PENGENALAN 32 SIFAT MUNAFIK DAN KISAH 73 GULUNGAN......KITA DI GULUNGAN YANG MANA?
Ciri-ciri Atau Sifat-sifat Orang Munafik !
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Memang kita selalu dengar perkataan MUNAFIK itu dan pernah tak kita tanya apakah ciri-cirinya. Oleh itu saya ingin kongsikan di sini:
Mungkin kita selalu mendengar perkataan munafik di dalam kehidupan kita sehari-hari. Pada kita ia perkara biasa dan tak ade apa pun.Namun sebenarnya munafik itu adalah suatu sifat yang amat buruk dan mencelakan.
Apakah kita termasuk orang yang munafik?
Mungkin kita dengan tegas mengatakan kita adalah bukan orang munafik kerana kurangnya kefahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.
Hadis Nabi Muhammad SAW menjelaskan tanda-tanda orang munafik :
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik :
1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan / amanah maka dia akan mengkhianatinya.
Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pemungkir janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi sudah ada ciri-ciri munafik dalam dirinya.
1. Berbohong / Dusta
Bohong adalah mengatakan sesuatu yang tidak benar kepada orang lain. Jadi apabila seseorang itu tidak jujur kepada orang lain maka dia boleh menjadi orang yang munafik. Contoh bohong seseorang mengatakan dia ada di pejabat untuk menerima temu janji tetapi apabila orang yang di berhajat berjumpa dengannya dia menghilangkan diri. Dia berbohong dan memberi alasan yang tidak benar.
2. Mungkir dan Ingkar Janji
Seseorang terkadang suka membuat suatu perjanjian atau kesepakatan dengan orang lain. Apabila orang itu tidak mengikuti janji yang telah disepakati maka orang itu telah ingkar janji. Contohnya seorang majikan berjanji hendak membayar gaji pekerjanya tetapi bila sampai masa dia mungkir janji dengan alasan yang direka-reka. Sifat seperti ini sungguh buruk lebih-lebih lagi dia menunjukkan akhlak yang tidak baik kepada orang-orang dibawahnya. Sifat buruk ini menjadi umpatan orang lain dibelakangnya. Apabila sifat mungkir janji ini dilakukan berulang-ulang menyebabkan kepercayaan orang lain kepadanya sudah hilang.
3. Berkhianat/ Tidak Amanah
Khianat mungkin yang paling berat kelasnya dibandingkan dengan sifat suka bohong dan suka ingkar janji. Contohnya seorang yang di amanahkan menjaga harta tapi beliau menggunakan harta itu untuk kepentingan dirinya sendiri atau seseorang yang menaruh kepercayaan padanya seperti untuk menguruskan Pemergian ke Tanah Suci sama ada untuk Umrah atau Mengerjakan Haji. Sebaliknya dia melesapkan wang yang di amahkan kepadanya. Hidup orang yang tidak amanah ini tidak akan berkat dan dia akan mendapat balasan kerana sifat pecah amanah yang dilakukannya.
Di Bawah terdapat tambahan 32 sifat-sifat orang munafik yang boleh wujud pada diri seseorang dan membuatkan dia menjadi munafik tulin secara tak sedar. Bacalah dan semaklah samada sifat-sifat itu ada pada diri kalian. Jika ada usahalah untuk memperbaiki.
32 Sifat munafik yang wujud dalam perbuatan dan hati manusia :
Sifat Yang Ke-1 : Dusta
Sifat Yang Ke-2 : Khianat
Sifat Yang Ke-3 : Fujur dan lemah imannya
Sifat Yang Ke-4 : Suka mungkir janji bila berjanji
Sifat Yang Ke-5 : Malas beribadah
Sifat Yang Ke-6 : Riya
Sifat Yang Ke-7 : Sedikit berzikir
Sifat Yang Ke-8 : Mempercepat solat (malas ketika solat)
Sifat Yang Ke-9 : Mencela orang-orang yang taat dan soleh
Sifat Yang Ke-10 : Memperolok-olokkan Al-Quran, As-Sunnah Rasulullah SAW
Sifat Yang Ke-11 : Bersumpah palsu
Sifat Yang Ke-12 : Tidak mahu berinfaq dan bersedekah
Sifat Yang Ke-13 : Tidak mempunyai sikap prihatin terhadap nasib kaum muslimin
Sifat Yang Ke-14 : Suka menyebarkan berita fitnah
Sifat Yang Ke-15 : Mengingkari takdir (tidak reda qadak dan qadar)
Sifat Yang Ke-16 : Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
Sifat Yang Ke-17 : Sering meninggalkan solat berjamaah
Sifat Yang Ke-18 : Membuat kerosakan di muka bumi dengan alasan mengadakan perbaikan
Sifat Yang Ke-19 : Tidak ada kesesuaian antara amal zahir dengan batin
Sifat Yang Ke-20 : Suka mengeluh dan tidak reda terhadap ujian Allah SWT
Sifat Yang Ke-21 : Suka membuat alasan dengan berdusta.
