,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 25 June 2013

HANYA DI MALAYSIA - TIDAK MUSTAHIL KAFIRUN AKAN MENJADI IMAM SOLAT JUMAAT


Wanita Kristian Layak Sebagai Peguam Syarie Buktikan Hakim Mahkamah Rayuan "UMAT YANG MENDERITA"




Semalam saya berpeluang duduk dan berbincang dengan beberapa individu seperti Dato Dr Hassan Ali dan juga Dato Zainul Rizal Presiden Peguam Muslim Malaysia yang mana menfokuskan isu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan seorang wanita Kristian menjadi peguam Syarie. Perbincangan kami secara keseluruhannya tidak bersetuju sama sekali dengan keputusan tersebut memandangkan ianya adalah satu keputusan yang keterlaluan dan pahit untuk diterima oleh umat Islam Malaysia. Dibawah ini saya luahkan hasil pemikiran minda saya mengenai isu ini.

Salah siapa dan dimana silapnya apabila seorang bukan Islam dibenarkan menjadi peguam Syarie yang mewakili umat Islam dalam kes kes Syariah selepas ini?

Peguam bukan Islam dibenarkan bertindak sebagai peguam syarie di semua mahkamah syariah di Wilayah Persekutuan, demikian diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.


Ini berikutan pengisytiharan Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983 mewajibkan mereka yang beragama Islam sahaja layak memohon sebagai peguam syarie telah melampaui batasan undang-undang (ultra vires) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin turut berpendapat bahawa perkataan 'mana-mana orang' yang dinyatakan dalam Seksyen 59(1) Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 adalah termasuk orang-orang yang bukan Islam.


Seksyen 59(1) menyatakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) boleh menerima mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang hukum Syarak menjadi peguam syarie bagi mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di dalam Mahkamah Syariah.

"Jika niat badan perundangan adalah untuk menghalang orang bukan Islam diterima sebagai peguam syarie, maka ia harus dinyatakan dalam akta itu," kata Abu Samah yang bersidang bersama hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Aziah Ali.

               

 Abu Samah berkata MAIWP telah bertindak melampaui kuasa apabila ia menggubal Perkara 10 Kaedah-Kaedah Peguam Syarie 1983.


Beliau berkata ia adalah pandangan mahkamah bahawa MAIWP tidak diberi kuasa untuk membuat peraturan-peraturan yang tidak selaras dengan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan).





Panel tersebut membuat keputusan bersejarah itu apabila membenarkan rayuan seorang wanita Kristian, Victoria Jayaseele Martin, memohon untuk mengetepikan keputusan MAIWP menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie atas alasan beliau adalah bukan Islam.


Victoria, 51, yang memperoleh Diploma dalam Undang-undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), memfailkan rayuan selepas permohonan semakan kehakiman ditolak oleh Mahkamah Tinggi yang berpendapat MAIWP mempunyai kuasa di bawah undang-undang untuk menetapkan peraturan menerima peguam syarie.

Abu Samah membenarkan dua lagi perintah yang dipohon oleh Victoria.


Perintah tersebut ialah perintah 'certiorari' bagi membatalkan keputusan MAIWP untuk enggan memproses permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie.


Selain itu perintah 'mandamus' bagi memaksa MAIWP menerima dan memperoses permohonan beliau untuk diterima sebagai peguam syarie tanpa mengambil hakikat bahawa beliau adalah seorang bukan Islam.


Beliau berkata permohonan Victoria telah dinafikan tanpa proses yang diberikan kepadanya kerana beliau bukan seorang Islam.


Bagaimanapun, Abu Samah membenarkan permohonan peguam MAIWP Datuk Sulaiman Abdullah untuk menangguhkan pelaksanaan kedua-dua perintah tersebut sementara menunggu permohonan MAIWP dan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 2009, Victoria berkata melalui surat bertarikh 24 Ogos, 2009, beliau memohon untuk diterima sebagai peguam syarie di Wilayah Persekutuan.


Katanya permohonannya ditolak oleh Jawatankuasa Peguam Syarie pada 9 Sept 2009 dengan alasan bahawa permohonannya tidak dapat diproses kerana syarat utama pemohon mesti merupakan seorang Islam. - Sumber

Saya agak luluh hati apabila keputusan sebegini terpancul dari mulut hakim berugama Islam. Ketiga tiga orang hakim merupakan Islam dan dengan keputusan membenarkan seorang bukan Islam menjadi peguam Syariah maka ianya pada pendapat saya telah melangkaui sempadan dalam apa yang ada bagi menjaga tataterbib Islam itu sendiri. Waras atau tidak hakim hakim yang membuat keputusan ini?

Apabila saya menyelidiki sedikit isu ini maka saya ketemui satu jawapan yang boleh menyanggah keputusan para hakim mahkamah rayuan yang bijaksana itu.

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-92 yang bersidang pada 15-17 Disember 2010 telah membincangkan Hukum Melantik Orang Bukan Islam Sebagai Peguam Syarie. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa untuk menjadi seorang peguam syarie, seseorang itu perlu mampu menguasai ilmu al-Quran dan al-hadith, bahasa Arab, Ilmu Usul Fiqh dan Fiqh secara keseluruhannya dan ia perlu didasari dengan keimanan kepada Allah s.w.t. agar tanggungjawab yang dipikul disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. dan demi kemaslahatan umat Islam dan keadilan menurut perspektif Islam.


