,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 9 June 2013

KENANGAN YANG HILANG - SECEBIS KENANGAN MENJADI PENAWAR SERIBU DUKA


OLAK LEMPIT - Ahad 30 Rejab 1434, Mengimbau kisah lama sangatlah mengasikan tapi kata pujangga "Jangan di Imbau Kenangan Lalu Nanti Meracun Diri".  Jam 830 sampai umah dari Airport. Senang sangat rasa dekat sungguh. KLIA dengan rumah Aki dengan memandu kereta kurang lebih 15 minit sahaja.

Sampai di hadapan rumah, pintu pagar telah di buka. Deruman air terjun buatan yang menjunam ke dalam Kolam Renang mengingatkan Aki kepada Air Terjun di Huma kami di Cherok Sembuk 45 tahun dahulu. Aki mendapatkan Aisyah Ivan Firnas cucu kedua Aki yang sedang asyik melihat air terjun buatan ini. Umurnya baru 3 bulan......suka menagis dan manja sangat. Abang sepupunya Aiman balik Muar Johor....nakalnya mengalahkan "Anak Harimau Kumbang".
Beginilah Mak menjunjung bakul padi

Sambil melayan TERAPI bunyi air terjun ni....Aki terbayangkan Almarhum Arwah Mak dan Ayah. Gigi ayah yang puteh dan renungan mata mak yang lembut penuh dengan kasih sayang sambil menjunjung bakul padi sukar untuk Aki lepaskan dari ingatan. Mak mengajak Aki ke darat. Katanya Ayah nak makan EMPING dan RINGGI.

Aki berjejaran mengikut Mak dari belakangnya, Kami melewati rumah buruk dan padang dekat pokok jambu tempat Ayahcu menambat beruknya, lepas itu rumah Mail Kelate, Pek Su, rumah Mak Ite dan rumah Tok Ime Mat Piah. Menuruni bukit dekat sawah Pek Su sebelum sampai di sungai. Dekat rumah Tok Yakob dan Tok Kecik.

Inilah rupanya jambatan Batang Nyor dekat rumah Tok Kecik

Semasa meniti jambatan "Batang Kelapa" di hadapan rumah Tok Kecik, Mak selamba saja....tapi Aki terpaksa mendepakan tangan untuk mengimbangi badan. Buluh tempat pemegang telah lama patah di hanyutkan air bah. Jambatan batang kelapa telah lama Aki tinggalkan di belakang. Pek Beah Mak Keria sempat memesan pada Mak, katanya kalu ada timun masak dia nak "Sebutir".

Kami melalui denai-kenai yang telah lama di lalui ayah di awal subuh tadi. ayah kena awal ke huma, burung "Ciak Tuli" banyak sangat. Kalau tak di halau, habislah padi huma tu tinggal "Jeraminya" saja. Untuk sampai di huma Aki terpaksa "Merandai" beberapa lembah, air "Suak" dan dua bukit. Semasa di atas bukit huma Tok Aji Nali, Aki berehat sebentar di bawah pokok betik musang. Isinya kuning sangat tapi pelepahnya warna ungu. Aki panggil "Betik Selumba". Aki merenung keatas, Aki ternampak duri landak terpacak pada sebiji buah betik.
"Norma Gadis Ayu"

Aki keheranan, macamnana Landak memanah buah betik tu?. Mak kata jom cepatlah....ayah dah lama di dangu tu. Kesian Ayah. "Orang-orang" yang di pakaikan Baju Kebaya dan memakai topi terendak sangat manis di tengah padi Pek Anjang. Baju Kebaya Merah dan Berkain Batek. Topi terendak yang besar itu melindungi wajahnya yang sudah pasti manis persis "Norma Gadis Pingitan"

Teringat Aki dengan Penyanyi enampuluhan Erni Djohan yang sangat popular dengan lagu "Bingkisan Dari Ibu Kota". Tapi lagu Norma ni Aki tak tahu siapa penyanyinya.


Norma Gadis Pingitan

Norma gadis ayu yang rajin mengemas Rumah Tangga.....
Orangnya ikhlas, jujur dan Lawaaaaaaa..

Oh Normaaaaaa......
Oh Normaaaaa.......

Bila hari petanggggg.....ia ke tamannnnn...
Membelai bunga....bungaannnnn....
Itulahhhhh.....kegemarannya sebagai gadis pingitan.

Norma yang bertahi lalat di pipinya dah bertunangggg.....
Sungguh bertuah.... pemuda ituuuuuu............

Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............
Oh Normaaaaaa............

Aki telah lama melewati huma Pek Anjang. Menuruni bukit Pek Anjang ni tidaklah meletihkan. Suak dan airnya cetek sangat. Tapi ada batu besar di sebelah hilirnya. Ada sedikit lubuk di bawah air terjun "mini" ni. Aki lihat anak-anak ikan berenang dan berkejaran sesama mereka. Di dalam lubuk ini ada banyak ikan "Berecat". Ikan berecat ni semacam ikan haruan. Tapi warnanya hitam dan kadang-kadang menggerunkan bila matanya yang besar tu merenung kita.

