Tiada belas kasihan!!!!!....................
Menurut sumber yang
berada di Bandar Semporna,Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja
Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki
bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu.
Insiden di lokasi
tersebut telah mengorbankan 5 anggota polis berlaku dengan amat kejam,
mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya
terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian,
Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung
berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang
ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan
menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan
dan berakhir dengan kepalanya dipenggal.
Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kelima-lima anggota
polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk
menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat
maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu..
Kenapa sehingga sekarang
perintah berkurung tidak dikeluarkan? Pisau berharap pihak KDN jangan
terlambat dalam membuat keputusan.Perintah berkurung harus dikuat
kuasakan serta merta untuk mengekang kumpulan pengganas ini.
Kenapa risikan Filipina
kaitkan Anwar dengan Nur Misuari, Kita perlu fahami tawaran yang dibuat
oleh pemimpin pakatan kepada kumpulan ini . Anwar hanya perlu memainkan
jarum dan membuat beberapa tawaran kepada Misuari kerana melihat
perjanjian damai yang dipelopori oleh kerajaan Malaysia sudah pasti
tidak menguntungkan Nur Misuari yang mahukan wilayah yang merdeka.
Adalah tidak mengejutkan
jika sebelum ini pihak keselamatan negera dilihat cuba berkompromi dan
tidak mahu sebarang pertumpahan darah kerana kerajaan harus mengambil
kira sebarang konflik yang berlaku pasti akan merebak dan sukar dikawal
tawaran yang dibuat oleh pemimpin pakatan kepada MNLF memang sukar
ditolak memandangkan perjanjian yang dibuat oleh MILF dengan kerajaan
Filipina dilihat membelakangkan kepentingan perjuangan Nur Misuari dan
MNLF.
Latar belakang konflik :
Berikut adalah laporan
tentang perhimpunan yang amat penting bagi Tausug khususnya dan
kaum-kaum Muslimin (Moro) Mindanao umumnya iaitu Perhimpunan MNLF (Moro
National Liberation Front) di Davao serta memberikan jalan keluar buat
Malaysia sebagai broker perjanjian damai ini agar boleh pula mendamaikan
MNLF samada memujuk dengan berkongsi kuasa atau bergilir dalam
mentadbir BANGSAMORO Autonomy tersebut.
Laporan pertama ialah dari laporan bergambar dari Facebook MNLF yang di paparkan dibawah.
The 17th MNLF Grand Summit Gathering, Davao Crocodile Park 2012
“THOUSANDS OF MNLF
COMING FROM ALL OVER MINDANAO GATHERED AT DAVAO TO RAISE ONE VOICE UNDER
THE LEADERSHIP OF THE LEGITIMATE BANGSAMORO REPRESENTATIVE MNLF
CHAIRMAN NUR MISUARI”
Laporan dalam akhbar
tempatan meletakkan tajuk “Jangan Memperkecilkan Nur Misuari!” ini
menunjukkan bahawa Nur Misuari tidak bersetuju dengan pelan damai yang
ditandatangani antara MILF (Moro Islamic Liberation Front) dengan GPH
(Government of the Philippines). Perhimpunan MNLF ini sangat jelas
sebagai perhimpunan protes dari pihak MNLF yang dipimpin Nur Misuari
terhadap perjanjian damai tersebut yang bukan sahaja menganggap MILF
sebagai kumpulan bersenjata picisan malah dianggap sebagai kumpulan
pengkhianat.
Kerana ketika MNLF
menandatangani Perjanjian Damai Autonomy pada tahun 1996, suku kaum
Maranao-Maguindanao yang sebelumnya menyertai angkatan bersenjata MNLF
telah berpakat keluar dari MNLF dengan menubuhkan MILF pula, dengan
alasan mereka tidak mahu Autonomi tetapi kemerdekaan sebagaimana
perjuangan awal. Tiba-tiba hari ini MILF pula yang mengikut jejak MNLF
berdamai dengan SANGGUP menerima kerakyatan Filipina, bukan kemerdekaan
negara Islam Moro seperti yang mereka laungkan.
