,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Sunday, 17 March 2013

HAK - ULAMAK POLITIK BUAT KERJA MUFTI APA HUKUMNYA?


Pejuang Yang Terkorban Di Lahad Datu Bukan Syahid 'Dunia Akhirat' - Ketua Dewan Ulamak Pas

KUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib mendakwa anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah hanyalah sebagai 'syahid dunia' bukannya 'syahid dunia akhirat'.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya.

MATI PACAK BENDERA DITIANG TERKENA RENJATAN LETRIK

 Berlaku Di Kampong Bukit Panau Tanah Merah Kelantan.Mangsa Adalah Skuad Pemacak Bendera PARTI BULAN.Tekena Renjatan Eletrik Apabila Batang Buluh Yang Terdapat LOGO BULAN Nak Dipancak Ditiang Eletrik Tersentuh Dengan Kabel Yang Bervoltan Tinggi.Dua Dah Maut Dan Yang Lain. SYAHID...kalu mati gini syahid tak???.AL-FATIHAH
 
Kenapalah pemimpin-pemimpin Pas ni selalu menyakitkan hati umat Islam, asal saja tidak berjuang dengan Pas, kehidupan serta kematian mereka akan dicuba sedaya upaya untuk dipertikaikannya. Apa salahnya kita kata pejuang negara kita yang terkorban itu syahid, tak perlulah nak panjangkan sampai kepada syahid dunia dan syahid akhirat, cukup saja sekadar syahid.
Ini kerana, tentang niat itu perkara didalam hati, tiada siapa yang tahu melainkan Allah, apabila kita sendiri tidak jelas akan niat pejuang yang terkorban itu, kenapa kita memilih untuk meletakkan ia sekadar 'syahid dunia' dan bukannya syahid dunia akhirat, apakah kerana politik ? Jika niat pejuang itu untuk mempertahankan Islam bagaimana ?, adilkah kita untuk melabel ianya sekadar syahid dunia.
Apabila kita sebut mempertahankan negara, maknanya ia sudah merangkumi Islam, kalau negara huru-hara diserang pengganas, apakah kita masih boleh melaksanakan ibadah dengan aman dan sempurna ? menjalani kehidupan sebagai muslim dengan sempurna.
Agaknya berapa orang dah pemimpin Pas ni yang mati mempertahankan Islam di medan perang? hormatilah perasaan waris-waris pejuang dengan kita tidak mempertikaikan pengorbanan nyawa mereka untuk mempertahankan agama bangsa dan negara.
Sedarlah, berapa besar jasa kita kepada negara ini untuk kita tidak menghargai kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa demi keamanan kita sehingga layaknya untuk kita mengtakrifkan pejuang yang terkorban itu hanya syahid dunia. Anda Mampu Mengubahnya.

Rasulullah pernah bertanya kepada para sahabat: “Siapakah yang dikira syahid menurut kamu?” Para sahabat berkata: “Orang yang dibunuh dijalan Allah, merekalah orang Syahid.” Rasulullah berkata: “Kalau begitu, umat aku akan sedikit (kerana bukan semua yang turun berperang)” Mereka pula bertanya: “Kalau begitu, sipakah mereka wahai Rasulullah?” lantas Rasulullah berkata: “Siapa yang dibunh dijalan Allah (jihad perang) maka di syahid, dan siapa yang mati dijalan Allah maka di syahid, dan siapa mati akibat taun maka dia syahid, dan siapa mati (akibat penyakit diperutnya) maka dia syahid.”

Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel RA (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya,: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain, maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid.”
 
AMUKANMELAYU - jangan melebihi apa yang telah di ajar RASULLULLAH......dan jangan melebihi MUFTI yang di lantik Tuanku Sultan.......dan jangan memandai mengeluarkan FATWA mengikut selera POLITIK.........