PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH - Adakah perkara ini telah berakhir?
Mereka mendekati orang yang mempunyai masalah percintaan, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah belajar dan sebagainya.
1. Mereka sering berjumpa dan beramah mesra dengan orang tersebut supaya mereka menjadi mesra dengan orang yang bermasalah tersebut.
2. Mereka menyelami masalah orang tersebut dengan memberikan saranan dan nasihat yang berkaitan dengan agama kristian.
3. Mereka berikan duit kepada orang tersebut sambil berkata pertolongan perlu diberikan tanpa mengira agama. Mereka juga menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada orang tersebut.
4. Mereka bawa orang tersebut menaiki kereta sambil memasang ceramah kristian supaya didengari orang tersebut.
5. Mereka membawa atau mempelawa orang tersebut ke rumah mereka, apabila orang tersebut setuju mereka terus bawa ke rumah. Apabila berada di rumah mereka menceritakan tentang kristaan dan memasang ceramah kristian.
6. Mereka memberi minuman Holy Water kepada orang tersebut. Setelah minum Air Holy Water tersebut, lidahnya menjadi hitam, tidak tahu untuk mengucap, lupa kepada agama Islam, Rimas apabila mendengar laungan azan dan ayat suci Al-Quran. Mereka lupa kepada keluarga mereka dan sebagainya.
7. Mereka akan membawa orang tersebut ke gereja untuk memurtadkannya keluar dari agama Islam.
8. Mereka memberi elaun kepada orang tersebut pada setiap kali beliau mengunjungi gereja sebanyak RM 50.00.
9. Mereka yang Berjaya memurtadkan seorang umat Islam melayu akan dibayar sebanyak RM 300.00. Jika mereka dapat selain dari Melayu Islam mereka akan dibayar RM 150.00 seorang.
Cara Rawat Sihir 'Holy Water' Kristian
1. Sediakan Air minuman seperti air kosong atau air putih.
2. Mulakan dengan membaca Bismillah dan Surah Al-Fatihah.
3. Baca Ayat Kursi sebanyak 7 kali.
4. Baca 4 Khul iaitu Surah Al-Kafirun, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falak dan Surah Al-Nas.
5. Baca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak tujuh kali atau angka ganjil.
6. Setelah selesai membaca semua yang di atas hambuskan ke dalam air tersebut.
7. Berikan setengah air yang ditawarkan itu kepada pesakit minum.
8. Sebahagian air yang ditawarkan itu dicampurkan ke dalam air mandi pesakit tersebut.
9. Mandikan pesakit tersebut sehingga semua air campuran itu kena semua anggota tubuhnya.
10. Setelah selesai mandi ajarkan pesakit mengucap Dua Kalimah Syahadah perlahan-lahan.
11. Laksanakan Solat Sunat Hajjat dua rakaat dan memohon pertolongan Allah.
12. Jika pengubatan ini tidak berkesan, boleh diulangi lagi teknik ini. Jika tidak berkesan juga haruslah dibawa kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini.
Sumber Halaqah.net
AMUKANMELAYU - Politik KEPARTIAN dan TAKSUB nakkan kemenangan menjadikan seseorang PEMIMPIN itu akan hilang pertimbangan UGAMAnya walau pun dia seorang ULAMAK.