Barangkali inilah punca
kemarahan utama MNLF terhadap saudara mereka dari kumpulan MILF ini.
Iaitu cakap tak serupa bikin, beriya-iya nak teruskan peperangan dengan
menentang perjanjian damai MNLF 1996 tapi akhirnya MILF sendiri yang
terpaksa menelan segala cakap besarnya terhadap MNLF pada 1996 lalu.
Salah satu dari
kemarahan MNLF ialah perjanjian damai yang dimeterai MILF dengan
Filipina itu secara automatik telah membatalkan segala perjanjian damai
1996 oleh Nur Misuari yang mewakili MNLF dengan Filipina. Sejak tahun
1996 Nur Misuari menunggu agar perjanjian damainya itu dilaksanakan oleh
Filipina tapi malangnya bukan sahaja tidak dilaksanakan oleh Filipina
segala fasa dalam perjanjian tersebut malah Filipina bertindak dengan
bantuan Malaysia menutupi perjanjian MNLF 1996 itu dengan perjanjian
baru MILF-Filipina ini.
Gambarannya seperti satu syarikat pemaju hartanah telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat A untuk pemajakan bangunan BLOK M, tiba-tiba pemaju ini telah bertindak memajakkan blok bangunan yang sama kepada Syarikat B pula.
Bila Syarikat A tahu kerja khianat pemaju tersebut maka sudah
sewajarnya syarikat A akan marah dan pasti akan lakukan tindakan yang
difikirkannya perlu agar pihak pemaju mematuhi perjanjian pajakan AWAL.
Sekarang Syarikat A
(MNLF) ini bukan sahaja marah kepada Pemaju (Filipina) malah turut marah
kepada Syarikat B (MILF) yang ketika dulu adalah rakan kongsinya.
Kemarahan Syarikat A ini turut diarahkan kepada PEMAJU dari luar
(Malaysia) yang tanpa rasa bertanggungjawab telah menyokong tindakan
Pemaju (Filipina) sehingga membolehkan Syarikat B (MILF) itu mendapat
konsesi pajakan bangunan Blok M (Moro).
Apapun alasan Filipina
untuk menafikan hak MNLF sebagai pemeterai perjanjian lebih awal ia
nyata sekali tidak boleh diterima samada oleh Nur Misuari mahupun
ahli-ahli MNLF sendiri. Di Malaysia, siaran TV tempatan telah melaporkan
betapa Malaysia begitu bertuah menjadi ajen pendamai Nusantara sehingga
mendapat pujian Ulama’ Arab (Syeikh Yusuf Al-Qaradawi) tanpa menyedari
bahawa ia bukannya keamanan yang menjadi TOKEN kepada kejayaan Malaysia
itu, sebaliknya akan menjadi bibit perang saudara sebagaimana yang
digambarkan oleh Nur Misuari sendiri. Sekiranya Malaysia berterusan
MENUTUP MATA terhadap keadaan sebenar Sulu dan Mindanao itu, dikhuatiri
masalah ini akan menular sampai menyentuh kes Sabah.
Nur Misuari Di Peralatkan Untuk Menumbangkan Najib
Disebalik kebuntuan di minggu kedua Militan Sulu hadir di Lahad Datu dengan dikelilingi oleh pasukan keselamatan Malaysia, Nur Misuari dengan cepat telah mengeluarkan ancaman dengan berkata,
‘’JIKA SETITIK DARAH DITUMPAHKAN, MAKA KITA AKAN DIPAKSA UNTUK DATANG MEMBANTU MEREKA”
Nur Misuari juga telah berkata seperti berikut,
‘‘INI HARUS DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN ‘COOLER HEAD‘ , LEBIH BAIKTUNGGU PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA UNTUK LIHAT SIAPA YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU‘‘
Siapakah Pemimpin ‘Cooler Head‘ yang Nur Misuari maksudkan itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah kawan lama beliau, Anwar Ibrahim...!
