,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Monday 10 June 2013

SUARAM MEWAKILI ANASIR ASING JIKA PEMIMPINNYA MASIH BERIDEALOGIKAN NEGARA ASAL KETURUNAN MEREKA


SUARAM MINTA UNITED KINGDOM CABUL KEDAULATAN NEGARA

 
 

Sebuah organisasi yang digelar SUARAM telah kerap dipaparkan di dalam media Malaysia dan antarabangsa kebelakangan ini. Organisasi tersebut sering diterangkan sebagai “kumpulan hak asasi manusia bebas”. Maka, siapakah mereka? Yang membinggungkan ialah, ketika kumpulan tersebut menyerang Islamelayu secara umum, mereka adalah amat berahsia terhadap hal ehwal sendiri. Laman web mereka tidak memberikan apa-apa maklumat tentang siapa di belakang kumpulan tersebut.

Selepas membuat sedikit penyelidikan media, kami dapat mengumpul dan menyusun biografi-biografi di bawah. Seperti mana yang anda dapat lihat, kumpulan tersebut dikuasai oleh gabungan-gabungan PKR, pegawai-pegawai dan ahli-ahli politiknya. Dan ini hanya maklumat yang kami tahui. Gambar yang didedahkan di atas menunjukkan hubungan yang telah lama wujud antara ahli-ahli SUARAM dengan bekas TPM dan kepentingan-kepentingannya.

Kenapakah ini penting? Pertama sekali, Pembelian Aset ATM (use Scorpene) yang berkontroversi telah dipanaskan kembali kebelakangan ini semata-mata kerana tuntutan-tuntutan tidak berasas oleh SUARAM, dan gambaran yang licik tapi mengelirukan tentang proses undang-undang Perancis. Adalah amat keterlaluan bahawa dakwaan serius sedemikian rupa boleh berdasarkan kepada perkataan-perkataan oleh satu kumpulan yang jelas bermotifkan politik tanpa soalan.

Secara asasnya, adalah amat sinis dan tidak jujur (malahan merosakkan reputasi negara kita) untuk mengamalkan politik partisan sebegini cara. Sedihnya, kami telah melihat kejadian tersebut sebelum ini (kononnya “misi pencarian fakta antarabangsa” ). Cukuplah. Sila kongsi laman web ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka dapat mengetahui siapa SUARAM sebenarnya. Mereka ini di ibaratkan ROH di Negara Asal Keturunan mereka tapi NYAWA di Malaysia dan JASAD pula dengan ANASIR ASING. Mereka ini jika di ikut Fahaman Idealogi Perjuangan mereka "JELAS BUKAN BERTERASKAN ISLAM" kerana mereka sememangnya KAFIRUN dan yang Melayu pula STELIN adalah IDOL mereka dan bukannya RASULLULLAH. Bagi penulis SUARAM adalah  "SUARA ANTI MELAYU".


Biografi

 Nalini ElumalaiNalini Elumalai

Nalini Elumalai adalah Pengarah Eksekutif SUARAM yang telah dilantik pada awal tahun 2012. Sejak 2006, Nalini telah terlibat secara aktif dalam kempen – kempen anjuran SUARAM seperti kempen untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat dan Akta Dadah Berbahaya.
 K. ArumugamK. Arumugam

K. Arumugam adalah Pengerusi SUARAM. Beliau juga merupakan penulis buku berjudul 'Mac 8' yang telah diharamkan pada tahun 2006. Beliau telah pun menfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri berkenaan pengharaman buku tersebut. Arumugam juga merupakan penasihat kepada Yayasan Tamil Malaysia.
Cynthia GabrielCynthia Gabriel, Pengarah

Cynthia Gabriel ialah ahli Majlis Bandaraya yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor. Dia juga ialah setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia, yang bekerja dengan PKR, PAS dan DAP.


