Penggampang DEB sanjung Melayu anti-nasionalis
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Dato’ Seri
Nazir Razak menyifatkan Ketua Eksekutif Air Asia X sebagai “Pemimpin
Besar” kerana berani menyuarakan penentangan keatas akhbar Utusan
Malaysia dan NGO Melayu PERKASA.
Laporan akhbar The Edge:
CIMB’s Nazir praises Azran for criticising Utusan, Perkasa
Written by Cynthia Blemin of theedgemalaysia.com
Mon Jun 10 2013 8:06:08 PTG
KUALA LUMPUR (June 10): CIMB Group chief executive officer (CEO) Datuk Seri Nazir Razak today described the critical views of AirAsia X Bhd’s head honcho Azran Osman-Rani against Utusan Malaysia and Perkasa as “the hallmark of a great leader”.
At the prospectus launch of AirAsia X, Nazir said Azran’s act of speaking his mind made him (Azran) a great leader.
“Azran — some people think he is a little bit outspoken, but what would you expect if you have someone who is guided by a chairman like Tan Sri Rafidah Aziz,” Nazir said in his speech.
“It is this trait, speaking his mind, (that) makes him a great leader from my perspective – and has done a great job running this company,” said Nazir, the brother of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
After the May 5 general election, Azran in his Twitter Account had described Utusan Malaysia’s articles such as `Apa lagi Cina mahu’ (What More Do Chinese Want) as “racist” and suggested that AirAsia X should not place advertisements with the paper.
He also took a swipe at the right wing Malay group, Perkasa.
Azran has since come under fire from Utusan and Perkasa. There were even calls for the Umno-controlled newspaper not to accept advertisements from AirAsia X until Azran apologised.
Apart from Azran, AirAsia X’s chairman Tan Sri Rafidah Aziz also came under fire.
Later at a press conference, Rafidah defended Azran and reprimanded the media for over-sensationalizing the issue.
“What Azran said is in his personal capacity and if it relates to any advertising in any company, that is obviously a company decision which is not made by Azran alone.
“It is very important to separate between a private person’s feelings or about anything at all, but so happen he was talking about Utusan,” she said.
Rafidah said there were millions of people who tweet and people should be allowed to express their personal feelings.
“It should be allowed as Malaysia is a country that practices freedom of speech, as long as it is not seditious in nature,” she said.
When asked if the matter had affected investor confidence at a time when the airline is seeking to list and banking on retail participation in its IPO on July 10, Rafidah said: “It does not have any bearing or whatsoever on the company.”
************
Add caption |
Azran secara lantang mengumumkan bahawa
Air Asia X tidak akan mengkilankan produk mereka dalam Utusan Malaysia,
selepas akhbar itu menyiarkan muka depantulisan Zukiflee Bakar “Apa lagi Cina mahu?”.
Ianya luahan hati begitu ramai orang Melayu seabagai reaksi pertama
atas keputusan yang menunjukkan rata rata masyarakat Cina secara
menyeluruh menolak BN.
ARKIB : 13/05/2013
Azran Osman-Rani cemuh Utusan Malaysia dakwa akhbar rasis
KUALA LUMPUR 12 Mei – Seorang ahli korporat Melayu baharu yang berkhidmat dengan syarikat Air Asia milik Tan Sri Tony Fernandes mencemuh Utusan Malaysia sebagai akhbar rasis.
Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, Azran Osman-Rani membuat kenyataan menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya untuk menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabelnya tidak mewakili Melayu Malaysia.
Azran secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial miliknya itu menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan akhbar itu bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.
Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: “I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan’s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan).”
Dalam akaun Twitter pula, beliau juga menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan.
Azran turut menyifatkan Utusan Malaysia sudah tidak relevan dengan jumlah pembaca semakin merosot, walaupun hakikatnya jualan akhbar ini bukan sahaja tidak merosot, malah meningkat sebanyak 1,000 naskhah sehari.
“Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia,” tulis ahli korporat Melayu baharu itu.
Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempersoalkan undi kaum Cina yang menyokong DAP hampir 100 peratus.
Laporan berkenaan mendapat liputan meluas sehingga seorang wartawan berketurunan Cina mempersoalkannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar beliau.
Bagaimanapun, Najib dengan tenang menjawab: “Awak salahkan Utusan, bagaimana pula akhbar berbahasa Cina? Adakah anda kata sesetengah orang memperkatakan benda yang betul setiap masa?.”
Dalam pada itu, Azran turut memperlekehkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) apabila menyifatkan bahawa fikiran sempit pertubuhan itu yang membuatkan orang Melayu terkebelakang.
“Perkasa? I think Malaysia has proven that they are irrelevant. Its Perkasa’s narrow-mindedness that’s holds Malays back. (Perkasa? Saya fikir Malaysia telah membuktikan bahawa mereka tidak relevan. Fikiran sempit Perkasa yang menyebabkan Melayu ketinggalan.)”
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pilihan_Raya/20130513/px_26/Azran-Osman-Rani-cemuh-Utusan-Malaysia-dakwa-akhbar-rasis#ixzz2VqeGQ2ue
© Utusan Melayu (M) Bhd
****************
Malah, semasa mengumumkan BN berjaya
menubuhkan Kerajaan Persekutuan malam pengiraan undi PRU13 itu sendiri,
Presiden UMNO dan Pengerusi BN Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak
menyifatkan fenomena itu sebagai “Tsunami Cina”.
Secara tidak langsung, Nazir menyifatkan
abang sulung beliau iaitu Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun
Razak sebagai seorang yang ‘Bukan Pemimpin Besar’. Ini kerana Perdana
Menteri Najib mempertahankan hak Utusan Malaysia untuk menyiarkan muka
depan itu, dengan mempersoalkan bagaimana sekian lama akhbar akhbar
bahasa Cina begitu tegar membawa isu isu Chauvinis Cina dan rasis.
Dalam nafas yang sama, Nazir wajar
mengagungkan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim and Penasihat DAP dan
Maharaja Chauvinis Cina Lim Kit Siang sebagai ‘Pemimpin Besar’ kerana
mereka juga secara lantang sentiasa mengutuk Utusan Malaysia dan
PERKASA.
Untuk rekod, Nazir pernah menunjukan sifat anti-nasionalis
beliau apabila ‘Menggampangkan Dasar Ekonomi Baru’ semasa menjadi
panelis dalam Kongress Ekonomi Cina pada 15 Ogos 2010. Ianya mengundang
banyak reaksi, termasuk Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Nazir lupa daratan kerana beliau mendapat peluang untuk memajukan diri sehingga mengetuai sebuah bank, yang asalnya Bank Bumiputera.
Bank Bumiputera ujud khusus untuk
membantu ekonomi orang Melayu dan memberi kemudahan kewangan kerana
kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank bank yang pada masa itu
dikuasai oleh orang asing dan Cina. Ianya lahir dari Kongress Ekonomi
Bumiputra pertama pada 1965.
Melayu Melayu lupa daratan dan kenyataan
kenyataan cemuhan mereka memberikan modal kepada Bukan Melayu terutama
masyarakat Cina yang sememangnya mahu melihat dasar dasar tindakan
affirmatif seperti DEB dihentikan dan mereka membolot semua peluang
ekonomi. Akibatnya, negara tidak akan stabil kerana majoriti rakyat akan
terpinggir dari kegiatan ekonomi perdana dan akan tidak puas hati.
Setakat ini, tiada bukti jelas menunjukan dasar dasar tindakan affirmatif DEB mencacatkan pertumbuhan ekonomi.