Sifat Yang Ke-22 : Menyuruh perbuatan mungkar dan mencegah amal makruf
Sifat Yang Ke-23 : Bakhil harta yang dimilikinya.
Sifat Yang Ke-24 : Lupa kepada Allah SWT
Sifat Yang Ke-25 : Mendustakan janji Allah dan Rasul-Nya
Sifat Yang Ke-26 : Lebih mengutamakan zahir dan mengabaikan batin
Sifat Yang Ke-27 : Sombong dalam berbicara dan suka menegakkan kebatilan.
Sifat Yang Ke-28 : Tidak memahami Islam (Ad Din) sebagai satu cara hidup.
Sifat Yang Ke-29 : Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah SWT dengan dosa
Sifat Yang Ke-30 : Bergembira dengan musibah yang menimpa orang-orang mukmin dan dengki terhadap kebahagiaan mereka.
Sifat Yang Ke-31 : Suka mengungkit-ungkit pemberiannya kepada orang lain (buruk siku)
Sifat Yang Ke-31 : Suka maki hamun dan melaknat orang mukmin.(melampaui batas dalam berhujah)
Sifat Yang Ke-32 : Suka bertindak merampas hak orang lain
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita jauhi tiga sifat munafik yang dinyatakan oleh Nabi SAW iaitu apabila berkata-kata ia berdusta, apabila berjanji ia mengingkari dan apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya. Selain daripada tiga sifat ini terdapat 32 lagi sifat-sifat munafik yang menjelaskan lagi ciri-ciri munafik tulin yang terdapat ramai dikalangan masyarakat kita.
Semoga kita muhasabah sifat-sifat di atas agar kita boleh perbaiki kelemahan kita dan menjadi hamba Allah yang beriman, bertakwa dan taat dan patuh segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya.
Wallahualam.
Permusuhan selalunya
dimulai dengan keinginan manusia atau sekumpulan manusia untuk memenuhi
tuntutan nafsu. Dalam kes ini, jika ada halangan untuk memuaskan
tuntutan nafsu, sesetengah manusia mengambil jalan mudah dan
mengetepikan sifat kemanusiaannya.
Golongan ini sebenar telah dirasuk syaitan dan Allah SWT telah berfirman tentang syaitan maksudnya:
"Syaitan itu
memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan
kosong pada mereka, pada hal syaitan itu tidak menjanji kepada mereka
selain tipuan belaka." (Surah an-Nisa ayat 120)
Bermula dengan sikap
benci, berkembang menjadi perseteruan sementara dan seterusnya tanpa
kawalan diri akan memuncak menjadi lebih buruk, termasuk melibatkan
pembunuhan dan pelbagai kezaliman.
Rasa benci yang mula
berakar menyebabkan manusia sanggup memutuskan perhubungan sebagai rakan
atau saudara. Memutuskan ikatan persaudaraan seagama menjadi petanda
berlakunya kekeruhan iman.
Perasaan memusuhi apa
sahaja yang datangnya daripada pihak lawan meskipun perkara itu perkara
baik semakin merebak dalam kalangan masyarakat kita.
Orang tidak lagi dapat
berfikir dengan jernih dan boleh membezakan mana yang baik dan benar,
kerana perasaan terlampau benci mengalahkan segalanya.
Inilah sifat tamak
manusia dan Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan adalah manusia itu
bersifat tergesa-gesa." (Al-Isra ayat 11).
