"LA TAHZAN"
Apa jadi jaminan Najib kepada Melayu pada 2010?
Omar Ong dikatakan sebagai Penasihat Dato Najib beraliran dan berpemikiran neo liberal yang mahu samaratakan hak Cina-Cina yang lebih kaya dan maju bersama dengan Melayu.
Akhirnya peluang anak Melayu untuk belajar, masuk IPT, dapat biasiswa, bekerja, maju dalam kerjaya dan pegang jawatan tertinggi terancat kerana lambakan kaum CIna.
Dialah yang menasihatkan PM supaya lagi banyak kasi sekolah Cina padahal sekolah kebangsaan yang lebih berhak dapat wang tak dapat peruntukan untuk menyelenggarakan dan memajukan sekolah.
Walaupun hanya 8% kaum CIna beri undi, Najib masih menurut nasihat Omar Ong untuk terus beri CIna.
Melayu yang undi tak dipeduli dan dibela oleh Omar Ong yang lebih utamakan kaumnya. Jika Dato Najib tak ikut, dia seolah memarahi Dato Najib sebagai berfikiran mundur.
Dato Najib pernah berkata pada 2010.
Letakkan negara di landasan betul - Perkasa
KUALA LUMPUR 31 Mac 2010 - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengalu-alukan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam kerana ia bakal meletakkan negara di landasan yang betul mencapai status negara maju menjelang 2020.Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar), menuntut penjelasan yang lebih menyeluruh daripada kerajaan berhubung cadangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) untuk menubuhkan Suruhanjaya Peluang Samarata (EOC).
"Perkasa mengambil serius cadangan mewujudkan EOC bagi memastikan tidak wujud diskriminasi dan ketidakadilan terutamanya kepada kaum Melayu dan bumiputera.
"Pada pendapat kami, EOC itu sendiri membawa maksud bahawa semua rakyat mempunyai peluang yang sama, dan dengan ini ia sangat bertentangan dengan Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Dato Najib akhirnya janji berikan kontrak untuk kontraktor Melayu bagi projek MRT dan projek Menara UDA.
Apa jadi pada projek MRT untuk Kontraktor Melayu?
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/Perkasa-Najib-listened-to-our-MRT-requests
Akhirnya berapa Melayu dapat?
Apa jadi pada Menara UDA?
Mula janji begini ...
Kemudian ....
Boleh tak Omar Ong jelaskan secara terbuka dan tidak beri nasihat
sorok-sorok supaya rakyat Malaysia tahu pandangan dan pendiriannya?
Semua orang sedikit sebanyak tahu bagaimana Penasihat Najib berfikir
tetapi kenapa kita semua tak tahu pendirian dan pandangan Omar yang
begitu banyak pengaruh terhadap Perdana Menteri?
BERSERAH - ISLAMELAYU Bisu Tentang Diskriminasi....
Airmata Melayu |
Penemuan oleh dua Pensyarah kanan dari Universiti Malaya,
bahawa graduan Melayu didiskriminasi oleh syarikat Cina dan antarabangsa
apabila memohon pekerjaan berbanding graduan Cina tidak menghairankan....
Kalangan
Melayu sudah pun mengetahui bahawa pemohon Melayu tidak diberikan pertimbangan
saksama berbanding pemohon bangsa lain.
Jadi tidak menghairankan kenapa jumlah Melayu yang
menyandang jawatan menengah, apatah lagi jawatan tinggi termasuk pengurusan di
syarikat milik Cina dan antarabangsa yang dipimpin bukan Melayu (rakyat
Malaysia) amat kurang.
Pendedahan kedua-dua mereka itu, Dr Lee Hwok Aun dari
Jabatan Pengajian Pembangunan dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Universiti
Malaya, bagaimanapun amat menakjubkan.
Hasil kajian mereka memberi gambaran bagaimana orang Melayu walaupun jelas didiskriminasi tetapi mereka tidak pula bersuara mengenai keadaan yang tidak harus dipertahankan itu.
Kaji selidik dua pensyarah kanan itu mendapati kedudukan
etnik seseorang pemohon diambil kira untuk dipanggil temu duga bukannya
kedudukan resume diajukan pemohon.
Penemuan itu
dibentangkan oleh Dr Hwok Aun di seminar mengenai ‘Tahap diskriminasi:
Pengambilan Graduan dan Bangsa di Malaysia’ yang dianjurkan Institut Kajian
Malaysia dan Antarabangsa (IMAS) Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi,
Selasa lalu.