Sivarasa RasiahSivarasa Rasiah, Pengasas Bersama

Sivarasa Rasiah ialah ahli politik dan peguam Malaysia. Dia memegang jawatan di Majlis Eksekutif Pusat untuk Parti Keadilan Rakyat dan juga merupakan ahli parlimen untuk Subang.
Tian ChuaTian Chua

Tian Chua ialah naib presiden, ketua informasi dan ketua strategi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dia sekarang berkhidmat sebagai ahli parlimen Batu, dan merupakan salah satu daripada rakan-rakan seperjuangan politik kanan Anwar Ibrahim.
Dr Syed Husin AliDr Syed Husin Ali

Dr Syed Hussein Ali ialah senator yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Selangor. Dia ialah ahli utama Parti Keadilan Rakyat (PKR), dan sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai naib presiden selepas penggabungan parti dengan Parti Rakyat Malaysia (Parti PRM)


Premesh ChandranPremesh Chandran

Pramesh Chandran ialah pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif portal berita Malaysiakini yang pro-Pakatan Rakyat. Dia ialah kawan rapat Tian Chua; mereka pernah menjadi ahli Network of Overseas Students Collective of Australia (NOSCA) bersama dengan Elizabeth Wong.
Elizabeth WongElizabeth Wong

Elizabeth Wong ialah ahli Dewan Undangan Negeri untuk Bukit Lanjang dan juga EXCO negeri Selangor yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Pelancongan, Pengguna, dan Alam Sekitar. Dia juga ialah Ketua Informasi untuk Wanita Parti Keadilan Rakyat dan juga di peringkat bahagian Petaling Jaya Utara.
Irene FernandezIrene Fernandez

Irene Fernandez ialah ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan merupakan pengarah dan pengasas bersama organisasi hak asasi manusia Tenaganita yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan.


Dr Kua Kia SoongDr Kua Kia Soong

Dr Kua Kia Soong pernah menjadi ahli parlimen (1990-1995) untuk Petaling Jaya di bawah Parti Tindakan Demokratik (DAP), yang merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat.
Irene XavierIrene Xavier

Irene Xavier ialah aktivis hak wanita dan jurucakap untuk pertubuhan bukan kerajaan Inisiatif Manifesto Rakyat (PMI), sebuah gabungan oleh 50 pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang membentuk sebuah jawatankuasa pemerhati parlimen. Dia ialah presiden Sahabat Wanita.
Dr. Nasir HashimDr. Nasir Hashim

Dr. Nasir Hashim ialah pengerusi untuk Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kota Damansara, jawatan yang sebelum ini dimenangi di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat.


S. ArutchelvanS. Arutchelvan

S. Arutchelvan ialah ahli pengasas dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) kini. Dia juga ialah ahli majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ).
Julian JayaseelaJulian Jayaseela, 1st Coordinator

Julian Jayaseela pernah menjadi pengarah eksekutif organisasi HIV/AIDS Pink Triangle sebelum ini. Dia juga menerbit filem, dan merupakan pengarah syarikat produksi Nuansa Films.
Lee Siew HwaLee Siew Hwa, 3rd Coordinator

Lee Siew Hwa ialah aktivis yang bekerja untuk Jawatankuasa untuk Wanita Asia (CAW). Dia adalah amat lantang tentang sentimen anti-kerajaannya.


Charles Hector FernandezCharles Hector Fernandez, 2nd Coordinator

Charles Hector ialah peguam, dan bekas ahli Majlis Peguam Malaysia. Dia ialah seorang aktivis dan menulis blog tentang isu-isu hak asasi manusia secara konsisten.
Bruno Gentil PereiraBruno Gentil Pereira

Bruno Gentil Pereira ialah ahli jawatankuasa eksekutif untuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Yap Swee SengYap Swee Seng, Bekas Pengarah Eksekutif

Yap Swee Seng ialah bekas pengarah eksekutif FORUM-ASIA, sebuah organisasi hak asasi manusia serantau berasaskan keahlian.


 
Apa kecoh-kecoh ni SUARAM?

Kita semua tahu SUARAM adalah NGO yang dibayangi oleh Pakatan, maka tidak hairanlah jika SUARAM dengan selambanya meminta pihak Inggeris campur tangan dalam urusan pentadbiran negara.

