,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 15 April 2013

MELANGGAR ETIKA ATAU SUDAH TIDAK BERETIKA?


Panas Membara!!! Mengapakah Kakitangan Affinbank Berhad Bertanding PRU-13 Mewakili PGayR Tanpa Meletak Jawatan?

Semalam, sewaktu ceramah Ketua Umum PGayR, Anwar Ibrahim bersama Timbalan Presiden PGayR, Azmin Ali di AU3, Keramat, beberapa nama calon DUN Selangor telah diumumkan. Salah satu yang menarik perhatian CTS adalah calon PGayR bagi DUN Semenyih, Selangor, Hamidi A Hasan.
Calon bagi DUN Semenyih ini, Hamidi A Hasan, 52 tahun, adalah merupakan kakitangan Affinbank Berhad, sebuah Bank di mana majoriti pemegang sahamnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera  (LTAT) dan Boustead Berhad. Hamidi Hassan berpangkat Vice President 6 dan memegang jawatan sebagai Head, IT Facilities di Jabatan IT, Ibu Pejabat. Beliau yang berkelulusan universiti dari Amerika Syarikat ini sebelum ini pernah bekerja di Affin ACF, sebuah anak syarikat Affinank Berhad.
Mengikut khabar angin yang diterima beliau sekarang sedang bercuti sehingga 23hb April 2013. Ini bermakna, sewaktu Hari penamaan calon pada 20hb April 2013, beliau masih lagi kakitangan Affinbank yang sah! Salah satu syarat bagi melayakkan seseorang itu menjadi calon pilihanraya adalah:
Tidak memegang jawatan yang berkeuntungan. Sila rujuk Artikel 48(1)(c) Perlembagaan Persekutuan. Juga rujuk kes Dato’ Seri Tiong King Sing lwn Datuk Justine Jinggut [2003]6MLJ 433, yang mengatakan bahawa jawatan berkeuntungan mempunyai maksud jawatan yang padanya dibayar gaji atau apa jua bayaran yang lain.
Persoalan yang ingin ditimbulkan oleh CTS adalah:
1. Apakah Hamidi A Hasan layak untuk bertanding di dalam PRU-13 bagi DUN Semenyih, Selangor sedangkan beliau masih kakitangan Affinbank yang sah?
2. Apakah pihak pengurusan Affinbank terutama Chief Executive Officer (CEO), Dato Zulkiflee Abbas Abdul Hamid, berkompromi agar kakitangan mereka untuk dicalonkan dan menang untuk menjadi ADUN PGayR, ADUN Pembangkang? Ironnya, pemegang saham terbesar Affinbank Berhad adalah dari dana daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dana anggota tentera yang dihina oleh pembangkang terutama di dalam kes Tragedi Lahad Datu.
3. Apakah Affinbank bertindak adil kepada kakitangannya yang lain dengan membiarkan Hamidi A Hasan, dicalonkan dan bertanding tanpa perlu meletakkan jawatan? Khabar angin juga bertiup kencang mengatakan bahawa pihak pengurusan Affinbank Berhad merestui tindakan Hamidi A Hasan ini.  Adakah benar? Khabar angin juga mengatakan pihak Affinbak Berhad berkompromi di dalam melepaskan Hamidi A Hasan untuk bertanding mewakili PGayR dengan menyuruh beliau bercuti. Ini dengan andaian jika menang, beliau akan meletakkan jawatan. Jika kalah beliau akan diserapkan kembali ke jawatannya seperti tiada apa yang berlaku. Benarkah begitu?
CTS berharap pihak pengurusan Affinbank Berhad mengeluarkan kenyataaan bagi menafikan kenyataan di atas kalau tidak benar. Kita tidak mahu Affinbank Berhad menjadi tempat sebagai lubuk pembangkang dan melahirkan pemimpin-pemimpin pembangkang yang makan hasil titik peluh dana anggota tentera dan berkhidmat di sebuah Bank yang ditubuhkan oleh Kerajaan untuk kepentingan anggota-anggota tentera.
AMUKANMELAYU - tak aku heran kalau semua ini terjadi.....kerana SONSANG adalah amalan mereka................