Oleh yang demikian, demi menjaga kesucian dan kehormatan agama dan umat Islam, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa orang bukan Islam adalah tidak dibenarkan dilantik sebagai Peguam Syarie berpandukan kepada kaedah-kaedah fiqhiyyah dan peruntukan undang-undang berikut:

a. سَدُّ الذَّرِيعَةِ : Kaedah ini merujuk kepada perlunya menutup pintu-pintu yang boleh membawa kemudharatan. Sekiranya orang bukan Islam dibenarkan untuk dilantik sebagai peguam syarie, ia memberi ruang kepada orang bukan Islam untuk menguruskan hal ehwal orang Islam terutama sekali isu-isu syarak. Keadaan ini boleh menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam.

b. إِذَا تَعَارَضَ الْمَانِعُ وَالْمُقْتَضَى قُدِّمَ الْمَانِعُ : Apabila bertentangan antara dalil-dalil yang menegah dengan dalil-dalil yang menghendaki, hendaklah diutamakan perkara yang menegah. Larangan melantik orang bukan Islam sebagai peguam syarie perlu diutamakan, walaupun kemungkinan ia mempunyai kebaikan dari suatu segi, tetapi keburukannya perlu diambil kira dan diberi perhatian.

c. المَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ تُقَدِّمُ عَلَى الْمَصْلَحَةِ الْخَاصَةِ: Kaedah ini bermaksud maslahah (kebaikan) am perlu didahulukan daripada maslahah khas. Maslahah am atau umum merujuk kepada maslahah umat Islam di Malaysia secara keseluruhannya. Manakala maslahah khas merujuk kepada kebaikan yang mungkin diperolehi oleh orang tertentu. Dalam situasi hari ini, maslahah orang awam (umat Islam) perlu diutamakan.

d. تَصَرَّفُ الإمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ : Kaedah ini bermaksud tindakan yang dijalankan oleh pemerintah terhadap rakyat bergantung kepada maslahah. Dalam konteks ini, pemerintah berhak membuat keputusan berpandukan kepada kemaslahatan rakyat dengan berlandaskan kepada syariat Islam.

e. Berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa, sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam. - Sumber KLIK DISINI



Dengan penjelasan dari Majlis Fatwa Kebangsaan diatas maka jelaslah bahawa keputusan ketiga tiga Hakim Mahkamah Rayuan boleh dibakul sampahkan kerana keputusan yang dilakukan mereka tidak berlandaskan Prinsip Kehakiman yang sebenar sebaliknya hanya berlandaskan nafsu semata mata.

Penghujahan Hakim yang mempertikai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) adalah jelas bercanggah dengan majlis Fatwa Kebangsaan yang dengan jelas melarang individu bukan Islam untuk menjadi peguam Syarie. Ditambah lagi dengan amalan yang bakal dilakukan oleh Peguam Kristian tersebut didalam kamar Mahkamah Syariah menjadikan Institusi Mahkamah Syariah sudah tidak lagi Eksklusif kepada Islam sebaliknya dibolehkan kepada Kristian dan tidak mustahil selepas ini Hindu dan Budha pula akan melakukan pekara yang sama.

Andai kata jika peguam Kristian yang memperolehi lesen guaman Syarie tersebut hadir ke mahkamah dengan memakai "SKIRT PENDEK" apa yang boleh dilakukan oleh pihak Mahkamah?

Mengikut daripada majlis Fatwa Kebangsaan diperenggan (e) sekiranya seorang bukan Islam dibenarkan untuk beramal sebagai peguam Syarie dan didapati tidak mematuhi etika sebagai Peguam Syarie atau apa-apa prosedur yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah, tiada tindakan yang boleh diambil kerana beliau tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Oleh yang demikian, tiada tindakan yang boleh diambil ke atas beliau kerana Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ke atas orang bukan Islam.

Apakah ketiga tiga Hakim mahkamah Rayuan WARAS dalam keputusan mereka membenarkan seorang Kristian menjadi peguam Syarie?

Ini pekara yang serius perlu ditangani oleh seluruh umat Islam, ini bukanlah satu pekara yang boleh dibawa main main kerana ianya jika tidak disekat akan mengundang lebih banyak isu yang akhirnya akan meranapkan Islam secara halus sedikit demi sedikit. Tidak relevan jika mendapat kelususan dalam bidang Syarie maka seseorang individu bukan Islam boleh dikatakan layak untuk menjadi peguam Syarie. Jika ketiga tiga hakim mengambil pakai Diploma Undang Undang dan Amalan Syariah sebagai keputusan untuk melayakan Individu Kristian itu sebagai peguam maka jelaslah Hakim hakim tersebut merupakan individu yang sakit otaknya.

Dato Dr Hassan Ali dan Dato Zainul Rizal Membantah
Keputusan Hakim Mahkamah Rayuan
Umat Islam harus bangkit menentang keputusan ketiga tiga hakim mahkamah Rayuan ini, bertindak sekarang sebelum semakin ramai golongan bukan Islam menjadi peguam Syarie dengan niat yang tidak baik untuk menghancurkan Islam dari dalam. Kita perlu bersatu agar institusi Mahkamah Syariah dijaga berlandaskan Islam dan bukannya undang undang rimba sepertimana yang telah dibuat oleh ketiga tiga hakim sakit otak itu.

Adakah selepas ini ada pula Paderi yang memiliki lulusan Diploma berkaitan Islam mohon jadi Imam pula dan mahkamah membenarkan Paderi menjadi Imam didalam Masjid atas alasan Paderi tersebut mempunyai kelayakan Diploma.






AMUKANMELAYU - Bukan hanya politik....malah dalam perundangan Islam pun mereka nak campur.... Inilah akibatnya bila HUKUM ALLAH di permudahkan di dalam Mahkamah Syariah.... mana ada dalam Al-Quran zina di hukum denda RM 5,000.00 melainkan hukuman yang di ujudkan dengan akal manusia yang terdapat dalam undang-undang Syariah Malaysia.