,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 16 June 2013

PM KERAJAAN HALIMUNAN - ANWAR DALAM "RANGKA" LAWATAN KERJA TIGA HARI KE INDONESIA


SIDANG MEDIA ANWAR BURUKKAN MALAYSIA DI JAKARTA

by MPP 
Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.

“Selesaikan soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di Jakarta pagi ini.

Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation) yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.

“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.

“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok, 22 Jun ini.

Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta ‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.

Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak muda tak ubah seperti suasana sebelum merdek,a apabila pengedaran risalah danggap sebagai kesalahan.

“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu luar biasa,” katanya.

Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.

“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu tahu,” tegasnya.

Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta.


Dato Najib dan Anwar Sekali Lagi ke Indonesia Kerana Perjanjian?


Sebelum ini, portal pro-pembangkang telah melaporkan dakwaan DS Najib Razak dan musuh politiknya DS Anwar Ibrahim berkemungkinan mengadakan pertemuan di Jakarta.


The Malaysian Insider difahamkan, pertemuan itu telah cuba diaturkan semenjak sekurang-kurangnya seminggu lalu, dikala Najib hampir pasti dicabar dalam pemilhan Umno tahun ini dan berkemungkinan akan berhadapan dengan usul undi tidak percaya selepas Parlimen mula bersidang pada 24 Jun.  


Walaubagaimana pun nampaknya, sumber portal pro-pembangkang ternyata tidak boleh dipakai apabila Anwar Ibrahim menafikan akan bertemu Perdana Menteri Malaysia di Indonesia.

"Tidak benar!" jawapan Anwar yang dipetik melalui Twitter beliau..

Siapa yang berbohong sekarang, The Malaysian Insider atau Anwar Ibrahim?
Jika tidak benar, apa gunanya portal pro-pembangkang itu menyiarkan laporan tersebut? 
Apakah ianya bertujuan untuk sengaja menimbulkan spekulasi kononnya 'Najib Razak berdepan dengan undi tidak percaya di parlimen'?
Atau, apakah ianya kena mengena dengan isu perjanjian Najib dan Anwar manakalanya moderatornya ialah bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla?
Ternyata persoalan yang di timbulkan oleh blog Dr MiM, ada kebenaranya. Sebab kalau nak di ikutkan, memang benar, Najib dan Anwar pernah ada perjanjian di Indonesia, mungkin mereka pergi ke sana untuk menyelesaikan perkara tersebut.
Sebab selepas BN menag PRU dan Anwar tidak mengikhtiraf keputusan tersebut, Najib menuduh Anwar sebagai mungkir janji dan melanggar perjanjian.
Apakah ada rahsia lain yang tersembunyi disebalik semua ini?






AMUKANMELAYU - hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong......teringat Pak Syeh beratur panjang semasa Majlis Hari Raya Rumah Pak Lah.......akhirnya Pak Lah jemput keluar dari QUEUE dan duduk semeja dengan Pak Lah.....harap hangpa faham perangai Pak Syeh ni.