Sebaliknya, DEB tidak menafikan hak Bukan
Melayu untuk berniaga tetapi mengadakan peluang bagi orang Melayu
dengan mengembangkan kek ekonomi. Penglibatan segelintir orang Melayu
dalam aktiviti perniagaan dan keusahawanan bererti mereka akan
menggiatkan lagi aktiviti perniagaan borong, yang sememangnya menguasai
oleh peniaga Cina. Penglibatan orang Melayu juga akan menambah kepada
peningkatan pertumbuhan ekonomi.
Utusan Malaysia dan PERKASA setakat ini
hanya mempertahankan dasar dasar yang ada dan peruntukan yang terangkum
dalam Perlembagaan Persekutuan, terutama yang menjaga dan menjamin
kepentingan orang Melayu. Ianya tidak menafikan hak atau mengahalang
Bukan Melayu, terutama masyarakat Cina dari meneruskan aktiviti ekonomi
dan menguasai pasaran pasaran terutama terutama modal dan hartanah.
Sekiranya menyuarakan kedudukan ini
dianggap sebagai ‘rasis’, maka kandungan dan pendekatan apa yang
dibangkitkan oleh media yang dikuasai orang Cina keatas penentangan
dasar dasar tindakan affirmatif dan peruntukan dalam Perlembagaan
Persekutuan terutama dalam nada Chauvinis Cina wajar disifatkan sebagai
‘rasis’, jika tidak sebagai anti-Malaysia.
Namun, Melayu lupa daratan seperti Nazir
dan Azran tidak pernah memberikan komen atau mengkritik kandungan dan
pendekatan yang dibawa oleh media yang dikuasai orang Cina ini.
Golongan professional yang berjaya
seperti mereka ini sepatutnya membantu untuk menambahkan lagi
professional Melayu, jika tidak peluang untuk usahawan Melayu berniaga
dengan kumpulan syarikat yang mereka terajui. Namun sikap mereka jelas
mereka sebenarnya lebih mudah menggampangkan usaha untuk orang Melayu
berbanding dengan menyumbang.
Jelas episod yang lahir dari reaksi rata
rata orang Melayu terhadap orang Cina berhubungan corak undian pasca
PRU13 memaparkan hati budi mereka yang sebenar.
Jawapan Kepada Melayu Liberal: Neo-nationalism
Satu perkara yang kita perlu terima: sejak dari zaman British hingga
Merdeka, sejak zaman Tuanku hingga Tun Mahathir, dan hingga sekarang;
tidak ramai orang Cina yang ingin 'diMalaysiakan'. Menjadi Malaysia
adalah menerima Melayu dan pribumi sebagai penduduk asal, mengguna
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan menghormati Islam, adat resam dan
Raja-raja Melayu.
Tidak perlu mereka menjadi Melayu, tetapi dari segi bahasa tidak ada
kompromi dalam urusan rasmi. Sultan-sultan Melayu perlu dihormati dan
berada di atas politik.
Melayu merupakan bangsa yang paling rendah semangat nationalism dan
rasism mereka. Oleh itu mereka boleh menerima apa saja perlakuan kaum
lain terhadap kebudayaan dan bahasa mereka. Malah lebih teruk lagi
mereka semakin ditekan semakin menjadi apologetik.
Kita ingin menjadi global tetapi lupa kendiri bangsa masih belum
dimantapkan. Kita ingin kelihatan terbuka dan liberal tetapi ekonomi dan
pendidikan bangsa masih jauh ketinggalan.
Maka akan lahirlah Melayu liberal. Melayu liberal ini selalunya lebih
berjaya dalam bangsanya. Merekalah yang disifatkan 'good breed' atau
'high class'. Mereka tidal bercampur dengan Melayu kebanyakkan. Mereka
meningkat naik dalam strata social melalui hasil polisi 'tongkat'.
Kemudian mereka akan mengutuk polisi tongkat itu.
