,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Tuesday 19 March 2013

TOK GURU TERTIPU DENGAN SI TEMPANG YANG CERDIK


Nik Aziz : "kalau Anwar Tu TEMPANG( ? ) Sekalipun. Dah Dia Tu Cerdik, Terima Dialah"

Berhubung isu penyebaran gambar hubungan seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kaum sejenisnya, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak kemungkinan ianya  berlaku, namun Nik Aziz tidak bersetuju serangan berbentuk peribadi dilakukan keatas Anwar sebaliknya mengalukan berlawan politik dengan berhujah.

"Anwar budak cerdik, Anwar ni budak cerdik, payah kalau Umno tak singkir dia, ni cara pemimpin Umno dia semata-mata, kita orang politik ni mesti kita lawan hujah, bukan lawan peribadi, kalau Anwar tu tempang sekalipun dah dia tu cerdik, terima dialah".

  Apakah "TEMPANG" bermaksud Tok Guru mempercayai Anwar LGBT? dan tanpa disedari juga Nik Aziz mula menerima kenyataan dimana Anwar seorang homoseksual, biarpun penerimaan itu tidak dinyatakan secara jelas, tapi ia sudah cukup dengan memberi perumpamaan "kalau Anwar tu "TEMPANG" dah dia tu cerdik, terima dialah".


Pas Benarkan Kalimah Allah Kepada Kristian

AIDCNews – 08/01/13 – Keputusan rasmi Pas berhubung dengan isu kalimah Allah dibacakan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat PKR di Tropicana, Damansara, menegaskan Pas konsisten dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan parti itu pada 4 Januari 2010 sebelum ini.

Kenyataan penuh PAS pada 8 Januari 2013 yang dipetik dari Sinar Harian :
PAS adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (Ikim) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: “Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah” pada bulan Januari 2010.

Kalimah “ALLAH” adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.
Kalimah “ALLAH” tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu, pengganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.
Al-Quran menyebut penggunaan kalimah ALLAH oleh kalangan bukan Islam dengan penjelasannya:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan ALLAH, dan kita tidak sekutukan sengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (Par paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari ALLAH”. Kemudian jika mereka (ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:
 

“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam.” (Ali-Imran:64)
Pas merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah ALLAH sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Kenyataan rasmi PAS pada 4 Januari 2010

Berikut disertakan pula kenyataan penuh Pas pada 4 Januari 2010 dipetik dari kelantan.pas.org.my.
Pas sebagai parti Islam, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti mana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakan pilihan sendiri.

Prinsip kebebasan beragama ini juga telah termaktub di dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun demikian dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama.
Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

Pas memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al Imran ayat 64 yang bermaksud.

“Katakanlah: Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya sebagai tuhan selain Allah”.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh mengugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.
PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam.

Syirik kalimah Allah diguna agama lain

 (Adakah Kenyataan Harun Din Dapat Mengatasi Kenyataan TGHH?)

Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM 19 Jan. - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din mengingatkan orang Islam bahawa tindakan meredakan kalimah Allah digunakan untuk agama-agama lain boleh jatuh syirik kerana perbuatan tersebut dianggap sebagai kufur.
Beliau berkata, kalimah suci tersebut tidak sesekali boleh dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain kerana akan mencemarkan kesucian Islam dan satu undang-undang perlu diwujudkan bagi melindungi kalimah Allah.
Tegas beliau, umat Islam wajib mempertahankan kalimah Allah meskipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal.
“Reda dengan perkara yang kufur boleh menjadi kita kufur sama. Saya sarankan perlu ada perlindungan dalam bentuk undang-undang bahawa Allah adalah eksklusif untuk orang Islam.
“Tidak boleh orang bukan Islam gunakan perkataan Allah dalam kitab mereka," kata beliau ketika menyampaikan ceramah khas mengenai kalimah Allah di hadapan kira-kira 1,000 jemaah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam tadi.
Sebelum ini, Haron merupakan antara ulama dalam Pas yang mengemukakan pandangan tegas berhubung larangan membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain termasuk dipakai dalam Bible versi bahasa Melayu.
Pada peringkat awal Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain dengan syarat tidak ada penyalahgunaan.
Bagaimanapun, kepimpinan tertinggi Pas akhirnya akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama pada minggu lalu yang melarang agama lain menggunakan kalimah Allah.
Dalam ceramah tersebut, Haron membawakan beberapa petikan daripada Bible yang menjelaskan hakikat sebenar konsep ‘Trinity’ yang bertentangan dengan maksud kalimah Allah yang membawa erti Yang Maha Esa.
“Menterjemahkan kalimah Allah dalam Bible menyebabkan berlaku syirik kepada Allah," katanya.
Beliau menjelaskan kalimah Allah selama-lamanya bermakna Allah Maha Esa dan tidak boleh diterjemahkan dalam bahasa Arab sekalipun kerana tidak ada bandingan bagi kalimah itu yang selama-lamanya bersifat singular (satu).
“Kalau diterjemahkan kepada ‘God’ atau ‘Lord’ pun tidak boleh kerana perkataan itu tidak memberikan makna satu Tuhan, tidak mungkin kalimah Allah diterjemahkan sehingga seolah- olah ada selain daripada-Nya kerana Allah tidak ada yang sama seperti-Nya (laisaka mislihi syai’)," katanya.
Kata beliau, berbeza dengan God atau Lord yang membawa maksud Tuhan yang boleh bertukar menjadi plural seperti Gods atau Lords atau ‘Goddess’ iaitu Tuhan perempuan.
“Islam berpegang kepada paksi utama Allah yang mufrad (singular) iaitu sebagaimana dalam Surah al-Ikhlas iaitu Katakan bahawa Allah itu Maha Esa (Ahad)," katanya.