IA TELAH DILAPORKAN OLEH REUTERS DAN DISAHKAN OLEH SUMBER TENTERA FILIPINA BAHAWA ANWAR TELAH BERKUNJUNG KE FILIPINA DAN MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN NUR MISUARI UNTUK MEMBINCANGKAN TUNTUTAN KE ATAS SABAH, BEBERAPA BULAN SEBELUM INSIDEN LAHAD DATU BERLAKU (sila rujuk posting Web sebelum ini bertajuk ‘Nur Misuari Back On Jolo, Amid New Fighting’ sumber dari Wikileaks).
Nur Misuari juga telah dipinggirkan oleh MNLF dan membantah rangka kerja perjanjian antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina, yang ditandatangan baru-baru ini. Baca artikel dibawah cerita lanjut.
Republik atau autonomi
DUNIA dikejutkan dengan laporan Manila Times pada
4 Mei 2012 lalu bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)
mengisytiharkan penubuhan Republik Bangsamoro dengan pengerusinya Nur
Misuari sebagai presiden.
Perisytiharan itu dibuat
melalui resolusi kongres MNLF yang menggesa kepimpinannya menggugurkan
perjuangan menuntut autonomi, sebaliknya kembali kepada perjuangan asal
untuk kemerdekaan.
MNLF sejak penubuhannya pada tahun 1972 sememangnya memperjuangkan negara merdeka Bangsamoro di Pulau Mindanao, Filipina.
Pada tahun 1996, MNLF terima persetujuan penubuhan Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) dengan Misuari selaku gabenor.
Perisytiharan itu
menarik perhatian negara-negara Asia Tenggara yang telah menyaksikan
perjuangan pemisahan di banyak tempat di rantau ini.
Indonesia yang telah
kehilangan Timor Timur menyaksikan usaha pemisahan wilayah di Acheh,
Irian Papua, Maluku Selatan, Sulawesi Timur dan Riau. Sementara media
Thailand menimbulkan semula soal pemisahan Pattani apabila berlaku satu
letupan di selatan.
Kecuali dalam soal Timor
Timur, kerajaan-kerajaan ASEAN menolak sebarang usaha pemisahan kerana
ia hanya menimbulkan suasana ketidakstabilan di rantau ini dan merugikan
semua pihak.
Perisytiharan itu hanya
mengeruhkan suasana politik rantau ini. Sejak MNLF memilih untuk
autonomi, perjuangan kemerdekaan Bangsamoro di Mindanao diteruskan oleh
Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kumpulan Abu Sayyaf.
Perisytiharan itu
menimbulkan kegelisahan di Manila yang sedang berhadapan dengan krisis
politik antara Presiden Gloria Macapagal-Arroyo dan pengikut-pengikut
bekas Presiden, Joseph Estrada.
Malah sentimen di Manila menyifatkan MNLF sedang menangguk di air keruh.
Dari segi undang-undang, perisytiharan itu bersifat hasutan dan Misuari boleh ditangkap.
Namun begitu, pada Isnin
lalu, dalam wawancara dengan radio dari Zamboanga, Misuari menafikan
dia mengisytiharkan sebuah Republik Bangsamoro dengan dirinya sebagai
presiden.
Beliau hanya menegaskan bahawa MNLF “tetap teguh dalam tuntutan bagi suatu autonomi politik yang adil”.
Walaupun ARMM sudah memperoleh autonomi tetapi ia dianggap tidak sempurna dan adil.
Menurut Misuari,
perisytiharan yang dilaporkan itu hanyalah sebahagian daripada resolusi
yang dikemukakan oleh sayap pemuda kepada Kongres Rakyat Bangsamoro
Keempat (BPNC) “supaya isu itu terus hidup bagi memastikan kerajaan
memegang pada janjinya.”