Burung Ciak Tuli


Dari atas batu besar ni sayup-sayup Aki terdengar ayah menghalau burung-burung ciak yang hinggap di tangkai-tangkai padi yang baru "Masuk isi" dan ada juga yang dah "Mendapor" kecil. Matahari belum meninggi. Di pendalaman hutan hujan tropika ini masih dingin dan berkabus. tapi sudah agak nipis, tidak seperti semasa Aki pagi tadi semasa Aki kesungai untuk "Bersugi". Mak dah sampai ke dangau yang ayah buat dari kayu tapu. Tangganya ayah buat dari buluh, lantai dan dindingnya dari buluh dan atapnya dari daun rumbia.

Di hulu dangau ada kolam jadian yang sangat besar dan dalam. di tengah kolam ni ada batu besar.... disinilah Mak selalu basuh kain. Ada air terjun dan sebelah hilirnya ada lagi batu besar.....ada dua batang kayu balak yang tidak di ambil....kayunya keras....Aki gunakan kayu ini sebagai titi untuk keseberang. Kerana huma Aki di seberang sana. Di atas kayu balak ini bersirat dan bergantungan buah labu air.

Ayah juga Mak bekalkan air didalam labu ini. Buah yang masak Mak petik dan di campakkan kedalam telaga atau mana-mana kolam. Selepas dua minggu, labu ini di ambil semula dan isi didalamnya telah buruk dan baunya masam sangat. Isi labu ini di keluarkan dan ia menjadi kosong dengan cengkerangnya yang keras. Selepas itu Mak masukkan habu dan air kedalamnya, Ia di biarkan lagi selama dua tiga hari. Bila kita mencucuinya....sudah tidak busuk lagi. Selepas itu Mak letakkan di atas para dapor dua tiga hari lagi..... sesudah itu, sudah di kira lengkap dan dah bolek di bebalkan air kedalamnya.
  
Inilah rupanya labu yang di buat bekas air Ayah.

Sebelum di masukan air, Mak akan bawa labu ni ke rumah Tok Jusin ayahanda Pak Long Chee. Tok Jusin akan buatkan tangkainya dari rotan. Dengan rotan ni mudah untuk Aki menjinjing labu ini. Selepas Mak masukan air Mak akan gunakan daun sirih di buat macam kertas membalut kacang puteh untuk di buat penutup labu yang dah berisi air. Bau air dari labu ini sukar nak di lafazkan....ada sesedikit bau asap....tapi airnya dingin dan sedap di minum.

Meniti Batang Balak

Aki masih bertenggek di atas batu sebesar kereta kancil di hadapan dangau kami. Tetiba terdengar Mak memanggil-manggil nama Aki. Mak menjengah dari pintu dapor dangau. Mak hulurkan labu yang dah berisi air untuk di hantar kepada ayah di huma kami di seberang suak. Aki berlari mendapatkan Mak labu yang berisi air tu Aki jinjing meniti batang balak yang melintangi suak. Ayah nampak segar dan sedikit berbeluh. Aki hulurkan labu yang berisi air kepada Ayah. Dari jauh sayup-sayup Aki terdengar suara Abang. Rupa-rupanya Abang juga datang dengan kekawannya. Masa itu kami belum lagi pindah sepenuhnya ke dangau huma. Ayah kata nanti cuti sekolah baru kami pindah. Masa tu Abang telah darjah dua. Tahun hadapan Aki pula masuk sekolah tahun satu.

Abang sepantas kilat dah berada di belakang Aki. Kami dua beradek lepak di atas batang balak itu. Sambil kaki di hulurkan kebawah. Abang cakap nanti dia nak tulong Mak bawa bakul selepas Mak ketam padi yang nak di buat emping.
Mak Kepitkan bakul dengan siku kirinya

Masih dingin ketika ini. Matahari se galah di ufuk timur, sambil bakul Mak kilikan dengan siku di bawah ketiak, Mak melewati di belakang kami. Aki nampak ayah tersenyum bila Mak datang kepadanya. sambil menudingkan jari, Ayah menunjukan pada Mak padi muda yang hendak di ketam untuk di buatkan emping.