Tuesday, May 8, 2012


Pengakuan Khalid Ismath: "Tok Guru Nik Aziz Pun Tahu Aku Syiah".

Telah menjadi pengetahuan umum bahawa sebagai umat Islam, kita ulama muktabar telah mengistiharkan Syiah sebagai terkeluar dari landasan Islam.  
Syiah lebih kepada agama politik, yang mana terdapat prinsip Syiah, iaitu Al -Wilayah, satu prinsip yang mana mereka tidak akan mengikhtiraf mana-mana pemimpin negara selagi mana pemimpin itu bukan dari kalangan mereka (berfahaman Syiah).  Dan mendirikan kerajaan Syiah adalah matlamat utama mereka, dengan menghalalkan demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan yang sedia ada. 
Sebagai contoh, huru-hara yang berlaku di Timur Tengah didalangi oleh Syiah.  Bahkan, sirah Islam sendiri tercatat bagaimana sahabat Nabi, Uthman Affan terkorban dalam demonstrasi pertama dalam sejarah Islam, yang diketuai oleh Abdullah Saaba, seorang yahudi yang terkemudian mencipta fahaman Syiah ini.
Fahaman ini telah menyusup masuk ke Malaysia, dan tanpa berselindung, ia meresap masuk ke universiti universiti tempatan.  
Dakwaan bahawa Khalid Ismath itu seorang Syiah nyata berasas, apabila Khalid mengakui bahawa Nik Aziz sendiri mengetahui bahawa dia adalah seorang berfahaman Syiah.  
Apakah pegangan sebenar Nik Aziz dalam perkara ini?  Apakah beliau terlalu jahil untuk memahami apa itu Syiah, atau menghalalkannya demi dendam kesumat politik, yang sebenarnya berasaskan kesalahan parti itu sendiri ketika bergabung dengan UMNO di Kelantan suatu ketika dahulu?  
Jika benar, maka tepatlah dakwaan ramai pihak bahawa Nik Aziz hanyalah ulama politik, yang dipandu oleh kepentingan politik, sementara menjadikan Islam sebagai topeng untuk bermuka-muka.  
Tidak hairanlah, fahaman Syiah subur mekar di kalangan penganut PAS, kerana Mursyidul Amnya sendiri mengiktiraf fahaman sesat itu apabila tidak bertindak berdasarkan ajaran Islam murni, berdasarkan dakwaan Khalid Ismath sendiri di dalam akaun FB nya. 




Hak Kebebasan Agama : Muslimat PAS Pertahan Kenyataan Nurul Izzah.

 
KUALA LUMPUR 7 Nov. - Dewan Muslimat PAS hari ini mempertahan kenyataan Ahli Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mengenai isu hak kebebasan beragama pada Forum Islamic State - Which Version Whose Responsiility baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud, Nurul Izzah sewajarnya diberi ruang untuk memberi penjelasan terlebih dahulu malah disiasat terperinci dilakukan terhadap kenyataan beliau dan tidak terus dihukum hanya kerana mainan sebilangan media tempatan yang didakwanya memutarbelit pelbagai kenyataan pimpinan Pakatan Rakyat.

"Selepas mendengar penjelasan YB Nurul sendiri dan YB Mujahid (antara panel Forum tersebut), maka kami percaya dan yakin apa yang diperkatakan oleh YB Nurul telah diputarbelitkan. Banyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak bagi memanjangkan isu ini walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri forum itu.

Mereka membuat komen hanya berasaskan laporan Utusan Malaysia. Isu ini telah dipolitikkan dan sengaja diperbesarkan sedangkan Nurul Izzah tidak sekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud, orang Melayu bebas memilih agama atau mengajak orang Melayu keluar Islam atau menyokong orang yang murtad," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
alt
Sebelum ini, Naib Presiden PKR itu telah dilaporkan telah mempertikai ketidakadilan peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama hanya untuk bukan Islam, sedangkan kumpulan Islam disekat daripada pengamalan kebebasan tersebut. Beliau turut  mendakwa Malaysia seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini.

Kenyataan beliau yang dikeluarkan menerusi Forum Islamic State - Which Version Whose Responsiility  di Subang baru-baru ini telah membangkitkan kemarahan beberapa Pemimpin Politik kerana didakwa senada dengan pendirian Majlis Peguam.

Antara yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau termasuklah beberapa Pimpinan UMNO, PERKASA dan Dewan Pemuda PAS Pusat.

 AMUKANMELAYU - fikiran songsang yang menular kadalam masyarakat marhein tidak dapat di bendung lagi, PAS perlu kembali kelandasan asal dengan JAKIM dan para ULAMAK perlu segera masuk kedalam masyarakat membetulakn kecelaruan ini dan memberi kefahaman ISLAM yang sebenar....................