Menurutnya, tuntutan
MNLF terkandung dalam persetujuan dengan kerajaan-kerajaan pimpinan
bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, Corazon Aquino, Fidel Ramos
dan Estrada.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hanya mengiktiraf autonomi dan bukannya republik merdeka.
Manila Times juga
melaporkan penjelasan pengerusi jawatankuasa penerangan MNLF, Ibrahim
Omar yang menyatakan bahawa ia hanya merupakan suatu usul yang mana
belum ada tindakan daripada jawatankuasa pusat MNLF.
MNLF perlu mengkaji, memberi persetujuan sebelum diambil tindakan, kata Omar.
Menurutnya, kongres MNLF itu menyetujui perisytiharan sebuah kerajaan sementara dengan Misuari sebagai presiden pertama.
Persidangan itu juga
meluluskan beberapa resolusi yang dikemukakan oleh badan-badan
profesional, pemuda, wanita dan ulama mengisytiharkan Misuari sebagai
presiden Bangsamoro.
Menurut laporan awal, kongres yang diadakan di sebuah kampung pergunungan, Cabatangan dengan kehadiran 2,000 perwakilan.
Dalam kongres itu,
Misuari dikatakan turut mengajak MILF menyertai kembali MNLF “kerana
tidak ada sebab bagi kita untuk tidak bersatu”.
MILF pimpinan Salamat
Ali merupakan serpihan kepada MNLF. Ketika mana MNLF menekankan soal
kebangsaan, MILF lebih cenderung kepada sentimen Islam. Dari segi
politik, perpecahan itu adalah lebih kepada penolakan sebahagian
daripada pejuang Moro kepada pimpinan MNLF. Mereka juga menolak dasar
damai dan proautonomi MNLF.
Republik Bangsamoro yang
dinyatakan itu meliputi 13 wilayah dan sembilan bandar raya di Filipina
selatan atas alasan bahawa Manila gagal mematuhi persetujuan yang
mereka tandatangan pada tahun 1996.
Menurut penganalisis, perkembangan ini lebih mencerminkan kepada pergolakan politik dalam MNLF.
Suatu usaha oleh
sekumpulan pemimpin MNLF yang dikenali sebagai Majlis 15 untuk
menggulingkan Misuari sedang dilakukan apabila mereka cuba menaikkan
kedudukan gabenor itu kepada kedudukan pengerusi kehormat, suatu jawatan
terhormat tetapi tidak ada kuasa.
Untuk mematahkan kongres
di Zamboanga itu, sekumpulan lain kumpulan pemimpin MNLF mengadakan
mesyuarat berasingan dan sulit di Hotel Manor, Manila bagi mengeluarkan
dokuman menaikkan pangkat Misuari.
Demikian menurut Mahendra A. Madjilon, ketua Biro Penerangan Awam ARMM.
Menurut Madjilon, dalam
kongres itu, ahli-ahli jawatankuasa pusat MNLF mengulangi sokongan padu,
kesetiaan dan kepatuhan kepada kepimpinan Misuari “sebagai pemimpin
MNLF dan Revolusi Bangsamoro.”
Madjilon juga berkata
Misuari mengingatkan bahawa perjuangan bagi penubuhan Republik
Bangsamoro haruslah dilakukan secara aman, diplomatik dan mengikut
undang-undang.
Sementara itu, bekas
ketua propaganda MNLF, Hadji Ahmad Bayam berkata, persaingan antara
pemimpin-pemimpin kanan MNLF telah lama berlaku dan ini merupakan
pendorong kepada usul kepada usaha penubuhan Republik Bangsamoro.
Bayam yang kini bertugas
dengan Pejabat Penasihat Presiden Filipina mengenai ehwal politik
menegaskan bahawa usul itu bercanggah dengan persetujuan damai yang
ditandatangani oleh MNLF dan kerajaan Manila.
Persetujuan itu telah mengikat MNLF dan sukar bagi pemimpin-pemimpinnya untuk kembali kepada perjuangan menuntut kemerdekaan.
