,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday, 17 June 2013

ANWAR HIDUP DENGAN IMAGINASI YANG MELAMPAU - JUSUF KALLA

"KEMUT KELILING"

RUNDINGAN ANWAR-JUSUF KALLA -NAJIB DI JAKARTA

 
PERTEMUAN EKSKLUSIF SAYA DENGAN BAPAK JUSUF KALLA DI JAKARTA
Pada mulanya saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.
Pertama sekali, pertemuan saya dengan Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan. 

Hubungan Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi, manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB
Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali. 
Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.

Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak, dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar. 
 
Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar Ibrahim.
KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".

Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral (parti)".

Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".

MASA DEPAN NURUL IZZAH
Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.
Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.

Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.
 
Tekanan Washington
KERUSI PM DAH TERLEPAS Membujur lalu melintah patah
Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan kepada Anwar. 
Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk menerima tekanan Washington itu.
Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.
Bersambung... 


KENYATAAN JUSUF KALLA ADALAH BENAR - LIHAT DAN PERHATIKAN KENYATAAN ANWAR DI BAWAH INI.

anwar-ibrahim-liwat
IMAGINASI - ANWAR, saya PM Malaysia
 “Saya berkata kepada Jusof Kalla, saya menghormati nasihat beliau, tetapi urusan penipuan pilihan raya ini masih belum selesai. Saya tidak akan berganjak kerana pilihan raya umum lalu saya menang.
“Saya memenangi lebih 50 peratus dan Najib Tun Razak kalah. Tetapi mengapa Najib yang mentadbir Malaysia? Oleh itu saya memberitahu Jusof Kalla yang saya tetap mengambil tindakan undang-undang tetapi tetap meneruskan himpunan.” (Anwar Ibrahim, Sinar Harian Online)

Kenyataan Anwar Ibrahim di atas seperti yang tersiar semalam jelas menggambarkan kekeliruan Ketua Umum PKR itu dalam memahami sistem Pilihan Raya negara ini sehingga tidak segan silu mendakwa dirinya adalah pemenang dalam PRU-13.
Memang jenis muka tak tahu malu mendabik dada sebagai pemenang. Apa Anwar fikir PRU-13 lebih sebulan lepas merupakan satu proses pengundian untuk pemilihannya sebagai Presiden Malaysia ke?

Anwar sebetulnya terlalu bebal untuk menerima hakikat bahawa sistem pengundian negara ini bukannya berasaskan peratusan undian popular tapi dek kerana kebebalannya itulah menjadi antara penyebab Anwar terus meroyan enggan menerima kekalahan.

Realitinya berapa besar sekali pun peratusan undi popular di peringkat nasional atau negeri, selagi mana jumlah kerusi Parlimen atau DUN yang dikuasai tidak melebihi separuh jumlah keseluruhan, maka tidak layak dinobatkan sebagai pemenang. Itu realiti pilihan raya di Malaysia yang berasaskan first past the post system.

Sistem yang sama jugalah yang membenarkan PAS diiktiraf sebagai pemenang seterusnya kekal menguasai Kelantan pada PRU 11 tahun 2004 meski pun ketika itu BN berjaya meraih undi keseluruhan melebih 50%. Sebabnya apa? Kerana PAS berjaya meraih 24 kerusi DUN manakala BN yang lebih popular hanya menguasai 21 kerusi DUN sahaja.

Adakah dengan bersandarkan peratusan undi popular yang memihak kepada BN menyebabkannya meroyan sakan dan mempertikaikan kemenangan PAS di Kelantan? Tentu sekali tidak, kerana BN menerima hakikat bahawa pilihan raya kita bukannya berasaskan peratusan undi popular.
Mungkin Anwar merasakan dengan pergi mengadu kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dan sahabat baiknya Jusuf Kalla kononnya wujud kecurangan dalam PRU-13 akan ada ruang untuk kedua-duanya campur tangan memberi tekanan kepada Malaysia, jika itu berlaku memang sakan Anwar bertepuk tangan.

Tapi Susilo dan Jusof Kalla bukannya bodoh untuk percaya bahawa PKR yang hanya menguasai 30 kerusi Parlimen adalah pemenang PRU yang lepas apatah lagi sifir matematik membuktikan angka 30 jauh lebih kecil dari 133 kerusi Parlimen malah gabungan angka 38 + 30 + 21 juga tidak mungkin mengatasi angka 133.

Cukuplah Anwar… cukuplah sekadar tunjukkan kebodohan diri di tanahair sendiri, tak payahlah tonjolkan lagi kebebalan sendiri di negara orang pula. Belajarlah terima hakikat dan takdir yang negara ini wujud bukan untuk Anwar Bin Ibrahim.
 
 
AMUKANMELAYU - Alang-alang menyeluk PENGKASAM(BUSUK) biar sampai ke pangkal lengan. Anwar menggunakan US menekan JAKARTA supaya menerima "LAWATAN KERJA" 3 hari ke Indonesia. Dalam imeginasinya.... dia adalah PM Malaysia. "Pak Syeh ni sangat bahaya kepada Negara, Nusantara dan dunia Islam".