Adakah Pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia Menjadi Realiti Atau Modal Pilihanraya Sahaja atau Malaysia dah Bersedia Untuk di KOMUNISkan oleh DAP?
Benarkah Ini Jurulatih PLKN?
Sejak akhir-akhir antara isu lain
selain daripada isu Lim Guan Eng memburukkan negeri Johor di luar
negara, satu lagi isu yang mendapat “perhatian” media-media arus
perdana ialah pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Bagi kami hukum hudud patut dilaksanakan
di Malaysia. Tetapi bukannya terus laksanakan bulan depan, bukannya
minggu depan pun apatah lagi esok hari. Buat secara perlahan-lahan.
Setiap pelaksanaan ada prosesnya daripada segi melakukan
kajian, pembentangan & juga perdebatan. Langkah demi langkah. Yang
penting terdapat inisiatif terutamanya daripada “pihak-pihak yang
bertanggungjawab” untuk bermula.
“Jika tiada permulaannya, masakan boleh ada pengakhirannya”
Setakat
cakap, saya bersetuju dan mengakui hukum hudud seperti yang disyariatkan
oleh Islam tetapi tiada nampak kesungguhan dalam pada melaksanakannya.
Tiada gunanya juga bukan?
Bagi kami pelaksanaan hukum hudud di Malaysia boleh dijayakan asalkan kita berpegang kepada pepatah :“Kalau nak tunggu sambil makan tidur sahaja…100 tahun lagi pun takkkan jadi”
“Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih”
Kalau kita
tak buat salah, kenapa perlu banyak alasan untuk melaksanakannya
atau paling kurang ada langkah yang bersungguh di peringkat
permulaannya? Cuma masalahnya sekarang, terdapat beberapa halangan untuk
melaksanakannya. Antaranya ialah :
- Negeri Kelantan contohnya tak boleh laksanakan hudud di Kelatan kerana bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid (Perlembagaan Malaysia). Jikalau Kelantan mulakan hudud tanpa persetujuan kerajaan pusat, pihak kerajaan pusat akan mengambil tindakan tindakan daripada segi perlembagaan.
- Perkara 75 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa sebarang undang-undang negeri yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlawanan dengan sesuatu undang-undang Persekutuan, maka undang-undang negeri itu adalah terbatal setakat mana ia berlawanan dengan undang-undang persekutuan itu.
- “Di atas kertas”, kami melihat sukar nak laksanakan hukum hudud di Malaysia kerana Malaysia menggunapakai sistem demokrasi berparlimen. Sebagai pindaan perlembagaan bagi akta Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang memerlukan 2/3 persetujuan ahli parlimen. Ahli parlimen Islam yang ada sekarang hanyalah 132 orang yang mana ia memerlukan 16 lagi ahli parlimen yang bukan beragama Islam untuk mencapai majoriti 2/3 dalam dewan parlimen. Kalau ikut rasionalnya, agak sukar orang bukan Islam untuk bersetuju. Sedangkan yang beragama Islam ada juga yang tak bersetuju, inikan pula orang kafir?
- Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) membataskan kuasa kerajaan negeri untuk meluluskan sebarang undang-undang berkaitan jenayah syariah dengan hanya boleh mengenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau sebatan tidak lebih enam kali sebatan, atau mana-mana kombinasi hukuman-hukuman tersebut sahaja. Ia adalah satu undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan ia berkuatkuasa di seluruh Persekutuan atau seluruh negara, termasuk di negeri-negeri.
Segala
rintangan/halangan yang disenaraikan seperti di atas hanyalah bersifat
teknikal sahaja. Tetapi….tetapi dengan strategi dan taktik tertentu,
boleh sahaja utntuk mengatasinya. Kita yang tentukan, jika kita
berkehendakkanya. Kalau hari ini tak sesuai, usahakan supaya dapat
dibuat pada masa depan sehinggalah berjaya terlaksana. Itu pun kalau
nak.
Bersama-sama ini kami suka untuk berkongsi pendapat bekas mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (MAZA) mengenai isu pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Dr. Maza
Bekas
mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkatapelaksanaan
hukum hudud memerlukan ijtihad ataupun tafsiran baru dengan mengambil
kira aspek perubahan zaman dan tempat. “Tiada siapa yang mukmin
menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan sunah. Cumanya,
perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal
perubahan zaman dan tempat,” kata beliau.
Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini, kata beliau sambil menambah, “cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan.” “Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira,” kata beliau lagi. Katanya, ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.
“Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir,” kata beliau lagi. Jelas
beliau, hukuman rejam pula patut mengambil kira pandangan yang memasukkannya di bawah takzir bererti pemerintah boleh meminda dan menukar atau membatalkannya.Di samping tafsiran ihsan itu hendaklah disempitkan kepada maksud lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin bukan yang pernah berkahwin, kata Asri dalam kertas kerja pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru hari ini. Kelantan kerajaan pimpinan PAS bercadang untuk melaksanakan hukum hudud selepas menerajui negeri itu pada 1990.
“Ini kerana pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk. Di samping takzir, hukuman rejam mempunyai suasana zaman yang berbeza, itupun perlu diambil kira dalam membahaskannya,” kata beliau lagi. Asri menambah, jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka akan didapati hudud mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.
“Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam. Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik. Namun keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak,” kata tokoh agama yang dilihat progresif ini.
Dalam kertas kerja itu, Asri juga berkata menggambarkan negara Islam atau ‘design’ negara yang diperintah oleh Allah dan rasul- Nya sebagai negara hudud adalah gambaran tidak tepat. Oleh itu kata beliau, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan Sunah. “Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya. Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat.
“Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat,” kata beliau. Katanya, penafsiran perkataan ‘makruf’ dan ‘munkar’ hendaklah diluaskan dalam konteks kehidupan muslim secara umum dan kenegaraan secara khususnya. Oleh itu katanya, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum. “Tiada beza antara hukuman terhadap sultan atau raja dengan rakyat biasa. “Tiada beza antara orang besar dan orang bawah. Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa,” kata beliau sambil menambah, “kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga.”
Malah katanya, kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat atas kebaikan itu dengan rakyat mendoakan pemerintah, pemerintah mendoakan rakyat. “Suasana cinta dan kasih tersebar secara meluas,” katanya. Asri juga berkata, pelaksanaan hudud hendaklah mengambil kira persoalan suasana hudud itu dilaksanakan kerana suasana yang tidak kondusif akan menyebabkan kesan negatif kepada pelaksanaan sesuatu hukuman. “Ini kerana Nabi s.a.w sendiri mengambil kira persoalan ini,” katanya.
Katanya ia bermakna pelaksanaan hudud yang membawa kepada umat Islam lari atau salahfaham terhadap Islam, atau Islam ditohmah dengan tuduhan liar sehingga menggugat keimanan umat Islam yang lain patut dielakkan. “Hari ini suasana berubah, media massa sering digunakkan untuk memberikan imej yang salah mengenai Islam. Persediaan ke arah menangani hal itu juga amat penting,” katanya. Katanya, Nabi s.a.w sebelum menegaskan tentang hudud, baginda mengujudkan suasana keadilan yang menyeluruh dalam masyarakat yang diperintah oleh baginda.
“Pemerintah dan rakyat sama setaraf di hadapan undang-undang. “Tiada diskriminasi keturunan dan latar belakang. Suasana kebajikan; bantu-membantu, tolong-menolong antara masyarakat yang kukuh,” kata beliau sambil menambah, “jaminan hak rakyat yang diberikan iaitu berkaitan dengan suasana halal yang mudah; mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya.”
“Tiada alasan untuk lelaki ataupun wanita berzina. Sementara suasana haram yang diketatkan; sukar mendapat dan menebusi perkara haram. “Apabila suasana seperti ini wujud, maka tiada alasan rakyat memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak dihukum; pertama kerana dia telah mencemarkan suasana harmoni yang telah diwujudkan. Kedua; dia mempunyai penyakit jiwa yang berat yang condong memilih buruk sekalipun sukar dan menolak yang halal sekalipun mudah,” kata beliau.
Malah menurut Asri, perjuangan penting pada hari ini ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang ini dilaksanakan.