Begitu juga apa yang
berlaku dalam konteks apa yang dilakukan kerajaan hari ini. Pihak yang
membenci akan sentiasa menyalahkan dan menganggap tidak betul meskipun
kerajaan sudah sedaya upaya melakukan proses transformasi menyeluruh
bagi membaiki keadaan.
Perasaan dendam dan
benci yang membuak-buak menjadikan seseorang itu buta mata dan buta hati
mengakui kebaikan yang dilakukan orang lain.
Perhimpunan Blackout 505
yang kononnya dikatakan berjuang menentang penipuan pilihan raya antara
contoh konkrit bagaimana sebahagian masyarakat kita terperangkap dengan
politik benci-membenci.
Tiada lagi perasaan
bertolak ansur dan kasih sayang tersemai pada peserta perhimpunan itu
sebagaimana yang menjadi ciri-ciri dan amalan masyarakat kita semenjak
zaman dahulu hingga kini.
Tiada lagi perasaan menerima atau bersikap qana‘ah terhadap takdir yang sudah ditentukan Tuhan.
Tidak ada lagi
keharmonian dan perpaduan yang terpancar dalam perhimpunan itu bagi
memupuk dan mencipta kejayaan yang lebih cemerlang lagi bagi memastikan
agenda negara maju yang diimpi-impikan rakyat dapat direalisasikan
menjelang 2020 nanti.
Walhal, hakikatnya
perhimpunan itu lebih menonjolkan kepentingan dan perjuangan individu
berbanding memperjuangkan perubahan sistem politik yang lebih baik.
Perkara ini nampak ketara dengan menonjolnya seorang pemimpin sahaja
berbanding penonjolan kepimpinan secara kolektif.
Malah, berlaku perpecahan di antara golongan ini dalam merespons pendekatan yang sebegini.
Majoritinya juga tidak
menyedari bahawa pengorbanan mereka akan sia-sia belaka kerana mereka
hanya dimanfaatkan golongan elit mereka sendiri.
Adakah ada jaminan
sekiranya perjuangan mereka mencapai matlamatnya mereka akan diberi
pampasan baik secara moral mahupun material...?
Adakah juga pihak
pimpinan mereka akan bertanggungjawab sekiranya perjuangan mereka gagal,
lantas mereka mendapat ganti rugi sewajarnya sepanjang mereka
berjuang...?
Adakah golongan elit
mereka memikirkan keperluan perut para penyokongnya meskipun ada antara
mereka sanggup dibuang kerja dan terbengkalai kerja-kerja harian mereka,
demi memenuhi kehendak pimpinan sedangkan para pemimpin itu berada
dalam zon selesa...?
Pada masa sama, para
peserta dan kalangan masyarakat yang mengikuti perkembangan perhimpunan
itu disogok dengan pemikiran-pemikiran yang melampau dan di luar
batas-batas akhlak Islam. Lihatlah apa yang terjadi dalam media sosial.
Tiada lagi kaedah berselindung dan sembunyi-sembunyi bagi meluahkan kebencian mereka.
Secara terang-terangan
mereka menghina semua institusi negara, institusi raja bahkan menghina
Islam. Ini semua adalah buah dari ketaksuban dan kefanatikan terhadap
pimpinan mereka sehingga etika dan prinsip-prinsip asas dilanggar
sendiri.
Lebih mendukacitakan, ramai dalam kalangan Melayu yang berbuat sedemikian dan mengikut rentak golongan bukan Islam.
Kita jangan jadi seperti
golongan Khawarij yang sangat patuh menjalankan ibadah ritual tetapi
sangat kaku dalam hubungan sosial, terutama sesama kaum Muslim.
Sejarah Islam mengajar
kita bahawa dalam kalangan mereka ada yang sanggup membunuh saudara
seIslam kerana berbeza pendapat dalam masalah agama. Terutama ketika
masalah kepimpinan Ali bin Abi Talib.
Malah lebih malang lagi
apabila mereka lebih menghormati Nasrani (kerana kaum dzimmi menurut
al-Quran harus dilindungi) daripada orang Islam sendiri.
Mereka menghukum kafir terhadap sesiapa sahaja yang memutuskan perkara tidak berdasarkan al-Quran.
