,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 16 April 2013

APA BEZANYA DOSA MENGUMPAT DENGAN BERZINA?


Wajarkah Video Seks Diguna Untuk Menjatuhkan Orang Yang Nak Jadi Pemimpin?

   

SEKADAR HIASAN


TREND menggunakan video seks untuk menjatuhkan pemimpin parti politik tertentu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.  Malah kalau nak ditoleh semula kebelakang, pendekatan seumpama ini telah bermula sejak dari kes bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat D.P Vinjandran dari MIC pada 1988.

Video itu kemudiannya ditayangkan semula di Parlimen oleh Pengerusi DAP sekarang, Karpal Singh pada 1989 yang membawa kepada pengunduran D.P Vijandran setahun selepas itu.
Kejadian kedua, ialah skandal dengan kanak-kanak bawah umur yang membabitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tambi Chik.  Asalnya disebutkan ada pita video yang wujud tapi tidak pernah didedahkan sehingga kes tersebut berakhir dengan Mahkamah Tinggi membebaskan Rahim dari semua tuduhan.

Tujuan penulis membangkitkan hal ini ialah untuk menunjukkan kepada generasi muda sekarang bahawa penggunaan video seks dalam politik negara ini bukanlah perkara baru.  Ia telah lama berlaku, cuma senyap buat beberapa ketika.
Akhir-akhir ini, isu video seks ini kembali menjadi fenomena di negara kita semula.  Dengan perkembangan semasa, teknologi kamera dan video ini (terutama yang tersembunyi) bukan lagi perkakas mahal dan besar seperti mana dulu.
Dalam masa yang sama, ada pihak-pihak yang menyalahgunakan teknologi ini untuk menjatuhkan bukan sahaja pemimpin berlainan latar belakang politik, malah antara kalangan pemimpin dalam parti yang sama juga.

Hal inilah yang menjadi pembuka bicara penulis untuk hari ini kerana telah sampai ke pengetahuan penulis, hampir pasti bahawa Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali bakal menjadi mangsa seterusnya, setelah Datuk Seri Anwar dan YB Azmin Ali turut terpalit dengan skandal sama.
Penulis telah menulis beberapa artikel berkaitan perkara sama sebelum ini yang boleh dirujuk disini, disini dan disini. Tapi semua itu tidak langsung menyentuh tentang kewujudan video seks kerana pada waktu itu penulis tidak tahu yang ianya wujud - sehinggalah sekarang.

Cuma persoalan penulis sekarang, adakah perlu menggunakan pendekatan serupa ini untuk menjatuhkan Mustapha Ali?  Tidak adakah cara lain yang lebih berdiplomasi untuk mengatasi apa pun kekalutan yang timbul?
Kalau pun terdesak untuk meletakkan Kamarudin Jaafar ke jawatan Setiausaha Agung, tidak perlulah ke tahap memalukan Mustapha Ali sedemikian rupa.

Walaupun Mustapha Ali boleh sahaja menafikan individu dalam tersebut adalah dirinya, tapi sedikit sebanyak ia akan tetap mencemarkan imejnya sebagai pemimpin dalam parti Islam, PAS – keadaan sama yang berlaku dalam kes membabitkan Anwar tahun sudah dan Azmin kini.
Malah tidak keterlaluan kalau penulis katakan, imej PAS juga akan tercemar sama.  Silap-silap, keadaan sama yang pernah melanda parti itu pada 1995 ketika Mohamad Sabu ditangkap berkhalwat dengan isteri orang, akan berulang semula kali ini jika video seks membabitkan Mustapha Ali ini benar-benar tersebar nanti.

Nasihat penulis kepada ‘kumpulan ini’ ialah, anda semua tahu apa yang penulis katakan ini adalah benar belaka.  Mengelaklah dari membuat keputusan bodoh yang akhirnya akan merugikan Pakatan Rakyat, semata-mata untuk memenuhi nafsu politik masing-masing.


Adakah Ini Buktinya Stopa Ali Perlakon Video Seks!

  1.  
    VIDEO SEKS MUSTAFA ALI: JANGAN LUPA, KAMI YANG PERTAMA DEDAHKAN

    SUKACITA dimaklumkan, Suarapakatanrakyat.com adalah laman web pertama yang membuat laporan akan kewujudan video seks membabitkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Mei tahun lepas.

    Artikel tersebut boleh dirujuk DI SINI

    Kami telah beri amaran yang cukup lama, hampir setahun kepada pemimpin PAS untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas kumpulan tertentu dalam PAS yang menerbitkan video ini, tapi tidak dipedulikan. Maklum sahajalah, website kecil, tidak ada nama dan tidak terkenal pula.

    Tapi sekarang bila video itu tersebar, apa kata PAS?

    Kami ingin sekali lagi mengingatkan PAS supaya mengambil tindakan segera kepada kumpulan pro Kamarudin Jaafar yang menerbitkan video tersebut, yang mana kami dimaklumkan, identiti masing-masing diketahui pimpinan tertinggi PAS.