Kami agak
bersetuju dengan Dr. Maza. Jangan menghukum sewenangnya. Kalau negara
ini Islam diterima sebagai satu cara hidup dan kefahaman Muslim tentang
Islam serta hak hidup sebagai Muslim, maka hukum Hudud ni dah sesuai dah
sebab ini pencegahan dan peringatan. Bila nak curi, teringat…”saya ni
Muslim dan saya takut Allah”. Tetapi, kalau Muslim sendiri tertutup hati
nak menerima (takut…takut diri sendiri yang terkena) ditambah pulak non
muslim yang tak faham langsung pasal Hudud, bagaimanalah agaknya
nak laksana hukum hudud di Malaysia? Yang mana masih tak faham atau
buat-buat tak faham, maknanya orang akan terus menghukum katakan Islam
tu kejam, berat sebelah (sedangkan Hudud diarahkan Allah untuk menjaga
hak kehidupan Muslim).
Kami cukup
tak bersetuju sehinggakan isu ini pun nak dipolitikkan. Yang menjadi
masalah sekarang, ramai betul yang nak jadi batu api berbanding daripada
menunjukkan kesungguhan untuk sokongan bagi melaksanakannya kerana
lebih suka isu ini menjadi panas sehingga dilihat mampu memberikan
keuntungan daripada segi politik.
Bezanya di sini terdapat 2 kelompok :
- Setuju dengan hukum Allah ini tetapi mengatakan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilaksanakan kerana katanya tidak sesuai
- Setuju dengan hukum Allah ini tetapi dalam pada masa yang sama ada kongsikan bagaimana nak menuju ke arah pelaksanaan hudud di Malaysia
Seperti yang Dr. Maza katakan yang mana pelaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak akan relevan selagi Malaysia mengamalkan ‘demokrasi sekular’. Malaysia bukan ‘negara Islam’. Malaysia negara Komanwel. Menggunakan ‘common law’ (bukan
syariah/al-Quran) sebagai asas pembentukan perlembagaan
persekutuan. Memandangkan umat Islam di Malaysia adalah majoriti
(60.4%), Islam dijadikan agama rasmi. Perlaksanaan syariah hanya untuk
permasalahan keluarga, kemasyarakatan, isu-isu yang melibatkan umat
Islam dan sebagainya. Selain itu, ikut undang sivil.
Kedudukan Mahkamah-mahkamah di Malaysia adalah seperti berikut :
- Mahkamah Persekutuan (paling tinggi)
- Mahkamah Rayuan
- Mahkamah Tinggi
- Mahkamah Syariah (untuk umat Islam sahaja)
Hudud itu
amat indah, penuh pengampunan, penuh pilihan dan melangkau zaman.
Non-muslim tak perlu risau, sbb hudud tak wajib kpd mereka melainkan
terlalu ”jahat”. Itupun bergantung kepada hakim dan tak ada
syubhah. Hukum Hudud lebih banyak dan lebih canggih berbanding hukum
sivil. Dah lebih 1,000 tahun dulu dah dikembangkan dan dibincangkan
secara intensif.
Janganla
cepat putus asa. Kalau hudud itu betul undang-undang daripada
Allah, tentulah ada keberkatannya. Tentulah boleh dilaksanakan dengan
jayanya. Kalau tak boleh buat hari ni, cuba pula buat pelan jangka
panjang….. 20 tahun ke. Sedangkan nak jadi negara maju pun ada wawasan
itu, wawasan ini. Ada dasar A, ada dasar B, nak reformasi sosio-ekonomi yang rumit tu pun boleh buat DEB berpuluh-puluh tahun.
Sekarang pula nak tukar Malaysia menjadi jadi negara berpendapatan
tinggi. Semua itu bukan tugas yang senang & mudah nak buat, bukan?
Jadi apa bezanya dengan hudud? Boleh sahaja kalau nak buat dalam tempoh jangka panjang. Yang penting, kenala ada kesungguhan.
P/S : Dan…sekarang kami nak utarakan persoalan ini kepada anda pula, setujukah dan juga mampukah Malaysia laksanakan hukum hudud di Malaysia pada masa akan datang?
No Hudud please, We’re Malaysians
Add caption |
I would be planning over the next few months on how to build public opinion to hold the Government accountable and ensure that whatever alternative national security or public order laws that might emerge will uphold my fundamental freedoms.
I would want to make it politically very costly for the Government if it falls short or back-pedal on the promises of democratic reform it has made.
Instead, what do we get? An offer of the hudud law and its grim serving of chopped-off Muslim hands and feet, and stoning to death! What kind of future is that?
