsa-bangsa di barat, entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah, kalaupun bukan ancaman. 

Walau apapun, pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita, bukan Singapura.  Setakat ini, kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya.  Maka, yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja, iaitu tidaklah sebijak mana.  Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara, iaitu keamanan, kestabilan dan kemanusiaan. 

Oleh itu, biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara, kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh. Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan...sumber


AMUKANMELAYU - teringatkan film "Omar Mokhtar - Singa Padang Pasir"..... dia bukan hanya berdepan dengan KAFIRUN PENJAJAH, tp juga kawan sepeguruannya yang telah "BERSEKUTU" dengan penjajah untuk membeli MARUAHnya dengan Jawatan dan Pencen......