,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 8 June 2013

DAULAT TUANKU - HIDUP BIAR BERADAB AGAR ADAT MENENTUKAN TEMPAT


Fahami Adat Raja Berdaulat. 

Bermula dengan kejadian menghina Raja-Raja Melayu, menyaman Sultan, mengingkari titah, cuba mendahului kuasa Sultan, membelakangi perkenan Sultan dan kini menghina Yang di-Pertuan Agong iaitu ketua negara yang paling tinggi di negara ini. Jelas semuanya bermula dengan ketaksuban berpolitik tetapi pendidikan dan pemahaman tentang sejarah mahupun sistem pentadbiran Malaysia juga banyak menyumbang kepada corak pemikiran golongan ini yang bermimpi mereka tinggal di sebuah negara republik.

Mereka bernasib baik Kerajaan Sedia Ada Tidak Begitu Tegas kerana perbuatan segelintirnya mungkin diambil kira sebagai menderhaka mahupun memberontak terhadap Yang di-Pertuan Agong dan boleh membawa kepada hukuman mati.
JALUR GEMILANG - Di bakar di Trengganu

Kerajaan juga perlu mengambil iktibar sikap kurang ajar ini turut disumbang pendekatan yang terlalu berlembut di samping didikan sejarah serta Perlembagaan Negara yang tidak diwajibkan di sekolah mahupun universiti, khususnya di institusi pendidikan berasaskan kaum tertentu sahaja.Mungkin tiba masanya penguatkuasaan diperketatkan terhadap mereka yang menghina Raja-Raja, agama Islam, Perlembagaan, Jalur Gemilang mahupun mencemar nama baik negara ini, mengingatkan mereka wujudnya perbezaan antara kebebasan bersuara dengan menderhaka kepada Raja dan Negara.

Bagi tokoh akademik, Tan Sri Ibrahim Abu Shah, satu penyelesaian jangka panjang perlu dirangka untuk mengatasi sikap segelintir rakyat yang tidak menghormati Raja-Raja Melayu mahupun Perlembagaan Persekutuan."Masalah ini sudah lama tetapi semakin ketara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) melalui media sosial dan blog dengan alasan kebebasan bersuara.

"Masalah rakyat menjadi biadap akibat dicucuk parti politik tertentu sehingga menjadi tidak rasional, emosi dan bila marah boleh jadi separuh gila. Bila sudah 'gila', tidak kisah undang-undang dan ikut sedap mulut sahaja," katanya.

Di sebalik semua itu, beliau juga melihat kerajaan 'terlalu baik' kerana terpengaruh dengan gerakan hak asasi dan liberalisme global sehinggakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dihapuskan dan diganti akta baru tetapi ia tidak dapat dilaksanakan atas sebab tertentu.

"Mana-mana sekalipun di dunia, jika kerajaan tidak tegas dan rakyat melihat dasar kerajaan mahupun pihak berkuasa 'tidak melawan', maka mereka akan jadi semakin berani, seterusnya jadi lebih kurang ajar."Kerana itu saya menyokong tindakan tegas kerana ketegasan itu amat perlu untuk keselamatan, keharmonian dan perpaduan," jelasnya.
KDN - Menteri yang lemah akan membawa padah

Beliau berharap kerajaan tidak lagi nampak lemah di mata rakyat agar tiada yang menjadi 'lebih gila' kerana ketegasan yang mengikut undang-undang bukannya menzalimi atau balas dendam terhadap rakyat.Menurutnya lagi, hanya segelintir rakyat Malaysia yang 'gila' dan kerajaan sebenarnya menzalimi majoriti yang tidak bersikap demikian jika tiada ketegasan bertindak mahupun terus bertolak ansur sehingga kepala dipijak golongan tersebut."Masa untuk berlembut sudah tamat, jangan dibiarkan hingga tercetusnya huru-hara dan menggugat perpaduan.

"Kita kena betulkan balik mana yang silap terutama sekali dalam pendidikan di sekolah rendah dan menengah, jangan kerana politik kita dengar sangat tuntutan kumpulan yang tiada semangat patriotisme ini, mereka inilah yang mainkan bendera kita dan hina institusi diraja," tegasnya.Ibrahim turut menegur sistem pendidikan negara yang asyik berubah tetapi bukannya ke arah kebaikan sehinggakan golongan muda kekurangan ilmu khususnya sejarah negara, Perlembagaan dan pendidikan sivik yang semakin hilang atau tidak diajar di sekolah.

Dakwanya, faktor pendidikan itu juga menyebabkan rakyat khususnya bukan Melayu, termasuk ramai orang Cina yang tiada rasa sayang kepada negara ini."Kita tidak boleh salahkan mereka sepenuhnya. Ilmu sejarah, Perlembagaan dan sivik ini perlu ada dalam silibus khususnya di semua sekolah rendah dan menengah."Langkah ini akan mengambil masa panjang, lebih-lebih lagi bila berdepan sikap cauvinis dan rasis sesetengah pihak tetapi pihak kementerian dan kerajaan tidak boleh takut melaksanakannya sebelum terlambat," jelasnya.

