,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 20 April 2013

DAP GUNAKAN STRATEGI MUAWIYAH UNTK MENGALAHKAN ISLAMELAYU


ADAKAH PERANGKAP DAP TELAH MENGENA?

Gambar di bawah cukup untuk kita lihat rentetan perjalanan kes DAP dengan ROS. Tindakan Lim Kit Siang menangis dan menuduh ROS mengikut telunjuk BN untuk membunuh parti itu dalam PRU adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan biadap. Tapi yang tersirat sebenarnya ia amat berterima kasih kepada ROS kerana itu. Untuk menunggu PAS "larut" di dalam DAP adalah sesuatu yang mustahil, tapi dengan keadaan politik "AKU BENCI UMNO"......DAP nampak peluang yang amat baik untuk mereka "larut" di dalam PAS dan dapat merosakkan pemikiran ISLAMELAYU dari dalam.

Kita pasti, tindakan meraih simpati dengan menggunakan lambang PAS dlm PRU kali ini amat banyak mengtuntungkan DAP. Kebanyakkan penyokong totok  PAS hanya memangkah "BOLA PIMPONG" sahaja dan mereka tak perlu tahu siapa calonnya. Dokterin pemikiran begini amat memudahkan DAP menyerap dan memecahbelahkan Islamelayu dan seterusnya PAS sanggup diperkudakan parti komunis ini kerana jangkauan politik mereka yang amat rendah jika di bandingkan dengan DAP

DAP bijak menghidu peluang. Mereka tahu tanpa undi Melayu mereka sampai kiamatpun tidak akan dapat menguasai banyak kerusi. Malah dengan hanya beberapa kerusi parlimen yang ditandingi mereka tidak mampu untuk membentuk Kerajaan.

DAP juga tidak percaya dengan PKR yang suka ‘tikam belakang’. Ketara dengan tindakan mereka ‘memakan’ Parti Rakyat Malaysia dgn janji manis. Syed hussin Ali dijadikan Timbalan Presiden dan kemudian dipaksa pencen bagi memberi laluan kepada Azmin. Kini mereka mengkhianati Parti Sosialis Malaysia, serpihan parti rakyat yang khabarnya tidak dibenarkan menggunakan lambang mereka.

Maka DAP lebih suka menggunakan lambang PAS yang diketahui sedang dipimpin oleh kepimpinan yang dikuasai nafsu dan emosi dendam kepada UMNO.

Dengan penggunaan lambang PAS juga bakal memberikan mereka lebih kerusi jika dicampur dengan PAS. Apatah lagi mereka sedar bahawa penyokong PAS amat taksub dan mengikut apa saja diminta oleh pemimpin mereka. Maka ahli-ahli syurga yang dijamin pemimpin mereka ini akan mengundi DAP yang mana pemimpin mereka pernah meminta langkah mayatnya sebelum jadikan Malaysia negara Islam.

Lolong simpulkan tulisan ini dengan satu analisis mudah- DAP sedang menipu orang Melayu Islam dengan menggunakan lambang parti Islam. Ini adalah satu taktik perang yang amat hebat. DAP tidak mengambil strategu Sun Tzu tetapi menggunakan strategi Muawiyah yang menjunjung AlQuran di hujung pedang untuk mengalahkan tentera Saidina Ali.

Hati-hatilah

Sumber: http://lolong.wordpress.com/2013/04/19/dap-sangat-biadap-meraih-simpati/