Saya berani bertaruh, tidak ada Melayu yang berjaya dalam bidang
perniagaan, politik, pendidikan jika tidak diberi peluang secara
'tongkat'. Setidak-tidaknya untuk generasi pertama. Makin mereka
berjaya, makin mereka terpisah dari kelompoknya: 'binatang jalang dari
kumpulannya yang terbuang.'
Hasil dari kebijaksanaan bapa-bapa politik Melayu, Malaysia sedang
dikuasai oleh Melayu liberal. Mereka berada di puncak kuasa dalam
politik, berada dalam GLC, berada dalam perniagaan yang didukung oleh
kerajaan.
Mereka tidak kisah sangat tentang nasib Melayu yang tidak elit ini.
Malah Melayu liberal tidak suka dikaitkan dengan mereka. Bagi mereka,
Melayu marhein ini kebanyakkannya tidak liberal. Dan bagi mereka liberal
itu merupakan salah satu 'hallmark' kepada kehalusan
peradaban(cultured) kelas mereka.
Mereka adalah 'cream of the creams' kerana kaya, bijak, lulusan Oxford
dan duduk dalam kelas 'cigar' bukan cigarette. Hilton dan Mandarin
Oriental merupakan kedai mamak mereka.
Jadi sudah enak, sudah selesa, sudah lemak, mereka menganggap
nationalism ini perkara remeh. Semangat menyintai bangsa Melayu dan
mengangkat kepentingan Melayu bukan urusan mereka. Urusan mereka adalah
kuasa dan mengekalkannya. Urusan elit Melayu liberal ini adalah dollars
and cents.
Dan apabila Utusan Melayu berkata-kata, selalunya agak racist, mereka
menjadi malu. Mereka akan menjadi apologetik bagi phak Utusan. Mereka
akan jadi apologetik bagi pihak Melayu. Mereka hentam apa saja kononnya
perkauman. Mereka hentam Perkasa. Mereka hentam Utusan. Mereka hentam
golongan Melayu jati yang bersuara bagi kepentingan Melayu. (Melayu jati
di sini bukan secara nasab tetapi secara assabiyah).
Mereka menjadi malu dengan rakan-rakan bukan Melayu mereka. Mereka lupa,
disebalik liberalisasi yang kununnya ditunjukkan oleh rakan-rakan bukan
Melayu, kaum itu tidak hentam Dong Zhong, Sin Chew dan sekolah Cina.
Jadi liberalisasi ini hanya hipokrasi. Seperti 'demokrasi', ianya di puja oleh Barat jika menguntungkan Barat.
Adakah benar Amerika liberal? Guantanamo liberal? Bertepatan ke dengan
semangat 'all men are create equal'? British dengan sejarah 'gunboat
diplomacy'nya liberal? Lee Kuan Yew liberal?
Tun Mahathir liberal? Tun Razak liberal? Suka atau tidak, Tun lebih
kenal bangsa Melayu lebih dari mana-mana ahli politik. Dan hingga kini,
tanpa menjadi liberal kedua-dua Tun itu berjaya mengubah landskap
politik dan ekonomi Melayu.
Saya seru Melayu dalam UMNO yang tidak elit, grass root, rakyat marhein
agar kembali bersatu menjadi nasionalist. Dan para nasionalist ini dulu
memerdekakan Tanah Melayu. Nasionalisme juga merupakan ideologi UMNO.
Dan melalui ideologi asal ini, kita nyahkan Melayu liberal dalam UMNO.
Persetankan Melayu Liberal. - by
sri tribuana
AMUKANMELAYU - selepas Tun Ghaffar di "USIR" keluar dari pejabatnya oleh "pelupur" POLITIK WANG, maka tiada lagi MELAYU ASLI yang masih bertunjang dalam UMNO yang berpendidikan SEKOLAH PONDOK atau Sekolah Melayu. Kini semuanya di kuasai oleh mereka yang "Bersekolah Inggeris". Jasadnya saja Melayu tapi ROHnya telah Inggeris.