Bekas ketua peguam MNLF,
Macapanton Abbas Jr berpendapat kemungkinan akan berlaku penyingkiran
oleh Misuari ke atas pemimpin-pemimpin yang menentangnya. Menurutnya, ia
boleh menjadi berlaku rombakan besar ke atas MNLF, malah boleh berlaku
pembunuhan.
Bagaimanapun, menurut
jurucakap dan penasihat kanan MNLF, Absalom G. Cerveza kongres itu pada
mulanya hanya dipanggil untuk berbincang tentang pendirian yang perlu
diambil oleh organisasi terhadap mesyuarat tiga pihak akan datang yang
terdiri daripada kerajaan, OIC dan MNLF.
Ia juga bercadang untuk
membincangkan jangka waktu baru bagi pelaksanaan persetujuan damai yang
ditandatangani oleh kerajaan dan MNLF pada 2 September 1996.
Menurut Cerveza,
pemimpin-pemimpin MNLF juga terkejut apabila perwakilan meluluskan usul
MNLF untuk menggugurkan perjuangan autonomi dan kembali menuntut
kemerdekaan secara demokratik dan aman.
Perwakilan juga, menurut
Cerveza meminta MNLF sebagai wakil tunggal Bangsamoro mengemukakan satu
petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut
kemerdekaan.
Menurutnya,
perisytiharan kemerdekaan itu tidak menghasut kerana Piagam PBB menjamin
hak rakyat di mana-mana wilayah dunia untuk menentukan nasib kenegaraan
mereka sendiri.
Menurut wakil tetap MNLF
ke OIC, Dr. Abdurrahman Amin, tuntutan untuk kemerdekaan timbul kerana
kerajaan gagal melaksanakan peruntukan yang terkandung dalam persetujuan
damai 1996.
“Cukuplah,” kata Amin,
“Kita telah menunggu sangat lama. Rakyat kita terpinggir, tanah kita
telah menjadi medan perang dan keseluruahnnya hampir musnah.”
Namun begitu, Ketua
Ehwal Luar MNLF yang merupakan salah seorang penentangnya, Dr. Parouk
Hussein menyatakan bahawa perisytiharan kemerdekaan itu adalah hasutan
dan kerajaan patut menangkap Misuari.
Perkembangan ini
bertambah merumitkan suasana politik Filipina. Bukan saja Manila
menghadapi pertembungan antara Arroyo dan Estrada tetapi presiden itu
juga sedang dalam rundingan dengan pihak komunis.
Ketika perisytiharan itu
dibuat, satu pertembungan berlaku pada Hari Buruh di mana
penyokong-penyokong Estrada mengepung Istana Malacanang untuk
menggulingkan Arroyo. Pertembungan itu berakhir dengan kematian enam
orang dan mencederakan ratusan yang lain.
Namun begitu, kerajaan
Arroyo mengambil berat tentang perkembangan MNLF ini. Pada Ahad lalu,
Setiausaha Rendah Filipina, Jesus Dureza yang ditugaskan sebagai
pembantu presiden tentang ehwal wilayah Mindanao Selatan telah menemui
Misuari. Namun begitu, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang
kenyataan.
Perkembangan MNLF ini
tidak menyumbang kepada kestabilan rantau Asia Tenggara dan ia
mengesampingkan perhatian daripada isu sebenar rakyat iaitu ekonomi dan
pembangunan.
Tetapi Misuari selaku
pemimpin yang berpengalaman dan pragmatik tidak akan melakukan sesuatu
yang boleh menjerumuskan kembali rakyatnya dalam kancah peperangan dan
kesusahan.
Selain daripada soal
politik di Manila, masalah Filipina ini juga merupakan limpahan daripada
kegawatan ekonomi di rantau ini. Walaupun Filipina tidak terjejas
secara langsung tetapi akibat kegawatan itu, pelaburan dari
negara-negara lain termasuk yang dirancang untuk Mindanao tidak dapat
diteruskan.