SERANG..!!! SERANG..!!! SERANG..!!! ALLAHU AKBAR..!!!
Nampaknya puak-puak pengganas yang cuba mencemar kedaulatan tanahair
kita semakin cuak! Mungkin muka depa semua dah jadi biru pucat!
Bayangkan, lebih kurang 48 jam dari sekarang mereka akan digempur
habis-habisan oleh ATM dan PDRM di bumi Sabah!
Aku yakin, bilangan puak-puak pengganas Kiram III tu dah tinggal kurang
dari 50 orang. Menurut maklumat dari member aku, sekarang ni hanya
tinggal 2-3 kumpulan pengganas kecil yang masih bacul bersembunyi di
sekitar Lahad Datu.
Bayangkan dengan jumlah itu, mereka dikesan dengan pelbagai peralatan
canggih dan bakal diserang dari udara, laut dan darat! Bukan setakat
beratus-ratus komando, malah kereta kebal, jet-jet pejuang, helikopter
penggempur dikhabarkan dalam perjalanan ke Sabah..!!!
Malaysia sudah lama tidak diuji dengan peperangan sebenar. Selalunya
kita hanya dapat tengok depa buat demo dan eksais berperang saja. Tapi
kali ini memang real. Memang bersepai la kepala anak lelaki Kiram III
yang kurang ajar tu...
Aku berdoa semoga Allah SWT memberikan keberanian yang luar biasa pada anggota-anggota pasukan keselamatan kita.
Semoga Allah jauhkan mereka dari sebarang kejadian yang tidak ingini.
Paling penting, keselamatan mereka dipelihara Allah dari musuh-musuh
yang mengamalkan ilmu hitam dalam perang! Aku harap seluruh umat Islam
di negara ini turut mendoakan keselamatan wira-wira negara di sana...
Takbir..!!! Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!! Allahu Akbar..!!!
Gempuran Penamat Dalam Masa 48 Jam!
Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan
gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas
Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.
Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.
Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk
kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mynewshub difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke
bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh
menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.
Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan
menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh
negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari
bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.
Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin
memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam),
berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas
yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.
Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter
Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja
Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.
Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.
Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu
bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke
negara ini sama ada di laut dan di darat.
Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio
24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa
sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti
kerajaan Filipina.
Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan
penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula
sejak Februari lalu.
Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama
dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah
digunakan.
Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III
ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan
diri.
Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran
perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando
terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.
AMUKANMELAYU - patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertongkat siku, patah siku bertongkat kuku.........biar puteh tulang kami tak rela berputeh mata......Allahhuakbar!!!!!!!!