And we have politicians, who supposedly hold the mantle of leadership, who simply and continually miss the point.
“It’s okay to implement the hudud law because it doesn’t affect non-Muslims.” So it’s okay for Muslims to be brutalised?
See what happens when the first Muslim hand gets chopped off for stealing a motorbike. What if a medical team is on standby to gather the chopped-off hand and the victim and run to Terengganu or fly to KL for the hand to be stitched back?
What if the thief was with a Chinese or Indian accomplice who was sentenced only to a few months’ imprisonment under the Penal Code while the Malay thief is now disabled and unable to get a job, and be forever publicly stigmatised?
Or really, could this be a conspiracy to make the Malays permanently physically disabled in order to justify affirmative action in perpetuity? I wonder.
“Non-Muslims should shut up because it doesn’t affect them.” But they are Malaysian citizens who have every right to speak up on laws that allow for brutal and inhumane punishments against their fellow citizens, the majority population to boot.
Who wants to live in such a society when your neighbour, your friend, or your fellow citizen are subject to a cruel legal system?
How could I live with my conscience if I were a Chinese who has witnessed a rape, but my infidel evidence would not be accepted under the hudud law? No, I cannot keep quiet and accept such a law.
“Muslims who are not experts on Islam should shut up”. Then please take religion out of the public sphere and make it private between us and God. But not when I can be flogged 80 lashes for qazaf (slanderous accusation) if I report I have been raped and am unable to produce four pious and just Muslim males who witnessed the rape.
On top of that, my rape report could also be taken as confession of illicit sex and I could be charged for zina. And even if I could produce the four men, I would be torn apart wondering why four supposedly pious and just men watched me being raped.
And God forbid if I was single and became pregnant because of the rape. I would be charged for zina and lashed 100 times because my pregnancy is regarded as evidence of illicit sex.
The burden is on me, not the state, to prove I was indeed raped. The evidential requirements make this impossible. And the accused rapist will be free from any hudud punishment by simply denying the rape.
And we are all supposed to shut up? No wonder some of our political leaders are bent on their so-called “Islamic state” and “Islamic law” project because it is so easy to fly the flag of religion and silence dissenting voices.
Even of their political opponents – many of whom can only summon the courage to claim: “I am not against the Hudud law, but the time and conditions are not right to implement it.” There are hundreds of commands, exhortations, values and principles in the Quran that we ignore or violate on a daily basis.
The command for us to be kind and compassionate at all times, the duty of a man to provide and protect his wife and children, the obligation of a leader to be just and fair in his ruling are just a few of these.
And what does an Islamist party prioritise as the hallmark of its piousness? The Hudud law. Instead of having the political courage to say no to the Hudud law, once and for all on so many available grounds – Islamic, constitutional, human rights principles, lived realities – so many of their political opponents dither and hedge.
It is so tiresome that we the rakyat are subject to this again and again. Sisters in Islam wrote letters to the editor, published a book and submitted a memorandum to the Government, all objecting to the PAS attempts to introduce the Hudud law in Kelantan and Terengganu in 1993 and 2002 respectively.
When PAS recently announced it was shifting from its push for an “Islamic state” to a “welfare state”, many thought the leadership finally realised that its future lies with social justice transformation, not with a punitive and joyless Islam of gloom and doom.
On some issues, it was even looking more progressive than UMNO. But its Hudud law pronouncements have jolted us back to reality. So many in the PAS leadership and its rank and file remain stuck in medieval times, unable to imagine what justice should mean to an Islamist party in the 21st century and unable to envision what it means to be Muslim in a modern, democratic, progressive multi-ethnic, multi-religious Malaysia today - By Zainah Anwar
AMUKANMELAYU - Kelantan dan Terengganu telah "MELULUSKAN ENAKMEN" hudud, tapi sampai sekarang tidak dapat dilaksanakan...adakah ianya kurang KEYAKINAN perlaksaan atau sememangnya tiada keberanian untuk melaksakannya atau perlu menunggu supaya "Orang Lain" melaksakannya dahulu supaya senang untuk di buat contoh atau senang untuk menuding jari bila ianya berlaku kesilapan atau ianya hanyalah modal politik untuk PRU hingga ke akhirnya...tapi kenapa?