,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Saturday, 16 March 2013

SYAHID - MATI MEMPERTAHANKAN NEGARA ATAU JADI KHADAM KIRAM RAJA ATAU JATUH TIANG BENDERA?


ANTARA MEREKA YANG MATI SYAHID DAN MATI JAHILIAH

Hukum Mati Gantung Bendera Syahid ke Tidak?


“Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka
2 orang Ahli PAS meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika sedang menggantung bendera PAS dan DAP.

AHLI PAS PACAK BENDERA DITIANG TERKENA RENJATAN LETRIK

 Berlaku Di Kampong Bukit Panau Tanah Merah Kelantan.Mangsa Adalah Skuad Pemacak Bendera PARTI BULAN.Tekena Renjatan Eletrik Apabila Batang Buluh Yang Terdapat LOGO BULAN Nak Dipancak Ditiang Eletrik Tersentuh Dengan Kabel Yang Bervoltan Tinggi.Dua Dah Maut Dan Yang Lain Cedera.Moga-Moga Nik AjiS Akan Segera Melawat Keluarga Mangsa Dan Memberi Sumbangan Yang Patut. SYAHID...kalu mati gini syahid tak???.AL-FATIHAH
Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera parti PAS dan DAP , dua rakan maut terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam Jumaat.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.
Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera PAS dan DAP pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi Sabtu.
Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri-Sumber.

 TRAGEDI LAHAD DATU

1.Peristiwa pencerobohan di Sabah oleh kumpulan pengganas dari Selatan Filipina membabitkan beberapa isu yang menyentuh hukum syarak. Ada dua perkara pokok yang menjadi kewajipan Muslim ketika berhadapan dengan setiap perkara yang menyentuh hukum Islam: beriktikad dan mengamalkannya. Misalnya solat, pertama, wajib iktikad ianya fardhu dan kedua, wajib menunaikannya.
Dalam hukum-hukum yang diijma’kan, tidak beriktikad membawa kepada kufur, dan tidak mengamalkannya menjadi fasik. Berikut ini huraian isu-isu yang menyentuh hukum syarak berkaitan dengan peristiwa pencerobohan ini.

2. Memerangi puak penderhaka adalah wajib seperti yang diperintahkan dalam surah Al-Hujuraat ayat 9 yang bermaksud, “maka perangilah puak penderhaka itu  hingga mereka kembali mematuhi perintah Allah”. 
 
Militan sulu yg ditemui mati dgn tangkal dililit pada pinggang.

Memerangi golongan ini termasuk dalam jihad fi sabilillah. Menurut kitab Subulussalam, “memerangi kumpulan ini lebih afdal daripada memerangi orang-orang kafir”, kerana kemudaratan yang ditimbulkan 
oleh angkara mereka terhadap masyarakat. Keamanan dan keselamatan masyarakat adalah jaminan Allah. Oleh itu mereka yang merosakkannya dianggap sebagai “memerangi Allah dan Rasul Nya” seperti yang ditegaskan dalam ayat 33 surah Al-Maaidah.

3. Oleh kerana peperangan menentang penderhaka adalah jihad maka pasukan keselamatan yang terlibat dalam operasi menentang penceroboh adalah merupakan Mujahidin di jalan Allah. Ganjaran yang menanti mereka adalah sangat besar di sisi Allah Ta’ala, seperti yang diterang dalam hadis-hadis berikut yang bermaksud, “Umpama pahala yang akan diterima oleh seorang mujahid itu ialah seperti pahala seorang yang berpuasa, sembahyang tahajud, membaca ayat-ayat Allah dan terus mengerjakan atau sembahyang dan puasa tanpa jemu dan penat sehinggalah mujahid itu kembali dari medan perjuangan “ (riwayat Bukhari/Muslim); “Sesiapa yang berjihad di jalan Allah, maka Allah haramkan api neraka daripada
membakarnya” (riwayat Bukhari) : 
“Waktu pagi ataupun petang bagi seseorang yang  berjihad di jalan Allah itu adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya “(riwayat Bukhari/Muslim) : “Dua mata yang tidak akan disentuh sama sekali oleh api
neraka, iaitu mata yang menangis kerana takut kepada Allah, dan mata yang  berkawal dalam perjuangan di jalan Allah “ (riwayat Abu Yasala); “sehari berkawal  dalam perjuangan di jalan Allah lebih afdal daripada beribu hari di tempat-tempat lain”.

4. Apabila para pejuang ini gugur dalam pertempuran dengan puak penderhaka mereka dikurniakan martabat syahadah, yakni mati syahid, hadis sahih riwayat Ahmad Tabarani dan Ibnu Majah menyatakan bahawa antara kelebihan orang yang mati syahid ialah diampunkan dosa mereka dari titisan pertama darah yang tumpah, diperlihatkan tempatnya di syurga, dihiasi dengan perhiasan iman, dilepaskan daripada azab kubur, dan diberi keamanan pada hari kiamat. Menurut hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi orang mati syahid mendapat kemuliaan untuk memberi syafa’at kepada tujuh puluh orang daripada kaum keluarganya.

