,مليسيا دان اسلام بوکن ميليک اورڠ ڤوليتيک
, مک ڤرجواڠن اݢام تتڤ دڤرجواڠکن اوليه اومت اسلام دري بيدڠ يڠ لاءين
سام اد كامي منڠ اتاو كامي ماتي

PERJALAN HAJI AKI


Friday, 22 March 2013

LAHAD DATU SENDIWARA PAKATAN RANJANG





Manila Times : Terroris Bersenjata Kiram Menceroboh Lahad Datu Sejurus Janji Autonomi


AIDCNews – 22/03/13 – Portal Filipina, manilatimes.net mendedahkan pencerobohan tentera bersenjata ‘Kesultanan Sulu’ ke Lahad Datu bermula sejurus selepas janji Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi kuasa autonomi terhadap Sabah.
“Pencerobohan ini berlaku sejurus bekas pemimpin Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat mencadangkan Sabah akan diberikan autonomi, lapor manilatimes.net dalam tajuk “AFP mum over sultanate’s Sabah intrusion‘ pada 16 Februari 2013.
Portal Filipina itu memetik kata-kata Sultan Sulu dan Sabah, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, yang berkata bahawa Malaysia telah menduduki Sabah secara haram.
“Sabah adalah masih harta dan warisan kedaulatan sultan Sulu dan kesultanan diraja Sulu hingga ke hari ini,” katanya dalam laman web Kesultanan Hashimiah diraja Sulu, yang diakses pada http://www.royalsulu. com.
Beliau berkata Kesultanan Sulu menyokong “Sabah bebas dan merdeka yang akan berada di bawah pemerintahan kami dan pewaris serta pengganti kami mengikut undang-undang penggantian sultan Sabah.”



Menurut laman rasmi Anwar, anwaribrahimblog.com pada 12 Februari, Ketua Umum PKR itu mengadakan berdialog bersama anak muda dan profesional di Hotel Megah D Aru, Tanjung Aru dalam forum bertajuk “Kembalikan Autonomi Sabah”.
Selain Anwar, panelis lain yang menyertai forum itu adalah Pengerusi KEADILAN Sabah, Tamrin Jaini, Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari dan peguam rakyat, Ansari Abdullah.
Pada 12 Februari juga satu kumpulan bersenjata dikesan menceroboh dan berpecah di beberapa lokasi di kawasan sungai bakau, sebuah surau dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Kumpulan itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada pada 14 Februari sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’, warga Filipina dari Selatan Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah.
Kumpulan yang mendakwa pewaris Kesultanan Sulu itu diketuai oleh Azzimudie atau Agbimuddin Kiram iaitu adik kepada Sultan Jamalul Kiram III itu dilaporkan telah menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana mendakwa Sabah adalah milik mereka yang diambil oleh pihak British.


UPDATE LAHAD DATU : SIVARASA TURUT TERLIBAT

SIVARASA

19 FEBRUARI 2013 :
Pada tanggal 19 Februari 2013, di perkampungan Kg. Tandou, Kg. Tg. Batu, Tg. Labian, Sungai Nyamuk sehingga ke Tunku, Lahad Datu sudah berlaku aktiviti pengganas Kiram. Pekerja Kelapa Sawit di kawasan itu ketakutan melihat sekumpulan orang yang aktif beraktiviti ala tentera di kawasan tersebut. Akhbar KOMPAS dari Indonesia turut mengesahkan hal ini!

Pada hari yang sama, 19 Februari 2013,  Sivarasa dengan ditemani Tian Chua telah membuat Press Conference berkenaan situasi tersebut. Mereka bercakap tentang aktiviti pencerobohan seolah-olah mereka sudah tahu dan merekalah perancang pencerobohan tersebut.
SIVARASA
20 FEBRUARI 2013 :
Pada 20 Februari 2013, sehari selepas Sivarasa membuat Press Conference di atas, 3 Orang Wartawan AL-JAZEERA telah cuba memasuki kawasan pertemuran di Lahad Datu!!!

Risikan menyebut, sebelum kehadiran 3 Orang Wartawan AL-JAZEERA itu di Lahad Datu, Sivarasa sudah awal-awal bercakap dengan pihak AL-JAZEERA memaklumkan insiden yang akan berlaku di Lahad Datu.




28 FEBRUARI 2013:
Menjelang 28 Februari 2013, sehari sebelum serangan pengganas kiram, Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim mula mengubah topik lagu:

  "Tanya Sama Pokok" daripada "Sabah Nak Hilang - 2/11/2012, 1/12/2012, 7/12/2013, 29/1/2013, " kepada "Sabah Dah Hilang - 28/2/2013

 Rujuk di mana-mana laman youtube di Galaxy Tab anda.

1 MAC 2013:
Sebagaimana yang kami dedahkan sebelum ini, bahawa pada 1 Mac 2013 Gerombolan Pengganas Kiram telah menyerang dan membunuh Perajurit Negara kita, di mana pada 1 Mac 2013 itu jugalah, Anwar memberi maklumat salah kepada Nur Misuari kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 1 Mac 2013. 

Mereka ini, Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim, Tian Chua dan Sivarasa berharap dengan Mendaratnya dan Berperangnya Pengganas Kiram dengan Pasukan Keselamatan kita pada hari yang sama Parlimen dibubarkan pada 1 Mac 2013, maka Sabah dikecualikan daripada PRU13.

Bersambung perjumpaan Sivarasa dengan AL-JAZEERA...




AMUKANMELAYU - ISLAMELAYU tidak akan merosak dan khianat kepada UGAMABANGSA.....tapi kalu dia asal DARAHnya dari luar Tanah Melayu....mereka inilah yang selalu menjahanamkan UGAMABANGSA.