,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday, 25 June 2013

PEMERDAGANGAN POLITIK - REMBAU MOST WANTED GE 14 YOWWW.....21 KOCIK BONAR....71 TUO BONA



JK - " Anwar, Kamu Sudah Gila...?

 by nurulmiriam@gmail.com

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia.

Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat "a sense of belonging".

Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah.

Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia.

Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK:  Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.
Anwar sangat konfiden akan menang.

Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman's agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri.

Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghubungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted.

Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami (Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.

ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. 

Saya bilang kepada Anwar, "Kamu sudah gila?" mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. 

Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu.

Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO DAN ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari "Polis Washington" supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya.

Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya Pembangkang bukan Perdana Menteri.

Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.

JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia, 
1 Jun 2013.


 The Wall Street JournalThe Wall Street JournalThe Wall Street JournalThe Wall Street Journal

JAKARTA, Indonesia—A former Indonesian vice president with a history of brokering peace agreements has accused Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim of reneging on a secret deal to respect the outcome of Malaysia's elections on May 5.

Jusuf Kalla revealed the pre-election accord in an interview with The Wall Street Journal, amid a public protest campaign by Mr. Anwar over what the opposition leader said was widespread vote fraud by the ruling National Front coalition. The election returned Prime Minister Najib Razak and the long-ruling National Front to power in the tightest national election in Malaysian history.
Mr. Kalla said the two candidates—whom he said he considered friends of his going back decades—had made a written agreement in April to refrain from personal attacks during the campaign and to accept the outcome, in a deal first proposed by Mr. Anwar.

Mr. Anwar acknowledged he had made the pact with Mr. Najib, with Mr. Kalla as mediator, but said the National Front had rendered it void by the way it ran its campaign.
He singled out Malaysia's media, much of which is controlled or owned by the government or members of the ruling coalition. "How can you talk reconciliation when you demonize your opponent in this manner?" Mr. Anwar said to The Wall Street Journal. He also said it was Mr. Kalla, not him, who first proposed the pact.

Mr. Najib stressed reconciliation in his first public remarks after the election, though both sides said that the other had rejected a clause in the pact that the winner was to offer the loser a role in a "reconciliation government."

Mr. Najib's camp confirmed that the agreement was made and dismissed Mr. Anwar's view that it had been undermined by the campaign—during which both sides accused the other of low blows and distortions. Mr. Anwar had strong support among Malaysian Web-based media during the campaign.
Mr. Kalla said he felt that both sides met their commitment to refrain from personal attacks during the campaign, and he hasn't criticized Mr. Najib over the conduct of the election.
Mr. Anwar said he plans to step up a legal campaign to overturn the results in 29 electoral districts, raising political tensions in Malaysia, which has grown increasingly divided in the aftermath of the election.

Mr. Anwar, a former deputy prime minister who has been the country's most prominent opposition leader for the past 15 years, has led a national campaign of mass rallies since the election. The scene has grown increasingly confrontational. Three prominent opposition activists were detained and later released in the past week.

In the weeks before the election, Mr. Anwar alleged that the National Front and Malaysia's Election Commission were manipulating electoral rolls and mobilizing illegal voters. On May 5, Mr. Anwar said his alliance had won and accused the National Front of stealing the election.
The National Front and the Election Commission rejected the allegations of electoral fraud. The Commission said there were extremely few irregularities, and that a record 85% of voters cast ballots.
Mr. Anwar said he is pessimistic that courts would overturn results in key districts.

The final vote count showed that Mr. Anwar's Pakatan Rakyat alliance won a majority of the popular vote, but Mr. Najib's coalition won heavily in many rural constituencies, where he has strong popular support, to emerge with a 21-seat parliamentary majority.

Mr. Kalla said that the outcome of the balloting, held on a Sunday, was clear. "We had a commitment,'' he said. "On Monday, I asked Anwar to accept it and look at reality. But they said, 'No, no, no, no.' ''

Mr. Kalla said Mr. Anwar approached him about an agreement two months ago, and they met at his Jakarta home. Mr. Anwar asked him to reach out to his opponent and secure his commitment for a peaceful election outcome, Mr. Kalla said.

At the time, Mr. Anwar was leading in voter surveys in Peninsular Malaysia, where most of the country's 29 million people live. A victory by his alliance—a collection of Islamists, a mostly ethnic Chinese party and the largely urban secular party he leads—would have been an earthquake to an establishment controlled since 1957 by the coalition that Mr. Najib now leads.
Mr. Kalla had brokered peace agreements in various conflicts across the troubled Indonesian archipelago during his time as vice president from 2004 to 2009, and had roles in peace negotiations in Thailand and Sri Lanka.

He said that he shuttled back and forth between Jakarta and Kuala Lumpur, meeting the opposition leader and Mr. Najib.

"Mr. Anwar sought Jusuf Kalla's assistance to secure a mutual agreement between BN [Barisan Nasional, the National Front] and [Pakatan Rakyat] stating that both sides agreed to accept the results of the general election, even in the event of a slim majority by either side,'' an adviser to Mr. Najib said. "The prime minister reiterated privately to Jusuf Kalla and in public before the election that BN would respect the will of the people and accept the election results, even if the opposition wins.''
Mr. Anwar said Mr. Kalla reached out to him to offer his assistance in ensuring an orderly outcome to the elections. "There were many friends around the region who were concerned about the transition of power and whether it would be peaceful," he said.

Both candidates had pasts rich with fodder for personal attacks during the campaign. Mr. Anwar spent nearly six years in prison on sodomy and corruption convictions after failing to unseat his one-time mentor, Mahathir Mohamad, in 1998. The sodomy charge was overturned, and he was later acquitted on a second sodomy trial. Mr. Anwar consistently denied the charges.

Mr. Najib, meanwhile, has been subject to rumors widely disseminated in the media—which he has denied—that he had an affair with a Mongolian model and translator who was later murdered. Two police officers were convicted in the murder. Mr. Najib hasn't been charged with any wrongdoing.
Mr. Kalla said he fears that the longer the dispute between the two political leaders goes on, the divisions in Malaysia—among factions in the majority Malay Muslim group and between Malays and the ethnic Chinese minority—will harden and perhaps lead to violence. Malaysia was racked by race riots in 1969 and Mr. Kalla's neighboring country, Indonesia, has suffered repeated outbreaks of sectarian violence.
—Celine Fernandez in Kuala Lumpur contributed to this article.
AMUKANMELAYU - Untuk menjadi seorang yang baik dan beriman, "Jagalah Lidah Kamu dan Antara Kedua Kangkang(Kemaluan) kamu"