    Kami tidak mengatakan Kamarudin Jaafar terlibat, kami katakan kumpulan yang pro kepadanya.

    Kumpulan ini bahaya, kerana mereka bukan sahaja mempunyai video seks membabitkan Mustafa Ali, bahkan pemimpin-pemimpin lain PAS yang ada kecenderungan seksual yang tidak boleh dikawal ini.

    Apa sekalipun, PAS tahu tentang kewujudan video ini tapi tidak mahu mengambil apa-apa tindakan, baik kepada Mustafa Ali, mahupun kepada kumpulan yang berusaha keras membuatnya.

    Inilah yang suarapakatanrakyat.com kesalkan sangat. Kegagalan PAS bertindak dengan lebih awal, telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat teruk tercemar

     
  2.  
    MAKLUMAT VIDEO SEKS MUSTAFA ALI SENGAJA DIBOCORKAN PADA PIHAK UMNO – SUARAPAKATANRAKYAT>COM

    PENULIS sebenarnya tidak begitu gemar menulis perkara yang bakal didedahkan di bawah ini kerana ianya jelas tidak akan membantu perjuangan Pakatan Rakyat dan parti komponennya mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum yang akan datang.

    Tapi demi matlamat perjuangan yang lebih besar, penulis rasa terpanggil untuk mendedahkan perkara ini sebelum ianya menjadi barah yang bakal memusnahkan Pakatan Rakyat dari dalam.

    Sumber memaklumkan kepada penulis akan tindakan segelintir pemimpin dalam PAS (yang biasa digambarkan UMNO sebagai golongan ‘Anwarinas’), yang mengugut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali dengan ugutan berbaur ‘pendedahan memalukan’ untuk memaksa beliau memberikan sokongan kepada ketua Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Pada pemerhatian golongan ini, Mustapha Ali adalah satu-satunya pemimpin kanan PAS yang masih tinggal serta tidak sehaluan dengan perjuangan Anwar dalam Pakatan Rakyat setelah Hasan Ali (dipecat) dan Nasharudin Mat Isa (dikalahkan untuk jawatan Timbalan Presiden).

    Malah dikatakan bahawa Mustapha Ali secara terbuka menolak Anwar sebagai ketua Pakatan Rakyat tapi hanya bersetuju Anwar sebagai Perdana Menteri, jika Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum akan datang.

    Tindakan Mustapha Ali dilihat bakal menggagalkan kesatuan dan kesepaduan Pakatan Rakyat sebagai sebuah komponen politik yang mampu memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya akan datang. Apatah lagi bila Mustapha Ali juga mempunyai pengaruh yang besar terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

    Maka itu golongan ini berpendapat, sesuatu perlu dibuat agar Mustapha Ali akan sentiasa mengikut telunjuk mereka dan pendekatan yang dipilih ialah dengan memanipulasi ‘kelemahan’ Setiausaha Agung PAS tersebut.

    ‘Kelemahan’ Mustapha Ali yang disebutkan di atas itu ialah merujuk kepada ‘kegemaran’ pemimpin tersebut menggunakan khidmat China Doll.

    Difahamkan bahawa banyak maklumat mengenai aktiviti ‘gelap’ Mustapha Ali ini telah diketahui dan kini menjadi bualan panas di kalangan pemimpin tertentu dalam Pakatan Rakyat.


    APATAH LAGI BILA PENULIS MENDENGAR, SEBAHAGIAN DARIPADA MAKLUMAT INI TELAH DIBOCORKAN DENGAN SENGAJA KEPADA UMNO UNTUK DIGUNAKAN DALAM KEMPEN PILIHANRAYA UMUM AKAN DATANG, BERTUJUAN MENAMBAHKAN TEKANAN KEPADA PR.

    Disebutkan juga bahawa, jika Mustapha Ali masih berkeras menolak kepimpinan Anwar, golongan ini akan memastikan semua media PAS tidak mempertahankan beliau dalam menghadapi serangan dari UMNO tersebut.

    Itulah strateginya yang telah dirancang golongan berkenaan dan disampaikan kepada penulis. Sejauh mana benarnya dakwaan ini, penulis tidak pasti.

    Walaupun penulis mengalu-alukan sokongan tidak berbelah bagi dari parti komponen Pakatan Rakyat terhadap Anwar, itu tidak bermaksud penulis ‘redha’ dengan pendekatan seumpama ini.

    Penulis pernah merasa sendiri jerit perit mempertahankan Anwar dalam finah video seks yang didedahkan Trio Datuk T dahulu, dan penulis tidak mahu ada lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang berdepan dengan situasi yang sama.

    Dalam masa yang sama juga, penulis menggesa Mustapha Ali tampil dengan kenyataan menafikan ada terlibat dalam perbuatan seumpama itu, dengan kadar yang segera kerana setelah mendengar sendiri dari sumber, penulis yakin ada asas untuk beliau menjawab.


    AMUKANMELAYU - Inilah sebabnya HUDUD tak nak di jalankan walau pun dah dapat KUASA MEMERINTAH........supaya mudah nak menghalakan TELUNJUK kepada orang lain.