Dengan tangan kiri mengepit bakul, tangan kanan Mak pula mengetam mayang padi itu satu persatu. Sekejab sahaja dan penuh satu bakul. Mak balik ke dangau dan datang balik.
Mendapor Kecil

Kali ini Mak ketam padi yang dah nampak nak mula menguning. Mak kata mendapor kecil. Padi ini kata Mak untuk di buat Ringgi. Emping sedap di makan bila selepas tumbuk di campur dengan kelapa parut sementara ringgi pula sedap di makan selepas di goreng dengan sedikit cili dan di campur udang kering.
Mengirik Padi

Hari tu kami berkelah di tepi kolam suak tempat Mak membasuh kain. Ayah berenang-renang ketengah kolam walau pun airnya hanya separas pinggang ayah, tapi amat dalam bagi Aki dan Abang. Petang tidak banyak aktiviti yang dapat di buat. Padi yang di ketam Mak di pagi tadi Mak sedang jemurkan di atas dua helai tikar mengkuang. Daun dan mayangnya sudah nampak layu. Jam kurang lebih empat petang. Mak panggilkan Aki di suruhnya mengirik padi yang agak tua sedikit dan Abang pula Mak minta dia mengirikkan padi yang muda tadi. Sekejab sahaja padi-padi tadi telah terlerai dari tangkainya.

Mengetam padi muda


Di irik hanyalah padi,
                Mari di irik Si gadis desa,
Yang baik hanyalah budi, 
              Di kenang hanyalah jasa.

Mak masukan kedalam dua bakul yang berbeza. Satu untuk di buat emping dan satu lagi untuk di buat ringgit. Matahari dan tersembunyi di sebalik gunung. redup sangat dan angin gunung bertiup sepoi-sepoi bahasa. Mak kata ini angin kera jatuh namanya.

Lesung Hindek

Kami melangkah pulang ke kampung, jarak kurang lebih 4 km dari rumah. Sebelum melangkah meniti jambatan Batang kelapa yang merentasi sungai Chepor, tetiba Mak menoleh ke belakang dan terus Mak kerumah Tok Kecik. Mak memberi salam, Pek Beah membuka pintu dapor. Dia melangkah ke "Jemure". Mak meletakkan bakul di atas jemure yang separas bahu Mak. Mak beri tahu Pek beah yang timun masak tak ada, yang ada hanyalah labu air muda. Mak menghulurkan labu muda kepada Pek Beah.  Semasa di atas jambatan rumah Tok Kecik, azan telah berkumandang dari "Manesah" Tok Aji Nali. Sampai dirumah Aki ambil songkok dan terus kesurau. Selepas solat isyak Mak membawa pelita urun kebawah rumah. Selepas itu adek perempuanku pula turun. Mak ambilkan bakul yang di letakkan di hujung lantai rumah yang tidak pernak di kerat itu. Disini selalunya Mak akan letakkan bakul atau kayu api. Ia terlalu hampir dengan muka pintu.

Emping

Mak masukan padi muda kedalam lesung dan kami pun mengindeklah lesung kaki tu. Seronoknyaaaaa...... selepas itu padi yang satu lagi di tumbuk pula.....sementara menunggu padi yang sedang di tumbuk, Mak menampi padi yang telah di tumbuk tadi....Mak asingkan sekam dengan beras muda tu.....warnanya hijau dan beras yang satu lagi warnanya puteh kekuningan....tapi berasnya menjadi pipih dan bukannya bulat seperti yang kita selalu masak jadikan nasi tu.

Ringgi

Setelah selesai semua itu. Mak suruhkan adek perempuan Aki menggoreng beras yang kekuningan itu, di campur sedikit cili dan udang kering.....itulah ringgi namanya. Mak hulurkan sepering kepada Aki dan sepiring kepada Abang. Mak kata satu untuk Acik dan satu lagi untuk Tok Ismail, atok Aki.
Perhhhhh sedapnyaaaaa...........

Semasa melewati rumah Acik, dari jauh nampak rumah Ki ada kelipan pelita di beranda rumahnya, selalunya Pak Pandak atau Wah mengasah pisau "motong", radio dari rumah Ki juga sayup-sayup dan mendayu-dayu Ernie Djohan mendendangkan lagu popularnya "Bingkisan Dari Ibu Kota". Seawal umur 6 tahun Aki dah mengingati lagu ini dan satu lagi lagu "Selamat Tinggal Teluk Bayu"

BINGKISAN DARI IBU KOTA

Tadi malam telah ku terima bingkisan dari Ibu Kota,
Sehelai sampul tak bernama... berisikan se pucuk surat,
Isi surat mu telah ku baca....air mataku berlinang,
Percayalah cintaku pada mu.... Walau kita harus menunggu
Ku berharap agar daku dapat, kembali ke Ibu Kota

Isi surat mu telah ku baca....air mataku berlinang,
Percayalah cintaku pada mu.... Walau kita harus menunggu
Ku berharap agar daku dapat, kembali ke ibu Kota


Mak kata esuk bangun awal sebab nak kukur nyor untuk di campur kedalam emping bahan berkudap pagi esuk......



Sekian, memori Aki Aji.



AMUKANMELAYU - Kenangan yang hilang tak mungkin berganti.