Beliau juga menasihatkan orang Cina perlu berpijak di bumi nyata, tidak perlu nostalgia sehingga semua perkara perlu condong ke tanah besar China mahupun ke Republik Singapura."Jangan mulut sahaja kata sayang negara ini, perlu tukar pemikiran untuk kekalkan keamanan. Lihatlah perangai oportunis DAP yang mahukan keuntungan terbanyak tanpa mengira perasaan penduduk pribumi, terus pertahan perjuangan republik yang tiada Raja-Raja Melayu."Orang Melayu dari dahulu terima semua kaum dengan tangan terbuka tetapi kini ramai (bukan Melayu) yang nyata semakin cauvinis dan kurang ajar. Baliklah ke bumi nyata sebelum sesuatu yang buruk berlaku," katanya.

Felo Penyelidik Utama Institut Alam & Tamadun Melayu (Atma), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong pula berpendapat masyarakat Cina perlu dididik semula tentang penghormatan kepada orang Melayu sebagai kaum dominan di negara ini."Pemimpin politik dan budaya Cina perlu juga perjuangkan hubungan sosiobudaya dan nasionalisme, bukan ekonomi sahaja. Tindakan menghina orang Melayu boleh bawa huru-hara khususnya sifat agresif dalam media sosial kini."

Setakat ini cuma ada laporan polis, belum ada yang bertindak sendiri tetapi sampaikan Yang di-Pertuan Agong dihina, itu sengaja mencari pasal. Jika seseorang itu waras, mereka tahu ada hadnya dalam melakukan atau mengatakan sesuatu kepada pihak lain," jelasnya.

Tegasnya, jika had itu pun tidak tahu, maka akan wujud krisis sosiobudaya khususnya bila ramai anggota masyarakat Cina yang lebih perjuangkan jati diri Cina berbanding jati diri nasional sehingga mengundang kemarahan orang Melayu.Beliau turut mengingatkan melalui kontrak sosial yang dipersetujui dahulu, orang Melayu memberi taraf kerakyatan kepada bukan Melayu sekiranya bukan Melayu setuju menerima kuasa Raja-Raja Melayu, bahasa kebangsaan, hak istimewa Melayu dan lain-lain peruntukan Perlembagaan.

"Malangnya, kini semakin ramai (bukan Melayu) gunakan bahasa tidak sopan dalam media sosial kerana fikir boleh 'baling batu sembunyi tangan' tetapi mereka tidak sedar semuanya boleh dikesan dan diambil tindakan undang-undang."Saya harap kerajaan bertindak terhadap semua perbuatan atau kenyataan yang 'menyinggung' mana-mana pihak sama ada Seri Paduka, Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri mahupun rakyat biasa agar menjadi pengajaran kepada semua," ujarnya.
 
AWAS JIKA TERSALAH BICARA, MENDERHAKA NAMANYA
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 mahupun undang-undang umum di bawah Kanun Keseksaan juga boleh digunakan untuk "PENDERHAKA"
 
Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998/Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998/Seksyen 4(1) Akta Hasutan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi satu tahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya,
 
 
Saya berharap penguatkuasaan tidak lagi terlalu lemah selepas ini, ambil tindakan tegas dengan kadar segera terhadap sesiapa pun yang menghina Sultan, pemimpin mahupun rakyat biasa."Jika penghinaan terhadap rakyat biasa sudah dikenakan tindakan tegas, pasti tiada yang berani menghina Sultan, pemimpin mahupun negara."Saya berharap pendakwaan dalam kes menghina Seri Paduka ini disegerakan sebagai pengajaran terbaik kepada pengguna media sosial bahawa semuapun ada had dan batasannya," tegasnya. - nurul anuar kari@utusan
 
 

Perbandingan Kekuasaan Khalifah dengan Kekuasaan Yang Di Pertuan Agong

ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 13 April 2012 - Istiadat pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 telah dilakukan pada hari Rabu, 11 April 2012 di Istana Negara dengan upacara pemeriksaan barisan kehormat.

Seramai 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada tiga pegawai dan 104 anggota lain pangkat, terlibat dalam perbarisan kehormat di anjung utama Istana Negara.

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, sebelum menerima "Hormat Diraja" daripada barisan kawalan kehormat, yang diikuti dengan lagu "Negaraku."

Serentak dengan lagu "Negaraku' dimainkan, Bendera Peribadi Seri Paduka Baginda dikibarkan.

Selesai upacara itu, Seri Paduka berdua bersemayam di Bilik Seri Maharaja, sebelum berangkat ke Balairong Seri untuk upacara pertabalan yang buat julung kalinya diadakan di Istana Negara baru, Jalan Duta, yang berdiri megah sebagai lambang pemerintahan Raja Berperlembagaan di Malaysia. - BERNAMA


PERBANDINGAN KEKUASAAN KHALIFAH dengan KEKUASAAN YANG DI PERTUAN AGONG

Khalifah
(Bahasa Arab: خليفة)(Bahasa Inggeris: Caliph) secara harfiyah bermakna "pengganti" atau "wakil" yakni kepimpinan tunggal umat Islam setelah Nabi Muhammad SAW wafat. Mereka digelar sebagai Khalifah Allah (perwakilan Allah) dan Khalifah Rasulullah (pengganti utusan Allah). Gelaran Khalifah ini juga dikenali sebagai Amir al-Mukminin (أمير المؤمنين) yang bermakna "pemimpin orang yang beriman". Sejak tumbangnya pemerintahan Islam iaitu Kekhilafahan Turki Uthmaniyyah, gelaran ini tiada lagi kerana umat telah berpecah-belah kepada batas sempadan negara. Ketokohan kepimpinan khalifah-khalifah terkenal seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah Umar al-Khattab, Khalifah Umar Abdul Aziz, Khalifah Harun Al Rashid dan lain-lain.