5. Golongan penderhaka dalam Islam di kenali dengan istilah bughah dan khawarij. Rasulullah SAW dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad menyifatkan golongan ini sebagai “Syirar ummati” (sejahat-jahat umat ini). Dalam Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,
“Puak penderhaka adalah anjing-anjing neraka”. Abu Umamah r.a. ketika melihat kepala-kepala puak penderhaka yang dibunuh dan diletakkan di perkarangan masjid Damsyik, beliau mengatakan : “Mereka itu adalah anjing-anjing neraka jahanam. Sejahat-jahat orang yang dibunuh di muka bumi, dan orang-orang yang mereka bunuh adalah sebaik-baik orang yang dibunuh di bawah rungkup langit “.Tindakan penderhakaan dengan mengangkat senjata adalah perbuatan yang sangat terkutuk dalam Islam dan boleh membawa seseorang itu terkeluar dari agama. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, Rasulullah SAWbersabda, “sesiapa yang mengangkat senjata terhadap kami, ia bukan daripada agama kami”. Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa “ mereka boleh keluar dari agama Islam laksana anak panah menembusi sasarannya “, yakni dengan cepat dan tanpa disedari.

Mengenai tindakan kejam mereka terhadap petugas Kerajaan, ia bukan perkara baru. Ibnu Abi Syaibah menceritakan bahawa segerombolan penderhaka di 3zaman Saidina Ali r.a menangkap Abdullah bin Khabab, seorang pengikut baginda serta isterinya yang hamil. Abdullah disembelih di tebing sebatang sungai. Isterinya pula, bukan sahaja dibunuh, tetapi juga dibelah perutnya. Setelah peristiwa ini, Saidina Ali r.a mengambil keputusan untuk memerangi mereka habis-habisan, walaupun sebelum itu, baginda berlembut dan memberi tempoh agar mereka kembali ke jalan yang benar
.Memandangkan perbuatan mereka yang sangat keji, puak penderhaka ini bukan sahaja dikecam di atas lidah Pembawa Syariat sewaktu hidup, tetapi juga ketika mereka mati. Kematian mereka disifatkan seperti “mati jahiliah” Dalam sebuah Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “maka sesungguhnya sesiapa yang mengambil langkah penderhakaan terhadap pemerintah walaupun sekadar sejengkal, mati ia seperti mati jahiliah “.Berasaskan nas-nas syarak dan melalui penelitian terhadap tindak tanduk mereka, Imam Muhammad bin Al-Husin Al-Aajuri menyatakan dalam bukunya “kitab Al-Syariah”, “Puak penderhaka adalah golongan yang meluas kejahatannya, najis lagi keji .....” Tindakan kerajaan memerangi mereka adalah mengikut hukum syarak seperti yang diperintahkan dalam surah Al-Hujuraat ayat 9, dan juga dalam sebuah hadis riwayat Muslim yang bermaksud, “ Sesiapa yang datang kepada kamu sekalian pada hal kamu berada di bawah pemerintahan seseorang daripada kalangan kamu. Ia ingin melakukan penderhakaan, maka hendaklah ia dibunuh, tanpa mengira siapakah orangnya “.

6. Memandangkan peperangan menentang puak penderhaka adalah wajib dan merupakan satu jihad, maka setiap Muslim yang benar imannya tiada pilihan melainkan bersama Kerajaan dan para mujahiddin yang berjihad di barisan hadapan. Ini bukan sahaja satu kewajipan tetapi juga untuk mendapatkan keberkatan daripada kelebihan-kelebihan yang Allah janjikan untuk para mujahid dan juga syuhada, seperti yang disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad  yang bermaksud, “Seseorang itu akan bersama dengan orang yang ia suka"

Imam Al-Manawi dalam kitabnya Faidh al-Qadir ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa “Sesiapa yang menyukai sesuatu kaum dengan ikhlas, maka ia akan bersamanya, sama ada daripada segi balasan maupun tempat. Sesiapa yang ingin mengetahui dimanakah kedudukannya, hendaklah ia melihat bersama siapakah ia di dunia ini, adakah bersama dengan golongan yang dimuliakan Allah atau golongan yang dikutuk “.Maka berasaskan maksud hadis di atas, dalam suasana hari ini, setiap daripada kita berada di persimpangan sama ada memilih untuk bersama para mujahidin dan syuhada’ dengan kelebihan-kelebihan yang disediakan Allah untuk mereka ataupun bersama puak penderhaka yang dikutuk di atas lidah Pembawa
Syariat, dan disifatkan dengan sifat-sifat yang keji seperti “Kilabunnar” (anjing-anjing neraka), “syiraar ummati” (sejahat-jahat umat ini), “mati jahiliah” dan sebagainya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala yang Maha Adil akan memberi ganjaran mengikut pilihan masing-masing. Di awal tulisan ini saya sebutkan bahawa persoalan hukum syarak membabitkan akidah selain daripada amalan. Menurut Imam Al-Manawi, sesiapa yang menghalalkan penderhakaan terhadap pemerintah dengan menggunakan senjata, ia menjadi kafir kerana menghalalkan perbuatan yang haram dengan dalil yang qat’ie dan diijma’ oleh ulama. Semoga Allah menghimpunkan kita bersama para auliya’, mujahidin, syuhada’ dan solihin – golongan yang terbaik untuk kita bersama mereka di dunia dan di akhirat.

DATUK HJ WAN ZAHIDI BIN WAN TEH
MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
28 Rabiulakir 1434/11 Mac 2013