,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 22 April 2013

TUAN GURU TERSENTAP DARI MIMPI TIKA OSMAN WOK KECUNDANG DENGAN PENIPUAN PAP


 

Ini kes berat. Apa agaknya reaksi PKR kalau ini macam punya cerita tentang kes pertindihan calon PAS dan PKR di tujuh kawasan yang sudah bikin cacamarba.
Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang secara terbuka dedah adanya calon-calon PRU 13 yang dikemukakan oleh PKR ' kaki haru' .
Antaranya ada yang jual pil kuda dan ada yang poster Karl Max tanda anuti fahaman komunis terpampang di bilik operasi PRU mereka.
Dalam ceramahnya di Marang Terengganu Ahad malam, Hadi menegaskan PAS tidak boleh berkompromi dengan calon-calon' tangkap muat' begini.
Menurutnya, PAS meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka PKR adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang'.
Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'.
Jelas beliau, PAS tidak mahu kerajaan (jika pembangkang menang) jatuh macam di Perak.
"PAS tidak menentang calon kawan-kawan, dalam pilihanraya, tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan berlaku, maka PAS mesti bertindak, ini berlaku pertindihan," katanya.
Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul saat-saat akhir sebelum proses penamaan calon berakhir.
"Kita mahu mengelakkan daripada (BN) menang tanpa bertanding... PAS terpaksa bertanding, bila PAS masuk barulah dia masuk," katanya.
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi ‘menyelamatkan’ pakatan
"Kita tak ada masalah kerjasama dengan yang sepenuhnya Keadilan, dengan yang sepenuhnya DAP tetapi mari kaki-kaki haru ini jadi calon, ini PAS tak boleh terima," katanya.
Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.-22/4/2013 OLEH HELME HANAFI
TRANSKRIP PENUH UCAPAN DATUK SERI ABDUL HADI AWANG
Ada orang kata, ini pemberita hendak ambik berita bolehlah, macam mana hendak menyelamatkan negara, PAS dok berlawan dengan Keadilan, bertindih parti pasal apa, PAS bertindak bertanding di beberapa tempat, berlakunya pertindihan ini kerana hendak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak, merintah sekejab.
PAS mempunyai jentera-jentera yang paling ramai di seluruh negara, PAS tidak menentang calon kawan-kawan, dalam pilihanraya, tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan berlaku, maka PAS mesti bertindak, ini berlaku pertindihan.
Di Johor berlaku pertindihan, kerana sebabnya, kita tunggu rakan kita mari tak mari masuk nama calon, sikit lagi hendak tamat tak mari-mari, kita standby, takut menang tak bertanding, kerana ada hok jual calon ni ada, PAS terpaksa bertanding, bila PAS masuk barulah dia masuk.
Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... orang PAS tak boleh kerja calon macam ini, terang-terang saya sebut, orang Keadilan pun, tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana.
Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin, macam mana orang PAS hendak sokong, orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja, tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, ada orang parti Stalin, parti Lenin, menjulang Lenin dan Stalin, (sebut pun tak berapa betul dah, nama bukan nama kita) orang Rusia, Karl Marx, gambar Karl Marx duduk dalam markaz, nak suruh orang pas kerja, Karl Marx ni macam Nabi Muhamad dialah, yang menganut idealogi komunis, idealogi komunis diharamkan di Malaysia, dia tepek (lekat) gambar Karl Marx dalam markaz, macam mana orang PAS hendak kerja.
Ha inilah sebabnya bertindak bertanding itu...nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejab pastu jatuh, PAS bertindak, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat, PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan saja masa pilihanraya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk Pakatan Rakyat.
Itu penjelasan saya, boleh masuk surat khabar esok. Supaya mereka yang tidak faham masalah ini jadi faham, kita tak ada masalah kerjasama dengan yang sepenuhnya Keadilan, dengan yang sepenuhnya DAP tetapi mari kaki-kaki haru ini jadi calon, ini PAS tak boleh terima, kerana kita hendak kerajaan yang teguh dan kuat, kerajaan yang boleh memerintah sebagaimana yang kita janji dalam Buku Jingga.
 
* BACALAH KISAH OSMAN WOK DI AMUKANMELAYU.



AMUKANMELAYU - pemikiran yang PALING BERNAS yang penulis "TERDENGAR" dari TGHH setelah lama OSMAN WOK menikus dan menyesal mengangkat LEE KWAN YU menjadi PM Singapura.....Tanah Beraja yang kehilangan TAHTA kerana "MELAYU MUDAH LUPA"