Mereka membunuh Abdullah
bin Habab dan isterinya kerana memuji Ali selepas peristiwa Tahkim.
Golongan Khawarij dikatakan sangat taat mengerjakan sembahyang dan tidak
menyentuh makanan haram, ternyata sanggup membunuh saudara sesama Islam
hanya kerana perbezaan pendapat.
Adakah di antara kita
begitu kaku berpegang kepada al-Quran dan hadis hanya dalam kerangka
pemikiran kelompok kita dan tidak menghormati pemahaman kelompok yang
lain?
Apakah kita lebih
menghargai umat lain daripada sesama Islam? Atau kita halalkan segala
perkara seperti fitnah, penyalahgunaan kuasa untuk menjatuhkan orang
yang tidak sehaluan dengan kita....?
Khawarij masih berada di
sekitar kita. Mereka menjual dan menjaja kewarakan diri demi
kepentingan politik. Kuasa apabila jatuh ke tangan golongan seperti ini
akan menghancurkan masyarakat seluruhnya.
Mengabaikan
masalah-masalah hukum dan hubungan kemasyarakatan bukan sahaja
menimbulkan kerosakan dalam masyarakat itu sendiri, malah akan
mengakibatkan tergugatnya sebuah kehidupan yang damai.
Islam yang ditegakkan
melalui hubungan damai dan mementingkan perdamaian akan terjejas dengan
sendirinya oleh sikap lemah dan jahil penganutnya yang sanggup
mengetepikan rasa cinta sesama manusia dan membiarkan tuntutan nafsu
menggantikan keimanan.
Perselisihan seperti ini harus diatasi dengan dakwah dan amar makruf nahi mungkar.
Dalam hal ini nabi
SAW bersabda yang bermaksud: "Allah tidaklah mengutusku sebagai seorang
pemberi beban dan juga seorang yang keras. Sesungguhnya aku ini diutus
hanyalah sebagai seorang pengajar dan seorang yang memberikan kemudahan"
Apabila berlakunya
sesuatu perselisihan, orang Islam diwajibkan untuk melupakan perbezaan
dan kembali kepada dasar keimanan dengan jelas. Sebarang perbezaan
pendapat perlu diselesaikan secara berhemah dan beretika.
Sehubungan ini Allah
SWT berfirman yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah
Allah dan taatilah Rasul-Nya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika
kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada
Allah dan Rasul-Nya. Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari
kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.
(Surah An-Nisa ayat 59).
Perpecahan sesama umat
Islam berlaku di mana-mana sahaja sehingga mereka sanggup berbunuhan
sesama sendiri hanya kerana perbezaan pendapat atau aliran. Kononnya
perpecahan tidak dapat dielakkan kerana sepanjang sejarah kita selalu
berpecah.
Di samping menggunakan
hujah dan menunjukkan dalil-dalil al-Quran dan hadis untuk
mempertahankan perpecahan yang terjadi, apakah boleh kita katakan bahawa
perpecahan yang berlaku sesama umat Islam itu sebagai satu takdir?
Perpecahan bukan harus diterima begitu sahaja tetapi harus diselesaikan dengan melakukan muhasabah perilaku kita sendiri.
Ketika Nabi menyebut
bahawa di antara umatnya ada yang taat dan ada yang melakukan maksiat.
Ini bererti Nabi sedang menunjukkan masih ada jalan penyelesaian terbaik
bagi dua kumpulan yang bersengketa.
Terpulanglah kepada sikap kita sendiri sama ada ingin meneruskan sengketa ataupun mencari jalan damai.
Jika jalan damai yang
kita pilih, hubungan persaudaraan akan bertaut kembali dengan lebih
kukuh. Pilihan itu selalu ada dan kita selalu diberikan peluang untuk
membuat pilihan.
Mungkin kita boleh mengambil sikap membetulkan kesilapan yang pernah kita lakukan.......
Pengurus Besar
Analisa & Penyelidikan Yayasan
Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).
AMUKANMELAYU - sudah penat dan lelah....marilah kita menuai "HASIL" milik kita. Janganlah biarkan terlalu lama sengketa ini, yang suka memanjangkannya adalah mereka yang akan "MERAIH" segalanya dari menjadi milik kita.