Boleh baca sendiri laporan dari portal pembangkang Malaysian Insider:

SUARAM Meminta Pertolongan Kerajaan Inggeris Untuk Menghentikan Tindakan Keras Terhadap Pakatan

KUALA LUMPUR, 7 Jun - Tempatan kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) hari ini merayu campur tangan dari United Kingdom dan menggesa Perdana Menteri David Cameron untuk membantu menghentikan tindakan keras Malaysia terhadap pembangkang.
"Kami menyeru kepada Kerajaan Inggeris untuk menunjukkan kepimpinan moral dan politik dalam menangani tindakan keras Malaysia baru-baru ini terhadap ahli-ahli politik pembangkang, " kata kumpulan itu.

Aku nak tanya SUARAM, apa hak United Kingdom untuk campur tangan dalam urusan dalaman rakyat Malaysia? Urusan dalaman Malaysia adalah tanggungjawab Kerajaan Malaysia, bukan Kerajaan UK!! Ada pernah NGO dari UK atau mana-mana negara asing minta Malaysia campur tangan dalam urusan dalaman negara mereka?

TAKDA!!!

Tapi NGO pembangkang dari Malaysia dengan mudah mendedahkan perkara dalam kain sendiri untuk tayangan perdana kepada negara-negara luar, menagih simpati meminta campur tangan asing!!
MATI - Kerana menghalau penjajah
Rakyat Malaysia berjuang dengan titisan darah, keringat dan air mata untuk mengusir penjajah Inggeris keluar dari Tanah Melayu. Berjuang untuk Kemerdekaan supaya negara kita menjadi negara yang berdaulat di mana tanahair kita ditadbir oleh anak jatinya sendiri.

Tapi sekarang NGO pembangkang dengan mudah membuka pintu mengundang campur tangan penjajah Inggeris dalam urusan tanah air kita.

Begitulah sikap pihak pembangkang. Demi kuasa, maruah dan kedaulatan negara sanggup digadai! Inilah badai penjajahan kali kedua didokong oleh Si Kitul moden! Mereka meraih hasil PERJUANGAN Islamelayu yang bermandi darah dan bergadai nyawa kerana Tanah Melayu ini. Tiada satu Negara pun di dunia ini yang boleh memberi KERAKYATAN kepada Imegran dengan jumlah berjuta orang dan kini mereka bukanya berterima kasih tapi mereka menentang pula kita kerana Banyaknya Orang Islamelayu yang telah mereka DOKTRINKAN menjadi mereka....Jasad Melayu tapi rohnya adalah sama dengan Imegran yang di beri Kerakyatan.
http://3.bp.blogspot.com/-dDt4Nz_3X9s/UbVUaTARyaI/AAAAAAAAhsw/2roKBK9XwB0/s1600/1370837937061.jpg
SESAT - Jangan bercakap ikut mulut.

Mana dia KAFIRUN yang bersama kita menetang Pejajah? Chin Peng di angkat menjadi HERO oleh sesetengah Islamelayu, tapi tahukah anda berapa banyak Isteri ATM yang menjadi Balu dan cacat kekal hingga sekarang ini? Bagi Islamelayu seperti ini..... carilah guru dan bertanyalah kemana dan bagaimana Pegangan Ugama anda? Kerana politik kita telah terpisah begini jauh dan ada yang sanggup menggadaikan Ugamabangsa kerana sedikit kuasa. Lihatlah sekeliling kita, apa dia hak kita. Mungkin hanya tinggal rumah yang masih berhutang dengan Bank dan sebuah kenderaan. Tanah? Berniagaan? Saham? Budaya? Bahasa? Tulisan? dan yang paling sedih, nak mendirikan Surau pun kita terpaksa bertanya kepada KAFIRUN yang hanya dua orang dalam Taman kita kerana nak menjaga HAK ASASI MANUSIA.

 Sedangkan HAM adalah berpandukan Budaya dan bangsa yang menjadi teras didalam sesuatu Negara itu. Apakah mereka menjaga HAK ASASI kita jika KUIL(Lebih Kuil dari Orang) lebih utama dari Masjid kerana mereka mentafsirkan HAM mengikut apa yang ada dalam kepala mereka dan bukannya TERAS di dalam Malaysia ini dan mereka juga adalah ANAK ANGKAT INGGERIS yang di tinggalkan untuk kita melayan kerenah mereka kerana Inggeris sudah tak sanggup lagi menjaga dan membela mereka.