Syarat Perlantikan Khalifah
Jika sekelompok kaum Muslim di suatu wilayah Islam membaiat atau melantik seseorang, ia sah sebagai Khalifah asal memenuhi syarat berikut:
  1. Memenuhi syarat in‘iqad seorang Khalifah iaitu muslim, lelaki, baligh, berakal(bukan gila), adil, merdeka (bukan hamba), mempunyai kemampuan memimpin Negara (Daulah Islamiyah).
  2. Ada wilayah batasan sempadan yang sentiasa berkembang dan rakyatnya yang jelas untuk menerapkan serta melaksanakan syariat Islam secara keseluruhan.
  3. Keamanan dan kekuasaan di wilayah itu berada di tangan kaum Muslim, bukan diuruskan oleh orang asing.
  4. Khalifah itu harus langsung menerapkan dan melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dan sekaligus, tidak ditunda ataupun bertahap-tahap.
Kekuasaan pemerintahan Khalifah
di dalam Sistem Syariat Islam ada empat asas perlu diperhatikan
  1. Kedaulatan di tangan syara’. Hanya syara’ yang berhak menentukan apa yang halal dan haram serta apa yang terpuji atau tercela. Manusia hanya memahami ayat-ayat Allah dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan meninggalkan apa yang dilarang.
  2. Kekuasan di tangan umat. Maksudnya umatlah yang memilih Khalifah dengan rela untuk menerapkan Syariat Islam.
  3. Wajib mengangkat satu Khalifah sahaja di dunia Islam.
  4. Khalifah yang berhak menentukan ijtihad dan melaksanakan hukum syara’ .

Yang Di Pertuan Agong
Gelaran rasmi ketua negara Malaysia yang digilir setiap lima tahun antara sembilan Raja atau Sultan Negeri-Negeri Melayu. Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat dan mengesahkan perlembagaan. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet atau Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri.

Syarat Perlantikan Yang Di Pertuan Agong
Digilir setiap lima tahun antara sembilan Raja atau Sultan Negeri-Negeri Melayu.
  1. Hanya Raja-Raja atau Sultan-Sultan yang boleh memilih
  2. Hanya Raja-Raja atau Sultan-Sultan yang boleh dipilih
  3. Raja-Raja atau Sultan-Sultan dipilih dengan giliran
Undang undang menyatakan bahawa seorang Raja atau Sultan tidak layak dipilih menjadi Yang Di Pertuan Agong apabila:
  1. Apabila Raja atau Sultan berusia muda
  2. Apabila Raja atau Sultan tidak ingin dipilih
  3. Apabila Majlis Raja-Raja menyatakan bahawa Raja atau Sultan tidak layak menjadi raja disebabkan oleh gangguan jiwa atau penyakit, yang menyebabkan sang raja tidak optimal dalam memerintah.

Kuasa Yang di Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan
Perlembagaan sekular menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan sekular telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang Di Pertuan Agong.

Antaranya ialah diberi kuasa oleh perlembagaan sekular untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-Wilayah Persekutuan. Di samping itu, Yang Di Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Di samping itu, Yang Di Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah :
  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Khatimah

Adakah amanah yang terpikul di bahu Khalifah ataupun di bahu Yang di Pertuan Agong untuk memastikan kesucian Islam tidak ternoda agar syair Islam terus berkembang dan umat Islam dilindungi daripada musuh kafir dan munafik? Justeru itu, sebagai umat Islam, mereka itu hendaklah memberi taat setia yang tidak berbelah bagi kepada segala perintah Allah SWT yang telah tertulis di dalam Al-Quran untuk segera diterapkan dan dilaksanakan. Sesungguh kekuasaan yang ada pada mereka itu merupakan amanah tanggungjawab yang akan dipersoalkan umat di akhirat kelak.

Amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil kerana tidak menerapkan syariat Islam secara keseluruhan tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ingatlah! Kedudukan kalian sentiasa dibawah pengawasan Allah! Andainya kalian adil, kalian akan mendapat naungan Arasy di Padang Mahsyar nanti. Sebaliknya jika kalian zalim dan menindas rakyat maka kalian adalah golongan pertama akan di masukkan ke dalam neraka tanpa hisab kerana betapa besarnya dosa kalian disisi Allah SWT. (abuidris/arrayah.info)
AMUKANMELAYU - Hidup biarlah beradab, biar adat menentukan tempat, jika Raja sudah berdaulat, raayat pula menjadi selamat.