Salam Broooooo..............apasal U selalu ke Filiphina? U jumpa Noo Maisuri bincang pasal ape? Cer cite.....cer cite.....
SEPERTI yang diduga daripada awal lagi, bahawa Anwar Ibrahimlah yang paling banyak manafaat dan keuntungan daripada krisis di Pantai Timur Sabah.
Kini Anwar mula melakukan serangan terhadap kerajaan dan Umno sambil menuduh bahawa kerajaan ambil mudah soal-soal keselamatan negara.
Pemimpin yang paling banyak mendapat kritikan daripada Anwar adalah Hishamuddin selaku Menteri Dalam Negeri dan kedua Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan.
Tindakan berikut Anwar adalah mengapi-apikan suku suluk agar menolak kerajaan BN. Anwar akan mengatakan bahawa kerajaan BN zalim dan jahat kepada bangsa suluk, kerana sanggup membunuh bangsa mereka.
Anwar akan membangkitkan amarah bangsa suluk kepada kerajaan terutama Umno, sambil mengatakan, selama ini suku bangsa itu adalah penyokong tegar Umno, sebagai balasan kepada sokongan itu, adalah menzalimi, mengkhianti sokongan itu dengan membunuh sebahagian saudara mara mereka.
Kerajaan terutama pasukan keselamatan dari awal-awal lagi mengesan motif disebalik pencerobohan Lahad Datu dan kini merebak di Semporna dan kemungkinan di Kunak dan Sandakan.
Kerajaan mengesan bahawa krisis Pantai Timur Sabah adalah rancangan pihak-pihak tertentu untuk membangkitkan emosi bangsa suluk, dengan tujuan politik, atas sebab itu krisis tersebut diadakan terutama menjelang PRU-13 yang bila-bila masa diadakan.
Dikeranakan ada muslihat disebalik pencerobohan Pantai Timur Sabah, maka kerajaan mengambil pendekatan aman melalui perundingan yang memakan masa 23 hari, sebelum kejadian baku tembak diawal pagi Jumaat 1 mac lalu yang mengorbankan dua anggota komando69 dan mencederakan tiga yang lain.
Keinginan dalang kepada krisis Pantai Timur Sabah pada awal-awal lagi menginginkan pertumpahan darah agar supaya mudah membelasah kerajaan, namun kerajaan berjaya mengelak itu semua. Akan tetapi, disebabkan perancangan yang rapi, rancangan dalang itu menjadi kenyataan juga apabila kumpulan penceroboh memulakan serangan, melalui taktik kotor, dengan mengangkat bendera putih tanda menyerah, sebaliknya melakukan serangan mortar.
Kini pihak pembangkang bertempik. Salvo pertama dihantar oleh Tian Chua, bahawa krisis Pantai Timur Sabah adalah sandiwara Umno dan kemudian Anwar menguatkan lagi salvo itu dengan mempersoal kelambatan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan bertindak.
[KOMEN: Ini merupkan satu deviation untuk mengurangkan tekanan terhadap Anwar Ibrahim. ]
Krisis Pantai Timur Sabah, satu muslihat politik yang besar telah berjaya diwujudkan.
Kali ini dengan mengorbankan nyawa, kerana ada pihak-pihak yang sanggup mengorbankan nyawa. jikapun dalam negera ada yang sanggup mengorbankan nyawa, adalah pasti kejadian seumpama ini telah lama dilakukan. Namun pihak-pihak tertentu hanya mampu demostrasi jalanan dalam negara.
AMUKANMELAYU - Aki cadangkan PDRM mencari mana-mana yang TERLEBIH pandai didalam FB, TWITTER dan Blog......bagi senapang dan bawa ke barisan hadapan "TOLONG AJAG" PDRM dan ATM macamnana nak berperang........