Mereka
menjalankan kajian selama enam bulan dengan menghantar 3,000 permohonan
menggunakan resume rekaan kepada syarikat milik Cina dan antarabangsa, kemudian
menganalisis jawapan yang diterima daripada syarikat itu.
Didapati 22.1
peratus pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga oleh syarikat milik
Cina berbanding hanya 4.2 peratus pemohon Melayu.
ISLAMELAYU - Jangan bersedih
Mereka
berhati-hati menghantar resume supaya tidak ada perbezaan ketara antara pemohon
Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah panggilan untuk temu duga bergantung
kepada etnik.
Dr Hwok Aun
bagaimanapun menegaskan, ia dilakukan hanya untuk mengetahui kedudukan
pengambilan mereka yang baru lulus, bukannya untuk mengetahui kenapa graduan
Cina menjadi pilihan. Eksperimen mereka juga menunjukkan bahawa lulusan
daripada IPTA ternama seperti UM, UKM, UPM, USM diutamakan berbanding IPTA
lain.
Demikian juga antara IPTS mereka lebih cenderung untuk memilih graduan
dari Universiti Tunku Abdul Rahman iaitu universiti tajaan MCA.
Mereka
berpandangan bahawa kerajaan harus melihat kedudukan yang tidak menyenangkan
itu ditangani bagi memastikan diskriminasi tidak berterusan.
MELAYU - Mengemis di Negara sendiri |
Lebih
mengharukan, kajian di syarikat antarabangsa mendapati 22.9 peratus Cina
dipanggil untuk temu duga berbanding tidak ada satu pun graduan Melayu.
Apakah yang
boleh disimpulkan daripada eksperimen itu...?
Nyata sekali kedudukan diskriminasi
demikian tidak boleh dipertahankan, malah Dr Hwok Aun sendiri mengakui keadaan
demikian perlu ditangani dan memerlukan perbincangan menyeluruh untuk
mewujudkan keadaan lebih saksama.
Beliau juga mencadangkan kerajaan menggubal
Akta Peluang Saksama serta menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk memantau
pelaksanaannya.
Apakah yang
boleh dirumuskan daripada pendapat itu...?
Apakah ia tidak menunjukkan Melayu
biasanya menerima saja diskriminasi terhadap mereka tanpa mengheboh atau
mengetengahkannya...?
Tidak seperti
bukan Melayu yang sering berkokok bagaimana mereka kononnya didiskriminasi
dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Padahal
kedudukan sebenarnya tidak seperti apa yang mereka laungkan.
Demikian juga
keadaannya dengan perkara yang tidak habis-habis ditimbulkan apabila beberapa
orang India mati dalam tahanan. Gambaran yang diberikan termasuklah oleh media
arus perdana tertentu, apatah lagi portal berita yang kononnya bebas tetapi
sebenarnya tidak, bahawa tahanan India sering menghadapi kemungkinan maut dalam
tahanan.
Walhal,
mengikut statistik diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Paul
Low, bahawa dalam tempoh 10 tahun antara 2000 dan 2010, seramai 64 orang Melayu
meninggal dalam tahanan berbanding 30 Cina dan 28 India.
Sebenarnya
kematian dalam tahanan tidak sepatutnya berlaku tanpa mengambil kira etnik
tahanan terbabit. Jadi ia amat menjengkelkan apabila gambaran yang diberikan
sejak beberapa hari lalu seolah-olah suspek India saja yang menerima layanan
buruk dan tidak sepatutnya itu.
Malangnya di
Malaysia, gambaran yang sering dipaparkan ialah Melayu selalunya dilindungi
atau diberi keutamaan. Walhal keadaan sebenarnya tidak. Orang Melayu sendirilah
yang harus dipersalahkan kerana tidak mahu bersuara apabila mereka
didiskriminasi.
Ia juga
menunjukkan bahawa orang Melayu sememangnya tidak suka menghebohkan keadaan dan
terima saja keadaan sebagai takdir.
Mungkin masa sudah tiba bagi orang Melayu tidak lagi berdiam diri tetapi bersuara seperti yang lain apabila merasakan mereka ditindas. Demikian juga NGO Melayu perlu lebih prihatin terhadap apa yang Melayu hadapi.
Mungkin masa sudah tiba bagi orang Melayu tidak lagi berdiam diri tetapi bersuara seperti yang lain apabila merasakan mereka ditindas. Demikian juga NGO Melayu perlu lebih prihatin terhadap apa yang Melayu hadapi.
AMUKANMELAYU - La Tahzan