,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Thursday, 13 June 2013

NAJIB, JANGAN GUNAKAN ADEK KAMU KERANA MAHUKAN UNDI CINA, JANGAN LAKUKAN KESILAPAN KEDUA.


Apabila Lim Guan Eng Puji Nazir Razak Anti Melayu, Puji Ada Makna Tuu

Siapakah orang pertama yang muncul membuat kenyataan akhbar memberi sokongan moral apabila CEO Kumpulan CIMB yang juga adik kepada Perdana Menteri Malaysia, DS Nazir Razak, dikritik hebat kerana mempertahankan CEO Air Asia X yang anti Melayu, Azran Osman-Rani. Tidak lain dan tidak bukan adalah Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng. Memetik kata-katanya di dalam Malaysiakini,
"Kami tidak menyebelahi sesiapa. Kami hanya mahu beritahu apa yang benar. Kami ingin memuji Nazir kerana bercakap benar. Kami harap abangnya boleh seberani Nazir. Kami harap lebih ramai rakyat Malaysia seperti Nazir. Tetapi malangnya, jumlahnya tidak banyak."
Teringat kata-kata seorang blogger pembangkang di dalam blog beliau baru-baru ini,
apabila musuh menyerang kamu
itu petanda yang baik
ertinya ada perbezaan hakiki
antara kamu dengan musuh
apabila musuh tidak menyerang kamu
itu pentanda tidak sihat
ertinya sama ada kamu tidak relevan
atau kamu telah bersama musuh
CTS setuju 100% dengan kenyataan beliau. Tidak susah untuk membaca agenda Lim Guan Eng apabila beliau mempertahankan Nazir Razak. Kalau boleh Lim Guan Eng mahukan lebih ramai orang-orang Melayu seperti Nazir Razak dan Azran Osman-Rani. Melayu yang lupa asal usul keturunan, Melayu yang layu, Melayu yang lupa jati diri dan Melayu yang anti bangsanya sendiri.

Namun Lim Guan Eng terkhilaf apabila beliau mengatakan Abang Nazir tidak seberani adiknya itu. Dalam sejarah keenam-enam Perdana Menteri, belum pernah kaum Lim Guan Eng diangkat tarafnya seperti sekarang. Apa yang kaum Lim Guan Eng tidak perolehi. Berdengus sahaja pasti mereka akan dapat. Apa lagi Lim Guan Eng mahu?