MENGGADAIKAN
AGAMA KERANA DUNIA
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi
Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".
H.R Termizi
Nabi SAW. bersabda:
Dari
Abu Hurairah berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW.: “Tiga
golongan,Allah tidak akan berbicara, mensucikan dan melihat kepada
mereka, dan bagi merekalah siksa yang pedih; orang tua pezina, pemimpin
yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong.
(HR. Muslim)
#AMUKANMELAYU - Perhatikan dua hadis di atas(bertulis merah) dan perhatikan kaitan antara keduanya dan perhatikan MANIFESTO RAKYAT seperti yang di janjikan PEMIMPINnya (Sebahagian dari mereka adalah orang Islamelayu yang bertaraf "ULAMAK") di dalam BUKU JINGGA
MANIFESTO RAKYAT
24
KERAJAAN AKAN AMBIL ALIH LEBUHRAYA
SECARA BERPERINGKAT BAGI TUJUAN
MENGHAPUSKAN TOL.
Seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga,
Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya
secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
Pembiayaan operasi lebuhraya mampu ditampung
menggunakan dana RM5 bilion yang selama ini
dibayar sebagai pampasan kepada pemegang
konsesi.
Penghapusan tol akan membantu menurunkan harga
barangPRU13 PR Tak Jadi Mansuhkan Tol - Hadi Awang
Akhbar the New Straits Times hari ini melaporkan Hadi Awang mengakui sukar untuk menepati janji menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta sekiranya PR memerintah. Malah, beliau juga mendedahkan bahawa PR belum lagi melakukan kajian terperinci mengenainya.
Katanya, “pakatan perlu membuat kajian terperinci terlebih dahulu sebelum menghapuskan tol bagi mengelakkan bebanan kewangan bagi menampung kos pengurusan lebuhraya”. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah ceramah di Taman Padang Midin Kuala Terengganu semalam.
Dalam ceramah yang sama, Hadi juga mengakui bahawa negara akan mengalami kemerosotan ekonomi jika penghapusan duti eksais kereta import dilakukan secara drastik sepertimana yang termaktub dalam manifesto pembangkang. Selain itu, Hadi juga mengulangi kenyataannya yang tidak ingin berebut kerusi Perdana Menteri dan lebih rela menjadi nelayan.
Sebagai ahli politik, Hadi nampaknya sudah cukup berhati-hati dengan menambah perkataan ‘secara drastik’ di penghujung ayat mengenai menghapuskan tol dan duti eksais. Namun, drastik atau tidak bukanlah soal pokok.
Soal pokonya ialah, PR telah membuat janji tanpa terlebih dahulu membuat kajian terperinci.
Jika tanpa kajian, bagaimana untuk menjustifikasikan makna ‘drastik’ atau ‘tidak drastik’? Jika tidak drastik, atau beransur-ansur, maka berapa lamakah jangka masa yang mampu atau perlu diambil untuk melaksanakan janji tersebut? Tentu saja PR tidak boleh memberi jawapan tepat kerana kajian belum pun dibuat.
Ini membuktikan bahawa apa yang dibentangkan dalam janji manifesto mereka hanyalah ‘cadangan’ atau ‘tawaran’ iaitu bukan sesuatu yang pasti akan atau mampu dilakukan.
Sebagai contoh, katakan PR menang dalam PRU ini, maka barulah mereka akan membuat kajian mengenai apa yang mereka janjikan. Dan katakan kajian tersebut menunjukkan yang ianya tidak mampu dan tidak dapat dilaksanakan, maka tentulah ia tidak akan dilaksanakan.
Pada ketika itu, akan duduk terngangalah penyokong-penyokong mereka menelan segala alasan PR tentang kenapa duti eksais dan tol tidak dapat dihapuskan.
Sikap PR yang berjanji tanpa mengkaji dengan sendirinya membuktikan yang parti itu tidak punya bertanggungjawab, sekali gus tidak boleh dipercayai. PR jelas bercakap tanpa asas atau sesuka hati. Bayangkan jika negara mempunyai kerajaan yang suka bercakap sesuka hati sekadar untuk menyedapkan hati rakyat. Bayangkan apa yang akan terjadi jika asyik berjanji dan kemudian berkata ‘tak boleh jadi’.
Menjadi kerajaan bukanlah semudah bermain masak-masak berpura-pura membeli belah dengan menggunakan cebisan kertas. Dalam mengurus rumah tangga juga kita tidak boleh sentiasa berjanji kepada anak isteri untuk membawa mereka melancong ke sana sini tetapi tidak pernah menunaikannya. Lama kelamaan, anak isteri akan hilang hormat dan tidak percaya lagi kepada kita.
Inikan pula menjadi kerajaan. Setiap kenyataan yang dibuat oleh kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham dan operasi perniagaan. Malah, kenyataan kerajaan juga mampu memberi kesan kepada hubungan luar negara terutama dari segi perdagangan.
Sebuah kerajaan tidak boleh berkata sesuatu sesuka hati tanpa mengkaji semua kesan ini. Kenyataan dari pihak kerajaan akan dilaporkan dalam ruangan politik dan ekonomi, bukan dalam ruangan gossip yang boleh ditukar dan dinafi sekiranya tidak memberi keuntungan atau memburukkan imej sendiri.
Justeru, apa yang diakui oleh Hadi iaitu PR belum pun mengkaji janji-janji mereka, wajar diambil serius. Menukar kerajaan bukanlah soal suka-suka. Ini soal masa depan negara dan soal nasib kita semua
AMUKANMELAYU - ini bukan kenyataan TGHH tapi sebaliknya adalah TGHH di jadikan "KAMBING JINGGA" dengan tujuan "MEMALUKAN ULAMAK" dan kegagalan TGHH menyedari ULAMAK di pergunakan, ini memberi ruang menampakkan ULAMAK sebagai PENDUSTA dan kita sebagai penganut UGAMA suci ini gagal mempertahankan ulamak. Maka akan hancurlah Ugama bila ULAMAK berjaya di jadikan alat menghalalkan cara.......